• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged Emosi berganda

sejenak bersama aku

Feb01
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

2/1/2010 9:06 PM

Assalammualaikum dan selamat beristirehat kepada semua.

Waktu menunjukkan jam 9 malam. Aku masih berada di luar rumah. Untuk seketika aku rasa selesa berada di luar rumah. Jangan di Tanya kenapa. Sukar untuk aku memberikan penjelasan di tempat yang mungkin menjadi tatapan umum.

Aku sekarang berada di sebuah restoran Arab. Of course restoran sahabatku, Restoran Saba di Cyberjaya. Waktu aku sampai sini jam 8 malam, tempat ini masih lenggang. Tidak ramai sangat pelanggan. Aku sampai tukar tempat duduk sebanyak 3 kali la untuk mendapatkan signal internetdan juga plug.

Tapi sayangnye…internet  tah ke mana, plug aje yang aku jumpa. So, untuk pengetahuan korang, aku tengah menaip draft untuk entry kali ini. apabila korang membacanya,bererti aku telah publish ke dalam blog aku.

Aku sekarang berada di sudut restoran ini.(dalam restoran – bajet dapat ekon la) aku mula kedengaran suara-suara orang yang memenuhi ruang makan ini. Di hadapan aku terdapat 2 couple yang sedang berborak-borak riang. Pada pengamatan aku,mereka ni mungkin selalu makan makanan Arab. Sebab si gelpren cakap, “Haa…dah lama betul tak makan makanan Arab, nak makan dah tak biasa pulak.” Sambil mata menjeling ke arah aku. Motif? Huhuhu…aku pun tak berminat nak tahu.

Di tengah-tengah ruang makan, ada family yang agak ramai. Pemerhatian aku menganggarkan ader 3 keluarga bersama anak cucu yang ramai. 2-3 orang kanak-kanak memakai baju belang yang sama pesen. Aku rasa mungkin dorang ni adik beradik. 2 pasangan memakai baju warna yang sama, aku bajet dorang ni suami isteri. Dua pasangan yang sebaya mak ayah aku…aku bajet itu juga pasangan dan ibu bapa kepada baju hijau tadi. Dan dua lagi pasangan yang duduk bersebelahan tapi tak  pula pakai baju sama kaler or pattern. Aku tetap bajet dorang ni suami isteri.

Mungkin ader sesuatu yang mereka raikan.  Dapat gaji aku rasa. Maklumlah harini dah 1hb. Ape lagi yang boleh diraikan…

Lain-lain pelanggan jauh sangat daripada penglihatanaku. Kecuali ader lagi 3 orang yang aku yakin, orang Arab sendiri sedang berborak secara serius di luar restoran ini. Tah apela yang mereka bualkan. Sebab kedatangan dorang sama dengan aku.

Yang sebenarnya aku ni tengah menunggu kawan aku ni uruskan gaji pekerja-pekerjanya. Dari tadi tak siap-siap. Penyudahnya aku dan adik iparnya, Ita terlekat kat sini bersama dia yang sedang busy tu,

Dan sekarang, aku lihat pelanggan pun beransur pulang. Dengan serta merta ruang makan yang penuh dengan pelbagai orang dan ragam menjadi kosong. Aku pasti kat luar pasti ada lebih ramai orang. Mungkin dorang lebih selesa berada di luar sambil menghirup udara malam. Bagi yang berkeluarga mungkin mereka fikir lebih selesa di dalam restoran untuk menjamu selera.

Melihat kanak-kanak yang berlari ke sana sini menginginkan aku untuk kembali ke zaman itu. Ceria,gembira dan tiada masalah yang harus difikirkan. Walaupun mereka juga ada sakit dan sedihnya, tapi pasti ia bukan sesuatu yang penting untuk diingati.

Berbeza keadaannya apabila kita di alam dewasa. Setiap sakit, sedih dan hiba itu kita akan ingat. Dan mungkin ia terlalu sukar untuk dilupakan. Ah,malam ini terasa hati penuh dengan emosi, penuh dengan kenangan yang datang bersilih ganti.

Korang mesti tertanya-tanya kerana apa kan? Cukuplah sekadar aku katakan, aku seorang perempuan yang berjiwa halus dan sensetif. Kadang-kadang melihat kesakitan dan kesedihan orang lain juga mampu membuatkan aku turut menyertai mereka menangis. Apetah lagi jika sakit dan sedih itu pada diri aku sendiri…

Satu hari ini aku tidak berapa bagus untuk bicara tentang apa-apa. Dari pagi tadi apa yang aku rasa dalam hati aku ialah kosong! Oh,maaflah sahabat semua. Kalau dapat aku kongsikan, sudah ku lakukan sekarang…aku Cuma rasa tidak berdaya kerana hanya seorang sahaja yang mengerti apa yang ada dalam jiwa aku. Terima kasih dari aku.

Aku dengar kata Nani, “tarik napaspanjang-panjang, dan selawat banyak kali” terima kasih dik, walau kau tak tahu apa yang berlaku, akak tetap rasa kau membantu akak.

Cukuplah coretan jiwang yangtak berapa nak karat ni. Kalau aku taip lebih lagi, pasti akanjadi satu novel bersiri.  Selamat buat semua pembaca aku..terima kasih kerana sudi membacanya sehinggake akhir kata. Takpe jika anda tidak meninggalkan jejak..setidak-tidaknya aku tahu masih ada yang ingin mengetahui tentang aku.

Sekilas : berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Posted in Kisah-kisah itu, me - Tagged Restoran Saba, sahabat

hangin jugak aku dengan budak ni

Dec23
2009
11 Comments Written by Sekilas

bukanlah nak kata apa…tapi orang lain pun ada perasaan jugak. ada juga nak rasa marah cam ko..ade jugak rasa nak melenting cam kau. tapi tengok la pada apa dan dengan siapa?

aku takde masalah dengan kau..tetiba kau nak melenting ngan aku apahal..? aku cakap elok-elok je kot! ko takyah tetiba nak tunjuk rasa marah kau kat aku.

senang cakap la…ko kalau bercerita nak gebang….takyah dah menunjuk-nunjuk sgt bro..! apa inga ko sorang je ke gembira kat dunia ni. orang lain pun happy gak…ceria jugak…paling senang aku nak cakap, kau ni macam baru jumpa pompuan la…sebelum ni kau gay agaknya!!

korang…ha..korang yang tengah baca blog aku ni..gerenti tengah duk pusing kepala, kecik-kecikkan mata garu otak nak pikir aku ni marah pasal siapa dan kenapa? ko ingat aku nak bagitahu…jangan harap la…

budak ni memang bikin panas jerk. Sikit-sikit sudah la..kadang-kadang tu lagi aku berangin ngan dia ni, orang lain tak citer pasal dia, dia duk sibuk-sibuk nak cari pasal ngan orang lain. duduk diam-diam buat hal ko sudah!

ada aku kisah pasal hidup kau?? kau nak buat apa ke kau punya pasal la.

beb…ini emosi bole jadi rekaan bole jadi betul…so terpulang la dengan korang kalau korang rasa aku betul-betul marah atau aku saja-saja buat marah dengna orang…Cerita di atas ada yang benar ada yang tidak, demi menjaga hati pelbagai pihak..sebab aku amrah-marah orang pun, aku tahu nak jaga hati orang..tahu perasaan orang..dan tahu nak jaga hubungan dengan orang…kalau kau yang baca ni terasa dengan apa yang aku tulis..bukan tanggungjawab aku. sebab aku tak mention apa-apa nama..aku tak sebut apa-apa tempat…aku tak kata apa-apa pun pasal kau..ada..ada??? takde kan…kalau ada..sila buktikan..sebab aku dan kata cerita atas ada yang benar dan ada yang tidak..maksudnya aku terpaksa menokok tambahkan cerita-cerita tersebut untuk menjadikan kemarahan aku ini menjadi..

huhuhu…mengarut dah ni..oke la….selamat bekerja bagi semua pekerja yang ada kerja…selamat mengular bagi pekerja yang takde kerja..selamat beristirehat pada yang tak bekerja…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in masyarakat, me, merapu

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress