

Hampeh betul la…! memang terganggu. aku ni belum kawen buatpe la aku nak kena tengok benda-benda ni semua. menyemak jela iklan-iklan ni. kadang-kadang tu bukan kat sini je…tapi kat FB pun ade iklan macam ni.
kat surat khabar la…menyesakkan pandangan mataku je. lagi pula cerita aku tengok ni cerita pocoyo pulak tu. cerita kanak-kanak…kalaula anak-anak kecil yang tengok *yang pandai membaca* tak ke haru nak menjawab ape kebenda menatang tu yang duk kuar sepanjang masa.
tak laku sangat ke barang dorang tu. beragak la jugak nak buat pengiklanan. korang mungkin ada pendapat seperti mana yang pernah dikeluarkan oleh Saniboey di sini. aku takdelah hujah-hujah bagai dan pelbagai quote yang boleh dikongsi macam Saniboey kita ni. tapi aku turut sama bersetuju dengan pendapat dia pasal pengiklanan yang tah ape ape tah nih.
sama-sama kita fikirkan…
sekilas : buatlah iklan ubat gigi sugi!




