• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged bestfriend

Kenyataannya, aku masih ada waktu untuk kau.

Jan27
2011
2 Comments Written by Sekilas


[credit]

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Skema? apa salahnya kalau aku jadikan ia sebagai pembuka kata. kan nampak sopan dan betapa Melayunya aku.

Hari-hari mendatang akan mengubah satu perkara dalam hidup aku. Kalau dulu time sekolah-sekolah aku begitu menginginkan kehidupan pada umur seperti ini. Tapi bila dah sampai umur 25 tahun (birthday aku bulan 12 okey) ..rasa ingin kembali ke zaman sekolah.

Sebab tu, sekarang aku tak kisah sangat bila tengok kawan-kawan dah kawen atau beranak pinak serta bahagia bersama suami tersayang. Hidup berkahwin dan bujang jauh berbeza.

Tahun 2010 berikan aku pelbagai peristiwa suka dan duka. Jadi bila datang 2011, aku rasa menggelabah nak menghadapi kehidupan mendatang dalam keadaan yang baru sahaja mempelajari erti kehidupan secara perlahan.

Memang nampak begitu ibu mudanya kawan-kawan bila umur macam aku ni ada 2-3 orang anak. Tapi life ko dah tak sama time kau bujang. Dulu-dulu rasanya aku pernah cakap ” Bestla kau, time camni dah kawen, ada anak, bahagia bersama keluarga”

Tapi rasanya sekarang, aku nak kata ” kau tak rindu ke zaman bujang? zaman kita mampu melepak dan bergelak ketawa bersama kawan-kawan dan makan sizziling di KLCC serta main hujan bersama-sama sambil bawa baju spare”

Ayat kau mentacingkan jiwa aku, ” Nanti aku dah takde masa melepak dengan kau” Kau tu dah kawen lah. Tu la sape suh kawen awal…hahaha…

Okay fine! dah jodoh. Kau tetap gembira bukan. jangan risau, aku tetap akan ada waktu dengan kau, sampai ke tua sekalipun, aku takkan lupakan kau. Cuma komitmen kita masing-masing mungkin akan membataskan pertemuan kita. Dulu time aku belajar, kita memang tak banyak masa pun untuk diluangkan. Life sebagai student di U tak sama pulak macam time kat sekolah. Duduk jauh, (walaupun dekat) kemudian ada kawan-kawan lain. Aku kena bahagikan masa dengan ramai orang.

Sekarang bila dah makin men’tua’kan diri. aku rasa nak bagi masa tu gerak slow supaya aku dapat menikmati hidup ini dengan gembira. Aku nak tahun ini aku jalani hidup tanpa sebarang konflik yang mampu menggugat jiwa aku dan buat aku renung balik cerita-cerita lama dalam hidup aku. tak adil rasanya kalau itu berlaku.

rileks…aku bukan ke mana pun. Masih hidup (insyaAllah jika Tuhan masih mahu memanjangkan umurku). Masih panjang perjalanan aku,

Masih banyak perlu di ubah. Dalam erti kata, banyak lagi pahala yang aku nak kumpul supaya melebihi dosa-dosa yang aku dah buat. Tapi aku dah tak mampu nak pikir kalau umur aku menginjak ke 30 tahun. gemok ke? kurus ke? berapa pendapatan aku sebulan? Sebab paling mudah, aku tak bersedia menghadapi usia itu. hahaha!

Cuma aku terfikir jugak, kalau lah dah tua nanti, adakah kita akan kunjung mengunjung di hari raya? adakah anak-anak kau akan bermain-main dengan anak-anak aku? adakah kita akan sibuk bercerita tentang calon menantu anak-anak.? hahaha….

Aku masih ada waktu untuk kau. jangan buat ayat tacing lagi okey.

sekilas : masa menentukan segalanya.

Posted in friends, me - Tagged Kawan baik

Entry baru yang tidak menarik

May25
2010
5 Comments Written by Sekilas

yeah…ini adalah entry baru yang tidak menarik. kenapa? haa…itulah yang kita tak tahu.

ia akan jadi tidak menarik kerana tiada isi. atau mungkin kerana ia memang tak menarik di mata orang lain yang membacanya.

tapi tak kisahlah ia menarik atau pun tidak..janji ia merupakan entry baru daripada aku kan?

Keputusan contest dah umum..bercuti pun sudah. poket sudah kosong. duit gaji je tak dapat2 lagi..al maklumlah, gaji ku di ujung bulan baru diterima.  ader orang ajak aku gi karok pun aku kena double kompom dorang yang belanja..sebab aku memang takde sen..hihihi…

orang mesti duk pelik, apesal aku tak gi bercuti pada hari wesak sambung sabtu ahad…yela ini aku cuti semalam macam rugi je kan…tapi nak wat camne..semalam jerlah hari-hari yang ada untuk menggunakan benda-benda FREE dan murah! hahaha…

mesti korang tak paham kan? takpe..memandangkan entryini pun tidak menarik, memang korang tak kan paham ape aku tulis ni.

oh yer…Nuffnang ada buat contest lagi tu tengok Toy Story 3…so, korang yang kaki wayang, apa lagi sila buat entry tu. aku? oh..aku mempunyai masalah malas updet blog skrang, apetah lagi nak wat karangan pasal Toy story tuh. so..kalau kroang wat korang dapat…takde geng nak gi..korang leh harapkan aku yek…kalau aku buat, nak ajak My Cinta kompom dia takmo..sebab dia tak layan cerita kartun camni..hehehe..

Buat sahabat sejati forever and ever.. Situ Juliza Dzali..Selamat hari konvokesyen…Sorry tak dapat pergi majlis konvo ko arini. aku kerja la..lagi pun kau sidang pagi. kalau petang mesti aku leh cabut pi sana. :P apa-apa pun tahniah! akhirnya kau konvo jugak…

ini gambar bestfriend aku di cilok dari FB Attila Razmie.

Dari kiri Julie, Attila, Linda, aku

tahniah buat rakan-rakan yang lain..aku tuju kat julie special sket, sebab dia bestfriend aku. so yg lain jangan kecik ati yer..korang pun aku ucap tahniah jugak..selamat maju jaya!

sekilas : selamat bekerja!

Posted in contest, friends, movie, Nuffnang - Tagged konvokesyen, Nuffnang, UITM

Hanya kami!

May05
2010
3 Comments Written by Sekilas

lama betul aku nak amek masa updet pasal ni. ketidak cukupan masa dan kemalasan menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini untuk menghupdet blog. memandangkan kerja di SL juga bukan mudah-mudah bagi aku. al maklumlah dengan English yang sangat slow..dan jugak tahap pemahaman kerja-kerja di sini yang masih dalam proses penyesuaian. cewah! aku mungkin menghadapai masalah dalaman kalau aku tak bertanya dengan staff di sini. malu jugak dengan Encik H yang selalu membantu..cet! dah 25 tahun pun tak gheti wat kerja ke Nopa.

Oke pada 1 Mei 2010 yang lalu hari Sabtu aku ade berjumpa dengan rakan-rakan sekolah (smk Pandan Indah) yang beberapa kerat je yang datang. cakap bagai nak rak, tapi yang datang 5 orang je. tak ke hampeh! tapi tak mengapa, aku tetap enjoy bersama 5 orang rakan-rakan itu. dorang sporting and happening dan tak banyak bunyi bila kitorang cakap je nak buat aper…hehehe…

aku takmo citer banyak, gambar mungkin dapat menggambarkan kegembiraan kitorang..saksikan mini gathering yang seramai 5 orang ini..hakhakhak..! macam haram…


Ini my bestfriend Mama June dengan anak dia Hanan dan anak buah aku Anis Suffiyah. Time ni besday dia…1 Mei..happy birthday mama June..hehehe.


With bayang-bayang – Fahrin…dia ni ade kembar..nanti korang tengok kembar dia…


ini Gabriel. thanks to him! dia sorang je yang boleh di harap selain si kembar tadi. haha…nasib dia enjoy!


Kathy junior aku bawah setahun dari aku. sporting abis! aku suke dia..oke Fahrin a.k.a Mat takde pose lain selain dari peace!


Korang jangan tak tahu gambar ni anak June yang amek. si Hanan tu..tu yang kitorang gelak sakan tuh..haha..thanks Hanan!


Aku malas nak cakap..markah tertinggi tu aku la..yang penting aku menang game ni..jangan marah ye kawan2.


Lepas main bowling kitorang layan Hot Roll…pergh!! sedap giler…sponsor by….?? hahaha..lu pikir la sendiri.


Haa…ni la dia kembar Fahrin tu…Nama dia Hafran. Fahrin aku panggil Mat..Hafran aku panggil Ran. Dorang ni pernah berjiran dengan aku dulu…tapi aku satu kelas dengan Mat la.


Lepas makan Hot Roll yang sedap tuh, kitorang gi KTV karaoke la ape lagi kan…Semua muke excited. sebelah Gabrial tu kawan Ran..nama dia aku tak tahu tapi kitorang panggil dia ‘kawan’ hahaha…


haa…cuba teka..mana satu beg ran..mana satu beg mat. tahu la kembar kan..beg ni pun nak pakai sama jenis. ceh!

Mula lah aksi-aksi karaoke…


Waktu terus berlalu. hujan lebat pulak di luar. sementara tunggu teduh..kitorang melayan minum coffee plak..

Ini geng kacamata hitam! muahaha!

pose terakhir paling seksi di dunia……

sekilas : seronok berjumpa kamu semua!

Posted in friends, me - Tagged gathering, hanya kami, kawan lama, mini reunion, SMK Pandan Indah

Malam minggu atau malam Sabtu?

Mar20
2010
2 Comments Written by Sekilas

yang mana satu nak sebut. malam sabtu la kan..sebab malamminggu macam ahad kan ka…aku pun dah konius ni..huhuhu…yeah..tadi baru je lepas melepak dengan kawan fakulti dulu..sape lagi kalau bukan Satilah dan Julie.

:: Kami bertiga kamceng oke! ::

dah rancang lama…akhirnya ketemu juga.itupun nasib baik iela datang KL. kot tak jenuh plak aku nak gi Terengganu jumpa kau cik kak….Kalau julie,pejam mata je aku dah leh jumpa dia.hehehe…

balik keje tadi smpai rumah kul 8 mlm. mandi makan, pastu anta Diyana ngan Sarah balik rumah abg aku.sampai rumah dalam kul 10.45 malam. aku sebenarnya keletihan.

malam sebelum itu tidur ku tidak lena,sebab Anis tak sehat..asik bergerak-gerak jer.pastu kejap2 nak air.layan jer…orang tak sihat kan. tapi aku gagahkan jua untuk jumpa kawan-kawan.bila lagi masa itu dapat di cari kan. so jumpa sekitar KLCC la ni.

Entah apa nama hotel iela duduk kat KLCC tuh, dengan terus terang aku cakap aku tak tahu kat mana. Tapi bila tnya Julie…sepantas kilat dia tahu lokasi hotel itu. terasa macam hampeh sangat diri aku. Orang KL tak tahu..sedangkan Julie yang asalnya Johor leh tahu selok belok KL. memang memalukan diri sendiri. tapi nak wat camne..kadang-kadang kalau aku sesat, Julie kot yang aku call…hehehe.

so..korang janganlah terasa, terniat, terpikir nak tanya aku tentang jalan-jalan kat KL ni. 10 hari 10 malam aku nak cari jawapannya. kompom la aku tak tahu. susahkan jadi seorang aku?

Sampai depan KLCC aku cari port parking jap, dan dan aku leh terlena sekejap. letih sangat tuh. padahal bukan kerja angkat-angkat berat. takde tenagatul.  da lama tak senaman nih. pemalas betul nopa ni tau.

:: Baru pes time lepak cnie.Berukla tu kan ::

bila budak2 ni dah sampai gerak ke Restoran NZ. nyatanya aku dah kekenyangan makan masakan ibu kat rumah. jadi aku cume order teh o ais jer..Julie order Fries..so aku layan itu la sikit2.

pertemuan ringkas dan sekejap itu dipenuhi dengan cerita-cerita terkini dan sensasi. gosip-gosip tak banyak sangat lah.  lebih kepada perkembangan terbaru diri masing-masing dalam menempuh kerjaya dan mencari kerjaya. bercerita tentang kemajuan rakan-rakan dan merasa bangga terhadap sesetengah sahabat.

tiada sangat kisah pasal BF tersyg sebab masing2 faham je situasi satu sama lain. hehehe…Citer pasal orang gile ada la. lepak dan bercerita…jam1.40 pagi..gerak ketengah jalan nak amik  gambar KLCC kononnya….sampai jam 2 pagi kami pun berlalu pergi. lagipun dah berjanji dengan My Cinta pulang jam 2…so, perlu akur pada masa yang sering cemburu saat indah tercipta. itu saja updet pepagi buta ni. oitt…nopa..gi tido la!!!

berakhir kisah di malam Sabtu. Sekian.

Pic KLCC & Nz : google sudah.

sekilas : gambar-gambar sebenar semua pada iela. sebab dia tuan kamera. huhuhu.

Posted in Uncategorized - Tagged KLCC, NZ Garden riencafe

Friendship Contest

Jan30
2010
3 Comments Written by Sekilas

 

  • gambar mestilah gambar korang dgn mmber2 korang.xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak…hehe (nnti dh mcm classmate contest plak)
  • paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak….klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn “FRIENDSHIP” tu.
  • hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk.
  • pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest.
  • jz 1 picture je kay,kang terlalu rambang mata cik mar tuk memilih…hehehe


hadiah plak nnti cik mar pikir2kan ye…tp xde r smpai hadiah sebiji kete@sebuah rumah….hehe hadiah yg nmpk kiut la wokey??
 
Tarikh Tutup : 12 FEBRUARI 2010

  Kalau berminat sila masuk ke blog Cik Mar yer..

untuk Cik Mar….aku telah mempertaruhkan gambar di bawah ini :

Lokasi : depan Cosmic Bowling Midvalley (tapi tak main pun)

Photographer : Mohd Fazlie Hashim (boypren Iela)

Editor : Nor Satilah Mohd Razmi

Model : Saya (tudung coklat), Satilah (tudung putih), Julie (tidak bertudung)

  Aku sangat sayang kan kawan-kawan aku. I mean SEMUA KAWAN-KAWAN aku.

 

Susah nak cakap pasal persahabatan ni. Sebab pada aku persahabatan tu bukan hanya yang indah-indah je. kisah sedih kau bersama dorangpun kau akan ingat ia sebagai satu persahabatan yang takkan kau lupa. Siapa kata antara kami bertiga ni semuanya baik-baik belaka. kami juga pernah berselisih faham, bertekak,dan  bermasam muka.

tapi erti kawan  itu ialah apabila kawan kau buat silap kau maafkan dorang. apabila kawan kau takde transport nak balik kolej, kau tolong tumpangkan dia, bila kau tahu kawan kau takde duit, kau saje cakap kat dia,ala takpe aku belanja, bila kawan kau bersosial lebih, kau nasihati dia kembali ke pangkal jalan tanpa rasa segan dan silu.

Bila kau tak siapkan projek animasi kelas kau, dia tolong kau bersekang mata sama-sama, bila kawan kau tunang/kawen dan duk jauh beribu batu sekali pun kau tetap datang, bila kawan kau hilang tiba-tiba, kau berusaha cari dia sampai dapat, bila kawan kau banyak cakap, kau suruh dia diam. bila kau kutuk dia depan-depan dia tak terasa ape. Bila kau takde teman nak sembang, dia layan kau sampai 2-3 pagi.

semuanya hanya untuk memberi yang terbaik dalam persahabatan bukan hanya berkawan apabila perlu dan tinggalkan kita bila dapat kawan yang baru.

Ramai lagi kawan-kawan aku yang wajar mendapat penghargaan daripada aku. Aku tak dapat senaraikan nama kalian. Tapi kalian tetap aku ingat selagi aku tak gila.

Jadi hargailah persahabatan kita sebelum aku jadi gila. muahaha…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in contest, friends - Tagged Friendship contest

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress