
Kelass tau akak ni. tayang duit kat semua orang. Berkepuk-kepuk duit akak? kerja bank ke kak? eh…apa pulak, bukan dengki, kesian je kat akak. kang kena rompak kang, sapa yang sedih? saya jugak kak. mahu tidak, kena rompak duit hilang, pastu masuk paper. kalau hidup takpe..kalau mati camne kak? saya memang tacing sikit kalau baca paper ada orang mati ni.
Okaylah..straight to the point! banyak benor aku dapat gambar-gambar ghupe ini di tag kat FB aku. oklah, terkejut jugak aku nengok duit berkepuk-kepuk gini, tertanya-tanya bisne apa yang dia buat sampai banyak benor duit nye haa….dah macam duit kat bank gitu.
Kesahnya, login FB dapat duit 100 kan. ajak orang join satu orang 100. yela..mahu tidak, asal orang join duit tu terus masuk acc kita. orang yang join tu pun cari le orang lagi dan lagi dan lagi, maka bertambah2 ler duit kita. konon usaha yang dibuat hanyalah cari orang! wahhh..kelas kau meniaga kak!
aku hingat itu tokey-tokey, businessman, menteri semua tu tak yah keroje le gini. cari orang je nyah, dapat duit berkepuk-kepuk macam kakak tu.
Billionaire pun aku rasa takmo tayang duit dia macam kakak ni buat. Ini siap duk tayang, siap tag kat semua orang. mahu ler orang yang tak perikemanusiaan kenal ko kak, pi rompak ko! yang hado…make up je lebih dalam hand bag! tapi kita yang merana jadi perhatian duk tayang duit kat orang! cer cite cer cite.
Kalau akak meniaga nasi lemak, nasi lemak akak sedap, orang puji, laku hari-hari abis dijual…akak tag kat aku resepi nasi lemak yang sedap tu, takpe la jugak kak. benda betul la tu. berniaga cara yang betul! bukan style cari-cari orang duit masuk poket sebab orang lain yang usaha (konon nye la).
Nampak memang mudah duit tu masuk account kita. tapi caranya?? fikir-fikirkanlah…
p/s : jangan salah gunakan Facebook!
sekilas : berbuih dah mulut cakap jangan tag gegambar cenggini. dogil bebenor!









