• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged berbuka puasa

Penangan Singgahsana!

Sep06
2010
2 Comments Written by Sekilas

okey…rasanya tidak adil aku tak membersihkan sawang di blog kesayangan aku ni. tidak adil, bila aku tidak mengupdate entry terkini tentang aku dan sekelilingku.

sangat tidak adilkan wahai blogku sayang. =( huhu…kerana itu di waktu-waktu kerja ni aku curi sikit je masa untuk update. Alhamdulillah, aku sudah sihat sepenuhnya setelah demam selama 2 hari yang agak teruk bagi aku.

Hari ini aku just nak flashback balik apa yang jadi pada ku sebelum aku jatuh sakit beberapa hari yang lepas. kejadian adalah jatuh pada hari Rabu bersamaan 1 September 2010. hehe…

rasanya aku belum cerita lagi yang encik bos aku dengan baek hatinya nak menjamu  staff di SL dan salah satu clientnya berbuka puasa di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Pertama kali jugak aku jejak kaki makan buffet Ramadhan di sini. Aku pergi naik kereta encik bos, sekali dengan Puan R, dengan en. Ad, dan juga bekas pelajar praktikal yang diambil bekerja sebagai freelance iaitu cik F.

Oh aku teringat satu perkara ketika menaiki kereta encik bos. Puan R duduk disebelah kanan ku. aku di tengah-tengah seat. Aku nampak Puan R memakai tali pinggang keledar. tegur ku, ” bersemangat akak pakai ni ha” …balas Puan R, ” I tahu husband I bawa kereta macam mana” … hehehe…isteri lebih mengenal suaminya kan…aku redha je walaupun Puan R kelihatan mengambil langkah berjaga-jaga.

Sampai di Hotel Singgahsana, kebanyakan staff SL dan juga salah satu client encik Bos juga sudah ada di meja. dorang semua dah amik makanan masing-masing. agak lewat ketibaan kami. time aku beratur amik makanan pun dah azan. apa yang sempat aku capai ku letak di atas pinggan.

tak banyak yang menarik perhatian aku di sana. mungkin kerana ketika itu, tekak sudah mula bergesel sakit. tengok apa pun tak kena dengan tekak ku. henpon dah abis bateri. memory full. ape lagi la nak amik gamabr makanan yang aku lahap tu kan. aku duduk semeja dengan cik F , Isteri en. H dan anak-anak beliau..en. D dan isteri, En. Ai dengan isteri dan anak-anak. Encik bos mestila duduk dengan client kan bersama en. H.  TERBAIK!

waktu memula sampai…aku dan cik F (duduk bercermin mata). peace to cameraman En. Ai.

aku tengok cik F duk makan daging kambeng dengan jayanya. aku pun teringin jugak, tapi tekak aku membataskan segalanya. aku cuma dapat makan, nasi padang, lauk ayam goreng, ikan patin, sup ayam, kek dan buah sebagai pencuci mulut. air, rasanya bergelas sebab tekak tak sedap kan.rugi betul encik bos bawa aku malam tu, bayarnya mahal, tapi aku makan sikit. waaa…nak pergi lagi!!! aritu tak puas makan pon tau.

Kebetulan hari itu kumpulan Rabbani ada membuat persembahan. tak amik port sangat. sesekali aku layan jugak lagunya. mungkin kalau arwah Ustz. Asri ada lagi ia lebih mengancam kan? =) lepas maghrib, aku dengan isteri En. H pergi surau dan solat. lepas tu ingat nak sambung makan, tapi….tak selera pulak. tunggu samapi semua dah rehat, borak-borak, gelak ketawa…dan aku sambil-sambil melayan karenah kembar anak en. H tu. mula-mula sombong ye dengan aunty Nopa…oh ye..anak sulung en. A pun join sekaki. jadi cikgu tadika la kejap aku kat situ.

Kemudian, kalau takde sesi bergambar memang tak sah la kan….berikut adalah gambar warga SL..pes time ni aku duk tayang kat blog aku..harap-harap warga SL yang lain redha kan je ye….terutama encik bos.

kalau engkorang bijak bistari, sila cari mana satu encik bos aku? =)

lepas bayar, bos anta kami balik di ofis. aku sempat berseloroh dengan Puan R, “kalau datang keje lewat sket esok boleh tak” ..Puan R gelak manja dan jawab ” itu kena tanya bos” … aku pun senyum dan berlalu. naik kereta terasa sangat penat, sakit badan dan semacam jerk. balik rumah lepas mandi…cuba tidur..sejuk, pastu aku muntah semua makanan yang ku lahap di hotel tu. hai sampai ke subuh muntah. dah takde isi pun duk muntah air jerk. dah la dpt makan sikit, lepas tu kena buang pulak balik semua makanan tu. waaa…mana tak sedih kan.

penyudahnya, bukan aku datang lewat ke ofis…tapi tak datang terus dan diberi cuti sakit 2 hari oleh doktor. seksa tau jadi orang sakit ni. cuti memang best. tapi apalah maknanya cuti tapi sakit kan..alhamdulillah sekarang dah sihat…Terima Kasih Allah.

credit picture to Encik Ai.

sekilas : 3 hari tau tak puasa sebab sakit aritu.. =(

Posted in me, SL - Tagged cuti, kerja, sakit

Kecoh semua dok citer pasal Ayam Penyet

Sep01
2010
10 Comments Written by Sekilas

Pekejadahnya ayam penyet tu? ayam yang dipenyek-penyek ke? hoho… aku pernah dengar, tapi tak pernah rasai. tapi setelah akak aku, Niza, eyriqazz duk kecoh pasal Ayam Penyet (eleh..dapat makan free boleh la…) aku pun apa lagi membuat panggilan telefon.

Aku : jadi tak kita kuar esok membeli belah?

Dia : jadi.

Aku : nak buka puasa mana?

Dia : ikut awak la.

Aku : kita buka kat Ayam Penyet la..

Dia : katne?

Aku : Shah Alam.

Dia : lar..patah balik?

Dia dari Meru, datang pick up aku kat Pandan, nak gi Mid valley, pahtu gi Shah Alam balik. pekejadahnya kan. Penyudahnya, kitorang shopping kat PAS jerk..hoho….pastu terus gi Restoran Ayam Penyet tu berpandukan dengan arahan kakak aku tu. Sampai kat Situ dalam pukul 5 petang. amek order, pastu reserved table..kena bayar deposit RM10. pastu blah… pergi Plaza Masalam sembahyang Asar dulu. pastu jenjalan kat dalam tu, beli barang sikit…sikit je ek. duit dah takde dah. huhuhu….

Dalam pukul 630 kitorang sampai Ayam Penyet balik. dah ramai dah orang. mujur dah reserved table. Sebelum ada meja yang dah sampai makanan. sebelum tu kita nak buat ape? kita posing maut laa…hehe


Tu bukti la tu aku dah pernah sampai restoran ni. huhu… Lepas posing maut..makanan pun tiba…

Cinta hati order Ayam Penyet…

Daku order Lele Penyet

Dan sup tulang sebagai penambah perisa!

Air aku order  Cuppocino blended. biasanya benda-benda sedap ni lupa nak snap gambar..terus sambar jerk. hahaha. cinta hati order ice lemon tea.. =) lepas makan tak amik gambar la. sebab aku makan ikan tu tak licin…

Mari kita review : Mula-mula aku baca blog2 depa ni citer pasal kesedapan Ayam Penyet tu..aku pun bajet sedap giler la. kakak aku kata sambal dia sedap la..Aku ni memula tak dpat nak bayangkan lagi Ayam Penyet tu camne..walaupun dah tengok gambar cun melecun dari dorang tu. Tapi bila aku tengok depan mata aku..saling tak tumpah macam pecel lele yang aku selalu makan kat kedai khalis kat kg.pandan tu. Bezanya dia ada mcm serbuk2 ape tu ntah..pastu ada sayur kangkung!

Kalau kedai khalis..camtu jugak. ada sambal. tapi dorang standby kicap. sebab sambal tu memang pedas. kalau orang tahan pedas laju la makan. yang tak tahan pedas mau makan teguk air je berulang. Senang cerita…style dia sangat sama dengan pecel lele kedai khalis tu. tapi aku boleh katakan….kat kedai Khalis tu lagi sedap!!! yang ni biasa…ikan tak goreng garing..sambal super duper pedas!! sakit perut weh pagi ni..cinta hati pun sama kot! bab takde kuah tu biasa la…sebab makanan dorang memang mcm tu. jadi order sup tulang tu sebab cinta hati memang penggemar sup2 daging ni..tapi rasa dia tak kick la. kureng! mahal je lebih. hoho….

jadinya..itu adalah pertama kali dan terakhir kali la hendaknya aku makan di situ. baik pi kg.pandan layan pecel lele kat kedai Khalis tu…lagi murah dan sedap..ada sate kambing lagik..hehe… atau pun kalau nak lagi sedap baik kita makan KFC!! hehehe…Saje bagi korang lapar siang2 hari ni…

*ini makan time kuar gi Shah Alam jgak, shopping raya. order SHRIMP tu..cuba cari mana udang tu??*

sekian terima kasihan.

p/s : ini sekadar pendapat peribadi dari aku ye. mungkin korang rasa sedap, sedap la kan. my cinta pun makan sampai licin, tulang2 ayam tu pun kalau leh dia nak telan sekali. huhu. sedap tu memang sedap..tapi mungkin kat tempat lain lagi sedap la…paham?

sekilas : 3 bintang dari 5 bintang! Tapi air dia terbaik!!!

Posted in cinta, info, me - Tagged juadah berbuka, Restoran Ayam Penyet

Pertemuan bukan kali pertama.

Aug23
2010
20 Comments Written by Sekilas

Test…test…

okey naseb baik boleh taip. hihi

Hai, selamat hari Isnin. Monday Blues ke kalian? harap-harap idok ler. kerja banyak lagi nak setel ni. kang tak raya korang kang. *merujuk pada diri sendiri juga.

Apakah cerita seronok dan beronok-ronok.? hahaha! hampeh je kancilbiru kata siput bronok.

Seperti yang kalian maklumkan daku tak dapat join buka puasa bersama bloggers lain di Setiawangsa pada Sabtu yang lepas. Ini adalah kerana daku mendapat jemputan berbuka di Meru, Klang. apakah jemputan tersebut?

Jemputan berbuka puasa oleh ibu Cinta hatiku. hoho..maka Meru itu adalah lokasi rumah beliau. jam 4 petang, cinta hati sudah datang jemput di rumah. before pergi tu, runsing pala otak nak pakai baju aper. kalau pakai baju kurung kang, nampak sangat ayu *prasan k* kalau pakai jeans kang, tak sopan. kalau pakai seluar slack..nampak mcm nak gi keje. hahaha…

aku siap jugak pakai baju kameja dan slack. tapi last minute terus tukar baju kurung. itupun lepas cinta hati kata dah sampai kat sekolah. hambek ko! terus capai baju kurung dan gosok dengan cergasnya.

Dia sampai je, daku dah tunggu di luar. oh time ni mak tak tahu kita nak buka kat rumah dia. kita cakap kita buka dengan dia je. segan nak cakap. hahaha…

dari jauh dia duk senyum simpul dalam kereta. suka ke perli? masuk je kereta dia cakap   “bagus..bagus!” pastu asik cakap cantiknyee…hai..tak penah tengok orang pakai baju kurung ke yang oii..

tapi hakikatnya cinta hati aku memang suke tgk aku pakai baju kurung. kalau leh dating pun pakai baju kurung. hohoho..aku je degil takmo. kang dia tergoda plak! wakakaka…

Dalam kereta :

Dia : Nanti saya tinggal awak kat rumah pastu saya keluar eh.

aku : ape ni….mana boleh macam tu. segan la!

Dia : hahaha…(gelak perli okey) nanti awak kena masak sambal udang petai.

Aku : issh..awak cakap awak yang nak masak. kalau tahu saya tak request menu tu. pandai-pandai je suh orang masak.

Dia : ala, bukanlah suh masak. suh potong-potong bawang ke ape ke?

Wa…datang bukan untuk makan sahaja okey. datang untuk masak! cis…camne ni…baju dah cantik datang kena masak. hahaha…ngoi nopa ni.

Kitorang singgah kat tesco. aritu kan aku ade wat koktel. cinta hati mau rasa..jadi alang2 mau ke rumah dia, apa lagi beli barang di tesco. sebelum pergi rumah dia, kami singgah rumah macik dia nak amik nenek dia. bawa ngna bibik skali.

Sampai di rumah dia, tlg papah nenek dan memula jumpa la  ibu cinta hati. hoissh! malu ni…dulu datang time raya reramai tak rasa pe. ni sesorang gini, sogan macik haih.

Pas salam cari orang lain lagi di dapur. jumpa kakak ipar dia. semua bahan sudah di hidang di lantai. dalam hati ‘err..apa nak buat ni’

memula daku terus buat koktel. daripada aku duk tercongok kat situ je..beklah aku buat benda yg aku tahu dulu. lepas buat koktel, simpan dalam peti ais. terus mulut gatal tanya “ada apa-apa ke nak kena buat?” “eh takpe, duk je depan, semua dah siap”

aku tengok ape yang siap. siap potong je kot! aje gile aku nak duk depan? ade orang laki je kot. abang, dia dan nenek.

aku tengok cinta hati gi dapur dan menumis sesuatu. haa…start situ aku ramaps sudip dan mulakan aktiviti tolong menolong. pastu tak berhenti okey, sbeba kerja aku menggoreng aje. goreng ketam, goreng ayam, goreng sayur. sayur tu sebab semua dah potong, aku campak-campak kan aje dalam kuali…buh garam siap! hihi….

Tengah hidang-hidang lauk kat atas meja. abah dia balik. “ini ke bibiknya?” merujuk kepada aku okey!! hahaha…sebab bibik jaga nenek tu baru first time datang rumah dia. jadi abahnya pun tak jumpa lagi. tapi tak leh blah, daku dikatakan bibik. hohoho..sabar jela pacik. time salam abah dia tanya ” sapa ni?” “Kawan Fakhri” *malu siot!!

Dia tambah “ala aritu datang tu.” abahnya ,” tak perasan. ” mana nak perasan..pacik ingat saya bibik! waaa….!

lepas siap semua standby depan rezeki. boleh? hahaha…semua ramah tamah termasuk abang dia yang memula aku jumpa dulu rasa segan nak mampu berdepan. kakak ipar dia pun sangat ramah.

Tapi tiba-tiba…….

sebuah kenderaan tiba di perkarangan rumah. ayook!! pacik dia datang. habeh ler daku. ingat makan ngan family dia ni je…skali pacik dia datang bawa anak beranak da….lagi ler daku malu. sebenarnya mmg pacik tu kata nak datang, tapi tak jadi sbeba keretanya rosak. jam pun dah nak pukul 7 petang. ingat tak jadi, rupanya jadi jugak datang. tah nek kete sape tak tahu la.

Aku ni terus terdiam, dan sangat pemalu jadinya. sampai waktu berbuka duk hujung2 meja. nak amik lauk cinta hati tolong capaikan. sebabnya orang dah ramai. kalau tau ramai mungkin makan kat bawah lantai je. *ini meja rendah tu, tapi still duduk kat lantai la.

semua lauk nampak sedap, tapi tak dapat nak nikmati dengan jayanya, sbeba ramai sangat orang kan. dey, segan la. aku tengok orang amik sayur tu makan cam okey je..key jela rasanya kan. tengok koktelku orang makan okey je..okey jugaklah kan.

lepas makan, basuh pinggan sesikit jerk sebab ibu dia kata” takpe norfa, biar bibik buat” huhuhu…dahnya aku nak buat ape..tercongok situ. nak masuk toilet ada orang. penyudah memang kau tercongok pun. kak shida mandi dalam toilet…hurm..

pastu Maghrib…keluar je dari bilik smbahyang…kak shidah tanya “gi terawih tak?” …aku pandang cinta hati. dia tanya aku lagi.

aku okey jer. sebab memang standby bawa telekung. kata dia pada ibu dia, “pas terawih amik lapan je. pastu kitorang balik terus la ibu” ibu dia yang dah standby pakai telekung duk sebelah aku tanya “tak singgah dulu ke makan lagi?” …jeng jeng jeng….perut sudah kenyang ibu dia ajak makan lagi.

“Kalau macam tu, ibu takyah pergi terawih la. datang sesekali gi terawih, tak dapat nak semabng.” ah sudah….penyudah cinta hati pergi terawih aku dan ibu dia lepak rumah. hahaha….

borak?? ape ye kami borak? haha….ini linda ngan faizal sibuk tanya. ape benda yang kami borak. takde ape! sekian…

=) ala..tanya pasal mak ayah, tanya adik beradik, tanya kerja…itu jela..takde ye soalan pandai masak ape? hahaha…lindaa semangat suh aku listkan apa yang aku pandai masak. kalau tak tahu jawab pandai mengurut jerk. dush3..sekeh linda sket.

Lepas cinta hati balik terawih, ibu dia bekalkan lauk pauk untuk dibawa balik. salam-salam kemudian balik! hahaha…

itu sahaja yang terjadi. takde yang misteri atau menakutkan. hohoho…dalam kereta time balik, cinta hati sudah gembira dan tanya macam-macam. patut aku duk tanya dia camne. ini terbalik pulak.

apa-apa pun semua berjalan dengan lancar! sorry takde sebarang gambar sebab nanti nampak jakun plak kat rumah orang. =P

sekilas : hoho terbayang makanan banyak lapar plak.

Posted in cinta, me

Seronok dan beronok-ronok!

Aug22
2010
2 Comments Written by Sekilas

hahaha…title tak boleh blah.

Hari sabtu hari yang seronok buat aku.

hari Ahad adalah hari yang seronok buat aku.

jadi dua hari ini menjadikan hari-hariku beronok-ronok. hahaha…

Terima kasih buat Cinta aku dan terima kasih buat kawan-kawan ex-fakulti aku. later will update the story about them k..

sekilas : Good Night gengs!

Posted in cinta, friends - Tagged Aktiviti, Kawan

Hari ini ada berita gembira + sedih.

Aug19
2010
2 Comments Written by Sekilas

Gembiranya…….

oh ibu kepada cinta hati saya ajak berbuka di rumahnya.

Sedihnya….

saya tak dapat sertai buka puasa bersama blogger yang lain pad ahari Sabtu ini kerana ibu cinta hati saya ajak makan hari Sabtu jugak.

Tapi saya akan raikan yang gembira la …hoyee!! sudah mula fikir nak pakai baju aper? nak bawa buah tangan aper…lalala…

gilak nopa ni.

oh jam dah pukul 4 petang. tahukah anda bahawa hari ini saya tidak sempat mengjenguk blog kesayangan ini. mahunya tidak…menghadap kerja yang rasanya banyak hari ini.

sebenarnya, terlalu terkejar-kejar waktu menjadikan saya kelam kabut, giler…dan serabut. padahal kerjanya sangat senang. maafkan saya encik bos. Mac mini yang baru ini belum dapat membantu saya yang sangat lembab! haha…bukan kesalahan saya sepenuhnya..mungkin kerana tiba-tiba…okey ayat itu tidak dapat dihabiskan. perkataan tiba-tiba sangat menakutkan.

Ahad ini juga saya ada ‘ajakan’ dari kawan-kawan fakulti untuk berbuka di Sunway. oh ye..ex-fakulti saya ketika belajar di UiTM dulu. karang ingat saya masih belajar sekali. Adakah saya ke’teruja’an untuk menghadirinya. jawapannye ialah YA! tapi hati jadi kendur…(boleh ke hati kendur) kerana fikirkan saya akan bertemu dua orang sahabat yang lama sudah tidak bertegur sapa.

kisah-kisah lama itu sudah lama saya lupakan. tapi…entahlah. mungkin mereka pun tidak suka kan saya. jadi…apa yang buleh saya katakan…saya akan berdepan juga dengan mereka. dan kita lihatlah reaksi mereka bila bertemu dengan saya. pasti diam..

saya takde masalah dengan kawan seorang lagi. mungkin ahli sihir mengganggu pemikiran saya. oke sudah! anda tak akan faham apa yang saya tulis.

oh tahukah apa kelainan di entry saya ini…siapa dapat jawab…saya akan lawat blog dia. hahaha….

sekilas : saya nak pergi toilet!

Posted in cinta, friends, me, merapu - Tagged My Cinta

Sesi berbuka puasa Nuffnang 2010

Aug13
2010
7 Comments Written by Sekilas

first sekali, aku nak cakap ni “MAAF” sebab aku memang kurang makan kismis…dan aku selalu lupa nama orang…

*memula aku jadi batu penghalang antara kak red dan suaminya. pastu kak red tarik tangan suami dia suh diri sebelah dia. weee….sabo jela*

terutama Nicholas. hahaha….tiap kali aku nampak muka dia, gerenti aku akan cakap ngan kakak aku “sape nama lelaki botak yang orang selalu lupa nama tu” …kuang..kuang..kuang..! sekarang tersangat lah ingat. ko tengok la nanti kalau aku jumpa dia kat mana-mana event gerenti aku lupa balik. silap-silap aku terpaksa tanya akwan aku mdm june tu. nopa..nopa..


With anakperak!! mai-maimai sape nak no tepon dia!! woooppss!! marah Red Linda kita nanti. hehe..Cinta hatiku pun jgn jeles2 yer. ni pangkat adik-adik ni. ko kena panggil aku kakak taw anakperak. hahaha kejam!

anakperak gelakkan aku bila aku tanya nama orang kuat Nuffnang Rob. dem! kakak aku lagi mengejek…hahaha…aku memang tak kenal orang kot. boleh dibilang dengan jari event Nuffnang yang aku pergi. kalau takat tengok wayang tu, sah-sah aku datang tengok dan blah. takde nak amik tahu dah. join contest laju jerk…nak kenal ngan staff mcm harem aku ni. *tunduk diam + muke kesian*

dulu time akak aku bawa gi buka pose tahun lepas ngan Nuffnang…serius, aku tak bergaul maul okey! tapi aku boleh ingat 3 orang dari  tahun lepas tu..Afra, Kancilbiru dan Miza. kuikuikui…lain-lain selepas 5 bulan baru aku kenal Kak Ina KL. dasat kan?

now, bila kena ngadap muka blogger sorang-sorang, tersangatlah malu.lagi-lagi semua kenal akak aku..kang dorang ingat aku menumpang glamer pulak. hoho.. Persoalannya….kakak aku glamer ker?? =P walaupun begitu…aku tetap gagahkan diri buat-buat tak malu. cis, camne student seni persembahan leh memalu-malu plak ni. kan dulu lecturer dah ajar, kena berani berdepan dengan orang.

kenapa aku tak berbual mesra santai dengan beberapa staff Nuffnang yang lain. SEGAN siut!! aku ni blogger picisan. hahaha…tapi aku sudah mengenali mereka…Ryna si cantik manis, Firdaus (macam akim plak rambut dia.jgn marah ye), jess…ala..jestina kot nama dia. hoho..tapi dia sangat chumel….err…ade lagi kan. tapi aku tatap tak kenal. tunggu len kali mesti aku akan tampil lebih berani.


Jard…kita harus sentiasa bersedia. Jika tidak, gambar tak cantik nanti. =P


With Afzan!! dia comel kan.

buat blogger-blogger lain…yang aku ingat tanpa perlu merujuk mana-mana sumber ialah..Aimi dan adiknya Ihsan. Afzan, Rohani, Jard, Rizal, Faizal, (aku mesti tertukar nama dorang) bro Jai, ……….ada lagi tak aku tinggal?mestila..mcm tak cukup 15 jerk. anakperak, akak aku, ……….haha…..bongok nopa ni. sape lagi weh?? aku betul-betul lupa dowh!

kalau ade yang tertinggal..sila maklumkan!

aku suke dengan semua orang yang hadir…dan tak sangka leh jumpa dengan mak merah dan husband. both of them memang sporting dan sangat romantika ditampoi. pes time jugak jumpa dorang. jadi ape? jadi sukeeee!! tapi takdelah excited sangat…sebab malu nak tunjuk. tapi kak red memang peramah. patutlah ramai kenalan kan?

makanan di situ terbaik. dessert dia sampai sekarang terasa meleleh je air liur nak lagi. hahaha…naseb Nuffnang sudi nak belanja. kalau tak memang tak merasa la kot nak makan memahal camtu. satu kepala RM55.90 kot! giler ar…


Bukti makanannya sedap ialah semua orang terus senyap bila menjamu selera. haha…!!

thanks Nuffnang. and kepada semua staff Nuffnang yang lain, serta bloggers yang hadir. sorryla, aku tak kecoh cam kakak aku. hehe…aku ni pemalu orangnya! *sila lempang aku sekarang* maaf sekali lagi, kalau aku tak mesra dengan korang. tapi aku suke amik gambar korang. hehe….

takleh lelama sangat di situ. kena faham kakak aku nak balik Bangi jauh tu. kang nak anta aku lagi. drive sensorang ngan Zul fadhli lagi. so…kite balik dulu yer…

Sekilas : hurm….

Posted in Nuffnang, peristiwa - Tagged KLCC, nuffnangers, The Apartment

bagi aku lagi 3 jam gerenti beku.

Aug12
2010
4 Comments Written by Sekilas

selamat petang semua!

hari ini ….

- mengantuk.

- duduk dalam bilik meeting rasanya lebih dasyat dari duk dalam peti sejuk rumah aku.

- aku sempat melelapkan mata selama 2 saat.

- telefon sejuk.

- perut lapar.

hoho….bagi aku lagi 3 jam je duduk dalam bilik meeting tu. gerenti aku keras kat situ. maklumlah meeting kat bahagian IT. kan biasanya kat bahagian IT suhunya sejuk. banyak komputer dan tempat segala server la konon. tapi takkan dalam bilik meeting pun bantai sejuk kan.

silapnya, aku dah bawa jaket aku, tapi boleh tinggal dalam kereta. hari ni pula tak bawa kereta. kisahnya kann….

malam ni ada jemputan dari Nuffnang untuk berbuka puasa bersama 14 bloggers yang lain di The Apartment, KLCC. hoyeee….seorang dari 14 tu adalah kakak aku sendiri. wakaakkaa…sorrylah kalau dapat kat adik beradik ni. tapi nak wat camne, kitorang kan pantas. hohoho….naseb baik akak aku dapat, kot tak, aku pun tak pegi. sebab kali ni kan satu jemputan untuk seorang je. tahun lepas leh bawa geng!

sapa-sapa yang pergi malam ni, jumpa korang kat sana k. mungkinkah kemeriahan kali ini seperti tahun lepas? *walaupun tempatnya sama…tapi kalau bab makan aku tetap join* hahaha..

sekilas : jumpa aku tegurla, aku ni pemalu orangnya. =P

Posted in Nuffnang - Tagged puasa

Keinginan di hari pertama

Aug11
2010
10 Comments Written by Sekilas

bukan keinginan ibu mengandung okey. ini keinginan untuk orang berpuasa. hoho!

belum pun jarum jam cecah ke angka 4 petang, dalam kepala dah terbayang-bayang dan begitu berkeinginan untuk mentedarah dengan jayanya. sudah ku dapat vision dari kejauhan bazar ramadhan kat depan rumah tu ha. gerenti ramai orang. kalau tak cepat, mau sesak aku nak melihat-lihat makanan kegemaran.

oke…aku rasa dah ade yang buat list menu untuk juadah berbuka. tapi aku punye list day by day la yer. tengok mood dan keinginan. hihi..hari ini aku terasa nak makannn……

POPIA BASAH!! hoho…sodapnya kalau dapek ni…kalau kena pada kedai yang betul, dapatlah yang sodap kan.


sumber : sini

ROTI JOHN yang lazat ini…oh tidak…tergoda! boleh batal pose tak macam ni?


sumber : sini

okey..mak kata jangan tamak-tamak. kang kalu semua nak beli, nanti tak abis makan. jadi, itu dua sahaja menu yang terasa nak makan hari ini. kalau ikut nafsu membara ni, memang semua nampak sodap kan. tapi cukup-cukup la ni…anda bagaimana pula???

sekilas : esok kita letak menu lain pulak yer…nyum3.

Posted in me - Tagged juadah berbuka

Peluang berbuka puasa bersama penyampai HOT FM

Aug03
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

kalau korang pendengar setia Hot FM, peminat kepada penyampai-penyampai radio kesayangan anda ni. jangan lepaskan peluang ini!!

Bukan sahaja dapat berbuka puasa dengan penyampai Hot FM. tapi diorang akan berbuka di rumah korang! ha…pada mereka yang nak asah skill memasak tu, ini saatnya nak tunjuk bakat kat dorang. hehehe….bukan sahaja penyampai Hot FM, mereka juga akan membawa seorang arti jemputan bersama-sama. siap tu tak tahu lagi la.

sumber : Hot FM

7 Pemenang bertuah dicari-cari sekarang ni. Nak menang? Mudah sahaja. Daftarkan diri anda dan berikan pantun paling kreatif dengan perkataan “segar dan bertenaga” dan .

Pemenang yang bertuah akan diumum menerusi Hot FM AM Krew. Hidrat semula, segar dan bertenaga sempena ramadhan bersama . (ayat copy paste dari laman Hot FM)

layari laman web Hot FM untuk maklumat lanjut!

sekilas : dari tadi aku duk pikir pantun sesuai! macam tak dapat2 je lagi ilham ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Artis, contest, info - Tagged HotFM

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress