Maaf entry ini adalah separuh emosi pada ketika ini…
Aku ingat seseorang itu benar-benar berubah bila dia kata dia berubah.
tapi, hakikatnya dia tetap begitu dulu kini dan selamanya.
aku teringat seorang teman, “aku tak percaya orang sepertinya akan berubah”
Dan kini, aku pula yang terpaksa mengakui kata-katanya.
Dulu bila aku dapat khabar berita gembira tentang dirinya, aku yakin sepenuh hati dia itu yang pernah berkawan baik dengan aku satu masa dahulu telah berubah. malah, ku canangkan pada teman-teman yang lain “syukurlah, mungkin dia benar-benar telah berubah“. Dia sepatutnya hidup gembira tanpa aku, dan tak perlu sekali-kali memikirkan tentang aku.
Tapi baru-baru ini, kenyataannya benar-benar menguji kesabaran aku. aku tak pernah ganggu hidup dia, tak pernah nak ambil tahu tentang dia, dan aku tak sekali pernah menerima kembali kesudian dia untuk menjadi kawan aku. Aku tak pernah sebut nama dia dan bertanya-tanya pada kawan-kawan, tak pernah pula aku tiba-tiba nak memburukkan dia pada orang lain. sebab aku ingat kata abang aku, “jangan sekali-kali kita membuka aib orang lain, dan sekiranya kita berjaya menutub aib orang lain, maka Allah akan tutup aib kita di dunia dan di akhirat.“ Itu pun aku faham melalui satu hadis yang dia sebut.
Takde gunanya aku nak ceritakan hal dia pada orang. Dia ade hidupnya sendiri dan aku takde hak nak memperkatakan tentang dia lagi. Tapi, kalau aku ‘ter’ cerita pun adalah tentang apa yang berlaku baru-baru ini…dan itupun aku bercerita tentang sesuatu yang BENAR. aku bukan cerita kisah silam…aku bukan cerita perkara buruk.
Aku cakap benda yang baru jadi, dan benda itu benar. oke..kali ini ayat-ayat yang aku nak keluarkan adalah aku tujukan pada dia…
Apa masalah kau dengan apa yang aku cakap? kenapa kau nak nafikan benda yang memang kau buat? meh sini aku bagitahu kau sebab-sebabnya…
Kau sebenarnya memang tak pernah BERUBAH. dulu, salah kau yang terang-terang kau buat depan aku pun kau masih lagi cari jalan keluar nak kata kau tak salah. Kepala otak kau la…
Kau memang suka cakap besar…kau nak orang anggap kau hebat…memang org anggap kau hebat tapi kehebatan itu PALSU denngan cakap besar dan segala pembohongan SENGAJA yang kau lakukan.
Aku tak pernah menyesal sebab tak terus berkawan dengan kau. Malah lebih bersyukur sebab hidup aku lebih teratur tanpa kau. Memang kau banyak tolong aku dan aku sangat hargainya. aku tak pernah lupa segala jasa baik kau apetah segala sakit perit yang aku tanggung. Aku hargainya sehingga itu sajalah segala kebaikan yang kau ada untuk aku canangkan pada orang.
tapi kau tak pernah bersyukur! apa yang kau dah buat pada aku dulu pun dah jadi bukti kau tak pernah bersyukur dengan apa yang ada…aku tak pernah nak caci maki kau lagi, tak pernah nak sebut-sebut hal kau lagi. jangan ingat aku diam aku benarkan kau cakap macam-macam pada orang tentang aku.
Weyh, hakikatnya kau tetap sama macam dulu..dan betapa kasihannya orang yang menjadi teman rapatmu kerana terpaksa telan segala keburukan kau dan sikap kau tu. Nasihat aku untuk kau, berhentilah menjadi seorang yang hipokrit. Kita sama-sama pernah buat salah, aku akui..dan kau tak perlu nak nafikan kesilapan kau sendiri yang pernah buatkan aku serik nak terus berkawan dengan kau…
Sehingga sekarang, aku tak pernah lagi dengar kata MAAF dari kau. Terbukti kan…kau tetap seperti dulu. tiada satu apa pun yang aku lihat berubah. Maka benarlah kata orang itu…sekali orang tak percayakan kau…sampai bila pun sukar kau nak dapatkan kepercayaan orang lagi. Untuk itu, aku tak pernah nak percaya kau berubah. dan aku tak pernah menyesal pergi dari dunia kau yang penuh dusta tu.
Kepada pembaca sekalian…aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. maaf jika terkasar bahasa. tapi itu lah yang berlaku saat ini. aku tak tahu dia akan baca atau tidak..tapi aku yakin seseorang pasti akan sampaikan pada dia…
Maaf…
sekilas : jangan biarkan luka lama berdarah kembali.




