• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged bercinta

Saya sayang si dia

Jul06
2010
4 Comments Written by Sekilas

oh bajet entry jiwang la kan. jangan harap! hehe…

saje nak story mory aktiviti hari Ahad yang lepas. Aku telah memaksa My Cinta untuk datang amek di rumah dan pergi bercinta di hujung minggu. Mula-mula aku pergi kedai nak buat spec dulu. di dalam poketku cuma ade 300 sebagai bajet ku membeli spec baru. seperti yang kalian sedia maklum, cermin mata kesayanganku ini sudah 3 tahun tidak berganti. malah sudah calar berbalar lantaran aku sangat tidak berhati-hati. dapat pulak anak-anak buah yang ganas. (ceh salahkan budak pulak). korang mungkin leh baca entry aku pasal keinginan aku untuk membeli spec baru.

Al kisahnye..gaji sudah masuk, aku bersama My Cinta poie la Focus Point. Tempat aku selalu buat spec tu tutup plak. jadi alang-alang dah keluar…pi jela kan mana kedai yang ada. Mula-mula tengok frame dulu la kan. cari punya cari ade la yang dah berkenan. siap ade 30% lagi diskaun. suke la konon kan. bila dah check mata aku ni, orang tu kata rabun jauh sudah ade turun sket. tapi rabun silau ku sudah bertambah. hurm…jadi dia suggest aku ambil transition punye lense. ayark! bajet sudah larik. tapi kalau biasa punye lense pun bajet ku lari jugak.

Tapi orang tu ayat aku bagus la. My Cinta pun rasanya suke lense transition tu, walaupun rega dia mahal. for me mahal la weyh..total semua untuk rega spec baru aku 620. WHATTT!!! separuh gaji aku habis kat situ jerk. tolak-tolak tolak…pergh! berapa je yang tinggal di poket. bukan dalam bank lagi dah. kompom2 aku dah kuarkan abis duit dari bank! aiseyman..tak dapat lagi nak menyimpan.

tapi memang aku dah lama nak beli, tapi tak pernah menyimpan kan.camne nak beli. keje pun baru 3 bulan.  Jadi aku pasrah je…dengan kehilangan duit itu. huhuhu…hari Khamis siap. baru bayar semua sampai abis.

hai hai hai…awatla aku rabun..pas aku gi buat spec tu, kami bergerak ke The Mines. sebab situ macam dekat je kan. nanti My Cinta nak anta aku balik pun dekat kan. Mula-mula kitorang nampak parking kat luar banyak kosong. sebab tengok macam banyak kereta je nak masuk dalam. hari minggu kan. kitorang bajet mesti penuh parking kat dalam. So parking la luar. dengan slumber badak je kitorang kuar berjalan. tetiba nampak ader sorang lelaki India nak minta duit parking. brape? tanye kitorang ni. bukan kitorang jer. ader beberapa orang lagi yang dah parking kena tahan dek India tu. RM10..mak aih..mahalnye!! jangankan aku semua cakap mahal. kitorang cakap parking dalam rm2 jerk. dia kata ini memang mines punye tiket. siap tunjuk resit la.

last-last kitorang blah. semua pun blah la..tak sanggup nak bayar rm10. mahal giler. kitorang masuk cari parking kat dalam. bayar rm2 ..masuk dalam ….haaaa…hamek kau! bersepah parking kosong. hahaha…semua orang kat luar tu tertipu. dorang termasuk kami ni ingat dalam dah penuh. yela nampak banyak sangat kerete bergerak ke dalam. pastu slow. ingat penuh la. naseb baik kitorang tak giler pi bayar rm2 kat orang tu.

kitorang jenjalan kat dalam. pastu pi karaoke sejam…pastu, lapar makan. hurm..ape menu kami hari itu. kami makan di Nando’s. segalanya ayam.

atas ni menu makan saya!!

bawah pula menu makan si dia.

hurm..ade satu lagi menu. yang starter ape kejadahnye nama dia. huhu..tapi yang bestnya kami dapat juga menghabiskan kesemua makanan tersebut. tapi makan lambat2 la. sambil-sambil bagi makan kat ikan dalam tasik mines tuh. sebab seat kitorang kat tepi skali. so leh tengok ikan2 besar yang pelahap nak mentedarah. bagi jela apepun..smua ikan tu makan. bagi roti, makan. bagi ayam, makan. bagi kentang goreng pun makan okey. ikan-ikan sekarang dah tak kire ape dah. aku pikir, kalau bagi kaki pun dia makan la. huhuhu…

Pas makan-makan, memula ingat takmo tengok wayang. aku sebenarnya nak tengok cerita FROZEN. macam baru keluar je kan. tapi My Cinta takmo. jadi kami tengok A-Team. kebetulan memang tak pernah tengok lagi. tapi movie tu memang best la. dia suka. aku pun suka. lawak pastu ade action untuk melaksanakan misi. aku suka watak Murdock. hehe..lawak seyh.

pas tengok wayang…hurm..tak tau nak watpe..memula ingat nak gi masuk mines wonderland tu. tapi sekarang dah jadi animal land. macam mini zoo. lar..dah tekde dah ker mines wonderland cam dulu. waktu aku pergi last sekali ngan Linda. dapat masuk tempat ais tu. skrang sudah tiada…jadi, kitorang pun blah dari the mines.

dah masuk pandan indah, aku cakap ngan dia. kalau gi tesco pun bagus gak. dapat beli barang sket. dengan kuasa ultraman, dia pun pusing stereng kete pegi tesco Ampang. hehehe..baguih no! cakap je terus sampai. hahaha…dalam tesco beli la barang sket. ala memang sikit pun. beli air, telur, pencuci lantai dan biskut untuk ayah. beli extra biskut bawa pi ofis nanti. =)

lepas tu balik..sampai depan rumah tengok takde kete. aik mak ngan ayah tak balik lagi. duk jap dalam kete tetiba nampak kete kancil ku..mereka dah balik..so, pastu My Cinta pun balik. penuh betul jadual ku di hari Minggu. hehehe..

so..mari kita buat kerja setelah penat bercerita. sekian terima kasih.

sekilas : jadi, siapa kata saya tak sayang dia?

Posted in cinta, me, movie - Tagged dating, My Cinta, spec mata

Syndrom Patah Hati

May26
2010
8 Comments Written by Sekilas

Bila orang frust dalam bercinta akan keluarlah istilah ‘patah hati’ . kenapa? adakah hati iti berbentuk kayu yang panjang dan ia boleh di patah-patahkan. Sedangkan saat itu kita berkata lagi, “hatiku remuk, terluka kerana kecewa” .

Kalau kita lihat bahasa Inggeris jadinya ‘Broken Heart’ ..oh adakah hati kita sebuah mesin yang mudah rosak? Jika nak diulas kategori ‘patah hati’ ni memang tak habid kot.

Jika seorang perempuan yang patah hati, kita akan lihat mereka menangis, berkurung di bilik, bermuram durja dan sewaktu dengannya. itu yang aku tahu…mungkin ada yang pergi berhibur bersama kawan-kawan, tapi bohong la kot tak nampak dia masih lagi berduka dek kerana patah hati.

Tapi bagaimana dilemanya seorang lelaki yang patah hati? Bila si kaum Adam ni patah hati, bagaimana reaksi mereka? bagaimana kelakuan mereka?

Kalau kita bertanya pada si lelaki, “Bagaimana rasanya patah hati?“ Aku tak fikir dorang akan jawab direct. dorang akan pendam perasaan…dorang akan alihkan perbualan. dorang akan berlagak slumber seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Ini dari telahan seorang kawan  kepada kawannya la..

Aku pernah mempunyai seorang sahabat lelaki yang patah hati. tapi kalau diaju soal perasaan ni dia tak akan jawab direct. namun, dari mana aku boleh mengesan betapa sedihnya perasaan dia ketika itu. Sewaktu kami melewati sebuah kedai makan, kami singgah untuk menjamu selera.

Makanan yang di order ialah nasi putih dan tomyam campur. aku seperti biasanya akan makan nasi goreng kampung dan telur goreng. Selepas makan, kami berbual-bual.

“Ko camne okey ke?”

“Aku rasa sakit perut”

“Mungkin pedas sangat Tomyam tu kot“ ujar aku.

“Mungkin…aku tak pernah order Tomyam. selalu order sup daging”

“Kau tak sedih ke dengan apa yang berlaku” soal aku mengenai perasaannya ketika itu.

“Sedihla jugak, hari ni sup daging dorang dah habis pulak. Ingat tadi nak order kat tempat selalu tu, makan kat rumah”

Selepas berbual mesra, aku pergi membayar makanan. Kami berjalan keluar daripada kedai makan tersebut. Dia menggeliat dan memandang ke depan. kemudian berkata :

“Kau tahu kenapa aku nak order sup daging? sebab selalu kalau aku keluar dengan dia, kitorang akan order makanan tu dan share berdua. Setiap kali aku makan nasi dan sup daging aku rasa aku macam ade dengan dia je”

Aku senyum melihat sahabat. Ternyata syndrom patah hati beliau terkesan saat dia ingin menjamu selera. Dia takkan bagitahu aku yang dia rindu awek dia orderkan makanan yang selalu mereka makan. dia juga takkan beritahu aku bahawasanya awek dia itu banyak mengubah kehidupan dia.

Tapi dalam dia tidak memberitahu itu akhirnya aku tahu dengan sendiri…

kami berpisah menuju ke jalan masing-masing. :)

p/s : cerita ini telah diubah mengikut suka hati aku… huhuhu

sekilas : siapa aku di hatimu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, friends, Kisah-kisah itu - Tagged berpisah, frust, kecewa, patah hati

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress