Tadi aku tengok movie kat channel StarMovie di Astro. Tajuk dia Untraceable. Aku tak tahu la korang dah pernah tengok ke belum.

Sinopsis :
Cerita dia mengisahkan tentang seorang Ejen FBI Jennifer Marsh yang ditugaskan untuk memburu seorang pembunuh yang menggunakan medium internet sebagai senjatanya. Pembunuhan itu akan disiarkan di internet. Sekiranya hits / trafik semakin meningkat maka semakin cepatlah mangsa itu mati. Seorang demi seorang mangsa tumpas sehinggakan Marsh ni sendiri menjadi mangsa terakhir. Apekah kesudahan cerita ni..sila tengok sendiri…hahaha..

Ala cerita ni dah lama kot tahun 2008. aku baru la ni tengok kat Astro..terima kasih Astro..aku dah jemu tengok cerita ulang-ulang. nasib baik aku dapat rampas remote TV lebih awal. kalau tak mak aku dok layan AF yang duk ulang-ulang tu. sama la agaknya ngan En. Amir kita tu. giler AF. kat oversea pun sempat update lagik kan.
eh corner plak cerita aku ni.
Oke…Biarpun menggunakan medium internet tapi pihak FBi tak dapat mengesan di manakah lokasi pembunuh ni. kecuali apa bila seorang Ejen FBI Griffin menjadi mangsa…dia telah memberi clue dengan lirikan matanya. giler hebat tak hebat. mulut dah tutup, tangan dah ikat.. guna mata je tau sebagai isyarat. itulah kelebihan menjadi polis ni..macam2 muslihat dan trick dorang leh belajar.
daripada situ, si Marsh ni dapatlah detect sape pembunuhnya.
Oke..apa yang aku nak cerita ialah punca pembunuh tu melakukan pembunuhan itu melalui internet ialah apabila satu masa dulu, ayahnya telah membunuh diri di sebuah jambatan. Jadi adaorang rakam kejadian itu dan menyebarkan di stesen TV. Tapi semua stesen Tv minta maaf sebab sebarkannya kecuali channel 12. sebabkan video tersebut ranking channel tu mendadak naik. jadi pembunuh ni sebenarnya nakbalas dendam sebab dorang suka benda-benda macam ni disebarkan demi kepentingan sendiri.
So dia nak buktikan lah..memang masyarakat suka tengok pembunuhan di depan mata melalui video. biarpun dorang tak kenal sape yang mati tu. tapi ranking tetap naik. So, sebab tu dia kate…kalau takde sape tengok siaran internet itu, mangsa akan selamat.
Aku terkesan dengan filem ini untuk masyarakat di Malaysia. contoh lah video ustazah dan warden melakukan adegan seks tu. lepas je berita kuar surat khabar, maka berpusu-pusu orang duk search kat internet. tak percaya leh tengok kat blog broframstone ni. aku tak kate sesiapa la..tapi let’s say seorang lelaki yang berpangkat ayah duk search video tu..tiba-tiba dia terjumpa pulak anak perempuan dia dalam video tu.pastu kawan-kawan kenal pulak. malu tak?
Seelok-eloknya benda-benda yang kurang baik ni tak usahlah bermain di fikiran kita untuk ditonton. Mungkin lumrah manusia begini. sesuatu yang panas tak sah la kalau tak dilihat bersama-sama. Tepuk dada tanya selera. jika anda seronok melihat keaiban orang lain,kelak orang lain pula melihat keaiban kita.
kita sama-sama pernah melakukan kesilapan,tapi tidaksalah jika kita cuba untuk perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Aku sekadar berkongsi cerita. jangan kata aku berlagak baik pulak..cuma kita boleh fikir-fikirkan jika tidak mahu setuju sekali pun dengan kata-kata aku.
sekilas : banyak buruk dari baiknya.




