• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged blogger

Keputusan Contest : Ulangtahun Sekilass.com yang pertama!

Dec09
2010
14 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Seperti yang kalian sedia maklum, aku ada buat contest sempena ulangtahun sekilass dot com yang pertama. al maklumlah, aku ni masih baru dalam arena blogging. hihi…tu yang baru setahun tu.

Dan kepada korang yang tak join contest aku ni kire terlepas la peluang untuk memenangi hadiah dari sekilass berupa wang tunai. aku ni idok ler ade wang tunai pun bebanyak nak bagi orang. Alhamdulillah, ia telah ditaja oleh seorang kenalan rapat yang mahu namanya dirahsiakan. haha..aku yang nak rahsiakan, bukan dia minta pun. ekekeke. Dan seperti yang dijanjikan hari ni 9 Dec 2010, adalah hari pengumuman keputusan contest ini.

Berikut adalah senarai peserta untuk contest daku :

1. Mama Zhafran

2. Kak Ina KL

3. Far East

4. Nadiah

5. Has

korang tengok 5 orang sahaja pesertanya..tak ke cerah masa depan dorang nak menang? haa..rugi je korang tak join tau.

Memandangkan ada 5 orang peserta yang menyertai contest ini…makanya, aku ingin memberi penghargaan di mana kesemua peserta bakal menerima wang tunai atau pun tambah nilai dengan jayanya. TETAPI….hadiah-hadiah Wang tunai tempat PERTAMA terpaksa dilupuskan/digugurkan kerana penyertaan pun tak ramai. jadi ia agak kurang memberansangkan patik. hihi…lagipun daku ingin berikan semua peserta hadiah. jadi perlulah dibahagi-bahagikan wang tunai tersebut.

Setelah di nilai semuanya berikan sebab munasabah yang baik. sebab semua entri mesti ada sebab kan kenapa kita suka? aku tulis entry tu pun bersebab dan nak bagi korang baca. Jadi terima kasih sebab korang sudi baca.

Dengan itu, Saya ingin mengumumkan Hadiah tempat Kedua dan Ketiga yang bernilai RM30 dan RM20 setiap satunya…jatuh kepada :

Mama Zhafran (wang tunai / topup RM30) – Dah Transfer ;)

Kak Ina KL ( wang tunai / topup RM20) – Dah Transfer ;)

untuk Hadiah pertama RM50 itu daku agihkan kepada 3 peserta bertuah yang lain…

Has (wang tunai / topup RM10) – dah transfer ;)

Far East (wang tunai / topup RM10) – dah Top up ;)

Nadiah (wang tunai / topup RM10) – dah Top up ;)

NOTA : semua hadiah telah diberikan. Semoga kalian gembira hendaknya.

APA?? ada balance lagi RM20?? hihi…dont worry, duit itu bukan untuk belanja aku. ia telah di amanahkan oleh temanku untuk diberikan kepada contest yang kujalankan. Jadi daku akan bawa RM20 tersebut ke hadiah cabutan bertuah di masa akan datang. Jadi jangan segan-segan dan serik lagi berkunjung di teratak ini. InsyaAllah…mungkin tahun baru nanti kita adakan cabutan bertuah untuk dapatkan RM20 tersebut. Korang masih ada peluang untuk sertainya lagi. yang dah sertai contest ni pun boleh sertai lagi cabutan bertuah tersebut. Mungkin rezeki menyebelahi kalian..siapa tahu?

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua peserta. Terima kasih banyak-banyak daku ucapkan kerana sudi untuk menyertai contest ini. Aku sayang korang tau!

Jadi kepada semua peserta sila tinggalkan nama penuh, no akaun bank (untuk yang memilih wang tunai) dan no telefon (untuk yang memilih topup) ke email daku di ciknorfa [at] gmail dot com. seelok-eloknya korang tinggalkan no telefon sekali lah ye. senang nanti apa-apahal aku nak contact.

sekilas : Aku harap takde yang pertikaikan mengenai hadiah tempat pertama yang terpaksa digugurkan. aku cuma ingin menghargai semua peserta sahaja. Lagipun, dengan contest ini dapat aku mengenal pembaca dan merapatkan silaturahim sesama kita. Harap tiada yang terguris hati.

