• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged Flowver entertainment resource

Kalau kau baca, entry ni memang untuk kau la.

Feb19
2010
1 Comment Written by Sekilas

hari ini aku agak keletihan. bangun pagi-pagi kena ikut abg aku nek motor sebab dia mau anta aku ke PWTC. buat pe aku ke PWTC…huhuhu…jumpa akak aku la…akak aku kan keje kat situ. apa da….

piopis dia…fotostat ape yang patut..print out ape yang patut…ala free…guna kan je sabaik mungkin. aku janji dengan Seorang budak..nama dia Dany (bukan nama sebenar) muahahah…dia datang dengan kawan dia, Ijan (juga bukan nama sebenar) jumpa kat TheMall. Kami bertiga telah berjanji beberapa hari yang lalu untuk bertemu….

mereka ini merupakan mangsa-mangsa penipuan seperti aku la…hahaha…jadi kitorang pi buat report kat tribunal tuntutan pengguna kat The Mall tu..di sebabkan tunggu budak 2 orang tu…maka lambat sampai kat opis..tau2 dah tutup sebab dorang kuar lunch. sempat amik borang jela. lepak minum jap..

pastu akak aku ajak gi Sogo lak..konon nak beli baju. tapi dia tak berkenan. last-last, beli kat The Mall tu jugak. buat bazir je beli tiket lrt tu..huhuhu…

jam 245pm aku jumpa balik dua orang budak tadi…kitorg kembali ke tribunal…teruskan mereport…hahaha..pastu gi pejabat pos..hantar salinan kat company penipu tu…selesai kerja kitorang…

so kalau korang yang baca ni daripada tali barut Flowver Entertainment Resources…aku nak bagi tahu kitorang dah failkan tuntutan…seperti yang telah dibuat oleh kelompok pertama yang korang tak hantar wakil tuh. hukum dunia leh la lari…ko tunggu la di ‘sana’ nanti.

sekilas : kadang-kadang ade sebab lain yang buat kita terus bertindak.

Posted in friends, info, me

Entry khas buat DANI, AZAM dan ALAM

Feb18
2010
15 Comments Written by Sekilas

aku tak tahu la ke mana hilangnya idea aku untuk menulis. dah lama rasanya aku tidak updet blog aku ni ha…nak kate takde aktiviti menipu la kan. Tapi arini tetiba datang plak idea untuk menulis. dalam erti kata..idea untuk memaki hamun. huahuahua….

Maki hamun ini aku tujukan kepada sebuah syarikat yang tidak asing lagi sebagai syarikat PENIPU. iaitu FLOWVER ENTERTAINMENT RESOURCE..issk isskk isskk…takut pulak aku dikatakan memfitnah orang….tapi, ape kata korang menilai sendiri bagaimanakah ia boleh dikatakan sebagai penipuan…

NIlLAI-NILAI PENIPUAN.

Aku datang temuduga pada 5 Jun 2009 bersamaan hari JUMAAT pada pukul 10 pagi (anggaran la tak ingat kot). lepas tu aku dikatakan diterima bekerja. TAPI, aku kene  BAYAR RM180 kat dorang sebab untuk insurans, pas, dan juga pakaian aku. Aku datang balik lepas sembahyang Jumaat…Amik ko keberkatan hari Jumaat. aku bayar rm180 guna duit mak weyh….mane ade duit sendiri. (tapi dah bayar balik ye mak).  Kemudian, orang yang temuduga aku tu nama dia EN.DANI. dia kata ISNIN aku akan dapat panggilan tepon dari infocare..dari EN.AZAM. Pastu aku dah leh start keje sebagai pembantu wardrobe. kene uruskan pakaian talent iaitu RINI  ke RINA ke…ala aku tak ingat la…tapi budak AF tu.

hari ISNIN tu aku tunggu sampai tgh hari..takde orang call. aku yang call dorang. pastu petang sket barulah EN.AZAM ni call bagitahu insurans, pas semua tengah proses. aku tunggu seminggu…dua minggu…tiga minggu….weyh….masuk bulanni dah lebih 6 bulan aku tunggu la…bila aku call korang…korang cakap takdebajet la..takde projek la…Bontot la korang. kalau takde projek..apesal korang gi iklan kan lagi keje kosong tu…ingat aku tak tahu ke..aku siap suh member aku call la..kejap nama itu la nama ini la (yg jwb tepon tu la)…

paling BANGSAT sekali..En.Azam ni memperlekeh kan aku. tettt…..gua rakam kot sesetengah perbualan KITA ye EN.AZAM. dan begitu jugak dengan En.DANI. segala janji palsu mu adalah tahap KEKEJAMAN REJIM ISRAEL la…

aku pernah tulis entry ini bila aku dikatakan diterima bekerja. lepas tu …aku tulis lagi entry ini sebab keje aku asik tunggu panggilan tepon dari dorang…

dan sekarang bila aku post kan entry yang ini…rupanya ramai pulak yang dah kene kelepet ngan dorang…berikut adalah orang2 yang aku cuba kenal pasti..huhuhu…

haa…yang lasttu takleh tahan. dorang yang menipu ni dah tengok blog aku…alahai fafau. eh…salah plak..alahai flowver..ingat tadi buta IT. huhuhuhu…teringin jugak korang jenguk blog aku eh…terima kasih la…meramaikan pengunjung sekilas ni ha…jangan lupe ye klik la mana2 iklan yang berminat..tdkela dtg kosong je jadi silent reader…

korang buat jahat..tipu orang..ingat leh duduk aman ke kat dunia ni.lagi-lagi korang tu orang Islam. dah terang benar tahu apa balasannye. ingat la weyh..doa orang teraniaya dimakbulkan Allah. itu kalau aku sorang…kalau semua orang berdoa….terimalah padahnya…yang pelik tu…bangsa sendiri, agama sendiri…boleh buat macam ni…cet pooorahh!!

sekilas : ini lah dia, orang kita.

Posted in info

Giler! aku dah sepatutnya mula merisaukan keadaan aku.

Dec23
2009
44 Comments Written by Sekilas

Bulan ini telah membuktikan aku telah tamat belajar selama 6 bulan!! kalau ikut dari tarikh konvo memang la 2 bulan baru. tapi kalau ikutkan dari aku blah dari UiTM tu…aku dah tinggalkannya selama 6 bulan. 3 tahun belajar diploma..keje 6 bulan then sambung balik belajar ijazah 2 tahun 6 bulan…bukan jangkamasa yang pendek. dan untuk tempoh peninggalan aku selama 6 bulan ini…hakikatnya aku masih tiada pekerjaan tetap..

boleh tak korang bayangkan?? bila aku takde pekerjaan tetap..macam mana aku nak bayar duit PTPTN sebanyak RM27,000 yang belum lagi aku campur dengan kos pentadbiran 3% pada setiap tahun. WEYH..RM27k tu….aku mampu beli sebji kereta atau rumah atau kahwin atau pun aku mampu melabur untuk meniaga…tapi aku telah gunakannya untuk belajar dan percayalah aku ada guna untuk shopping. bila aku habis belajar, aku apply kerja sana sini….SEMUA nak PENGALAMAN! akhirnya, apa yang jadi pada graduan seperti aku yang mengambil jurusan perfileman?? sonang la cakap!! memang bersepah kerja untuk aku kat luar tu terutamanya dalam production house. sape kata aku takde dapat temuduga kerja kat production.? sapa kate??

Aku dapat satu interview kat FLOWVER ENTERTAINMENT RESOURCES. dia mintak aku bayar RM180 untuk bayaran pendahuluan kos pentadbiran dia. tapi penyudahnya, sampai sekarang aku tak dipanggil bekerja. gile bodohkan aku? 6 bulan yang lalu okey aku minta kerja kat situ. terang-terang aku kena tipu!! tapi lakhanat tu takmo bagi balik duit aku. bila aku tengok balik agreement aku..haram jadah!! agreement untuk consult aku jer. memang aku menyumpah 7 keturunan dia hidup susah! kat resit plak tulis no refundable! bila aku mengadu kat Jabatan Tenaga Kerja kat sini…takleh wat ape!

so pada korang-korang semua…jangan kena tipu lagi dengan company S*** ni…ingat nama AZAM, DANI, ALAM….aku still leh nampak lagi iklan kat surat khabar untuk company ni…memang S***…

lepas tu dapat interview kat company RUMAH KARYA CITRA. kalau korang tahu company siapa bagus la. ini company Erma Fatima. Dia suh aku datang interview untuk kerja akaun. then bila dia tanya aku, apa aku leh buat. aku cakap aku tahu kerja-kerja production and aku tahu wat skrip. time tu lagi 2-3 hari nak raya. Dia suh aku bagi contoh skrip yang pernah aku buat. aku dah emailkan. and then suh aku buat skrip pasal yoga..nak kena pikir konsep DLL. Sah-sah aku blur…langsung…smp tarikh dateline lepas raya..aku tak buat sebab takde idea (at the moment aku still kerja lagi la kat KSM)..kawan aku kerja situ..dia keje untuk admin. kemudian, kena buat kerja-kerja production..berhempas pulas siang malam…macam-macam kerja selain dari PM..kerja dah macam kuli salah seorang staff kat situ…tapi gaji kau tak bergerak..takde extra…now, dia dah quit! kerja kerani kat Terengganu.

Lepas tu dapat call kerja kat production Damansara. title post for the company “Journalist” …ko kalau dah baca journalist mestila ingat jadi wartawan ke…kalau kerja setakat research buat report, dan sewaktu dengannya okey. tapi bukan kerja itu..kena jadi PM merangkap pengarah, director cari krew sendiri…dan bla bla bla…so…aku kena buat semua itu untuk gaji yang sama. dah lah iklan kerja lain, dapat kerja lain.

Dapat temuduga SPA…untuk jawatan Penerbit Rancangan B27…tapi akhirnya aku gagal temuduga itu tanpa sebab yang ku ketahui. aku datang awal, pakai baju sekemas yang boleh..lengkap semua dokumen…jadi calon pertama yang masuk bilik..jawab semua soalan dengan baik..KECUALI soalan merapu dia..”Apa masalah sebenar Indonesia dan Malaysia?” bila aku bagi jawapan dia tak puas hati…dia sendiri yang bagi jawapan kat aku..cerita pang pung pang…macam emosional sangat pasal isu tu…aku cuma leh pandang dengan tiada makna.

dan sekarang…aku apply semua kerja malah ke tahap kerani pun aku apply. Ada juga yang kata “kelayakan anda begitu mengkagumkan” tapi aku tetap tak dapat jawatan kerani yang nak SPM je pun.

Bila aku try mintak kerja-kerja yang di dalam bidang aku, semua nak pengalaman. pengalaman bukan sikit-sikit 3-4 tahun oke…bidang lain pun sama. even dia tulis apa-apa kelayakan sekalipun..tapi mesti terselit juga PENGALAMAN 2 TAHUN DIPERLUKAN. atau paling-paling tidak..MESTI TAHU BERBAHASA MANDARIN.

so….di mana aku ingin dapatkan wang untuk bayar hutang aku kat PTPTN ni?? semakin hari semakin bertambahlah hutang tu nanti dengan kos pentadbiran yang dorang cas. *SIGH* .

Aku jenguk laman web PTPTN…dorang siap bagi formula jadual bayaran balik duit pinjaman. tapi aku sepatah haram tak paham..korang agak korang leh paham tak jadual ni?

Sekarang aku masih lagi mencuba dan terus mencuba mendapatkan pekerjaan tetap agar aku dapat bayar bali semua hutang aku dengan ptptn tu…! umur 18 tahun lagi dah berhutang. penyudahnya sampai usia 24 tahun ni…aku masih buntu untuk bayar hutang-hutang tu semua..

sekilas : kalau korang ada kerja kosong tuk aku, meh bagi aku try!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info, me - Tagged hutang, production house, PTPTN, rumah karya citra, UITM

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 4 Bulan Sebelum
  • Hari Kejadian

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress