entry ni dah simpan dalam draft sehari semalam…so baru nak updet…huhuhu. kejadian berlaku pada 15 Disember 2009. so….
Start balik keje hari Selasa aritu, jam 245 petang…my bff a.k.a June datang jemput aku kat depan bus stop. Lepas tu kami buat 2 pusingan roundabout sebab nak pergi Tabung Haji. hahaha…mesti korang pelik, apesal la nak kena amek sampai 2 pusingan. duk leka borak sangat, terlepas simpang. tu yang sampai 2 pusingan. Walhal Tabung haji tu kat sebelah Parcel D tu jerk…huhuhu…
Sampai Tabung Haji kami pun pergi menunaikan haji. huhuhu..Amin…doa2kan la ye..takkan la leh gi Haji balik hari kan. So, kitorang ke situ untuk simpan duit. Aku simpan kat dalam akaun mak aku. then aku tanya-tanya kat pegawai bertugas tu “Boleh check tak ic saya, saya ada akaun tak?” — ekceli, dulu time kechik2 aku ada akaun bawah nama macik aku. aku pernah tanya macam mana nak buat. dulu la..the past. orang tu kata kena bawa macik tu datang then tukar nama. tah apa-apa tah lagi dia suh buat. ok go to present plak…pegawai tu pun balas, “Agak-agak pernah tak datang Tabung Haji?” macam salah je soalan dia tu kan. of coz la aku selalu datang sebab nak bank in duit kat mak aku kan. Aku jawab “pernah..time kechik2.” huhuhu…jawapan aku lagi macam hampeh kan.
Last-last pegawai tu check..nama aku takde. so aku terus membuka akaun.Dan memasukkan sedikit wang.huhuhu…
Selesai urusan kat situ…kami berdua bergerak ke IOI Mall, Puchong. Minah ni sebenarnya ajak aku teman dia gi register nama kat Fitness First. Sebabnya dia dah pernah wat trial package kat Thailand. Macik dia suh continue la kat Malaysia. Sebab tu semangat nak gi register tu. Sampai depan gym tu..sogan pulak dio nak masuk.
kitorang pun pi singgah Jusco dulu nak pi reedem gift voucher aku kat JCard centre sempena besday ku yang lepas. Dah reedem gift voucher, kitorang jalan2 pi cari hadiah untuk anak buah aku Danial. Pikir-pikir balik…beli satu takleh ni..kang mesti berebut ngan adik dia. so beli la lagi satu..yang kecik sket. Hadiah apa? ermm…aku pun tak amek gambar hadiah tu. so nanti korang leh tengok updet kat blog akak aku http://sumijelly.com eh. mesti dia updet punyelah nanti. kalau takde tu, naseb korang lah.hahahaha…
Pastu baru la gi Fitness First tu balik. tunggu staff dia lagi….bagi khidmat nasihat lagi..round2 dalam gym tu..pastu, isi-isi borang. bayar duit bla..bla..bla…2 jam jugak kitorang kat dalam tu.

time dalam Fitness First tengah tunggu staff dia consult kitorang ni.
perut dah berkeroncong. Pas settle urusan kat situ. Kami bergerak ke Nando’s. Big boss nak belanja…cewah! melantak la sampai tak habis.huhuhu…

Bff sedang melihat menu-menu yang menarik di Nando’s

Yang atas ni bff punya..yang bawah ni…aku punye..macam sama jekan..hahahaha


Cuba korang peratikan gambo kat atas ni. Yang atas tu : gambar aku amik kat dalam menu. yang bawah : gambar makanan yang aku dapat. sama ke tak??? dalam menu dia giler berselera kan kalau nengok??

atas : bff sedang membuat aksi rakus.
bawah : aku sudah kekenyangan…tapi nampak amcam lapar algi kan..hahaha

pas makan-makan terus berdesup balik. hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami. huhuhu…dalam kul 11 camtu selamat sampai kot di rumah.
itulah kisah yang berlaku kelmarin bersama tokey kedai Saba Reastaurant..nanti aku wat entry pasai kedai dia eh…leh korang ushar2…

sekilas : sibuk bff aku tu suh aku promote kedai dia. sabar yer..byk entry nak publish ni.




