Siapa yang selalu tengok cerita Drama slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ni dah pun menemui pengkahirannya. aku takdelah terpacak depan tv jam 6.30 petang. tapi selalunya aku cuma tengok dekat TV3 online sahaja. hoho…maklum ler, 6.30 kekadang ada akt ofis lagi, dan kadang-kadang dalam kereta lagi. mana nak dan tengok cerita tu. lainla akak aku sumijelly tu yang terkejar-kejar nak balik awal semata-mata Benci Bilang Cinta dia tu. tak kuasa aku!

Okey, semalam rasanya episod terakhirkan? aku tengok online dah episod 23. so kira last episod la tu kan.
Ulasan aku :
Mula-mula tengok cerita tu best. first episod yang aku pernah cerita dulu. Lepas tu aku tengok dan tengok nak tahu aper terjadi. cerita jadi complicated. plot dia semakin rumit nak buat penonton faham.
Watak Rizal yang sebenarnya memang berkomplot dengan ayah dia, macam innocent. Mula-mula nak kesiankan Rizal, tapi akhirnya Rizal yang jahat. Tapi dia macam tak tahu apa-apa, dengan ayah dia, dia marah sebab ayah dia bergaduh dengan Tok Man la. dengan Liza la. tapi last-last dia sendiri yang nak sakiti Liza.
Pastu tak pasal-pasal Rizal gila. dan Dr Imran tu plak naik syok dengan Liza.
senang cerita ending dia tak best, tak mengancam, tak masyukkkk hohoo…dan tak logik! sekian terima kasihan.
sekilas : apa-apa pun pelakon utama ensem dan cantik!




