Assalammualaikum. dan salam sejahtera.
Hari ini dah masuk Ramadhan yang ke-21. maknanya aku dah puasa 16 hari…wakakaka! al maklumlah..awal puasa je dah ‘uzur’. redha jela kan…korang semua yang puasa penuh teruskan berusaha! hehe..kalau yang perempuan tu, siaplah korang ujung bulan..hehe…
oke2…
hari ni juga kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. so, aku nak ucap selamat merdeka lah ye kepada semua. Bak kata kawan aku Dr. Azizan Osman (Pakar motivasi), “tak payah nak beriya sangat sambut, korang bukan ada pun time tu”
itu ditujukan kepada generasi muda ni la…pada yang memang merasai erti kemerdekaan itu silalah meraikannya! tapi pada anak-anak muda tu, kalau setakat kibar jalur gemilang..pastu nek motor merempit tengah-tengah malam…pah tu terjerit terlolong kat tengah jalan, duk ushar-ushar anak dara orang..atau yang si pompuan duk bergesel sana sini tu…tak payah la. hentikanlah keroje itu yer.
kalau ye nak sambut pun, aku respect je korang kibar jalur gemilang, nyanyi lagu patriotik dan pegang senapang pergi berjuang! hoho…
Memandangkan ni bulan puasa, cukuplah kita fahamkan erti merdeka itu yang mana pada aku, aku sangat bersyukur duduk kat Malaysia ini yang buat masa ni aman damai! buat masa ini maksud aku ialah bukan daripada penjajah luar..tapi daripada sifat-sifat perkauman yang sekarang ni sikit-sikit menjadi pencetus kepada satu ‘peperangan tanpa sedar’ yang pasti dashyat!
aku risau jer kalau kita tak kawal diri, anda tak kawal diri, mereka tak kawal diri, maka isu perkauman akan menjadi semakin besar baik dari kalangan masyarakat biasa apetah lagi dariapda ahli politik khususnya.
Aku syukur sebab Allah izinkan aku ada kat bumi ciptaanNya ini dan berada di negara Malaysia. korang bayangkanlah kalau time ni kita ada kat Palestin tu ha..perang sana sini..bom sana sini…orang mati sana sini…menangis teriak, laungan Allahuakbar di merata tempat! Ya Allah…mintak dijauhkan dari negara kita dan khususnya negara-negara Islam yang lain.
aku harap negara kita akan kekal aman daripada perkara-perkara macam ni. ! kalau ada yang tak bangga jadi rakyat Malaysia, jangan duduk Malaysia..sila pergi kat negara lain yang korang banggakan tu…lepas tu teruslah hidup di sana. aku tetap kekal di sini tanahairku!
Selamat Hari Kemerdekaan ke-53!
sekilas : sedih time bulan puasa pun ada kes buang bayi lagi =(




