• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged cuti

perkembangan terkini 9 Syawal

Sep18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Hari ini Sabtu!

Esok Ahad!

Lusa Isnin = Kerja !

Kerja = Malas!

Malas sebab dah cuti lama!

jadi…………………………………

Jom bermalasan sampai lebam!!

sekilas : masih dalam mood raya…!

Posted in merapu - Tagged malas

Penangan Singgahsana!

Sep06
2010
2 Comments Written by Sekilas

okey…rasanya tidak adil aku tak membersihkan sawang di blog kesayangan aku ni. tidak adil, bila aku tidak mengupdate entry terkini tentang aku dan sekelilingku.

sangat tidak adilkan wahai blogku sayang. =( huhu…kerana itu di waktu-waktu kerja ni aku curi sikit je masa untuk update. Alhamdulillah, aku sudah sihat sepenuhnya setelah demam selama 2 hari yang agak teruk bagi aku.

Hari ini aku just nak flashback balik apa yang jadi pada ku sebelum aku jatuh sakit beberapa hari yang lepas. kejadian adalah jatuh pada hari Rabu bersamaan 1 September 2010. hehe…

rasanya aku belum cerita lagi yang encik bos aku dengan baek hatinya nak menjamu  staff di SL dan salah satu clientnya berbuka puasa di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Pertama kali jugak aku jejak kaki makan buffet Ramadhan di sini. Aku pergi naik kereta encik bos, sekali dengan Puan R, dengan en. Ad, dan juga bekas pelajar praktikal yang diambil bekerja sebagai freelance iaitu cik F.

Oh aku teringat satu perkara ketika menaiki kereta encik bos. Puan R duduk disebelah kanan ku. aku di tengah-tengah seat. Aku nampak Puan R memakai tali pinggang keledar. tegur ku, ” bersemangat akak pakai ni ha” …balas Puan R, ” I tahu husband I bawa kereta macam mana” … hehehe…isteri lebih mengenal suaminya kan…aku redha je walaupun Puan R kelihatan mengambil langkah berjaga-jaga.

Sampai di Hotel Singgahsana, kebanyakan staff SL dan juga salah satu client encik Bos juga sudah ada di meja. dorang semua dah amik makanan masing-masing. agak lewat ketibaan kami. time aku beratur amik makanan pun dah azan. apa yang sempat aku capai ku letak di atas pinggan.

tak banyak yang menarik perhatian aku di sana. mungkin kerana ketika itu, tekak sudah mula bergesel sakit. tengok apa pun tak kena dengan tekak ku. henpon dah abis bateri. memory full. ape lagi la nak amik gamabr makanan yang aku lahap tu kan. aku duduk semeja dengan cik F , Isteri en. H dan anak-anak beliau..en. D dan isteri, En. Ai dengan isteri dan anak-anak. Encik bos mestila duduk dengan client kan bersama en. H.  TERBAIK!

waktu memula sampai…aku dan cik F (duduk bercermin mata). peace to cameraman En. Ai.

aku tengok cik F duk makan daging kambeng dengan jayanya. aku pun teringin jugak, tapi tekak aku membataskan segalanya. aku cuma dapat makan, nasi padang, lauk ayam goreng, ikan patin, sup ayam, kek dan buah sebagai pencuci mulut. air, rasanya bergelas sebab tekak tak sedap kan.rugi betul encik bos bawa aku malam tu, bayarnya mahal, tapi aku makan sikit. waaa…nak pergi lagi!!! aritu tak puas makan pon tau.

Kebetulan hari itu kumpulan Rabbani ada membuat persembahan. tak amik port sangat. sesekali aku layan jugak lagunya. mungkin kalau arwah Ustz. Asri ada lagi ia lebih mengancam kan? =) lepas maghrib, aku dengan isteri En. H pergi surau dan solat. lepas tu ingat nak sambung makan, tapi….tak selera pulak. tunggu samapi semua dah rehat, borak-borak, gelak ketawa…dan aku sambil-sambil melayan karenah kembar anak en. H tu. mula-mula sombong ye dengan aunty Nopa…oh ye..anak sulung en. A pun join sekaki. jadi cikgu tadika la kejap aku kat situ.

Kemudian, kalau takde sesi bergambar memang tak sah la kan….berikut adalah gambar warga SL..pes time ni aku duk tayang kat blog aku..harap-harap warga SL yang lain redha kan je ye….terutama encik bos.

kalau engkorang bijak bistari, sila cari mana satu encik bos aku? =)

lepas bayar, bos anta kami balik di ofis. aku sempat berseloroh dengan Puan R, “kalau datang keje lewat sket esok boleh tak” ..Puan R gelak manja dan jawab ” itu kena tanya bos” … aku pun senyum dan berlalu. naik kereta terasa sangat penat, sakit badan dan semacam jerk. balik rumah lepas mandi…cuba tidur..sejuk, pastu aku muntah semua makanan yang ku lahap di hotel tu. hai sampai ke subuh muntah. dah takde isi pun duk muntah air jerk. dah la dpt makan sikit, lepas tu kena buang pulak balik semua makanan tu. waaa…mana tak sedih kan.

penyudahnya, bukan aku datang lewat ke ofis…tapi tak datang terus dan diberi cuti sakit 2 hari oleh doktor. seksa tau jadi orang sakit ni. cuti memang best. tapi apalah maknanya cuti tapi sakit kan..alhamdulillah sekarang dah sihat…Terima Kasih Allah.

credit picture to Encik Ai.

sekilas : 3 hari tau tak puasa sebab sakit aritu.. =(

Posted in me, SL - Tagged berbuka puasa, kerja, sakit

Sahabat ini tidak akan ada tukar gantinya

Aug13
2010
10 Comments Written by Sekilas

Remember my entry this about something excited that i want to tell u guys? hoho..kalau tak ingat, sila baca entry tu balik. terima kasih.

entry ini mungkin sedikit panjang. jadi pada sesiapa yang berpuasa tu, jangan tetiba muntah pulak yer. karang batal pose korang tu.

Sabtu yang lalu kawan-kawan dari kejauhan datang Kolompo. huhuhu..kami ada urusan seri paduka baginda yang tak dapat dinyatakan di sini. oleh itu kami membuat perjanjian untuk bertemu. Kebetulannya Sabtu itu adalah hari ulangtahun daku dan cinta hati, maka aku keluar ngedate dulu bersama dia.

jam 1030 pagi.

sebuah kancil biru datang menjemput si gadis cantik. oh di dalamnya ada seorang lelaki kacak yang menanti lama sebab si gadis membungkus nasi goreng. Lelaki kacak itu ingin mencuci kereta. jadi si gadis dan beliau pergi mencari car wash berdekatan, kemudian membeli surat khabar dan membawa diri di tepi padang sementara menunggu kereta siap di cuci.

mungkin jam 1200 tengah hari.

Kancil biru bergerak laju menuju ke e-Curve melalui Puchong. Berbual-bual mesra di dalam kenderaan itu. tiba di e-curve, lelaki kacak bertanya si gadis..oh salah. si gadis bertanya si kacak. cerita apa yang ingin ditonton. mereka memilih the sorcerer’s apprentice . jam 1.15 petang mereka masuk.

jam 3 petang. mungkin.

Mereka keluar wayang. lelaki kacak pergi menunaikan kewajipan dulu. si gadis tunggu di luar kerana cuti merdeka. si gadis gundah gelana. huhuhu…adalah sebabnya. si gadis hubungi kawan-kawan, mereka di Putrajaya. oh, kami harus bergegas ke sana kerana lelaki kacak kelaparan.

jam 4.00 petang. mungkin.

lelaki kacak dan si gadis menuju ke Putrajaya. tapi si gadis dapat panggilan, kawan-kawan sudah bergerak ke Cyberjaya untuk mentedarah. oh..lelaki kacak sudah mengagak. kami terus ke Restoran Saba di sana.

jam 4.30 petang. mungkin.

Kancil biru tiba di restoran. kelihatan rakan-rakan sedang menikmati makanan yang lazat. lelaki kacak sangat suka tapi dah tanya awal-awal “ada kambing ke?” si gadis faham. kawan-kawan pun faham. “dah letak jauh-jauh pun”. kami mentedarah dengan dasatnya. hoho…





Selepas makan, aktiviti bergambar adalah perkara wajib bagi kami. dihadapan restoran ini menjadi saksi, kami sudah mula merasai kegembiraan bertemu sesama sendiri.


Perancangan seterusnya ialah menuju ke Putrajaya. *ini sebenarnya tiada dalam agenda. semua berubah mengikut keadaan* Rasa-rasa apa kami buat di sana. hohoho……sila tatap sampai muntah. kalau tak muntah, sila tatap juga sampai muntah. *ok tak paham sila blah*




Memandangkan hari ini merupakan hari ulangtahun si gadis dan lelaki kacak. maka sahabat bernama Attila itu sangat suka mengambil gambar mereka berdua. *baik…ini adalah gambar untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja kerana tiada aksi lucah* peace!!

Tapi…benarlah kata orang. kalau selalu berdua, pasti akan ada orang ketiga!

seperti biasanya, kami pasti akan diganggu oleh orang ketiga.

*pasrah*

Terima kasih buat sahabat si gadis itu. kami keriangan seperti tidak pernah jumpa kamera. dan kadangkala, lelaki kacak menjadi mangsa. hahaha…sila gelak! *kalau tak gelak, aku peduli ape*

dalam beberapa cubaan menghabiskan kodak…okey tipu, kamera tu tak pakai kodak…selepas cuba memenuhkan memori, kami bergerak ke Masjid Putrajaya kerana menunaikan tanggungjawab sekali lagi oleh lelaki kacak dan rakan-rakan si gadis. si gadis?? duduk sahaja di luar masjid. =)

selepas Maghrib barula keempat-empat kereta *oh, baru nak bagitahu ada 4 kereta kesemuanya* bergerak menuju ke i-city Shah Alam. Dem! ini pengalaman pertama. cuak pulak rasanya…haha..lempang aku sekarang!!

gambar-gambar ini bakal bercerita dengan kalian…..






Sangat seronok sebenarnya sebab dapat berjumpa kawan-kawan yang disayangi….semoga panjang umur ktia ketemu lagi. terima kasih pada Attila Razmie. semua gambar kredit pada dia sebab guna kamera dia. kitorang tukang posing jer..jangan marah arr…

Terima kasih juga kepada lelaki kacak a.k.a my cinta. sebab sudi meluangkan masa bersama rakan-rakanku jua dan menjadi photographer tak bertauliah sekejap. walaupun gambar senget ke, tak centre ke…dikau tetap ku cinta. hakhakhak!!

Happy aniversary my dear!

*selepas ke i-city, kami semua makan di area Meru. Dekat ngan rumah Linda. dan sebelum pulang, daku berikan sesuatu kepada si dia. harap dia terima dengan senang hati. apakah sesuatu itu? sila tanya dia sendiri*

p/s : perhatian kepada semua orang yang nak pergi i-city, sila la parking di dalam walaupun bayar RM10 / RM 5. (jika pergi diwaktu malam) sebab jika tidak, anda akan di saman RM60 kerana parking di luar. bayangkan 4 kereta kami di saman!! MBSA sangat BERTANGGUNGJAWAB.

p/s/s : tetiba terfikir jap. eh yang, kete awak tu kaler biru ke purple? ;p konpius jap. hohoho.

sekilas : entry ini ditulis untuk tarikh 07/08/10-Sabtu. dah lama simpan dalam draft. tapi sebab pening nak pilih gambar. belasah jela. takut basi plak cerita ni.

Posted in cinta, friends, me, peristiwa - Tagged Aktiviti, i-city, My Cinta, Putrajaya

10 perkara hari ini

Aug10
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

situasi hari ini yang diceritakan secara ringkasnya oleh daku.

1. Lelaki di belakang aku terlalu banyak tanya. malah tanya dengan kuat sampai aku dengar.
2. Ramai yang dah besar panjang, tapi lagaknya kena dilayan seperti budak sekolah.
3. aku sangat bernasib baik hari ini sebab tidak bertemu dengan orang yang tidak sepatutnya.
4. Tak ramai geng macam semalam.
5. Bersyukur sebab kawan-kawan aku semuanya baik-baik belaka.
6. Dua kali makan pecel lele di kedai yang sama.
7. Ada kawan yang buat kelakar bila kunci stereng kereta tapi kunci tu sebenarnya tak bawa.
8. oh, baru aku sedar, aku kenal lelaki di belakang aku yang banyak tanya tu. hahaha…
9. nampak lelaki berkaca mata hitam, tapi bila call dia tak angkat! pergh sombong giler.
10. Baru boleh buat kesimpulan tentang orang tu. ada bukti kan? =P

    sekilas : sangat bersyukur. tapi rasa nak marah jeejan sebab dia bagitahu aku. kalau tak mesti aku tak tahu, itu lebih baik kan?

    Posted in me

    Monday report

    Aug09
    2010
    Leave a Comment Written by Sekilas

    hye guys. now im in the middle of somewhere. hahaa…tempat adalah dirahsiakan. sempat menghupdet blog untuk melaporkan monday blues mood!

    today is too hard for me. but it’s okay. i still can handle it. hope esok pun aku leh struggle lagi. muahaha..macam nak menempuh onak dan ranjau berduri jer kan.

    Ada certain things dat i cannot share with you but one day if Allah give me the opportunity… i’ll let u know k. just pray for me.

    aku call my cinta tadi…boleh tak dia kat sunway pyramid dan nak tengok wayang cerita Last Airbender tu. cis…sampai ati tau.

    sekarang tengah tunggu Anira jumpa bos lama dia sebab dengarnya bos dia nak offer kerja lama dia dengan gaji yang bagus. hai..bertuahnya badan…aku ni duk lagu tu jugak la…takde lagu lain lagi dah. asik lagu jiwang jer…hahaha…

    okeyla…takleh lelama menghupdet. takut bateri laptop out! see u next entry k. jaga diri bebaik dan jangan ape??? jangan hasad dengki. =)

    sekilas : let’s pray!

    Posted in friends, me - Tagged Aktiviti

    Excited!

    Aug08
    2010
    6 Comments Written by Sekilas

    sangat excited nak cerita macam-macam perkara kat blog about yesterday. ada cerita suka dan duka..haha…apa yang duka tu..will tell u guys later k. tak dapat nak buat hari ni, sebab ada beberapa urusan nak settle dulu dan perlu mengarang baik punya entry untuk semalam. weekend ni memang best for me. wanna say thanks to my damn bestfriend…June, iela, linda, anira, julie…and of course my heart, Mr. Akii.

    well, hari ni kena banyak berehat sket. esok nak struggle for something. hope everything gonna be fine.

    rehat-rehat sambil layan CSI supreme Sunday kat AXN. lama giler tak tengok series ni. asik mak je yang menerajui TV kat rumah.

    ingat nak pergi kenduri cukur jambul anak Aida pun tak dapat, sebab transport jam12 tadi takde. *bangun tidur pun dah kul 11 pagi* hahaa….June pun tak bangun lagi. so, better duk dendiam kat rumah kemas pape yang patut dan melayan CSI.

    orait! need to study..wooopss!

    sekilas : c ya for the next entry and thanks coz read my blog!

    Posted in cinta, friends, me - Tagged Aktiviti

    Cannot Wait for this Saturday!!

    Aug04
    2010
    7 Comments Written by Sekilas

    I want to Meet Them…..

    My Cinta

    Attila Razmie, Linda, Julie, Anira

    Of Course my super duper bestfriend Mdm June.

    *Engko dah slalu jumpa kan…!!*



    Im sooooooo excited to meet them.

    we have a plan this Saturday. so guys, jangan kacau schedule aku hari Sabtu ye.

    sekilas : 3 days to go!

    Posted in friends - Tagged Aktiviti

    Kecoh betul kejadian di padang MPAJ

    Jul31
    2010
    1 Comment Written by Sekilas

    Ramai giler orang datang tengok. ada yang menjerit. ada yang hilang duit. ada yang tak larat jalan. ada yang duduk berkumpul bersama-sama. ada yang tengok dari kejauhan. kebanyakan dari mereka adalah jiran tetangga aku kat sini sebab memang dekat dengan tempat kejadian.

    kejadian yang mungkin orang-orang sekitar sini sahaja yanga tahu atau mungkin 3 pandan sahaja yang tahu…pandan indah, pandan jaya, dan kampung pandan. mungkin!

    Ramai orang sebab ada karnival di padang MPAJ. :) untuk belia kalau tak silap aku. berlangsung dari semalam sampai la Ahad iaitu esok.

    Ada yang menjerit sebab ade orang duk main kugiran kat pentas MPAJ tuh.

    Yang hilang duit, dorang tak kisah pun sebab tempat hulang tu kat tuan-tuan kedai makan kat situ. nasib baik aku tak pergi. kot tak hilang jugak duit aku kat situ. hihihi…macam-macam nak di belinya.

    yang tak larat jalan tu yang dah makan macam-macam la.

    yang duk berkumpul tu kebanyakkannya macik-macik yang nak tengok persembahan kat situ. duduk la bergosip-gosip di bawah khemah-khemah yang disediakan.

    Aku memang tak tengok-tengok pun lagi. mak aku dah 2-3 kali jugaklah berjalan kaki ke karnival tu. dekat je pun. dari rumah aku ni dengar jugaklah pancaragam dorang tu. macma-macam lagu dah dimainkan. suara penyanyi tu pun aku dengar sedap je. tapi tak tahu la sape.

    Hari ni Cik Norfa bangun pukul 10 pagi. hohoho…pas smyang subuh tadi, booom tido balik. bangun pagi dah rasa lapar. terus capai tuala mandi manda di bilik air. dah dress up segala bagai..cewah! macam nak pegi mana je. padahal menuju ke dapur…masak nasi. dan mulakan aktiviti memasak. hoho…lapar punya pasal terus dengan aktiviti memasak. takde lagi dah sarapan pagi.

    Menu hari ini ialah Ikan bilis dan kentang goreng kicap (Julie selalu buat resepi ini) mak suh bubuh cili api. aku? ..MALAS. hahaha….pastu, masak sayur sawi. dan membakar ikan kembung. nyum3 sedapnya. tapi sorryla…aku lupa amik gambar. sebab lepas masak kelaparan terus makan. haha..tidak tunggu ibu bapa dah. jahat kan aku. kebetulan mak masak lemak sayur ape tah namanya. aku pun lupa dah. buh petai. buh serai, eii..time ni aku lupa. nanti aku tanya mak aku. mak nak buat sedekah kat jiran-jiran. jadi lauk tambahan dari mak. dan mak buat air asam untuk cicah ikan bakarku itu.

    Lepas makan baru kemas rumah. boleh? kemas dapur sapu ruang tamu. okey siap! masa untuk blogwalking..yeah!! tak kuasa aku nak gi padang MPAJ tu. kalau ade Fahrin Ahmad takpe gak. hahaha…

    Tadi My Cinta ajak shopping baju raya. huhu…bajet sudah lari sikit. abis bayar itu ini..tinggal bape hinggit je kat aku untuk hidup. nasib baik bulan puasa. tapi puasa-puasa pun nak kena gak tu membeli belahan barang masak untuk berbuka kan. harap-harap dapatlah aku survive.

    Jadinya tunggu la gaji akan datang untukku membeli belahan lagi. kalau takde baju raya pun aku tak kisah pun. banyak je lagi baju aku yang aku memang jarang pakai. no sweat bebeh! tapi kalau ade orang nak banje..aku terima jek! hihi…weh! puasa dulu oit….menunggu bulan puasa lebih penting  dari segalanya.

    sekilas : blogwalking time!

    Posted in cinta, family, me - Tagged karnival, memasak, MPAJ

    Laporan hujung minggu : sengal!

    Apr11
    2010
    4 Comments Written by Sekilas

    Ade beberapa perkara yang merunsingkan aku di pagi Ahad ini.

    Apa yang nak dibuatnya lain…apa yang telah dibuatnya lain.

    pernah tak korang alaminya? Pagi ni aku amik cawan dengan niat nak buat air milo. tapi mula-mulanya aku perlukan sudu…aku berjalan ke laci simpan sudu tu, tapi aku lupa…aku terus buka peti ais amik susu. takkan nak buh susu terus kot dalam cawan tu.

    aku tetap amik susu tu sebab memang akan guna susu pun. pastu aku nak amik sudu….aku terus amik milo…nak buh pakai aper.?? hey..gile la nopa ni.

    lain dalam pala otak ni nak buat..tapi arahan yang diterima oleh tanganku lain pula jadinya.

    bukan ade masalah negara pun nak kena tanggung! … mungkin terlalu memikirkan contest yang aku nak buat ni kot! hehehe….korang nak join tak? nak join sila angkat tangan. kalau takmo join, camne nak buat contest kan..?

    sekilas : thinking of you!

    Posted in me - Tagged Ahad

    laporan hujung minggu : senggugut!

    Apr10
    2010
    3 Comments Written by Sekilas

    Salam sejahtera.

    Hari ini aku bangun jam 10 pagi. biasalah hari cuti. lebih-lebih lagi sembahyang pun aku ‘cuti’ maka lebih liat untuk aku bangun pagi.

    Lepas bangun tidur…terus mandi dan berkemas di ruang tamu apa yang patut. tapi selepas sahaja kau selesai berkemas, perut ku di serang satu penyakit yang glamer di kalangan wanita iaitu senggugut. huhuhu….biasalah ketika bendera merah di hari pertama aku pasti akan mengalami keadaan ini.

    jadinya, aku masuk bilik balik dan terguling-guling macam tenggiling…mak aih, sakitnya perutku. masuk tandas boleh dikira sebanyak 4 kali sepanjang tempoh 1 jam pertama. kemudian, aku ……….

    tidur…….

    bestkan menjadi aku yang sakit perut macam tu. aku bangun pukul 2 petang. dan alhamdulillah, aku dah rasa lega. time ni barulah aku ‘sarapan pagi’ roti canai yang mak aku beli pagi tadi. baru nak makan sebabnya aku tak dapat buat apa-apa ketika sakit perut.

    Tengok tv selama setengah jam. kemudian, mak plak take over tv. ceh! ayah pulak menghadap pc. ceh lagi! aku terus masuk bilik main game kat handset. huhu..sejak ketiadaan laptop aku, hidup ini serba kekurangan.

    lepas Asar, ader majlis hari jadi jiran aku. hurm..Farah, anak yang mak aku jaga tu la. 9 tahun kot umur dia. huhu..aku datang makan jerk. tak bawa hadiah pun. memeriahkan majlis jerk. tunggulah nanti lain tahun aku bawa hadiah ‘berguna’ sket untuk dia. insyaAllah…

    dan sekarang….sakit perutku datang lagi. tak habis lagi rupanya penangan snggugut ni. tapi aku masih mampu berblogging di depan pc *ayah sedang sibuk belek hp baru, sebab tu aku ader chance main komputer ni*

    itu sahaja laporan yang lebih banyak cerita pasal sakit perut aku..hahaha…sekian terima kasih.

    ikhlas,

    cik norfa.

    sekilas : selalu aku sapu minyak panas, ntah amna minyak tu tah~

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Posted in me - Tagged bendera merah, senggugut
    ← Older Entries

    I LOVE NUFFNANG!





    The time is running

    horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

    Get Adobe Flash player

    Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

    Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

    Naskah Coretanku

    Love Story

    Lilypie Maternity tickers

    Daisypath Anniversary tickers

    Daisypath Anniversary tickers

    My Pages

    • Persiapan Perkahwinan 2011
      • Perbelanjaan Perkahwinan
      • Hari Kejadian
      • 1 Hari Sebelum
      • 1 Minggu Sebelum
      • 2 Minggu Sebelum
      • 1 Bulan Sebelum
      • 2 Bulan Sebelum
      • 3 Bulan Sebelum
      • 4 Bulan Sebelum
      • 5 Bulan sebelum
    • Soalnya siapa?
    • Blogroll / Link
    Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

    ‘LIKE’ this blog?

    Top Post

    • Bantuan Baitulmal JAWI
    • Tips dan cara membuat syabu
    • Resepi : Kek Coklat Moist
    • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
    • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Resepi : Kek Batik
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
    • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
    • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

    Formspring

    Sayang semua!

    widgeo.net

    Tag Glamer

    Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

    EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress