• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged hari raya

Friday is Half Day! Horey~

Aug26
2011
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum semua~~

Ni mood tengah happy tahu? Hari ni Jumaat, kerja lagi. Tapi bos bagi half day! jadi harus gumbira tanpa sempadan.

So…Kalau dah half day, mood kerja memang ke laut la kan…hahaha….
Aku datang office tadi pun, kelihatan kereta tak banyak. jalan lenggang. aku syak ramai dah amik cuti nak balik kampung.

Pesan aku, agar semua pemandu bersedia sepanjang masa dengan keadaan sekeliling, jangan memandu laju, kereta diservis dengan baik sebelum memulakan perjalanan dan doa aku agar kalian selamat pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke destinasi asal.

kalau dikira start esok…ada 14 hari lagi menuju #MajlisKahwinNopa. Lain macam plak rasanya. ekekeke…14 hari weh……kalau dah masuk esok, kurang 2 minggu tahu?

suspen betul. Sebenarnya lagi dihitung hari bahagia tu, lagi banyak benda yang menggelabah ayam nak buat. Dan banyak plak dugaan yang mendatang. Aku harap baik aku mahupun My Cinta sama-sama mengharunginya dengan tabah.

Oklah, mungkin speanjang hari raya, aku tak menghupdet sangat blog ni. Korang kena paham, aku busy bukan sekadar hari raya. tapi membuat persiapan menjelang majlis aku nanti. *berdebartahu*

Kalau korang rajin leh baca entry persiapan perkahwinan 2011 dan anak-anaknya. hehe. Kalau baru je jejak kaki kat sini, leh ler godek2 entry lama eh.

Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Aku mohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang aku kenal seandainya dalam sedar atau tidak aku ada buat salah kat korang, atau melukakan perasaan korang atau terambil pen sebatang tak pulang2 atau rosakkan kereta korang. percayalah itu semua berlaku secara tak sengaja atau tanpa dirancang. (cewaahhhhh~~)  Tapi buat PTPTN, jangan risau, kalau ada duit aku akan langsaikan hutang ku dengan mu. huhuhu *sedihplak*

sekilas : Muka ada senyummmmmmm…..

Posted in me - Tagged friday, suasana hari raya, ucapan hari ibu

itu hari dia datang, kemudian hari aku pulak datang

Oct04
2010
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. very the skema. memberi salam itu bukankah perkara baik. baik lagi jika dijawab salam aku kan… ;)

banyak benda tertangguh nak bercerita. takde masa.. kekadang masa nak menaip ada, tapi masa nak mengedit gambar pulak takde. cerita takde gambar pun tak  best jugak kan. korang tengok entry aku yang lepas-lepas tu ha. takde gambar kan? bosan tak? sesekali takpe, dua tiga empat kali bosan la. aku tengok pun bosan. ni kan pulak engkorang.

pernah baca entry aku kunjungan daripada si dia hehe…hari ni mau cerita kisah keluarga aku pulak berkunjung ke rumah si dia. peewit…berbalas kunjungan pulak. cewah-cewah! apakah maknanya? hihi…

mak aku ler beriya sangat ajak pergi. hari rabu mereka datang rumah aku. hari Jumaat tu dah terus merancang untuk ke rumahnya. paling best, kata mak time dorang datang bawa buah untuk kita…kali ni kita datang kena bawa jugak sesuatu. pikir-punya-pikir akhirnya, mak decided….suh aku buat kek coklat. ceh! kang tak sedap kang buat malu jek. huhuhu…tapi buat jer. kakak aku ade ajar aku buat aritu…bedal saja la.

Dan paling best, aritu dia bawa ‘semua’ adik beradik dia. jadi kata kak Sham kita bawa ‘semua’ adik beradik kita. hahaha..adik beradik dia 2 orang je kot.  aku punya adik beradik 5 orang. tapi kakak aku kat kuala lipis tu je tak pergi. sebab dia tak balik raya rumah mak lagi. naseb la kan. hehe..tapi yang lain semua setuju nak pergi. abang n family, angah n family, kak shila n family aku..n family jugak la masuk mak ayah aku kan.

Aku gi satu kereta ngan angah mak dan ayah. termasuka nak buah ku umairah. abang satu kereta dengan kak shila. so 2 kereta la pergi. kisahnya, dorang mulanya folow belakang kitorang, tapi tertinggal kat belakang lantaran angah tetiba bawa laju kan. so terpaksa tunggu kat tol Setia Alam.


Kami yang sedang menanti abang tiba…

*iklan – sedang tunggu2 tu, tetiba ada sebuah van berhenti depan kitorang. memula ingat nak parking tapi takkan depan kitorang, punyala banyak tempat lagi. pastu seorang lelaki India turun. datang minta lighter kat ayah. time tu abang pun sampai. pas minta lighter terus Lelaki India tu masuk van balik dan pandu ke depan sikit. fuh! suspen..terus kitorang fikir, takkan semata-mata nak pinjam lighter kot?

tada…sudah tiba di rumah pengantin si dia. hahaha…waktu tunggu abang tu teringat ayah kata “macam nak pergi rombongan meminang pulak” ceh! takkan kita nak pinang dia pulak.


hehe..bakal-bakal besan sedara berbual-bual..InsyaAllah…!


ramai kan datang? hehe..naseb baik rumah dia besar. kalau rumah aku ramai cenggini memang kena duduk luar la.


Itu kakak ipar aku dengan ibu si dia. ololo comelnya anak buah aku tu Khairina Najla.


Kakak ipar aku Kak Sham dan kak shila (sumijelly) yang sedang pelahap nak makan…nampak sangat lapar kan?


oh yeah..abg zairy(suami sumijelly) juga tidak ketinggalan lapar. maklumlah asik makan ikan siakap je kat rumah kan..hahahaha


Iskandar cuba untuk merosakkan kamera sambil diajar oleh ibu dia.


abang aku, angah yang sedang menikmati makanan. dia yang suh amik gambar dia. sebab kamera dia, asik amek gambar orang je..hikhik. ni semua gambar ehsan dari dia la ni.

lepas tu ade la sesi berborak-borak…siap ade puak-puak lagi ni berborak. My Cinta dengan angah…mak dengan ibu dia, ayah dengan abah dia, abg zaire dengan abg dia dan isteri..abg aku? melayan khairina yang sedang menanges. hihi..tapi sesekali dia selit la jugak ngan mak aku tu. kakak-kakak aku semua makan! hahaha..tipu jerk!

tak lama pun kat situ. tapi kelakar jugak la…ape yang kelakar…?entah..hahaha!

harap-harap itu bukan kunjungan terakhir dari kami…hehehe…apa-apa pun nak ucap terima kasih pada keluarga my cinta sebab sudi menerima kunjungan kami sekeluarga. masakan sedap! hehehe..sebab semua tengah lapar.

oh..jangan tak tahu, my cinta bagi duit raya kat anak-anak buah aku termasuk aku sekali tau. terima kasih ye lalink!

sekilas : kebetulan pulak aku dan dia pakai baju sama warna. hihi. tak janji okey!

Posted in cinta, family, me - Tagged My Cinta

Monday bluessss

Sep27
2010
5 Comments Written by Sekilas

haha…Selamat bekerja semua! pada yang dha bercuti panjangggg sangat tu. silalah bekerja dengan berdedikasi. pada yang baru lepas habis pantang sebab bersalin baby tu pun, sila la bersemangat dan ceria-ceriakan hidup anda dengan kerja yang menimbun kat office. *merujuk pada kawan aku yang dah nak abis pantang. ekeke…padan muke ko byk keje*

Korang pe khabar. cewah! macam dah lama kita tak jumpa kan. padahal baru sehari tak hupdet blog ni. belum berhabuk. tapi agak rugi la..visitors pun kurang. makanya nanti earning untuk BE aku pun tak mencanaklah seperti yang diharapkan.

Cuti 2 hari lalu hari-hari ku memang penuh dengan aktiviti bersama keluarga mahupun aktiviti di depan komputer. ape..ko ingat depan komputer kerja aku duk main game dan bersosial je ke. kisahnya menghadap komputer sebab perlu selesaikan kerja-kerja office aku. hamboi!! rajin kemain lagi si nopa ni. apa ke hal nya? sebab bos suruh siapkan cepat. makanya aku pun angkut harta ofis dengan segala monitor dan mujur la mac mini yang bos belikan untuk kegunaan staf dia ni sangat comel. kalau tidak memang aku tercongok jugak kat opis tu duk menyudahkan kerja.

Sabtu yang lepas, my sis dari Kuala Lipis balik rumah aku. dari start hari raya baru la hari tu dia balik. maklumlah anaknya periksa UPSR. so kena beri tumpuan lebih kepada anak sulungnya itu berbanding hari raya di Kuala Lumpur. hehe…

Jadi kalau dia dah balik, rumah kecik tu leh jadi semakin sempit. anak-anaknya yang seramai 6 orang…berserta keriuhan anak-anak buah tambahan. hahha..sepupu sepapat dia la. memang riuh rendah. tu baru hari raya meriah, sebab ramai budak-budak. tapi perangai sorang-sorang toksah cakapla…macam-macam hal. yang cenggeng, mengada2, kuat menyakat, bergaduh. pening woii…

Dan paling best, kakak aku ni kalau balik rumah mak je..tak sah la tak bawa penyakit. terutama anak-anak dia ni. kali ni masing-masing sakit mata. Anis, Aisyah dan arissa. tapi arissa dah sehat. dialah puncanya! huhu..aku sampai tak dapat nak tidur dengan anis suffiyah sebab risau kang berjangkit plak sakit mata tu. kakak aku tu pun nak balik Lipis dah terkena jugak sakit mata tu. kasihan..seksa woo sakit mata. gua penah kena kot dulu.

budak sakit mata..tengok. malam2 kat rmh orang pun pakai spec itam.

gambar? memang tak la kalau tanya aku. aku mana ada kamera. kamera kakak aku ngan abang aku je. tapi tak transfer lagi. tunggu la dorang tag gambar kat fesbuk buk buk…tu.

Sabtu lepas ada open house kat rumah sepupu aku kat belakang rumah. rumah Kak Ila. Dulu pacik macik aku duk situ, skrg anak-anak dorg duk situ.

Ini char kueh teow datang khas dari Penang. adik kak ila…dia meniaga kat sana. tapi di open house ni, dia datang tolong masakkan char kueh teow tuk tetamu. macam kat kedai plak rasa…char kueh teow satu bang! hehehe

sampai je kak ida., kami gerak lepas Maghrib ke Seremban pulak. beraya rumah makcik kat situ. pakcik aku baru meninggal dunia sebelum puasa dulu. ada skali aku cuti sebab tu. so kakak aku beriya sangat nak pergi nengok mak lang aku tu yang tinggal berdua je ngan anak lelaki yg sorang tu. yang pompuan semua dah kawen. sorang pi belajar.

Time ni kat rumah Mak Lang. aku sedang menikmati bihun goreng…hehehe

lepas  tu adala 2 rumah lagi beraya kat area seremban tu. maklum le sedara mak bapak ramai kat situ. agaknya kalau mak ayah takde dah, kitorang ingat jalan ke tidak ke situ nanti. huhu…

dalam kul 12 lebih jugak baru abis beraya. mata semua dah ngantuk. lagi budak2 ni dengan sakit mata lagi…demam lagi. kesian je aku tengok. mujur ada LEKAS. hahaa….sampai rumah pukul 1.30 pagi. memang penat.

Dan ahad mula la aktiviti beraya sakan bersama kakak aku lagi. tapi pagi tu aku buat kerja apa-apa yang patut dulu. tidur memang mengantuk la. sebab malam tu sambung buat kerja lagi. haha..tu je ada masa. siang dah pi beraya kan. dari kul 11 pagi makan je keje aku kat rumah orang.

Pi rumah Atam, makan nasi ayam, pi rumah June , Makan Dominos Pizza, pi rumah Angah, makan bihun sup lada hitam. hambek!! baru 3 buah rumah je dapat berjalan. kakak aku nak balik kuala lipis dah…tapi perut memang kenyang. Alhamdulillah pada rezeki yang diberikan..

oh ye lupa plak…sebelum gi rumah atam..ada satu rumah kitorang gi beraya. rumah akak aku la..sumijelly! rumah dia je tak makan apa2..hahaha…dia hidang kerepek ngan air sejuk. dashyat kan kan kan..hehehe..ekceli di apun nak keluar gi rumah atam gak. hahaha…sape suh dtg time orang nak keluar kan.

okey la…nanti kalau aku dapat gambar aku update terus eh…

monday blueess?? oh tidak. hari ini daku bersemangat bekerja. walaupun mengantuk. ada jugak aku tertidur lepas sembahyang Zuhur nanti. take care semua..

sekilas : nak makan ke tak..kang lagi bertambah ngantok!

Posted in family, me - Tagged anak buah, sakit mata

Raya dulu dan sekarang lain =(

Sep19
2010
10 Comments Written by Sekilas

Dulu,

Aku mesti dapat kad raya. tiap-tiap tahun okey! semua pakat tanya alamat masing-masing. nak hantar by pos la katakan. baru la surprise sket. kalau tak pos pun, by hand. time kat fakulti kawan-kawan sibuk duk tukar-tukar kad raya. syok pulak rasa terima kad raya. lagi best dapat kad raya yang jenis ada kartun-kartun tu, macam- macam cerita.


credit pic : sini

Sekarang,

Aku dapat satu je. tu pun dari Cinta Hati ku. mujur dia mahu teruskan tradisi. hahaha! dah takde kad raya dari kawan-kawan lagi. office aku pun lagi advance, kad raya by pos pun ade..kad raya elektronik kat laman web pun ada.  takde dah kawan-kawan tanya alamat, (agaknya dah hafal kot alamat aku) takde dah aku nak gantung kad raya kat rumah sebagai penghias di hari raya. semua pakat hantar pakai SMS je…guna blog…paling ketara, thru fesbuk jer. memudahkan kata orang. tapi perasaan menerima tu tak sama macam kad raya yang original kan?

Dulu,

Ramai je budak-budak datang dari rumah ke rumah. (aku ler tu) pakar ramai-ramai ngan jiran tetangga pi raya rumah macik tu pacik ni, atuk tu nenek ni…muka slumber okey!! pacik macik tu dari tak kenal pun leh kenal..ni anak sape? cucu sape? dan betnya dapat duit raya la…baru rasa meriah sket hari raya dengan kehadiran budak-budak.tahun ni ada gak bebudak raya rumah aku tapi skali round jela. budak tu kata ” haa…air warna merah. dari tadi kitorang asik minum air oren jer” aku gelak dalam hati kot!! hehehe….

Sekarang,

ramai je orang duk tutup pintu. budak-budak pun takut nak pergi beraya. kekadang memangla niat bebudak ni nak kutip duit raya. kita pulak pasanglah niat lain, beramah mesra, bersikap terbuka, mengeratkan silaturahim…mungkin la tuan rumah takde duit raya nak bagi bebudak…takpe, bagi jela masuk, jamu air makan kuih. takde rugi mana nye la. takkan budak tu nak maki kita pulak tak bagi duit raya. dulu lagi la, mak akub agi 50 sen je..janji ikhlas ye tak?

Dulu,

aku rasa meriah sangat…sebab zaman kecik-kecik aku dulu dapat berkumpul ramai-ramai kat kampung dengna sepupu sepapat yang agak ramai. dapat kira duit raya sama-sama dan challenge sape dapat kutip lagi banyak. dapat main bunga api kat kampung, pasang pelita. sehari atau dua hari sebelum raya dah duk kampung tolong macik kemas rumah. seronok kot!

sekarang,

ramai macik-macik dah meninggal dunia, sepupu semua dah besar-besar dah kawen beranak pinak pun ader. jadinya, kampung pun sunyi sepi takde orang tua.  balik kampung pun dah boleh pergi pagi balik tengah hari dah. kalau dulu sampai bermalam la kat kampung. skarang takde lagi nak bermalam bagai. takde sape balik kampung berkumpul. tiada lagi aktiviti bergambar pakai baju raya warna sama dengan sedara mara lain. =( aku teringat raya-raya yang lepas.

Korang macam mana? ada perubahan? best ke tak raya korang kali ni…aku bagi pandangan aku jer..raya bagi aku yang tak semeriah dulu. lain orang lain pandangan kan?

sekilas : dulu aku dpt duit raya, skrg aku kena bagi duit raya..hihihi

Posted in family, masyarakat, me - Tagged suasana hari raya

Syawal ke-6 : kunjungan dari keluarga si dia

Sep17
2010
15 Comments Written by Sekilas

ehem ehem…!

Aku takde war-warkan lagi kan pasal ni? hoho..mana taknya, aku nak update blog pun jarang-jarang la hai. takkan semua benda nak announce dulu kan. kang tak jadi kang…lebih-lebih plak.

Mari nak bercerita. Hari Selasa lagi Cinta hati dah tanya, “mak ade ke hari Khamis.” aku jawab “takde sebab mak kata nak keluar dengan angah n family pergi beraya.” so Cinta hati tukar plan …dia kata nak datang dengan keluarganya hari Rabu malam. iaitu syakawal ke-6. hambek ko! satu family nak dtg.

memula aku cakap ngan mak, dia nak datang. mak kata…ala goreng mee jela. pastu mak tanya berapa orang. aku jawab 4 orang..sebab ingat abah dia takde skali. last2 jadi 5 orang…mak kata..ha masak special untuk boyfriend ko! wah…special ke mak. setahun sekali je mak masak camtu. huhu…

Akhirnya mereka telah selamat sampai pun menziarahi kami sekeluarga. first time family dia datang berkunjung. kunjungan hari raya yer. takde apa-apa yang istimewa lagi. tapi aku klasifikasikan ia sebagai istimewa jugak. sebab first time! hehehe…

Dan sebenarnya dalam sibuk aku cuba menjadi anak dara paling sopan dan ayu di hadapan future in law tu, abang aku (angah) telah merakam saat-saat itu dengan menangkap gambar tetamu-tetamu istimewa itu. cis!! kalau tahu maka lagi menjadi ayu la aku kat situ. hoho…

so..layan gambar jela sekeping dua kat bawah ni…malu la nak tunjuk bebanyak! *blushing*


Time ni dah hidang air panas tuk tetamu…dari kiri Abg si dia dan isteri, Ibunya, si dia, dan abahnya. =)


Okey sila lihat, daku cuba menjadi wanita melayu terakhir!! huahuahua…tengah hidangkan makanan buat tetamu. malu la weh!!


*tgk muka aku.. serius tu*

time ni abah dia duk borak-borak dan mengimbas kembali kejadian aku buka puasa kat rumah dorang. kisah bibik tula..huhu..malu plus plus! korang leh baca kat sini kisah bibik tu.


cara-cara menuang air dengan sopan. hakhak!!

mak kata “amboi, dorang datang cecantik ko pakai” ..cantik ke mak?? baju kurung je kot! hehe…malu berganda!! larikkkk…..

okey udah2 ler tu..banyak lagi gambar. malu nak tunjuk! abang aku dok snap2 tanpa aku perasan…cis2 tak aci…kalau tahu amik gambar reramai. haha…maklumlah aku kan sibuk control ayu! =P

naseb baik masing-masing ramah terutama abah dia. meriah sikitla pertemuan malam itu. Huhu…dorang pun makan dengan berseleranya, alhamdulillah.

tak lama sangat pun duk borak..pas makan dorang pun nak bergerak balik, sebab ada rumah lain nak singgah. sementara tunggu si dia amik kereta…berhenti kat depan pagar rumah. nampak pokok belimbing tu ditegur-tegur, mak pun bagi la kat dorang. memang banyak giler…daripada biar jatuh gugur camtu jerk baik bagi orang kan?

lepas je dorang balik, bertungkus lumus la daku mengemas dapur. penat oit…dari siang tu lagi ade tetamu. so semuanya lancar!! nanti kitorang plak nak berkunjung rumah si dia. kata kak sham ” disebabkan dia bawa SEMUA adik beradik dia datang. so kita pun bawa SEMUA adik beradik kita datang rumah dia” hahaha….pdhal adik beradik dia 2 orang je kot! hikhik…tunggu kedatangan kami.

sekilas : sebenarnya aku masih malu…hihihi

Posted in cinta, family, me - Tagged My Cinta

1 Syawal yang indah buatku

Sep11
2010
4 Comments Written by Sekilas

Alhamdulillah…kita dapat menyambut Hari Raya lagi. jadi sambut dengan serba serbi kesederhanaan. owh kelas gitu ayat.

Walaupun tahun ini tidak SEMERIAH tahun lalu sebab adik beradik aku smeua takdek pegi beraya rumah mertua masing-masing..tapi daku tetap gembira jua SEPERTI selalu. cewah…ayat nak mention baik punye.

Semalam memang super duper penat…bukan sahaja penat melayan tetamu, tapi sebelum itu terlalu penat mentedarah di rumah sanak saudara. maunye tidak, asal makan je Paktam mesti ajak aku. orang lain takmo di ajaknye dulu. jadi, aku makan jela. Ops! sorry gamabr beraya rumah orang takdek sebab kamera henpon abis bateri, dan bestnya ayah aku plak tinggal henpon kat rumah. apa punye kebetulan  korang jua tak dapat saksikan aku membasuh kereta dengan memakai baju raya di rumah orang! hahaha…ada kisahnya.

Di pagi raya semestinya aku sudah bangun seawal subuh. selalu pas subuh tidur balik. hihi..tapi di hari raya harus mandi sunat terus….dan bersiap memakai baju baru..yeah!! kemudian makan sikit. kemas2 ruang tamu sket. dan bersiap sedia ke MAsjid Pandan Indah untuk tunaikan solat sunat hari raya. Ramai ko….penuh parking. ayah terpaksa parking kete berlapis2..dan aku stndby no tepon di dashboard utk di hubungi kalau dorang nak keluar awal.

Dengar khutbah dalam 5 minit pastu keluar masjid. hehe…Sampai rumah masa untuk bermaaf-maafan…kalau dulu duk terima duit raya dari abang2 dan kakak2 ku. tapi nyatanya mereka tiada..malah daku pula kena berikan pada kedua orang tua ku. oh bangga kejap! dan terus mengucap sebab takbur. sabor jela.

Ini adalah suasana di pagi raya ku…kami hanya bertiga!!


Lepas je amik gambar ni..terus mms kat adik beradik yang lain..hehehe. konon2 kitorang bertiga je di pagi raya. balik cepat la wehhh


Mak dan ayah…ape hal mak sengetkan bahu tu…

Terpaksa di crop sebab mak amek gambar senget. hahaha…thanks mak!


Mak kata ” boleh tak mak pandang kamera?” hahaha…itu yang tersenyum tu.

SELAMAT HARI RAYA DARI AKU SEKELUARGA!!

sekilas : mahu pergi beraya..bye!

Posted in family, me

Gema Takbir di malam raya

Sep10
2010
1 Comment Written by Sekilas

Assalammualaikum… (wah, entry nak terus pembukaan yg sangat islamik) Takpe di tuntut dalam Islam.

Alhamdulillah, cukup sebulan kita berpuasa (tapi aku tak cukup la sebulan kan). Lepas berbuka, aku telah bersiap sedia untuk menyediakan juadah bagi orang-orang surau yang katanya nak datang bertandang ke rumah untuk takbir. Teringat time kat kampung Beranang dulu. selalunya balik kampung sehari atau 2 hari sebelum raya. bila malam raya, akan tunggu la jemaah surau untuk datang rumah ke rumah untuk bertakbir.

Kat sini pun buat jugak. tapi yela, suasana kampung dengan kat rumah teres macam ni, mana sama ye tak? dulu dengan sepupu sepapat, dengan keriuhan mulut makcik-macik (sedih pulak, sebab ramai yang dah meninggal) kelam kabut duk bentang juadah kat depan rumah. =)

sekarang, aku juga kelam kabut nak sediakan juadah. hehe…padahal senang je pun. saje nak tunjuk banyak kerja. hahaha…aku potong ketupat (mak buat) aku sediakan rendang (mak buat) aku potong lemang (beli jek) aku sediakan air (okey ini aku buat…hahaha) sediakan pinggan cawan…isi kuih muih dalam balang. bentang kain susun atur..siap!!

Dari lepas Isyak aku me’ready’kan diri dan juadah (suka hati aku je campur bahasa) untuk jemaah surau…

aku tunggu…..

dan tunggu…..

serta tunggu….sehingga aku terlelap di atas kerusi dan terjaga dek bunyi mercun jiran tetangga. cis! kaco je aku nak tido..eh. tido?? oit, jemaah surau belum datang lagi la.

ha’a…jam dah pukul 11 malam….kemudian 11.30 malam…dan akhirnya, “mak, nopa naik atas dulu la. kang dorang dah sudah kan panggillah nopa settlekan” haha..tak larat seyh.

baru je nak lelap mata kat atas…riuh rendah kedengaran di bawah. laa..dah sampai rupanya. tengok jam dah 1145 malam. mak aih..lewat betul. lepas aku dengar dorang takbir, rasanya  dah salam-salam nak beredar.

hehe…..dorang cuma minum air jerk! tu la mak…orang dah cakap. takdenya dorang nak makan. perut dah kenyang dah. rumah kita ni entah rumah yang ke berapa dah. lagi segala mak nenek mak nak suruh keluarkan jamu dorang. satu pun tak usik. itu kalau tak sebab kering tekak bertakbir, dorang mesti takmo minum dah. hahaha…

takpe….aku simpan semua balik…esokpagi-pagi keluar kan ajer. dah terus makan. air dalam jug besar tadi semua aku simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk. esok kita dah ada air teh o ais. hehe…

okeylah…time to sleep! esok mesti bangun awal…mandi sunat hari raya…smbahyang raya lagi. *gilak semangat nopa kan. setahun sekali je pun.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! (memang sepanjang bulan ni, si Aidil dan Fitri tersedak2 orang duk sebut nama dorang) hehe….

sekilas : Cinta hati ada kat uptown, sempat shopping lagik.

Posted in family, me - Tagged gema takbir, jemaah surau

Masa berlalu begitu pantas

Sep08
2010
8 Comments Written by Sekilas

Ramadhan sudah tiba di penghujungnya. Sedar tak sedar dah hampir 30 hari kita berpuasa. lagi 2 hari dah raya. Lusa je pun raya tu.
Persiapan dah macam-macam agaknya yang dibuat oleh mak-mak kat rumah. tak kurang anak-anak yang dah sibuk nak melaram di pagi raya.

Sekajap je kan masa berlalu. rasanya macam baru 2-3 hari lepas kita mula berpuasa. lagi pulak, aku ni dah sah-sah puasa tak cukup sebulan. itu yang rasa sekejap sangat masa berlalu.

Hari ini juga sebenarnya dah genap 6 bulan aku bekerja di SL. pun aku rasa masa berlalu begitu pantas. Aku belum mahir lagi dalam kerja-kerja aku. tapi 6 bulan ini bermakna, aku dikira sebagai pekerja tetap di SL ni. Alhamdulillah.

Waktu encik bos panggil aku ke bilik bicara tentang bonus, katanya, aku tak layak terima sebab belum tetap lagi bekerja. tapi dia baik hati nak bagi. Dalam tak sedar, hanya beberapa hari je sampai waktunya aku dikira pekerja tetap. Terus layak la kan bos? hehehe…

Tak tahu la kerja tetap ni akan dinaikkan gaji seperti mana aku dapat mesej dari encik H di awal penerimaan aku bekerja dulu. tapi kalau aku baca-baca dalam perjanjian..takdepun dinyatakan.

Takdelah nak mengharap sangat,. yela kerja aku pun belum diakui lagi mutunya. huhu..ada banyak silap, tak mahir lagi. takkan nak expect gaji naik plakkan.

Encik H pun dah takde tanya lagi macam mana kerja di SL? hari tu je encik bos ada tanya. Jujurnya, aku takde masalah bekerja di sini. semua okey, sporting dan sesekali datang gila mereka, aku pun tak tahan nak tengok. hehe… Aku harap, dorang kat Sl ni pun terima kehadiran aku seadanya. Mungkin aku dilihat pendiam sangat kat sini. yela..semua staff lelaki. takkan nak kecoh sangat. lagi semua dah kahwin, dan usia dorang pun jauh beza dengan aku. pangkat abang-abang gitu. segan sikit nak beramah tamah. harapnya lepas 6 bulan ni, aku akan semakin mesra dengan semua staff.

okeylah di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. aku minta maaf jika sepanjang aku berblogging aku ada buat sesiapa terasa hati. aku pasti ader….pada kawan-kawan fakulti dulu, pada ex-boypren, kaum kerabat ex-bf, pada ex-schoolmate, pada ex-pks kat KSM dulu, pada musuh-musuh dalam diam mahupun musuh nyata di depan mata… pada ahli keluarga, pada cinta hati, sahabat baik, pada yang kenal insan bernama Norfadhilah Mahdi ni, aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala teguran, pujian, kata-kata, perbuatan, tingkah laku, ekpresi muka yang mungkin menyinggung hati kalian. yang mungkin menimbulkan marah, syak wasangka, iri hati dan segala sifat buruk pada korang. Terimalah maaf aku ini…aku bukan insan sempurna!

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing, bergembiralah di Aidilfitri. pada yang hilang orang tersayang, doaku kalian tabah menghadapi hidup yang mendatang. Allah lebih menyayangi mereka dan sedang menguji hamba-hambaNya Insyaallah, kita sama-sama berdoa ye.

sekilas : okey tak ucapan raya ni?

Posted in me, SL - Tagged kerja, ucapan hari raya

Giler la! Puasa pun belum lagi…

Jul19
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Kurang sebulan lagi kita akan menemui bulan Ramadhan. ada yang tak sabar-sabar menanti kehadirannya termasuk aku. Maklum ler, setahun sekali je kan bulan Ramadhan ni datang. Banyak keberkatan dan pahala apabila melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan kan. insyaAllah…Itu pun entah sempat entah tidak bertemunya. Semoga aku dan kalian dipanjangkan umur.

Bila sebut bulan Ramadhan / bulan puasa mesti ramai dah macik-macik yang kaki shopping dan kakak-kakak yang suka melaram dah berkira-kira duit gaji sendiri atau duit gaji suami untuk membeli keperluan raya. Haissh..sabar-sabar la dulu. Kalau menyimpan untuk anak-anak dan keluarga dimaapkan sebab takut nanti penyudahnya habuk pun tarak. itu cerita macik dan kakak ‘plus’ nenek kalau ada. hihihi…

Selain mereka ni, ade orang lain yang berpusu-pusu jugak menanti Ramadhan dan Syawal, iaitu……..

PENJUAL MERCUN

Ko dengar je bulan depan puasa..maka tokey-tokey mercun ni mula la menjalankan aktiviti menyeludup mercun kat negara ni. cepat betul dia buat kerja. konon-konon sekarang ni kira awal la dorang nak seludup. ha..ingat pihak berkuasa tak dapat hidu la perbuatan jahat tu. kantoi jugak akhirnya.

Mercun Aidilfitri diseludup lebih awal

RANTAU PANJANG – Aktiviti penyeludupan mercun biasanya banyak berlaku pada bulan Ramadan.

Namun para penyeludup kini menukar taktik dengan membawa masuk barangan itu lebih awal.

Bagaimanapun, usaha mereka sia-sia kerana pihak berkuasa cekap menghidu cubaan yang dilakukan penyeludup-penyeludup itu.

Terbaru, Batalion 7, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas mercun pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM15,400 dalam serbuan di Pengkalan Ayam Terusan dekat sini kelmarin.

sumber : kosmo

sekilas : tengok jela bulan puasa ni, mesti ade kes putus jari, putus tangan, buta sebelah mata. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Isu Semasa, masyarakat - Tagged bulan puasa, mercun, syawal

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Kek Coklat Kukus untuk di jual.
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress