• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts tagged benjy

Tips dan cara membuat syabu

Jul29
2010
1 Comment Written by Sekilas

Jangan main-main, kat blog aku ada tips dan cara-cara nak buat syabu…haa…sebab sekarang ni, aku rasa ramai orang yang nak jadi kaya cepat, nak mati cepat, nak kena hukum cepat-cepat. sebab tu ramai yang duk cari-cari tips dan cara nak buat syabu ni.

ape…?? korang tak caya?  korang ni suka tau tak percaya cakap aku. aku cakap betul la ni. kalau tak kenapa ada orang yang sibuk-sibuk search pasal cara nak buat syabu. ada bukti la..cakap kosong tak main la…hoho..

haa…tak percaya lagi. itu keyword nak ke blog aku yer. sila percaya. kalau keyword ni tipu, maknanya sistem site stats dari Nuffnang la tipu. tapi…aku percaya, Nuffnang tidak akan menipu kite. hihi…i percaya Nuffnang dan i like Nuffnang oke. sila kira ada berapa Nuffnang yang aku dah taip. hoho…mongok nopa ni.

ade ke patut pi search cara-cara nak buat syabu? aiyoo..aku fikir kalau ade polis dah tangkap dah itu orang. sah-sah kalau kita nak jual syabu tu pun tak boleh, nak amik syabu masuk dalam badan pun tak boleh..kejadahnya orang nak upload., cara-cara membuat syabu? giler ke ape?

tapi yang pentingnya dulu kes Benjy dulu dia ada cara-cara membuat syabu yang disimpan dalam pendrive. dia dah download dari internet. nama artikel tu ialah ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ so sebenarnya memang ada. tapi bukan dari website Malaysia la. maybe dari luar negara. korang leh baca entri ini untuk ingat balik kes benjy dan pendrive dia tu. huhu..so pasni search keyowrd itu plak eh…korang mesti dapat apa korang nak. tapi bukan dari blog ini..hoho..

sekilas : blog aku paling glamer, kek coklat. hihi

Posted in info, masyarakat, Nuffnang - Tagged Benjy hisap dadah, dadah, keyword, surat khabar, syabu, zamani ambil dadah

Lagi kisah Benjy : Isteri dihalau dari rumah sewa & diberhentikan kerja.

Apr13
2010
5 Comments Written by Sekilas

Kesian pulak aku melihat nasib isteri Benjy. bayangkanlah kalau kita ade di tempat dia. Tiba-tiba suami ditahan kerana dadah. suami plak seorang pelakon dikenali pulak tu. Sampai tempat kerja, bos bagi surat resign. balik rumah kena halau pulak dengan tuan rumah.

Alami trauma teruk susulan penahanan suami

KUALA LUMPUR: Isteri Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, dilaporkan mengalami kesan trauma yang teruk susulan penahanan suaminya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atas dakwaan memiliki dadah.

Difahamkan, Safiya Stephanie, 27, juga tidak sanggup keluar rumah kerana bimbang dicemuh masyarakat, termasuk difitnah bersubahat.

Berikutan itu, beliau dan anak tunggalnya, Firdauz Juan, 4, tidak pernah kelihatan setiap kali pelakon berkenaan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) berhubung kes berkenaan.

Safiya juga dikatakan tidak pernah melawat suaminya sepanjang ditahan di Pusat Tahanan Reman, Bukit Jalil sebelum ini.

Ibu mentuanya, Azean Irdawaty ketika menghubungi Berita Harian, berkata bukan menantunya itu tidak menyayangi suaminya tetapi sikap masyarakat yang memaksanya bertindak demikian.

“Isteri mana tidak sayang suami. Kak Yan pasti dia dan anaknya merindui Benjy. Namun, apa pilihan yang mereka ada. Jika ke mahkamah atau balai (polis), belum tentu boleh jumpa dan macam-macam orang cakap nanti,” katanya.
Lebih menyedihkan, beliau berkata, menantunya yang bekerja sebagai guru tadika turut diberhentikan majikannya tanpa dinyatakan sebabnya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Benjy.

“Dia diberhentikan kerja tanpa alasan kukuh. Bila sampai ke pejabat (tadika), dia terus dapat surat berhenti. Ini sekali gus menyebabkannya kehilangan sumber pendapatan, termasuk untuk menyara anak mereka.

“Malah, menantu dan cucu Kak Yan turut dihalau dari rumah sewa mereka di Jalan Segambut kononnya atas alasan kes itu yang mendapat liputan meluas media menjejaskan reputasi pemilik rumah itu,” katanya sambil menahan kesedihan.

sumber : beritaharian

Oii..dugaan besar buat sang isteri. orang kata saat-saat macam suami perlukan sokongan isteri. tapi macam mana nak sokong suami, kalau si isteri pun hidup dalam keadaan tak tentu arah dek kerana suami punya hal. harap-harap isteri Benjy terus kekal di sisi suaminya. Biarpun Benjy mungkin melakukan silap besar di sini, tapi tempat isteri tetap di sisi suami.

Dan aku turut kesian dengan mak Benjy, Azean. sekarang dia pulak yang kena tanggung menantu dan cucu. dia dahlah takde sumber pendapatan tetap sangat pun. sejak sakit lagi pulak banyak kos yang nak keluar. keluh kesah macam mana pun, kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. aku memang tak dapat bayangkan kalau ada kat tempat dorang. memang kalau tak kuat boleh jadi gila memikirkan nasib hidup.

Masyarakat pun diharap janganlah nak mencemuh orang je kejenya. sepatutnya bagi semangat dan sokongan. tak kena kat tempat korang memanglah senang je mulut nak mengata kan…tak paham aku lah.

Takpelah wahai ibu Azean. memang ade hikmahnya. Tuhan sedang menguji kita semua. sama-samalah berdoa untuk Azean Irdawaty dan keluarga. Buat Benjy, biarlah dia dibawa ke muka pengadilan. kita takde hak nak kutuk, hina dan sebagainya. Silap kita sendiri pun kita tak tahu…

sekilas : banyakkan muhasabah diri.

Posted in Artis, Kisah-kisah itu, masyarakat - Tagged Benjy ditangkap, Benjy hisap dadah, isteri benjy

Korang nak belajar buat dadah?

Apr07
2010
5 Comments Written by Sekilas

Benjy Belajar Teknik Buat Syabu dari Internet

Muat turun teknik buat syabu sejak enam bulan; Polis temui rahsia dalam stor kondo mewah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985, dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu.

Perkara itu terbongkar hasil penemuan ‘pen drive’ mengandungi 11 artikel berjudul ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10 sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pelbagai peralatan termasuk beberapa botol cecair kimia, dipercayai bahan campuran membuat syabu turut ditemui dalam stor berkenaan.

MUHAMMAD SABTU menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah sambil disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang (kanan).

Beliau berkata, suspek sendiri membawa polis ke stor itu pada jam 3 petang, 31 Mac lalu, selepas siasatan lanjut dijalankan ke atasnya.

Pada sidang akhbarnya semalam, Muhammad Sabtu berkata, Benjy, 32, menyewa di tingkat enam kondominium itu, tetapi menyembunyikan semua peralatan dan bahan kimia itu di stor tingkat 10 bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa.

“Ada di antara peralatan itu masih bersisa dan belum dicuci. Hasil siasatan juga mendapati semua artikel itu dari luar negara yang dimuat turun dari internet. Ia turut mengandungi beberapa rakaman visual mengenai cara menghasilkan syabu.

“Ini menunjukkan kemungkinan suspek belajar sendiri cara pembuatan dadah itu… mungkin dalam tempoh enam bulan sebelum ditahan polis hasil maklumat risikan,” katanya.
Muhammad Sabtu berkata, semua bahan bukti yang ditemui sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

[sumber]

giler dasyat la dia ni..belajar dari internet je nak buat dadah. internet memang hebat sekarang nih…apa-apa pun boleh dipelajari dari internet. sedangkan budak sekolah pun nak belajar sains leh tengok internet. ha tu termasuk lah tu hubungan seks..semua leh belajar kat internet.

tapi kes benjy buat pening kepala mak bapak la. kesian aku dengan mak dia. issh…dari sehari ke sehari kes dia ni menjadi hangat plak. kalau betul dia proses dadah tu sendiri, pastu untuk sindeket plak tu..memang sah2 lah boleh bawa hukuman gantung. kalau takat edar atau hisap takpe lagi.

Macam mana dia boleh terfikir nak buat dadah eh??

sekilas : masih tak percaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Artis, info - Tagged Benjy ditangkap, Benjy hisap dadah

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • Jumaat Yang Indah – Fraser Hills

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress