Posts Tagged ‘ dataran merdeka ’

Salam Jumaat. Hari ni takde entry tazkirah.

Sebenarnya adalah 3-4 hari lepas, yang mana opismet aku dok tayang2 kat fesbuk gambar spaghetti buatan mak dia…menyebabkan aku duk terbayang-bayangkan spaghetti semerah hatinya itu.

Hari berganti hari, bayangan spaghetti tak hilang dari minda dan terasa kecur liur weh.

Semalam tekad jugak membeli bahan dan memasak sendiri. Itu pun setelah menggodek-godek pacik gugel untuk mencari resepi. Terjumpa resepi kak Ina KL pulak. ouch, terharu saya. hikhik..resepi dari Kak Ina KL ni mudah sangat. Sebab tu aku pilih resepi dia. sedap pun sedap wehhh…

Dan inilah hasilnya…

Panas-panas makan memang sedap.

sapa-sapa yang terasa nak cuba resepi Kak Ina KL ni boleh pergi blog beliau dengan klik link ini

Lepas makan malam….hubby ajak pergi Dataran Merdeka. Nak lawat kawasan katanyaa…hehehe…

Kebetulannya ada raptai untuk konsert agong ke apa tah yang akan berlangsung hari Sabtu ni 21 April 2012. Itu apa yang polis tu cakap la time hubby tanya tu. So kira berjalan di dataran sambil tengok persembahan raptai dorang. Nampak meriah dan best. :)

Sambil-sambil tengok raptai, snap gambar dengan emak. cewah! sebenarnya aku memang tak banyak amik gambar dengan emak. T_T sedey je jadi anak macam aku ni. time kecik-kecik dulu banyak lah. maksud aku bila dah besar panjang ni…jarang je. Jadi baiklah aku abdikan selagi boleh. eh, macam cerita sedih je pulak.

Disebabkan time tengok tu aku duk atas pentas tu, so nak amik gambar jam kat mahkamah tu gagal kerana terlindung. Jadi amik jelah gambar yangb oleh nampak mahkamah tu. hehehe..

Ok pemandangan yang tak berapa nak cantik. huhuhu…

Itu sahaja lah entry kali ini.

sekilas : Mak kata nak pergi dataran Sabtu ni…huhu kompom sesak ramai orang nanti.

daripada encik bos saya :

Salam…Silat Cekak Ustaz Hanafi akan mencipta sejarah, memecahkan rekod largest participants in Silat Performance pada Ahad 10 Oct 2010 (10.10.10) di Dataran Merdeka KL jam 4 ptg – 7 ptg. Dato’2 Tn/Pn, Saudara/i, dijemput hadir sama menyaksikan detik bersejarah ini. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita yg memeartabatkan budaya bangsa kita. Tk.

kemudian tidak lama itu, saya dapat mesej lagi dari. En. Az :

Hi all, esok kita punya crew call jam 7.30 am at Dataran Merdeka dekat ngan pentas utama. Ada 10′ x 10′ punya khemah, jumpa di sana –  Az, SLM.

itu maknanya ape??? maknanya daku harus ada di sana sebagai crew untuk event itu. dan aku juga harus ada di sana di saat ex-boyfriend aku kahwin dengan wanita pilihannya!! oh tidak….kuciwa aku….aku sangat kuciwa….

korang tak kuciwa ada aku pedulik. yang penting aku kuciwa. Udahlah dia takmo kawen dengan aku. dia kawen dengan orang lain. dia kata aku tak tahan tengok darah! cis cis cis…sunggu cisdel dikau berkata begitu.

tak mengapalah. aku akan lupakan dia. semoga kau berbahagia dengan insan yang kau cintai wahai sang pencinta…

daku ucapkan selamat pengantin baru

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Untuk Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina. kerana itu kau pilih calon isterimu Doktor..sebab dia suka tengok darah.. sob’sob.

sekilas : esok kalau gi dataran cari lah aku.