Hai ini cerita beberapa hari yang lepas.
Hari Ahad. Dijemput oleh Pojie untuk hadir majlis kahwin dia. Tapi sebabkan kenduri kawen dia kat Johor. aku sah2 lah tak dapat datang. Jadinya aku minta izin untuk datang kenduri kat rumah Nemo kat Klang. Dekat dah tu dengan Meru. Tu yang boleh pergi. Kot tak mahu hubby aku bagi..hohoho…
Ekceli, aku pun takdelah rerapat mana dengan mereka berdua ni yang kebetulan juga memang blogger. Tapi kekadang tu keep in touch jugak lah kat Twitter. So disebabkan orang dah jemput adalah baik kita hadirkan diri jika tiada halangan.
makan free…lagikan sedap mak jemah oiii….sangat best lauk pauk katering kat rumah Nemo. mabelesss…
Dan tujuannya jugak aku nak jumpa la beberapa blogger lain yang aku pun memang dah lamaaaa gileee tak jumpa. Hehehe..jumpa sekali dua je. pastu tak de dah nak jejumpa lantaran aku pun bukan selalu join mana2 gath sejak 2 menjak dah tunang dulu plus dah kawennn..memang tak arr nak bersosial seperti dahulu. harap maklum lah. syurga ku sekarang di telapak kaki suami. heh. takmo derhaka hokey!
Aku gi kenduri tu tumpang kereta Anakperak dan isterinya Redlinda. Terima kasih lah wahai sahabat berdua kerana menumpang kan ibu mengandung ni. Encik suamiku keluar bekerja kan. Jadi ditinggalkan lah daku di Stesen minyak lalu dijemput oleh mereka berdua. dan hantar aku balik. hehehe…
First skali aku amik gambar dengan Aien Sepet. Isteri Bean. Hehehe…sebab aku tahu dia pun tengah preggy macam aku. Cuma aku nanti awal sebulan dari dia. Bestkan Aien dapat rasa moment2 indah ni. cewah..cerita mak2 plak.

Lepas tu tengok pengantin. dan pi melantak makanan yang sodap tu. after makan-makan sesi bergambar bersama para sahabat yang daku kenali.

Ini EykaMeow. Dia plak akan berkahwin Sabtu ini di Shah Alam. Ada jugak dia jemput pakai mulut jee..kadnya lupa bawa…merajok ar camni! hehehe…aku amik gambar map gi kenduri kawen dia jela. InsyaAllah, kalau dapat pegi. akak pegi la ye dik.

Ini pun bride to be ni. Bulan 5 kot dia kawen..eh..yeke? hahaha..kad tak dapat lagi. harap2 sampai la ye Cik Helena. Semua darah manis you all…LAma jugak tak jumpa Cik Hel. Sekarang dah bertudung litup, ayu lagi tau. Tahniah!

Eyka, Aku, AnakPerak dan Linda. Opss..sorry Linda, matanya kurang nampak ya? hehehe…
Ada jugak beberapa orang yang terserempak, macam Ery dan Intan. So sorry tak sempat nak snap2 bagai. Ery pun macam rushing je nak balik. bussineswoman la katakan…hehehe..
Hurmm…pengantin ye? ada amik gambar dengan pengantin. Tapi takpelah yang itu aku amik untuk tontonan sendiri jela ye. hehehe…kalau korang nak tengok gambar pengantin, leh ler tengok kot2 ada blogger lain hupdet ke kan…sebab..errr…sebab, aku dah explain masa entry yang ini. Huhuhu…heharap korang paham lah ye.
Apa-apa pun tahniah buat Pojie dan isterinya. Semoga berkekalan ke akhir hayat, dan jadilah suami isteri yang taat pada perintah Allah. Cecepat produce baby. hikhik…
sekilas : Seronok pi kenduri kawen orang, rasa nak kawen lagi skali!! hahaha…




















