• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged blog

Boleh tak buat blog tu tak meniru identiti orang lain?

Dec27
2010
28 Comments Written by Sekilas

Boleh je kalau anda menjadi diri sendiri. buat blog ni memang ler mudah. yang payahnya nak keluarkan idea ‘original’. nak menarik minat orang nak membaca dan mungkin nak mencari pembaca setia.

Ada sesetengah orang tak memikirkan pun berapa ramai pembaca blog dia. yang dia tahu dia dapat menulis dan melepaskan hobinya itu.

Tapi aku jadi hangin je bila baca sesetengah blog orang yang cuba-cuba menjadi ‘orang lain’ yang sememangnya kita dah kenal trademark penulisannya. Kalau kita baca satu entry, kita tahu..haa ni mesti si polan yang tulis ni.

Dahnya kalau aku baca blog kau sama je pengisian macam blog si polan tu, nampak sangat kau mengalami krisis identiti. aku tak mahu la nyatakan blog berkenaan di sini. tidak mahu mendedahkan apa yang buruk. tapi sebagai seorang blogger pasti rasa tak seronok bila tengok blogger lain ni takde identiti sendiri. nak ciplak-ciplak gaya penulisan orang, nak tiru design, dan sebagainya.

Gambar gugel di internet!

Tak best la macam ni kawan. just be yourself. aku tak ingat aku baca kat mana…tapi ade blogger kata nak menulis blog ni umpama bersembang dengan pembaca di alam maya ni. macam kau bercakap dengan orang la umpamanya. menjadi diri sendiri tu, adalah macam mana cara kau bersembang dengan orang lain. macam tu la kau tulis. Terpulang! asalkan itu adalah engkau dan engkau tidak meniru sesiapa di arena blogging ni.

Kalau sama 2-3 benda tu normal lah. contoh macam nama panggilan diri…mungkin ada yang guna ‘kau aku’, ‘Gua Lu’, ‘saya awak’ dan sebagainya. ini paling biasa la nak jumpa kesamaannya. tapi kalau style nak sama, ayat nak sama…kau pun agak-agaklah…orang boleh bezakan la.

Aku harap korang jangan lah buat blog dan cuba-cuba nak jadi orang lain. fokus la pada satu perkara dan minat. jangan terikut-ikut orang lain. Cari kelebihan diri…okey? renung-renungkan dan selamat membuat amal!

sekilas : rindukan Anis Suffiyah!

Posted in masyarakat - Tagged blogger, blogger menipu, identiti

Are you a silent reader?

Aug17
2010
6 Comments Written by Sekilas

tajuk takmo omputih la. walhal cakap english pun sesat tah ke mana-mana. apa itu silent reader atau dimelayukan ‘pembaca senyap’.

Silent reader adalah seorang yang kacak, cun dan sangat pemalu orangnya. okey aku tipu! Ia merupakan satu terma yang digunakan untuk pembaca-pembaca blog yang suka singgah kat blog kita..tapi tak tinggalkan jejak kasih. ada jugak orang yang search keyword kat google or yahoo then dorang masuk blog kita. tapi tak tinggalkan jejak. tapi pada aku itu bukan silent reader sangat pun. depa cuma nak cari maklumat je, tu yang termasuk dalam blog kita. kalau tak, mau sangatlah dorang singgah kan. tapi terima kasih kat dorang gak kerana sudi menaikkan trafik blog.

okey…ini cerita pasal jejak ni ape kehal nya? ada sesetengah orang dia suka benor baca blog si A tu. tapi dia setakat baca je, tak tinggalkan jejak yakni link atau sebarang tanda yang dia memang pernah singgah situ. kecuali ip address dia jela. tapi tahu sangatlah dengan ip address tu korang nak detect sape kan. kecuali la ip tu memang korang dah familiar. tu satu hal yang lain la kan.

masalahnya, pembaca ni suka sangat ni singgah blog kita…baca entry kita hampir setiap hari. kisahnya la kan….tapi tetap tak tinggalkan jejak sebab dia sekadar mahu menjadi pembaca misteri yang tak diketahui. anonymous pun sudi juga tinggalkan jejak, tapi dia takmo. ha…ini lah dia yang dinamakan silent reader. ok…stop! sila jangan buat quotation plak yer..ini definisi dari aku jer. nak tahu lagi lanjut pi google kat pakar.hoho…

jadinya…aku takmo ceritakan tentang silent reader kat blog aku ni. takde pekdah…sebab aku tak tahu korang sape. hahaha! aku nak cerita silent reader itu sebagai aku. korang pun mesti pernah jadi silent reader kan kat blog-blog orang.

ada beberapa blog yang aku suka singgah, tapi berat hati nak tinggalkan jejak. sebab ape? sebab blog ni dah penuh sangat ngan komen. tatkala aku nak tulis komen dah masuk komen ke 50 atau 60 agaknya nanti. bukan kecik ati takut owner blog tak baca. tapi rasanya komen aku pun takde kepentingan. hehe…buang masa owner tu je nak baca kan. itu antara sebabnyala..sebab lain aku memang takmo tinggal komen. huhuhu.

di sini aku ader 3 blog yang aku sangat suka singgah. dan sekadar membaca, gelak sorang-sorang, sedih sorang-sorang, termenung sorang-sorang, dan semuanya sorang-sorang. dikala bosan, dikala marah, dikala sedih mungkin blog dorang jadi tatapan ku.

blogger-blogger ni semua dah femes emes dah…sebab tu aku pun segan nak tinggal komen. hahaha…poyo!

blog pertama ialah……

Zack Zuhairi. – http://zackzuhairi.blogspot.com

aku tahu korang gerenti kenal punya dengan mamat sorang ni yang tengah study kat Jepun. aku suka entry-entry beliau ni. bikin aku gelak pecah perut. karangan dia sangat bagus. dan bakat terpendam dia yang lain ialah dia pandai melukis. bagi aku orang yang suka melukis ni imaginasi dia tinggi. dia boleh fikir jauh. sebab tu terhasilnya cerita-cerita karut dia pasal siri bercakap dengan jin tu. sadis betul aku baca. rasa nak lempang je si zack ni. apetah lagi mamat ni sekarang kan berada di tempat orang. mesti kena rajin explore macam-macam hal dan kena think so creative. mujur dah ade gelpren. kot tak aku ngorat dah…hahaha! giler gatal. salah tu..naseb baik aku ada My Cinta. jangan marah yer. guraw jerk! kenal dia pun idok…ape lagi dia nak kenal daku kan.

blog kedua ialah…..

Hamka- http://keretamayat.blogspot.com

sape si Hamka ni? aku pun tak kenal. blog ni lagi la takde gambar. orangnya camne pun aku tak tahu. hoho…tapi blog dia sangat best. membaca blog en.hamka ni banyak ilmu di ‘luar dugaan’ yang aku pelajari. sampaikan kekadang terbayang-bayang apa yang ditulis oleh Hamka ni. banyak benarnya. beliau bukan lah ustaz, bukan juga seorang ahli kitab mahupun kiyai dan sebagainya. tapi ilmu yang beliau perolehi tentang agama, tentang hidup beliau kongsikan bersama dengan pembaca. sebab tu aku melekat kat blog beliau. sense of humour dalam penulisan beliau juga salah satu sebab kenapa aku tertarik. beliau tidak rajin menghupdet blog setiap hari. tapi kalau satu entry beliau tulis, mahu panjang berjela. korang pun patut cuba baca. seronok walaupun entry beliau banyak untuk 18 tahun ke atas. hahaha…blog beliau berkisarkan tentang hidup, agama dan selalu mengajak kita beramal baik lelaki mahupun perempuan.

blog ketiga ialah….

Lady Noe – http://perempuanjomblo.blogspot.com

Beliau ni pun daku tak kenal. tapi daku baca je blog beliau. beliau seorang perempuan. dari zaman dia tak kawen..sampai dia dah kawen dan beranak aku baca blog beliau. seperti biasa. gaya penulisan beliau buat aku suka baca. beliau seorang yang berani untuk melontarkan ayat. beliau ada pendapat sendiri…ada identiti sendiri. takde de nak tiru sesapa kat arena blog ni. sempoi! blog beliau banyak berkisarkan tentang hidup beliau, sekeliling beliau dan keluarga beliau..daku sokong beliau menulis. hehe…

okey..itu adalah antara 3 blog yang daku selalu lawat tapi tak tinggalkan jejak. segan you! hoho…korang pun patut sesekali baca entry mereka ni. menghiburkan dan memberikan inspirasi untuk korang menulis nanti. well, pendapat kita berbeza. so kalau korang tak suka baca blog dorang, jangan cakap dengan aku yer. cakap dengan diri sendiri je.

so..selamat berblogging. mana tahu blog korang nanti aku singgah jadi silent reader plak.

sekilas : hari ni ada benda baru. apa dia?

Posted in me - Tagged blogger

Sanggup buat dua blog untuk menang hadiah?

May14
2010
13 Comments Written by Sekilas

Adakah benar seperti yang aku baca ini? Aku terkejut sebenarnya, tapi aku masih tak dapat nak pastikan lagi kebenaran hal ini.

Semalam ketika aku sedang menggodek blog aku…macam biasa aku akan membaca shout dari kawan-kawan yang sudi menyinggah. Tapi aku terkejut dengan shout yang satu ini datangnya dari ‘Penegak Kebenaran’…

Aku sedang mencari pemenang untuk Sekilass.com Contest yang telah aku anjurkan. memandangkan memang ngam2 20 peserta yang join jadi kesemuanya berhak mendapat bookmark yang aku janjikan. tapi kan dalam entry aku Keputusan Sekilass.com Contest ada aku nyatakan seorang peserta INASEPI masih tak berikan maklumat dirinya pada aku…so tiba-tiba ‘Penegak Kebenaran’ beritahu aku sesuatu seperti dibawah ini :

Aku pun terus check comment si dia ni di dalam CP aku. dan hasilnya aku dapati kedua-dua ip address sama.

Adakah ia satu kebetulan…? atau memang si dia ini orang yang sama memiliki kedua-dua blog seperti yang dinyatakan oleh ‘Penegak Kebenaran’?

Persoalannya…siapakah ‘Penegak Kebenaran’ ini?

Hai…betul ke ni? kalau betul kenapa buat macam ni eh…? aku jadi tak best dah nak announce pemenang…semangat yang berkobar-kobar pada asalnya…telah menjadi merundum ni.

Tak baik la korang wat camni…

TAPI!!! TETAPI….sekiranya mereka ini orang yang berlainan….aku terima dengan hati yang terbuka…TAPI!! jika mereka ini orang yang sama…silalah tampil berikan pengakuan.

Aku tidak mahu menuduh…tidak mahu bertindak melulu…aku juga tak letak syarat, satu peserta satu blog je..tapi, perlu ke buat macam tu? …tepuk dada tanya iman.

sekilas : hilang mood!

Posted in contest, masyarakat - Tagged blogger, blogger menipu, contest, hadiah, penipuan

siapa boleh bantu selesaikan masalah aku?

Apr25
2010
4 Comments Written by Sekilas

Alhamdulillah..aku sudah selamat sampai di rumah. Perjalanan dari Kedah ke KL aku rasa lagi jauh berbanding waktu aku mula-mula pergi. mungkin berjalan di siang hari memberikan kesan terhadap jarak perjalanan tersebut.

Kalau malam kereta tak banyak. boleh jugak nak speed. dan tiada permandangan yang ingin dilihat. kalau siang ada je benda kiri kanan yang menarik perhatian sekaligus menganggu pemandu untuk melihat sama. banyak kereta. dan kebetulan hari Ahad, maka ramai lah orang yang baru pulang bercuti menuju ke KL.

Aku hilang mood nak bercerita tentang trip ke Kedah. dalam hati rasa marah yang teramat terhadap seseorang. bukanlah kata dia tu melakukan kesilapan besar. apa lagi aku juga tak buat silap BESAR! tapi tah kenapa, aku jadi bosan dengan keadaan ni yang tak pernah ada perubahan.

Aku tahu orang tu mesti baca tulisan aku ni. kononnya melihat perkembangan aku dari jauh. Piiiiiiiraaaah!! aku jadi sakit hati dengan sikap dia.

Aku terasa ingin berterus terang dengan korang. tapi aku masih lagi nak menjaga hati dia tuh! aku nak luah kat sape? cuba korang cakap?? susah la…

Kalau boleh aku teringin tanya pendapat orang luar…tapi aku nak post aku menjadi rahsia!..kalau korang sudi…nanti korang leh check private post aku…dan silalah….berikan kenapa korang nak sangat tahu masalah aku dan rasa dapat tolong aku..sila komen di entry ini yer…dan hanya orang yang boleh dipercayai sahaja akan ku benarkan mengetahui masalah ku ini…

kepada dia….siapa suruh bertindak ‘kejam’ dengan aku?

sekian…masa untuk tidur. Bos dah mesej, suruhdatang office tepat pada masanya. ade video conference tomorrow!

sekilas : good night!

Posted in me - Tagged masalah

off from blogging

Feb26
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

aku tak dapat nak updet beberapa hari..sebab now aku sibuk menjelajah negara..hahaha…

semalam ader temuduga…aku tak pat citerkan detail lagi skrg…then…aut erus ke kuala lipis amek Anis Suffiyah. Now…aku nak bersiap-siap ke Pulau Pinang pulak. doakan aku selamat pergi dan pulang ye semua….akua kan da di sana 3 hari 2 malam…

apa-apa pun..aku ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul…

assalammualaikum…

Posted in info, me - Tagged vacation

masalah aku bukan problem

Jan08
2010
5 Comments Written by Sekilas

hahaha…ape tah tajuk tersebut.

masalah = problem ??

betul ker? betul la…dah memang dalam kamus pun macam tu maksud nya.

Dem….ari ni aku boleh tinggal henpon kat rumah time tengah cas. kemudian, aku pakai kasut tinggi yang buatkan kaki aku melecet. Pastu tiba-tiba aku nak hangin kat orang lain.

sorry..didnt mean it. but sumtime people like me very sensetive with certain things. im not perfect. macam tu jugak dengan orang lain. tapi, kita kena belajar juga mengenali dan memahami orang lain. cant be selfish. fikirkan kita seorang yang sedang membara hati dan perasaan. other people got their own problems jugak. so, rileks and chill.

kalau kau memang macam tu, aku pulak memang macam ni. so, aku faham kau..then please fahamlah aku jugak. kita tak boleh sama kan semua orang dengan satu sikap. kita tak boleh anggap orang lain perlu dan wajib terima sikap kita. macam bercinta jugak. Kita seorang yang panas baran, tapi kita boleh kawal baran kita dengan kekasih kita. tak semestinya kalau kita ni panas baran, semua orang kita nak marah kan?? sebagai kekasih pula, mungkin kita perlu faham pasangan kita itu mempunyai sikap baran…tapi mesti ada cara jugak kan nak elak baran tuh.

kita terima dan kita faham. bukan hanya kita pasangan kita jugak. aku sendiri pernah memberontak bila pasangan tak memahami kerjaya atau sikap kita..tapi lama-lama kita berubah demi kebaikan. And thanks to My Cinta coz understand me..

not in the good mood to update my blog..tapi, redah jer dengan apa yang terlintas kat kepala otak ni.

sekilas : redah kasi pecah.

Posted in cinta, me, merapu - Tagged my blog, My Cinta

Im sorry

Jan06
2010
5 Comments Written by Sekilas

sebab lama dah tak updet blog. seminggu jugak la. banyak benda yang dibuat lately. so…will updet later…just wait ye semua reader…

sekilas : in a good mood!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Uncategorized - Tagged my blog

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • Jumaat Yang Indah – Fraser Hills

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress