Entah lah. dulu, aku suke GILA dengan Mawi. aku pernah undi Mawi waktu dia kat AF. Kagum dengan suaranya. Tapi, start je dia putus tunang dengan Ina Naim tu, aku terus dah tak minat / suke / teruja bila sebut nama Mawi. Lepas putus tunang dengan Ina Naim, timbul pulak cerita Mawi dengan Ekin sedang mula bercinta.
ermm…time ni, aku tak percaya. sebab Mawipasti ada pilihan lain yang lebih baik. aku tak kata Ekin tu tak baik. aku cakap dia ada pilihan yang lebih baik. Waktu orang kecoh kata Mawi bertandang rumah Ekin…dorang langsung tak mengaku. malah menafikan semua dakwaan. Bila tersebar gambar Mawi datang tu..mula beri alasan, singgah sebentar dan pelbagai lagi.
muncul pulak cerita, Mawi bank in duit kat Ekin dan sebagainya tentang mereka. akhirnya…Mawi & Ekin mengaku bercinta dan berkahwin.
sekarang, dorang dah kawen pun. sah suami isteri. orang still mengata. lebih-lebih lagi mengata Ekin yang kononya tumpang glamer, nak harta Mawi dan sebagainya. Orang kata dia menyibuk ikut Mawi ke hulur hilir. Citer Langkah Mawi World pun sibuk jugak nak ikut.
Ohh….takdelah aku kata nak suke dia or back up dia. aku dah rasa tak suka abis dengan dia. tapi adakah orang-orang kat sana yang tak suke Mawi atau pernah suke DULU, mempunyai sebab yang sama seperti aku. aku tak suka dia sebab kecewakan Ina Naim dan terus rasa tidak suka sehingga sekarang. tapi tidaklah memBENCI macam orang kutuk-kutuk dia tu. atau takdelah sampai nak buat facebook I HATE MAWI. muahaha….
Laporan akhbar Utusan
Suara hati Asmawi Ani
saharudin.musthafa@utusan.com.my.
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI

“Bingung saya dibuatnya. Bawa isteri ke majlis pun dianggap salah,” luahnya penuh tanda tanya pada satu pertemuan dengan Hits petang Selasa lalu.
“Sebagai lelaki saya masih boleh menerima cakap-cakap orang tetapi pernahkah mereka yang menghentam kami memikirkan perasaan Ekin?
“Dia (Ekin) wanita, hatinya mudah terguris. Saya kasihan melihat isteri yang kadang-kadang menangis membaca laporan yang kurang manis mengenai kami.
“Bahkan, Ekin juga ada ketika disindir oleh orang-orang yang kurang senang dengan kehadirannya,” kata Mawi sambil merenung ke arah isterinya yang tekun mendengar perbualan antara penulis dengannya.
sekilas : Kasihan Mawi….buat tu salah buat ni salah…ko benti jela jadi artis. lagi senang.




