• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged cerpen

Berikan Aku Tisu itu

Oct21
2010
2 Comments Written by Sekilas

Lagu Inul ‘Dikocok-kocok’ kedengaran di speaker henpon ku. kulihat jam, menunjukkan waktu Subuh sudah tiba. Aku bermalasan di atas katil lantaran masih ber’cuti’ untuk menunaikan solat Subuh. Lagu Inu itu berkumandang lagi. Ku lihat jam, oh sudah 6.30 pagi. aku bangun malas mencapai tuala.

Dengan mata yang berpisat aku turun melihat mak baru sahaja selesai menunaikan solat dan sedang mengaji di ruang tamu. ayah sedang berada di dapur. Memanaskan air fikirku. aku masuk ke dalam tandas sebelum sempat membuka lampu dan menekan suis air panas.

Selesai mandi, aku berlari anak menaiki tangga. kesejukan rasanya. Ku pilih-pilih baju. rasanya malas untuk menggosok. tapi ku capai jua baju kameja berwarna putih. kena gosok jugak rupanya.

jam 7.10 pagi aku siap sedia untuk keluar bekerja.

“awalnya keluar?” tegur mak ketika aku ambil kunci kereta yang bersangkut di dinding.

“minggu ni awal sikit. kena gi Jalan Duta” jawab aku ringkas. Teringat peristiwa terserempak dengan abang iparku di situ, aku membuka mulut bercerita. tapi belum sempat ku sudahi cerita, “ala..dah tahu dah” jawab mak. CNN mak sangat cepat. hihi…

Aku memandu dengan kelajuan sederhana yang aku kira perlahan bagi kereta mewah yang lain. yalah, aku bawa 100km/j bagi kereta Honda mungkin ibarat 80km/j.  sambil mendengar siaran radio Flyfm dengan topik pagi mengenai Game online yang telah merubah hidup seseorang. aku jua beri pendapat, tapi berpendapat seorang diri. hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

sampai di area Bukit Jalil, daku mendapat mesejdari En. H

‘Dah kat ne?’ aku balas ‘Baru masuk Bukit Jalil’ …ku fikir dia sudah sampai. aku pecut sikit. sikit je pun. laju mana la kancil putih ku yang uzur itu. oh, belum sampai. aku naik office. sempat check email dan sempat baca paper online.

Setibanya En. H, aku turun dan meletakkan segala khazanah dunia ke dalam keretanya. Oh, ada watak baru, Kak Y sebagai isteri En. H. sepasang suami isteri duduk di depan dan aku sebagai adik-adik duduk di belakang. ‘adik’ cukup la. berapa ramai orang yang duduk belakang pulak. huhuhu…misteri pulak En. H nanti.

Perjalanan diteruskan ke Menara TM untuk menghantar Kak Y yang masih cun bergaya walau sudah mempunyai 3 orang anak yang ensem dan pretty. *motif nak campur english?* Kemudian kereta bergerak menuju ke Jalan Duta.

Dari 9 pagi hingga 5 petang duduk dalam bangunan tinggi di tingkat 18 itu. rasa tak sabar untuk pulang ke office begitu hebat sekali. Pagi jumpa Kak Y, balik kerja pun jumpa Kak Y lagi. Mestila..dia ada suami, nak suh jemput balik kojo.

Sampai office, meneruskan aktiviti yang tak dapat di lakukan di Menara tinggi tingkat 18 itu. FB, Twitter dengan jayanya, blog, email, churp2. bla bla bla….

kemudian sambung buat kerja yang belum selesai. siap mengedit , aku bazirkan pula 80 helai kertas saiz A4. bos kata “takpela, buat kertas recycle.” sebenarnya kertas itu tidak jadi masalah. ink printer tu yang berkurang dan tidak bertambah. kan masalah tu.

Deringan lagu Rossa berkumandang di henpon, aku angkat. Mak yang bersuara “kat mana?” “kat ofis lagi” balasku. “pukul berapa balik?” “Kejap lagi. ada kerja sikit”

tengok jam hampir ke pukul 9 malam. Daku segerakan tugas. Aku memandu dengan kelajuan sederhana yang aku kira perlahan bagi kereta mewah yang lain. yalah, aku bawa 100km/j bagi kereta Honda mungkin ibarat 80km/j.  sambil mendengar siaran radio Flyfm dengan lagu-lagu anak muda zaman sekarang.

Sampai di rumah, mak takde. ayah sahaja sedang beristirehat di hadapan komputer. Sampai sahaja di bilik aku…………..aku terkejut bukan kepalang! beg di bahu ku tercampak dengan sendirinya di tepi. Aku menangis sekejap…

Berikan aku tisu itu…berikan sekarang!!!! aku sedang menangis di dalam hati. tapi bergenang sikit air mata ku. tapi tak jadi keluar airnya. tak cukup banyak untuk dikeluarkan.

bilik aku yang bersepah pagi itu….yang bersepah pagi-pagi sebelum itu. yang menunjukkan begitu pemalas nya aku, ……telah……

BERSIH!!!!!!

jadi kenapa aku menangis??? kerana…mak aku yang bersihkan bilik aku. jadi aku kenalah nangis!! tacing macing u know.. shame lagi becoz my mom bersihkan bilik aku. very the pemalas punya anak sampai mak bersihkan bilik. nampak sangat mak tak tahan tengok bilik kau tu nak oii…baju-baju yang sepatutnya aku lipat pun dah tersusun rapi. sampaikan sebakul baju kotor aku pun hampir-hampir mak nak lipat. mujur dapat ku selamatkan dengan amaran “BAJU KOTOR” hohoho….

terima kasih emak!! hihi…..berikan aku tisu itu, sebab aku nak bersihkan habuk ni sikit kat meja solek ni ha..fuh fuh!

sekilas : kerja tak baik bertangguh, nanti semua tak jadi.

Posted in family, Kisah-kisah itu, me, SL - Tagged berikan aku tisu, emak, kerja, menara

Boleh ku pegang tanganmu?

Jul20
2010
4 Comments Written by Sekilas

“Maafkan I… I mahu pegang tangan you! Err… boleh?”

Entah mengapa kumulakan kata dengan maaf. Sekadar berbahasa atau menunjukkan diriku ini gentlemen. Aini hanya diam. Diam bermakna membenarkan. Tetapi Aini bukan gadis zaman 50-an, atau 60-an, atau dulu-dulu. Aini gadis alaf baru yang ada ijazah kepujian. Aini bukan gadis sebarangan. Masihkah Aini berpegang pada sifat malu dan cara berkomunikasi yang sinonim dikaitkan dengan wanita Melayu? Diam tandanya mahu. Malu tetapi mahu. Aku tidak pasti tetapi nafsuku begitu membuak-buak ingin menyentuh tangan halusnya yang runcing.

Mana kau tahu tangan Aini halus, tanya hati gelapku? Itu anggapanku saja. Seringkali aku menjeling-jeling tangan bogelnya. Rasanya tangan itu mesti lembut. Ohh… sebab itu aku teringin sekali menyentuhnya. Adakah dia rela tangannya kuusap? Aini masih diam. Tubuhnya bergerak ke belakang, sedikit saja tetapi seperti dia mahu menjauhi aku. luruskan-hatiku

“Kenapa you nak pegang tangan I?” Tanyanya lembut.

Suara halusnya cukup jelas kudengar. Tetapi aku pura-pura tidak perasan membuatkan Aini mengulang pertanyaannya tadi. Kali ini lebih kuat dan jelas. Perlukah aku memberitahu tentang mimpi dan fikiranku yang berserabut. Tentang ingatanku kepada Aini. Di kepalaku hanya ada Aini. Ini memang cinta tetapi sebagai lelaki, nafsuku membara sama. Mahu dekat selalu dengan Aini dan mahu lebih intim lagi. Paling sedikit, aku teringin memegang tangannya, sekejap pun jadilah.

“Mana mahu jadi sekejap,” itu kata temannya Osman.

“Kau memang rasa hendak pegang kejap saja tetapi kau gerenti tak mahu lepaskan. Kena pula dia pun suka, sepanjang hari pun boleh tu…” Berdekah-dekah gelak Osman. Katanya itu realiti. Namun aku tidak pasti jika hanya teringin atau mahu terus memiliki Aini.

Minggu lalu ketika menghantar Aini pulang ke rumahnya, jari jemari kami tersentuh sewaktu aku dan dia sama-sama ingin mencari siaran radio. Berderau darahku. Aini cepat-cepat menarik tangannya. Sejak hari itu Aini selalu mencari alasan untuk menolak ajakanku daripada menghantarnya pulang. Selalu sangat dia pulang lebih awal atau menumpang temannya yang lain.

“Sudah empat tahun kita berkawan… Memang lama. Apa salahnya I pegang tangan you…”

“You rasa sudah tiba masanya kita boleh berpegang tangan?”

“Tak mengapalah kalau tak boleh. I hormat pendirian you.”

“Kenapa pendirian i pula? Pendirian you sendiri bagaimana? Tak sama?”

Aku terkedu dengan pertanyaan Aini. Sudah lama kami berkawan, sejak di universiti lagi. Kami sering berterus-terang dalam apa perkara sekali pun. Cara Aini menjaga diri dan pendiriannya antara penyebab aku meletak minat yang tinggi padanya. Aini umpama mawar berduri yang ramai lelaki ingin miliki. Tetapi dia memilih aku menjadi buah hatinya.

“Lagipun kita akan berkahwin juga nanti ‘kan.”

Cara kami berpacaran mungkin tidak sama dengan remaja lain. Semuanya kerana pendirian Aini itulah. Walau ada rindu-rinduan tetapi kami tidak pernah bersentuhan. Sehinggalah baru-baru ini aku mula merasakan ingin menyentuh Aini, sekadar menyentuh tangannya pun jadilah.

“Ini bukan pendirian saja tetapi pegangan. Di mana pegangan you? Macam mana you boleh terfikir tiba-tiba hendak memegang tangan I?”

“Sebab I lelaki… jadi I rasa, perasaan teringin tu memang biasa dan semula jadi.”

“Teringin bukan bermakna mesti buat. I teringin banyak perkara, I teringin nak pakai baju cantik-cantik tetapi semuanya jarang, jadi I tahu I tak boleh pakai pun. I teringin yang bersolek cantik, bergincu merah menyala ke tempat kerja, tetapi I tahu berdosa, jadi I tak buat…”

Peluh sejuk mengalir tiba-tiba. Aini tidak marah pun. Suaranya pun tidak tinggi. Dia bukannya melenting tetapi kenapa aku tiba-tiba kecut perut.

“Kita sudah biasa berterus-terang Amran, biarkan kita berterus-terang hari ini. I pun teringin hendak memegang tangan you. Teringin hendak berdakap dengan you dan ada kala teringin merasa diri dibelai… Sebab you lelaki yang I cintai…”

“Aini…”

“Tetapi teringin sajalah… You ingat hanya lelaki yang ada nafsu?”

Hujung minggu aku pulang ke kampung. Mungkin sudah tiba masanya aku dan Aini diijabkabulkan. Semuanya kerana keteringinan kami berdua. Emak bersetuju, ayah pun gembira. Eloklah masuk meminang kata mereka.

“Meminang?” Tanya Aini. Dia tiba-tiba terkejut. Wajahnya merah. Tidak pernah Aini terkejut begitu.

“Bila?” “Bila-bila, asal saja you setuju.” Aini memandangku tepat.

“I rasa sudah tiba masanya kita hidup berumahtangga. I mahu pegang tangan you selama-lamanya, biar halal caranya.”

“Amran, I minta maaf. You pilih I kerana you rasa I menepati sebagai wanita untuk you peristeri. I tahu you bangga dengan pendirian I. Tetapi Amran, you sendiri tidak menepati lelaki yang sepatutnya menjadi suami I. I rasa pendirian kita kita tidak sama. Maafkan I…”

copy from Encik Abdul Halim (Mr Branch)

sekilas : aku suka baca =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Kisah-kisah itu, Uncategorized - Tagged hukum dalam Islam, pegang tangan

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress