Posts Tagged ‘ Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan ’

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

AKu baru terbaca kes Gaysec yang kata mohon maaf sebab kes Arlene Tan dan hamba Allah yang menghina Islam tu. So kepada semua orang yang post entri pasal tu, apa lagi, boleh juga buat perohonan maaf secara terbuka. TAk baik simply2 tulis yang bebukan pasal orang lain. Kesian orang lain jadi mangsa.

Well, aku nak cerita pasal Baitulmal JAWI yang aku singgahi semalam. MEsti kroang pelik apa aku buat kat sana. Sebenarnya aku nak mohon Bantuan Perkahwinan dari baitulmal. Mungkin nampak macam tak patut je kan aku minta. TApi walaupun begitu ada peruntukan bantuan perkahwinan.

Waktu aku sampai tu, punyalah ramai oprang minta bantuan. Yang minta bantuan makanan macam beras pun ada, bantuan kecemasan RM50 pun ada, batnuan akademik pun ada, bantuan perniagaan dan sebagainya.

Pendek kata, memang ada macam2 bantuan untuk umat Islam yang memerlukan. Yang payahnya, nak kena sediakan dokumen, nak pengesahan, nak surat dan isi borang. Kalau untuk orang macam aku, takde masalah sangat. sebab aku boleh usahkan cari dokumen tu dengan jayanya.

Tapi ko bayangkanlah bagi macik pacik yang tua-tua nak mohon bantuan ni, aduhai. sedih rasanya. Dorang kena datang berulang kali bila dokumen tak cukup, surat tak ada.

Dah ler ada yang datang naik bas, nak lrt, jalan kaki, tak kesian kau? Macam-macam jenis orang minta bantuan, sampai satu masa tu aku rasa macam tak patut je aku minta bantuan perkahwinan tu. Tapi, rezeki masing-masing, aku mencuba nasib mohon. Kalau dapat, boleh ler nak tampung mana2 yang berkaitan kan.  kalau tak dapat, maka ia pergi kepada orang yang lebih memerlukan la.

Berbalik cerita pasal orang-orang yang mohon tadi. ADa juga akak-akak yang mohon nak meniaga. tapi sahsiah diri pula tak terjaga. pakai tudung, tapi baju lengan pendek. ada juga Pegawai JAWI di situ pun menegur secara berhemah.

Alhamdulillah, aku tengok pegawai JAWI memberi layanan baik pada setiap pemohon walaupun mereka berdepan dengan pelbagai karenah. Cuma ku rasa kesian dengan pacik macik dan ada seorang muallaf yang rasanya memang memerlukan bantuan sehinggakan dia keluarkan wallet dari poketnya untuk beritahu dia kesempitan.

IA mengingatkan aku kisah baru-baru ini tentang isteri dan ibu tunggal yang pergi ke gereja meminta bantuan dari agama lain. Mungkin kerana bantuan yang diterima itu tidak memerlukan prosedur yang sulit untuk menerima bantuan berbanding kita yang perlukan lebih kurang 8 jenis dokumen yang perlu disahkan bagi memastikan bahawa seseorang pemohon itu layak.

Yela, aku faham juga prosedur tu. pemohon bukan sedikit. malah bukan tiada orang yang menipu untuk mendapatkan bantuan ni. Tapi bayangkanlah, kalau tak susah, kalau memang tak kerana memerlukan, kita dah tentu tak memohon kan? Cuma aku harap, janganlah ada kes yang menipu. kita kemukakan aja dokumen yang betul, dan segala yang betul. Kalau dapat, alhamdulillah. kalau tidak, maknanya rezeki tu untuk orang yang lebih memerlukan. Tak perlulah sampai nak menipu untuk dapatkan bantuan.

Agak beremosi aku semalam kerana mengalirkan air mata melihat mereka yang memohon bantuan. Sampaikan aku rasa nak balik je. tapi dah datang rempuh jem sampai ke chow kit, takkan nak balik macam tu je. aku pun cuba nasib juga.

Alih-alih ada 3 dokumen aku masih tidak cukup. surat akuan sumpah (bujang), bil letrik, dan salinan buku akaun. Aku kenalah datang balik submit borang tu Isnin ni. kalau berksesempatan. InsyaAllah.

KEpada mereka yang memerlukan bantuan, jangan segan-segan untuk memohon. bagi mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur, boleh lah ke Baitulmal JAWI. bagi negeri-negeri lain eloklah merujuk kepada jabatan Agama Islam yang berkenaan.

Untuk selangor, Bantuan perkahwinan hanya untuk Muallaf atau saudara baru sahaja. Mungkin jika anda benar2 susah boleh try and error bertanya bagaimana nak mohon. Aku pun pelik kenapa JAIS berikan pada muallaf sahaja. sedangkan JAWI dibolehkan pada orang Islam yang lain.

Nanti aku senaraikan dokumen apa yang perlu ada untuk memohon bantuan perkahwinan di baitulmal JAWI. mana tahu ada di antara korang yang memang memerlukan nak mohon. dah leh prepare. takde la nak kena ulang alik 2-3 kali untuk bawa dokumen yang tercicir. Tapi lain entry lah buat yer…

sekian sahaja cerita ku. moga yang susah sama dibantu, yang senang hulur2kanlah tangan membantu.

sekilas : bersedekah adalah amalan mulia di bulan Ramadhan ni.