
Aku tak tahu sama ada berita yang dipaparkan itu menakutkan, atau wartawan itu yang menakutkan aku… hoho…
Baca lah berita sekarang, semuanya menakutkan aku. aku dah sampai satu tahap tak nak baca surat khabar! atas sebab aku tak nak baca pasal kematian yang menyedihkan, tak nak baca pasal keganasan yang menakutkan, tak nak tengok gambar-gambar yang mengerikan, berita orang nak simbah asid la…huissh!
Kalau yang sedih-sedih tu satu hal la…belum kira berita politik yang keji tu. Yang terhidang cerita kurang enak pasal negara. Yang naik harga itu ini, yang kes sumpah-sumpah, yang cerita parti x teruk parti y bagus. fuh! tarik napas macam tak boleh nak lepas2 dah ni. sesak rasanya.
Jadi jangan beli surat khabar jika tak mahu tahu sesuatu yang menakutkan. sekian.
sekilas : aku memang tak beli surat khabar pun. dah rang beli, aku baca! tak pun kat internet ni gatal tangan pi baca online. huhuhu





