Cekik bayi hingga mati
Oleh Junaidi Ladjana
KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.
KEJAM…mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum ditanam secara sembunyi.“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.
Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.
Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.
Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.
Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.
Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.
“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.
Posts tagged buang bayi
buang bayi lagi
Kejam : Lagi kes buang bayi
Lagi mayat bayi ditemui
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my
MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang, Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.
SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.
Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.
Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung atas air.
sumber : utusan
Aku nak pukul je dorang ni taw! belasah abis2….tak serik-serik..tak insaf-insaf…tak paham bahasa! tak gheti lagi la nak cakap. menyampah…!!
Kalau aku jumpa memang aku bagi 7 hari 7 malam punye kenduri baca yassin kat dia. geram je. takde hati perut perasaan ginjal paru-paru tul la..
Orang len semua berusaha bersungguh-sungguh nak dapat zuriat..depa ni dah dapat pi buang merata tempat!! eei..tak sayang ke baby comel2 lahir kat dunia ni….sabar nopa sabar!!
Ni nak salahkan saper??
- Mak Pak yang tak bagi kawen?
- hantaran kawen mahal?
- Masyarakat yang takde suara nak menegur?
- Pengaruh kawan-kawan?
- memang menggatal nak mampus?
- Takde didikan agama.?
- atau ada didikan agama…tapi bebal..sengal…
- Lelaki yang bersalah tak bimbing pompuan?
- pompuan yang giler sangat ngan cinta tu?
pergh…geram betul aku!