Posted in contest, giveaway - Tagged contest, ulangtahun pertama

Are you a silent reader?

Aug17
2010
6 Comments Written by Sekilas

tajuk takmo omputih la. walhal cakap english pun sesat tah ke mana-mana. apa itu silent reader atau dimelayukan ‘pembaca senyap’.

Silent reader adalah seorang yang kacak, cun dan sangat pemalu orangnya. okey aku tipu! Ia merupakan satu terma yang digunakan untuk pembaca-pembaca blog yang suka singgah kat blog kita..tapi tak tinggalkan jejak kasih. ada jugak orang yang search keyword kat google or yahoo then dorang masuk blog kita. tapi tak tinggalkan jejak. tapi pada aku itu bukan silent reader sangat pun. depa cuma nak cari maklumat je, tu yang termasuk dalam blog kita. kalau tak, mau sangatlah dorang singgah kan. tapi terima kasih kat dorang gak kerana sudi menaikkan trafik blog.

okey…ini cerita pasal jejak ni ape kehal nya? ada sesetengah orang dia suka benor baca blog si A tu. tapi dia setakat baca je, tak tinggalkan jejak yakni link atau sebarang tanda yang dia memang pernah singgah situ. kecuali ip address dia jela. tapi tahu sangatlah dengan ip address tu korang nak detect sape kan. kecuali la ip tu memang korang dah familiar. tu satu hal yang lain la kan.

masalahnya, pembaca ni suka sangat ni singgah blog kita…baca entry kita hampir setiap hari. kisahnya la kan….tapi tetap tak tinggalkan jejak sebab dia sekadar mahu menjadi pembaca misteri yang tak diketahui. anonymous pun sudi juga tinggalkan jejak, tapi dia takmo. ha…ini lah dia yang dinamakan silent reader. ok…stop! sila jangan buat quotation plak yer..ini definisi dari aku jer. nak tahu lagi lanjut pi google kat pakar.hoho…

jadinya…aku takmo ceritakan tentang silent reader kat blog aku ni. takde pekdah…sebab aku tak tahu korang sape. hahaha! aku nak cerita silent reader itu sebagai aku. korang pun mesti pernah jadi silent reader kan kat blog-blog orang.

ada beberapa blog yang aku suka singgah, tapi berat hati nak tinggalkan jejak. sebab ape? sebab blog ni dah penuh sangat ngan komen. tatkala aku nak tulis komen dah masuk komen ke 50 atau 60 agaknya nanti. bukan kecik ati takut owner blog tak baca. tapi rasanya komen aku pun takde kepentingan. hehe…buang masa owner tu je nak baca kan. itu antara sebabnyala..sebab lain aku memang takmo tinggal komen. huhuhu.

di sini aku ader 3 blog yang aku sangat suka singgah. dan sekadar membaca, gelak sorang-sorang, sedih sorang-sorang, termenung sorang-sorang, dan semuanya sorang-sorang. dikala bosan, dikala marah, dikala sedih mungkin blog dorang jadi tatapan ku.

blogger-blogger ni semua dah femes emes dah…sebab tu aku pun segan nak tinggal komen. hahaha…poyo!

blog pertama ialah……

Zack Zuhairi. – http://zackzuhairi.blogspot.com

aku tahu korang gerenti kenal punya dengan mamat sorang ni yang tengah study kat Jepun. aku suka entry-entry beliau ni. bikin aku gelak pecah perut. karangan dia sangat bagus. dan bakat terpendam dia yang lain ialah dia pandai melukis. bagi aku orang yang suka melukis ni imaginasi dia tinggi. dia boleh fikir jauh. sebab tu terhasilnya cerita-cerita karut dia pasal siri bercakap dengan jin tu. sadis betul aku baca. rasa nak lempang je si zack ni. apetah lagi mamat ni sekarang kan berada di tempat orang. mesti kena rajin explore macam-macam hal dan kena think so creative. mujur dah ade gelpren. kot tak aku ngorat dah…hahaha! giler gatal. salah tu..naseb baik aku ada My Cinta. jangan marah yer. guraw jerk! kenal dia pun idok…ape lagi dia nak kenal daku kan.

blog kedua ialah…..

Hamka- http://keretamayat.blogspot.com

sape si Hamka ni? aku pun tak kenal. blog ni lagi la takde gambar. orangnya camne pun aku tak tahu. hoho…tapi blog dia sangat best. membaca blog en.hamka ni banyak ilmu di ‘luar dugaan’ yang aku pelajari. sampaikan kekadang terbayang-bayang apa yang ditulis oleh Hamka ni. banyak benarnya. beliau bukan lah ustaz, bukan juga seorang ahli kitab mahupun kiyai dan sebagainya. tapi ilmu yang beliau perolehi tentang agama, tentang hidup beliau kongsikan bersama dengan pembaca. sebab tu aku melekat kat blog beliau. sense of humour dalam penulisan beliau juga salah satu sebab kenapa aku tertarik. beliau tidak rajin menghupdet blog setiap hari. tapi kalau satu entry beliau tulis, mahu panjang berjela. korang pun patut cuba baca. seronok walaupun entry beliau banyak untuk 18 tahun ke atas. hahaha…blog beliau berkisarkan tentang hidup, agama dan selalu mengajak kita beramal baik lelaki mahupun perempuan.

blog ketiga ialah….

Lady Noe – http://perempuanjomblo.blogspot.com

Beliau ni pun daku tak kenal. tapi daku baca je blog beliau. beliau seorang perempuan. dari zaman dia tak kawen..sampai dia dah kawen dan beranak aku baca blog beliau. seperti biasa. gaya penulisan beliau buat aku suka baca. beliau seorang yang berani untuk melontarkan ayat. beliau ada pendapat sendiri…ada identiti sendiri. takde de nak tiru sesapa kat arena blog ni. sempoi! blog beliau banyak berkisarkan tentang hidup beliau, sekeliling beliau dan keluarga beliau..daku sokong beliau menulis. hehe…

okey..itu adalah antara 3 blog yang daku selalu lawat tapi tak tinggalkan jejak. segan you! hoho…korang pun patut sesekali baca entry mereka ni. menghiburkan dan memberikan inspirasi untuk korang menulis nanti. well, pendapat kita berbeza. so kalau korang tak suka baca blog dorang, jangan cakap dengan aku yer. cakap dengan diri sendiri je.

so..selamat berblogging. mana tahu blog korang nanti aku singgah jadi silent reader plak.

sekilas : hari ni ada benda baru. apa dia?

Posted in me - Tagged blog

Blogger : Anak Perak Dot Com

May16
2010
14 Comments Written by Sekilas

Sebenarnya aku ketandusan idea untuk menulis di hujung minggu. hakhak! jadi dari aku tak buat ape-ape entry meh kite terjah seorang blogger yang sangat berdedikasi dalam arena blogging ni.

Ramai je lagi orang yang aku nak tulis..tapi tetiba dia ni plak yang muncul dulu dalam pala otak aku.

Siapa anak perak? orang perak ke dia…? hahaha…aku pun tak tahu.tapi hasil pembacaan aku kampung dia kat perak la kot. ape ni pakai kot.bedal jela.

Aku tak kenal sangat pun dia. tapi dia banyak bantu aku menjawab persoalan yang termusykil dan memandangkan dia guna wordpress jugak. mudah le nak berinteraksi pasal blog kan.

Aku tak ingat camne  aku leh sesat kat blog dia ni. tapi natijahnya, sampai sekarang hari-hari aku dok masuk blog dia. ala blog dia bukan best sgt pun, saje bagi trafik naik. hahaha….mesti dia kecik ati ngan aku. oke..blog dia banyak informasi yang berguna pada aku. banyak tips dan guide yang dia letak dalam entry. nak tahu sila masuk blog anak perak eh. walaupun tak semua info dia tu aku guna..aku sekadar tumpang komen jerk..tapi kira berguna jugaklah kan.

tengok, tips nak cam orang pun ade…hikhik.

Selain daripada info berguna, korang juga leh tahu perkembangan terkini beliau mengenai rumah.. roomate.. family dan juga kisah-kisah jiwang beliau. cewah!! pada yang masih mencari-cari calon suami…dia masih single mingle dan available…berusia…23 tahun. muda agi..pangkat adik2 ni ngan aku (jangan marah arr). Masih kacak dan bergaya! (aku terpaksa guna ayat ni untuk buat orang kagum dengan kau.hakhak!)

Siapakah gerangan anak perak ni? atau nama manjanye Emi..wakaka…manja ke?

meh lihat muke kacak dia…aku rasa dia memang prasan abis gambar ni muka dia paling kacak. jadi aku pun letak gambar ni la.

sopan je orangnye kan…! hakhak!- opss..curi gambar kat fb dia- takpekan!

dia skarang keje kat Shah Alam..technician IT tak silap aku. Dia juga pernah bagi tiket free kat aku… wahwahwahwah…. toche toche! untuk kenal rapat lagi dengan dia..pi la masuk blog dia…aku pun tak rapat ngan dia..kot-kot korang lagi rapat ke..tolongla bagitahu aku ape prangai buruk dia ek…! hahaha

klik —>>> anakperakdotcom

sekian sahaja entry sesat pada hari ini.

sekilas : nak layan CSI,mak lak berebut tv. ceh!

Posted in friends

Sanggup buat dua blog untuk menang hadiah?

May14
2010
13 Comments Written by Sekilas

Adakah benar seperti yang aku baca ini? Aku terkejut sebenarnya, tapi aku masih tak dapat nak pastikan lagi kebenaran hal ini.

Semalam ketika aku sedang menggodek blog aku…macam biasa aku akan membaca shout dari kawan-kawan yang sudi menyinggah. Tapi aku terkejut dengan shout yang satu ini datangnya dari ‘Penegak Kebenaran’…

Aku sedang mencari pemenang untuk Sekilass.com Contest yang telah aku anjurkan. memandangkan memang ngam2 20 peserta yang join jadi kesemuanya berhak mendapat bookmark yang aku janjikan. tapi kan dalam entry aku Keputusan Sekilass.com Contest ada aku nyatakan seorang peserta INASEPI masih tak berikan maklumat dirinya pada aku…so tiba-tiba ‘Penegak Kebenaran’ beritahu aku sesuatu seperti dibawah ini :

Aku pun terus check comment si dia ni di dalam CP aku. dan hasilnya aku dapati kedua-dua ip address sama.

Adakah ia satu kebetulan…? atau memang si dia ini orang yang sama memiliki kedua-dua blog seperti yang dinyatakan oleh ‘Penegak Kebenaran’?

Persoalannya…siapakah ‘Penegak Kebenaran’ ini?

Hai…betul ke ni? kalau betul kenapa buat macam ni eh…? aku jadi tak best dah nak announce pemenang…semangat yang berkobar-kobar pada asalnya…telah menjadi merundum ni.

Tak baik la korang wat camni…

TAPI!!! TETAPI….sekiranya mereka ini orang yang berlainan….aku terima dengan hati yang terbuka…TAPI!! jika mereka ini orang yang sama…silalah tampil berikan pengakuan.

Aku tidak mahu menuduh…tidak mahu bertindak melulu…aku juga tak letak syarat, satu peserta satu blog je..tapi, perlu ke buat macam tu? …tepuk dada tanya iman.

sekilas : hilang mood!

Posted in contest, masyarakat - Tagged blog, blogger menipu, contest, hadiah, penipuan

Syhhh…ada orang baca blog aku senyap-senyap.

May11
2010
17 Comments Written by Sekilas

ye…aku tak tipu korang. ade orang tu dalam diam baca blog aku. kira macam silent reader la tuh…maunye tidak..dia just baca je tapi tak tinggalkan jejak. kalaua de setengah orang tu tinggal la jugak jejak walaupun guna nickname palsu kan…

tapi yang ni…baca dalam diam. semua cerita aku tulis dia baca . walau pun baca ala kadar…sekilas je kan kan..tapi dia teap masuk blog aku dan baca kan. walaupun takde benda yang menarik perhatian dia..dia tetap masuk blog aku kan. nak tahu jugakkan cerita sensasi dari aku kan kan kan..huhuhu…

Tapi takpe…aku suke jer. sekurang-kurangnya dia ni masuk juga blog aku. naik jugaklah sikit trafik aku. tanpa orang macam dia ni..maybe blog aku ni sekadar perhiasan di alam maya sahaja. huhuhu…

ape-ape pun terima kasih pada dia yang membaca blog aku diam-diam ni..i like u….

korang nak tahu ke sape? issh..macam mane aku nak bagitahu korang..aku pun tak tahu sape..hahahahhaha…tapi aku percaya, ade orang seperti itu singgah di blog aku. thanks ye!

sekilas : mulakan hari anda dengan senyuman.

Posted in me - Tagged pembaca, silent reader

Aku bergadoh dengan seorang teman di dalam alam cyber!!! marah sungguh ni.

May05
2010
5 Comments Written by Sekilas

Marah kan bunyi tajuk tu? marah ke? mungkin ade yang marah kalau berada di tempat aku..mungkin! tapi sebenarnya aku tak marah pun. aku cool….cewah! saje je buat tajuk gempak2..tapi sebenarnya takdelah gempak sangat pun entry ni.

Tadi sedang membuat kerja di office, seorang teman buzz aku di YM. perbualan berkisarkan entry di blog…tiada idea yang ingin di bicarakan di dalam blog dan sebagainya. Aku beri cadangan kalau takde idea sangat, buat jela pasal isu semasa..pasal kisah-kisah nabi ke…ade jugak faedah nya kan. Tapi perbualan menjadi rancak! sampai katanya dah takmo berdebat lagik! hahaha..bukan berdebat ni mat…berbual..saja mendengar pandangan amsing-masing. Berikut adalah perbualan kami secara alam maya..anda ada pendapat? sila kongsi bersama-sama!

norfa08: ko tahu…aku ade wat entry pasal ucapan takziah…pastu ade keyword search ke blog aku “bagaimana mengucap takziah pada keluarga jenazah” haa..berguna jugak kan!

EmI ..: tau,tp x smpt baca. owh ye.mcm tu aku buat tutorial mcm mana nk memandikan jenazah. ko rasa ramai x cari?

norfa08: ramai kot. sebab itu info berguna…manusia akhir zaman ni..makin lama mereka akan cari apsal agama.  sebab nak tanya ustaz / ustazah kan segan. so dorang akan cari sendiri..beli buku kena kuar duit plak kan

EmI ..: bguru juga penting. itu skrg ramai yg sesat

norfa08: memang la…tapi yang berguru tu yang bersikap terbuka…ni pada orang yang dah memang tersimpang jauh dari agama…yang jenis huahua tak kira dosa pahala…

EmI ..: owh jenis tu wajib berguru

norfa08: satu masa bila dorang terdetik nak berubah..benda2 kat internet ni yg dorang cari dulu. lepas tu bila dorang dah bersedia baru dorang berguru. kita ni kira bole mendorong dorang jugak ke arah kebaikan

EmI ..: kalau malu berguru,memang brubah itu x ikhlas. hangat2 tahi ayam

norfa08: umpama orang buang anak la…kenapa dorang tak mau bagitahu parents..or rumah kebajikan ke ape ke pasal anak dorang . sebab dorang malu…sebab kalau dorang berjumpa terus ngan ustazah ustaz parent dan masyarakat…orang akan menuduh dia jahat..jahil dan sebagainya. so sbb tu jadi kes buang bayi…kita kena juga faham bagaimana nak elak rasa malu tu…kita sebarkan pada internet kesan dan akibatnya..dorang baca…dorang terima..dorang berubah dan mula berguru

EmI ..: buang bayi tu dah memang terang2 jahil. jgn salahkan masyarakat

norfa08: memang la…takde sape kata buang bayi itu elok! …

EmI ..: salahkan org itu sendiri. klu pggn agama kuat x wujud bayi itu

norfa08: sedangkan nabi ampunkan umat..sebelum kes buang bayi lebih berleluasa…lebih baik jangan melarang kalau ader yang menggatal nak kawen muda. jangan mak pak letak hantaran tinggi2…halalkan mana yang wajib

EmI ..: tu la,jgn letak hantaran mahal2. sakit ati aku. igt nak jual anak ker letak hantaran mhl2. aku x puas ati btl psl hantaran ni.

norfa08: hahaha..ade pengalaman ke

EmI ..:  x der

sekilas : sekadar berkongsi kata dan bicara…jika ada yang tidak suka seribu maaf. ia sekadar perbualan biasa. tidak dituju kepada sesiapa.

Posted in friends, Isu Semasa, Kisah-kisah itu, masyarakat - Tagged agama, alam cyber, alam maya, blogging, entry, idea, kisah-kisah Nabi

Update lagi: Gatsby Deodorant Street Fair

Apr20
2010
5 Comments Written by Sekilas

Biarkan gambar-gambar ini bicara sama kamu ya..hehehe

Kan aku ade cakap awek Gatsby yang dok spray je badan orang tu. ha…ni la dia antara awek yang cun dan seksi…

Okey di bawah ni adalah salah satu permainan yang aku cuba…memang nama  pun cuba..sekali je aku cuba..pastu korang rasa aku berjaya tak?

apa ingat tak dapat ke…dapat la..dapat makan angin je….tak berjaya la jawabnya kan….

ini gambar waktu nak reedem hadiah. penat mintak kautim ngan amoi kat situ. hasilnya…gagal jugak! hehhe…

takpe..lain kali aku nak bolot banyak-banyak. huhuhu….last but not least…sebab nanti ade lagi gambar nak upload…sesikit dulu. nak storymory pasal gatsby ni, memang banyak sangat!huhuhu….berikut adalah aksi manja aku dan mama june! ahaks!

sekilas : thanks plak to Sumijelly sebab email kat aku gambar-gambar ini.

Posted in Nuffnang, peristiwa - Tagged event, gatsby, gatsby deoderant street fair, malaysian book of records, Nuffnang

Semua updet, aku pun updet sket la event Gatsby!

Apr18
2010
7 Comments Written by Sekilas

Okey…ramai dah rasanya aku tengok blogger-blogger seantero Malaysia yang meng’updet blog dorang tentang kejadian semalam. oke kejadian ape? hehe…namanya ialah Gatsby Deoderant Street Fair. Aku bukan takmo updet. tapigamabr takde kat aku. skarang semua gambar ade kat kakak aku. gambar best-best lak tu ade kat dia. tapi takpe..sementara aku mendapat copy gambar daripada dia. aku updet je dulu dan story mory gamabr yang ade pada aku skarang ni. tak banyak pun. lepas tu aku juga terpaksa mencilok gambar-gambar dari entry orang lain agar entry aku ni kelihatan semakin comel dan hangat di pasaran. so dengan ini awal-awalnya aku ingin meminta izin daripada Carl Samsudin, TeratakKarmo dan beberapa blogger lain yang mungkin akan ada trademark kamu pada gambar-gamabr tersebut. huhuhu

Oke..pemergian aku ke Berjaya Times Square adalah bersama sahabat sejati Mama June, kakak aku Sumijelly dan dua orang anak dia *Zulfadhli yang menjadi perhatian ramai dan Danial yang asyik-asyik ilang jerk.*

*Zulfadhli yang menjadi pojaan ramai*

Sampai sana sebelum jam 10 pagi jugak lah. parking pun port baik punya. sampai sana memang dah beramai-ramai orang yang sedang beratur.

Bila dah announce je kaunter pendaftaran sudah dibuka maka teruslah kami-kami ini mendaftarkan diri. Dapat goodie bag dari Gatsby.

ada apa dalam goodie bag..ade kipas gatsby..ade t-shirt…

*My Cinta kalo datang mesti suke sebab tema warna merah*

Kemudian ade lucky draw yang memang-memang aku tak lucky langsung kan. tujuan Gatsby Deoderant Street Fair ini diadakan adalah untuk mengumpul kesemua blogger yang ada. lebih banyak lebih bagus. dan dapat mencipta rekod di dalam Malaysia iaitu perhimpunan halal blogger-blogger Malaysia ni. cewah…aku merupakan salah seorang yang telah menyumbang rekod malaysia ni la kan.

Selepas tuakr baju, tepek no bertuah tu ha kat baju. kitorang diminta berkumpul di depan banner yang besar untuk mengambil gambar beramai-ramai.

*Sebenarnya nak tangkap gambar sorang..tapi macam ramai plak kat belakang aku tuh.*

dan dikesempatan itu aku telah menyelit dicelahan orang ramai dan telah masuk frame kat kamera sape-sape ntah…jadi aku cilok gambar ye tuan punya gambar! hehehe…


*Ini dari blog Carl Sulaiman*


*Ini dari blog teratakarmo*

Lepas posing maut kat kamera orang…macam-macam game aku main kat situ untuk mengumpul point. ada yang skali main dapat 2 point jer…tak smeua game aku try. tapi aku paling suke wall climbing!! hehehe..syiok abes..mula-mula ingat aku takleh nak panjat. sebab tengok ader sorang kakak tu gagal dalam menjalankan misinya.

*Before nak climb the wall. Muke excited*

*Usaha yang paling payah sekali di bahagian bawah*

aku try mula-mula memang susah. sebab tempat nak pijak 2 ke 3 tu la yang paling payah. namun akhirnya aku berjaya sampai kat puncak. dan kat sini paling dapat banyak point…dapat 8 point! yeah…!!

*Akhirnya…percayalah aku di atas tuh. First time ni kot!*

*Mama June pun nak try. tapi sorry beb. ko gagal! hahaha*

event ni memang best…!! sape yang ade kat sana mesti mengakuinya. Ada member blogger yang asalnya nak datang daftar je sebab nak incentive punya pasal..tapi akhirnya, tercongok sampai ke petang jugak. sebab ape? sebab best kan…..

memang happening habis…cuma aku memang tak berkesempatan atau sebenarnya aku segan tahap gaban nak berbual mesra dengan orang lain. aku sempat tegur abg eriqaz, aus dan juga kak ina jerk. yang len-len aku men tegur je tanpa mengetahui siapa meraka sebenarnya.muahahaha….

apa-apa pun smeua memang sporting…dan awek-awek yang spray badan aku time kat situ pun memang gempak abis…hehehe…dorang memang baek hati dok spray..kejap-kejap kang offer nak spray. aih loteh makcik.

Dan buah tangan lagi yang aku bawa dari event itu ialah…..

tu jela yang termampu….semoga next time ade lagi event cenggini. aku memang layan…

Thanks to Nuffnang and Gatsby!!

sekilas : sakit tangan dan kaki sebab panjat wall tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Nuffnang, peristiwa - Tagged gatsby, gatsby deoderant street fair, malaysian book of records, Nuffnang
Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress