Apabila kaki anda telah melangkah masuk di tempat pemandu, maka anda sedang memikul tanggungjawab yang cukup besar terutamanya terhadap diri anda sendiri….
Itu adalah iklan di pagi hari untuk korang. Pagi ini ketika memandu ke tempat kerja, aku memandu di dalam keadaan yang tidak bergegas, rileks dan sepoi-sepoi bahasa lantaran aku dapat menganggarkan jarak tempat kerja ku yang tidak begitu jauh.
Dalam jalan berhenti jalan berhenti, sebab jalan agak sesak sikit susur kuar ke Sg.Besi…tiba-tiba aku agak terleka dengan menekan pedal minyak agak kuat….hampir-hampir mulut keta aku nak kena MyVi putih berseri depan tu baru macam tersedar dan brek.
Kenapa la aku kena bawa kereta. Kan bagus kalau ada driver. Bawakan untuk aku. Jadi kalau aku terleka takdelah jadi apa-apa kan. Ini kalau memandu takleh nak leka sikit, mesti membahayakan.
Jadi moral of the story…sila focus pada pemanduan korang ketika memandu. Kalau boleh takyah bawa kete la…naik bas jer..huhuhu.
Sekilas : tired!




