Posts Tagged ‘ bola sepak ’

Wah semangat tahu. tengok orang lain bersemangat aku pun nak join sekali. Walaupun hakikatnya aku tak gi stadium pun tengok bola. Biarpun office aku ni sejengkal je ngan stdium tu…sob’sob’.

Hehehe…kemain. padahal tiket takde. hahaha… My Cinta semangat tu pergi ngan kengkawan dia. nak ikut tak di baginya. sampai ati tinggalkan tunang tersayang. sob’sob’ gedik sungguh hai nak nanges tak dapat tengok bola.

Aku harap Malaysia dapat tewaskan Singapura pada perlawanan hari ini. berapa target? 5-0? hehehe…over la plak. eh, mana tahu? yakin boleh.

kat timeline Twitter pun macam2 avatar dah aku tengok.

Tak kisahlah..janji semangat Harimau Malaya~~ Auummmmmmmm!!

sekilas : Dear cinta hati, jangan seronok sangat ye. 143.

adeh~!! tiba-tiba nak update pasal Khairul Fahmi. hahaha…al maklumlah…perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 yang baru berakhir tadi mempersembahkan pemain Safee Sali dan Keeper Malaysia Khairul Fahmi begitu cemerlang sekali.

Bangga wooo nengok keeper kita bersungguh-sungguh jaga gawang gol  supaya tak dibolosi pemain lawan. tapi agaknya dah penat sangat bolos jugak lah 2 gol.

Aku pasti ramai dah duk tercari-cari pasal Khairul Fahmi terutama buat aweks-aweks di luar sana tu. he’s not available. dah ade gelpren ar… hihihi…wahai wanita di luar sana yang masih single mingle dan berhajat untuk memiliki KF, jangan le di rosakkan hubungan yg sedia ada yer…jgn frust2 oke.

sedikit maklumat mengenai Khairul Fahmi :

Nama Penuh : Khairul Fahmi Che Mat

Tarikh Lahir : 7 Januari 1989 (guess what, baru 21 tahun okey..wahh muda belia lagik)

Asal : Kota Bahru Kelantan

Gelpren : Aimie Harmelia (21 tahun gak)

Mewakili pasukan Kelantan dan Pemain Kebangsaan.!

Anugerah : Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM
- Pemain Muda Terbaik 2010
- Penjaga Gol Terbak 2010

Kalau berminat nak like fanpage dia..korang boleh gi sini. Khairul Fahmi takde belog. tapi gelpren dia ade. leh jugak ikuti perkembangan dia di belog awek dia tu, boleh gi ke sini.

Wah terus glamer tau awek dia…hihi..jangan jeles u ollss…!

Apa-apa pun tahniah buat pasukan Malaysia yang menang ke atas Indonesia dengan aggregat (betul ke aku eja) 4:2.

Harimau Malaya sudah mengaum!! Malaysia Boleh…

sekilas : eh..boypren aku pun glamer aper..hihi.