• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged contest

Keputusan Contest

May23
2010
9 Comments Written by Sekilas

Aku minta maaf kepada semua peserta dan mungkin pembaca-pembaca sekalian. Yela..dah masuk 3 minggu aku masih belum berikan keputusan sekilass.com contest. So dihari minggu saat kita semua sedang bersantai….aku nak umumkan pemenang yang sangat-sangatlah bertuah…huhuhu..

susah jugak nak wat pilihan pemenang. sebab ada pelbagai entry yang menarik. even entry yang pendek, tetap bagus. tapi walaupun begitu tak semua yang buat entry tu macam beriya nak kan hadiah kan. sebab mesti korang pikir, ala asal boleh je masuk..dapat tak dapat belakang kira. ada la 2-3 yang nampak tak bersungguh..hehe..takpe..usaha korang berbaloi juga sebab dapat bookmark kerana tergolong dalam 20 peserta kan.

Baiklah…ini lah masanya….seperti yang dijanjikan..hadiah-hadiah yang korang pilih merupakan yang korang bakal dapat yer. kalau minta novel..takkan nak bagi frame gambar plak kan..macam tak patut je kan.

Pemenang-pemenang Sekilass.com Contest!!!!

Bagi hadiah Frame gambar ikea pemenangnya ialah

IbuEmir

Bagi hadiah Novel Semusim Rindu…Pemenangnya ialah

Anin

Bagi hadiah Album gambar…Pemenangnya ialah

Asya

Ingat tak aku ade janji 20 peserta akan dapat bookmark dan salah seorang darinya akan mendapat sticker kereta?Oke di sini la kejutannya. Aku minta maaf sangat-sangat bahawasanya aku tak dapat berikan sticker kereta Moh Weh Ke Pahang itu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tetapi…aku telah menggantikannya dengan hadiah yang lain.

Hadiah yang bakal diterima oleh pemenang bertuah ini adalah salah satu fevret aku la. Namun demi menghargai kalian yang menyertai contest ini. aku rela berikan pada korang. cewah!

Pemenang bertuah akan menerima sebuah Jam kesayangan aku yang berwarna oren. huhuhu..fevret kaler aku. *sorry kualiti gambar macam hampeh sebab tak planning nak ganti hadiah*

Dan pemenang bertuah itu ialah….

Nida

atas usaha beliau menghasilkan entry dengan bersungguh-sungguh. biarpun tak dapat apa yang dihajati, tapi anda tetap mendapat saguhati dari saya. malah silap-silap orang lain kata ia lebih bernilai..hehehe.walaupun aku tengok entry dia memang nak sangat novel tu…takpelah takde rezki dapat novel..dapat jam ye tak? :)

Tak kisah lah bernilai besar mana pun..kalian lebih bermakna buat aku kerana sudi datang jenguk singgah malah sama-sama sertai contest ini dengan baik sekali. Terima kasih daun keladi..nanti adar contest join lagi oke.

Tahniah kepada semua pemenang. hadiah-hadiah korang kena tunggu sket la yer. sebab aku akan post hadiah korang MUNGKIN awal bulan 6. tengok pada kelapangan masa la ye. Jadi nanti aku akan re-check semula alamat korang melalui SMS yer. lebih mudah dan cepat!

Tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana sertai contest ini.adiooss!!

sekilas : hai seronok pulak tengok orang dapat hadiah! :)

Tagged giveaway, hadiah, pemenang

Pembetulan : Inasepi + Juniza adalah individu berbeza

May21
2010
5 Comments Written by Sekilas

Hai…semua. Selamat pagi Jumaat. Amacam sehat? okeylah…ni nak habaq mai ni. kan aku ade wat satu entry mengenai dua blog yang kononnya dimiliki oleh orang yang sama. Aku dah mendapat kiriman email daripada Inasepi dan dia telah menerangkan sedetailnya mengenai hal ini.

Ini aku tunjuk snapshot email dia bagi kat aku. ikutkan panjang lagi tu..tapi macam korang takyah tahu la…

So..aku harap entry ini dapat membersihkan nama kedua-dua pihak …Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..hindarilah diri kita dari sebarang fitnah yer. seperti yang aku dah cakap..aku tidak menuduh mahupun mengamuk bagai nak giler..cuma rasa kecewa jika benar ia berlaku. sekarang, empunya badan tampil memberi penerangan…

ala..hadiah pun bukan ribu riban ye tak? hahaha…bukan aku cakap..dia cakap..oke2…aku harap korang pun clear la dengan perkara ni. Dan kejap lagi pun memang aku nak umumkan pemenang contest pun. jadi sila tunggu dengan berhemah ye…

sekilas : kita manusia biasa.

Posted in info, masyarakat, me - Tagged giveaway, hadiah, pembetulan, penipuan

Sanggup buat dua blog untuk menang hadiah?

May14
2010
13 Comments Written by Sekilas

Adakah benar seperti yang aku baca ini? Aku terkejut sebenarnya, tapi aku masih tak dapat nak pastikan lagi kebenaran hal ini.

Semalam ketika aku sedang menggodek blog aku…macam biasa aku akan membaca shout dari kawan-kawan yang sudi menyinggah. Tapi aku terkejut dengan shout yang satu ini datangnya dari ‘Penegak Kebenaran’…

Aku sedang mencari pemenang untuk Sekilass.com Contest yang telah aku anjurkan. memandangkan memang ngam2 20 peserta yang join jadi kesemuanya berhak mendapat bookmark yang aku janjikan. tapi kan dalam entry aku Keputusan Sekilass.com Contest ada aku nyatakan seorang peserta INASEPI masih tak berikan maklumat dirinya pada aku…so tiba-tiba ‘Penegak Kebenaran’ beritahu aku sesuatu seperti dibawah ini :

Aku pun terus check comment si dia ni di dalam CP aku. dan hasilnya aku dapati kedua-dua ip address sama.

Adakah ia satu kebetulan…? atau memang si dia ini orang yang sama memiliki kedua-dua blog seperti yang dinyatakan oleh ‘Penegak Kebenaran’?

Persoalannya…siapakah ‘Penegak Kebenaran’ ini?

Hai…betul ke ni? kalau betul kenapa buat macam ni eh…? aku jadi tak best dah nak announce pemenang…semangat yang berkobar-kobar pada asalnya…telah menjadi merundum ni.

Tak baik la korang wat camni…

TAPI!!! TETAPI….sekiranya mereka ini orang yang berlainan….aku terima dengan hati yang terbuka…TAPI!! jika mereka ini orang yang sama…silalah tampil berikan pengakuan.

Aku tidak mahu menuduh…tidak mahu bertindak melulu…aku juga tak letak syarat, satu peserta satu blog je..tapi, perlu ke buat macam tu? …tepuk dada tanya iman.

sekilas : hilang mood!

Posted in masyarakat - Tagged blog, blogger, blogger menipu, hadiah, penipuan

keputusan sekilass.com contest

May13
2010
7 Comments Written by Sekilas

ahaaa…aku rasa ini yang dinantikan oleh 20 peserta sekilass.com contest…

semua dah anta email kat aku cuma seorang blogger je lagi belum iaitu INASEPI. kemana anda? terus sepi kah tanpa khabar berita…aku dah tinggalkan komen kat blog dia pun masih tiada respon…

Okey…aku telah minta juri-juri untuk buat penilaian. dan aku sendiri pun menilai jugaklah. nak harap juri2..macam takleh pakai jer..malah ader juri luar lagi yang tak berkenaan tetiba bagi idea sape patut menang. cet! saba jela.

Ade beberapa nama pemenang di dalam list aku ini. tapi keputusan untuk mengumumkan itu akan ditangguh sehingga hujung bulan ini. Jadi kepada semua yang menanti-nantikan siapakah pemenang untuk contest ini, rajin-rajin lah melihat update di sini. sebab keputusannya akan keluar pada bila-bila masa sahaja tanpa notis. cewah!

Dan ade surprise jugak untuk blogger terpilih…pergh…men surprise-surprise pulak aku ni. baru la gempak kan!

So selamat berjaya pada mereka yang menyertainya malah aku ucapkan jutaan terima kasih kerana korang sudi jugak join contest cikai camni! aku sayang korang…

dan panggilan untuk INASEPI silalah berikan maklumat anda pada email aku. sape yang kenal dia..tolong inform kan apda dia eh..aku tengok blog dia tu, banyak benor contest yang dia join…agaknya sampai lupa la tu contest aku ni ha..huhuhu…

ok..bye!

sekilas : tengah pikir camne aku nak pos hadiah kat korang ni..huhuhu

Tagged giveaway, hadiah, keputusan pemenang

Contest Tamat!

May01
2010
4 Comments Written by Sekilas

Hari ini 1 Mei 2010. Maka ketika entry ini ditulis..secara terang-terangnya..memang la sekilass.com contest  ini sudah tamat.terima kasih aku ucapkan kepada semua peserta-peserta yang comel-comel belaka. Tanpa anda maka contest ini tidak juga berjalan kan. cewah!

Penilaian akan dimulakan tetapi tarikh tetap untuk mengumumkan pemenang akan diberitahu kelak. maknanya aku kena tunggu la juri-juri aku tu dulu. Kalau dorang dah pilih pemenang..maka boleh lah nak umumkan.

So…Selamat berjaya kepada semua peserta…dan jangan risau kerana memang ngam2 20 orang yang join..so korang layak  menerima bookmark comel itu dari aku…Cuma seorang sahaja yang akan terima sticker tersebut. Kepada sesiapa yang tersenarai di bawah ini..silalah berikan nama penuh, alamat dan juga no. telefon anda kepada aku di alamat emelberikut: ciknorfa@gmail.com

20 Peserta pertama bakal menerima Bookmark!!
1. MamaLyna
2. ZaiKulim
3. Syakila
4. Anin
5. Taufid
6. Cicakgirls
7. Ogy
8. IbuEmir
9. Juniza
10. Inasepi
11. Nazz
12. Shidahsyakirin
13. Rosilahi
14. Ina
15. Mrs. Adam
16. Izancute
17. Sakinah
18 . Asya
19. Nida
20. Shaza

Kalau tak bagi alamat camne nak bagi hadiah kan…okeylah korang!! terima kasih sekali lagi sebab join contest ini…Semoga korang berjaya jugak di contest2 yang lain k.

sekilas : happy birthday June!

Tagged giveaway

Road Trip with My Broadband

Apr28
2010
3 Comments Written by Sekilas

Aku belum lagi berkesempatan nak cerita trip aku ke Kedah. akibat sebab-sebab tertentu mungkin hanya beberapa perkara penting sahaja yang akan aku bicarakan di sini mengenai trip tersebut.

Ini adalah pertama kali aku join company aku untuk pergi jalan jejauh sehingga ke Kedah kerana menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang yang boleh dikirakan staff di SL ni kan. tapi dia ni orang Thailand..so bukanlah majlis kawin macam kita sangat kan ade sanding bagai.

Tapi bercerita tentang trip itu, kami bertolak hari Jumaat. tapi kendurinya Ahad. Aku seronok sebenarnya dapat berjalan jejauh ni. lagi pulak boss yang baek hati telah belanja bilik hotel ku. huhuhu..mekacih yer.

Masalah yang ku hadapi ialah kami tidak lakukan aktiviti menarik pada hari Sabtu. jadi aku kebosanan yang amat. Alangkah baiknya kalau ketika itu aku membawa laptop dan broadband. Sekarang ni banyak dah promosi broadband.

Tapi dalam bebanyak mungkin aku berminat dengan promosi dan kehebatan broadband keluaran P1 Wimax ni ha. maunye tidak…broadband dia punya reka bentuk yang tersendiri. hitam itu menawan ko.

Dengan adanya WIGGY ni mungkin ia akan memudahkan road trip aku di lain hari. pasti dapat mengisi masa lapang aku kerana ke mana sahaja dapat ku bawa dan nikmati perkhidmatannya yang bagus. betul tak? Kalau time aku ke Kedah tu aku bawa laptop dan Wiggy ni..pergh takyah gi keluar makan pun takpela. duk je dalam bilik hotel tuh. kenyang terus. huhuhu…

So korang dah sambar belum WIGGY ni…Aku berharap aku dapat sambar satu. tapi duit tak cukup lagi nak tampung bayaran bulanan. kalau depa nak bagi aku free, aku amik jerk. hehe…

seperti tagline dia tu ha…when bored turn to your WIGGY. claaassss gitew!

Dalam project alpha dorang ade guna tak WIGGY ni? sebab dorangkan berjalan ke sana ke mari..mana tahu ade broadband. jom layan episod-episod di bawah :

Episod 8

Episod 9

episod 10

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Posted in Nuffnang, project alpha - Tagged Nuffnang, p1 wimax, project alpha, project alpha season 2, wiggy, wimax

My Version of Grooming Tips

Apr19
2010
2 Comments Written by Sekilas

Siapa kenal aku? huhuhu…mestila family aku dan kawan-kawan terdekat aku yang kenal aku kan. kawan-kawan yang jauh tu mungkin kenal gitu-gitu jerk.

so sape yang betul-betul kenal aku, dorang mesti tahu aku ni jenis macam mane. Aku memang seorang yang sangat simple dalam cara aku berpakaian dan juga bermake up ni.

bukan setakat simple tapi memang kadang-kala hancur teruk la dress up aku. kadang tudung oren, baju hijau seluar merah. contoh je tu…

Tapi even cara aku ni sangat simple…aku pun ada caranya untuk menghias diri aku dengan cara tersendiri. korang pun mesti ada kan.

ini adalah tips-tips yang sangat mudah untuk kaum-kaum wanita khususnya dalam menjaga penampilan diri .

1. Memakai pakaian yang sesuai dengan beg tangan atau tudung yang anda bawa. Kalau korang pakai baju sport tak kan nak bawa beg tangan pulakkan…kan..kan..hehehe…

2. Pakai deoderant setiap hari..WAJIB! hehehe..dan kalau boleh letak spare deoderant tu kat dalam kete ke, beg tangan ke..senang! boleh mewangikan diri serta merta.

*kalau pakai deoderant dari ADIDAS pun gempak jugak kan.*

3. Berus gigi setiap hari. engkorang….jangan cakap ngan aku korang tak berus gigi. malu la weyh gigi kuning2. pastu kalau korang baru lepas makan makanan yang mungkin berbau macam petai, silalah berus gigi cecepat.

4. Kalau korang suka sangat dengan minyak wangi..jangan ko pergi sembur satu badan tu sampai abis satu botol perfume tuh. sikit-sikit je letak. sebab kalau letak sikit ia lebih menyerlahkan bau wangee tu daripada buat idong orang bau sengit! tau!

5. Syampu rambut setiap hari akan lebih memberi sinaran kepada kejelitaan rambut. ini khusus untuk orang tidak bertudung…tapi kalau bertudung, pastikan korang ada hair dyer..cepat kering! kang nak pakai tudung kang lembab plak..tak elok untuk rambut korang.

6. ni pun penting jugak. bersihkan kuku korang tu. itam-itam takmo la. kalau boleh kasi potong pendek. baru kemas. nak bela-bela ni..tak elok la orang pompuan. lagi pulak yang beragama Islam tu. issh..toksah la ye!

7. perbanyakkan membelai kulit korang dengan krim-krim lembut tu. kalau kulit kering, sapu je losyen..baru la nampak bersinar-sinar..huhuhu..biasakan kalau kulit kering muka pun nampak pucat.

8. pada wanita di luar yang suka no tindik-tindik idung, bibir la dan sebagainya. kalau boleh buang la. tak sesuai dengan wanita. lagi-lagi kalau kau ialah orang yang berkerjaya. hurm..memang tak sesuai. lagi kalau Islam..tindik kat pusat la..kening la..adeh! tak sesuai k…

9. cakap pasal wanita berkerjaya ni..kalau anda di luar sana yang terlibat dengan presentation atau pun mungkin student-student kat luar tu yang ada presentation kat lecturer atau kat client ke..digalakkanlah kita ni berpakaian korporat…kalau kemeja tu biar pakai kot! haa..baru nampak elegant. ye tak?

10. sekarang ni cara pemakaian membuatkan orang percaya kepada kita. kalau korang ni nak pergi minta kerja ke, nak present something kat client ker, nak tarik perhatian lecturer ke untuk student-student ni…apa yang penting penampilah kita. Bila kita berpakaian kemas, comel…bersih dan nampak menarik barulah nampak kita ni confident. jadi orang pun akan tertarik dengan pandangan pertama.

So..apa lagi wanita-wanita di luar sana. mungkin tips ini dapat membantu anda mengembalikan keyakinan diri. sebagai wanita kita harus untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi yang dah kawen beranak 3-4 orang tuh. jangan kak oii…kang laki cari lain. huhuhu…

Sebelum mengakhiri entry aku kali ini apa kata kita saksikan lebih banyak tips menarik dalam Project Alpha season 2 ini. layan dulu episod pertama.

lepas tu meh tengok episod kedua plak!!

Ada apa pulak di episod 3…jom tengok dorang bersenam!! hehee…

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Posted in Nuffnang - Tagged adidas, Nuffnang, project alpha

Sekilass.com Contest!

Apr16
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

SEKILASS.COM CONTEST!!!

Ini adalah sticky mode yang paling comel. Untuk entry terbaru scroll ke bawah lagi ek!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK PADA POSTER DI BAWAH!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK PADA POSTER DI ATAS!

Tagged giveaway

CONTEST!

Apr13
2010
13 Comments Written by Sekilas

Buat masa ini aku sedang men’draft’kan contest yang aku ingin buat. Aku juga sedang memikirkan apakah hadiah yang bersesuaian dengan contest yang ingin aku buat. Malah ade beberapa yang tersenarai dalam pala otak aku ni.

Dalam memikirkannya…secara tiba-tiba poster ini telah tersiap sedia untuk aku. Hebat tak? secara tiba-tiba tau!! cewah…thanks to my bestfriend Attila Razmie. Dia yang bantu aku design poster yang cun ini. *aku maksudkan orang dalam poster tu* So silalah nantikan kemunculan contest yang pertama kali aku ingin anjurkan…

Macam gempak jeminah ni nak wat contest!! sekali takde owang nak join. huisshh..rugi korang tak join..sebab kalau korang tak join, aku bagi free gitu-gitu jer kat orang yang bertuah..hehehe…

Bilakah tarikh contest ini akan bermula? Apakah syarat-syaratnya? apakah tajuk contest ku ini? dan yang paling penting…apakah hadiah percuma yang bakal korang miliki sekiranya berjaya…?of course la kan percuma…takkan korang kena bayar pulakkan…

NANTIKAN KEMUNCULAN CONTEST INI PADA 16 APRIL 2010!!!

update!! update!!!

PADA JAM 10 MALAM (WAKTU MALAYSIA). TERIMA KASIH!

Tagged giveaway

Aku nak wat contest!!!

Apr09
2010
13 Comments Written by Sekilas

tapi…………………

apakah bentuk contest yang patut aku buat?

apakah bentuk hadiah yang patut aku bagi?

adakah orang nak join contest aku itu nanti?

dapatkah aku memuaskan hati semua contestant itu nanti?

siapakah patut menjadi juri?

apakah kriteria pemenangnya?

okela…sebenarnya aku tak pernah wat contest…rasa-rasa contest apa aku patut buat? ….korang ader idea tak?

sekilas : teringin jugak nak bagi hadiah kat orang walaupun daku pernah dapat sekali je!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me - Tagged giveaway
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress