Posts Tagged ‘ Benjy ditangkap ’

Kesian pulak aku melihat nasib isteri Benjy. bayangkanlah kalau kita ade di tempat dia. Tiba-tiba suami ditahan kerana dadah. suami plak seorang pelakon dikenali pulak tu. Sampai tempat kerja, bos bagi surat resign. balik rumah kena halau pulak dengan tuan rumah.

Alami trauma teruk susulan penahanan suami

KUALA LUMPUR: Isteri Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, dilaporkan mengalami kesan trauma yang teruk susulan penahanan suaminya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atas dakwaan memiliki dadah.

Difahamkan, Safiya Stephanie, 27, juga tidak sanggup keluar rumah kerana bimbang dicemuh masyarakat, termasuk difitnah bersubahat.

Berikutan itu, beliau dan anak tunggalnya, Firdauz Juan, 4, tidak pernah kelihatan setiap kali pelakon berkenaan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) berhubung kes berkenaan.

Safiya juga dikatakan tidak pernah melawat suaminya sepanjang ditahan di Pusat Tahanan Reman, Bukit Jalil sebelum ini.

Ibu mentuanya, Azean Irdawaty ketika menghubungi Berita Harian, berkata bukan menantunya itu tidak menyayangi suaminya tetapi sikap masyarakat yang memaksanya bertindak demikian.

“Isteri mana tidak sayang suami. Kak Yan pasti dia dan anaknya merindui Benjy. Namun, apa pilihan yang mereka ada. Jika ke mahkamah atau balai (polis), belum tentu boleh jumpa dan macam-macam orang cakap nanti,” katanya.
Lebih menyedihkan, beliau berkata, menantunya yang bekerja sebagai guru tadika turut diberhentikan majikannya tanpa dinyatakan sebabnya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Benjy.

“Dia diberhentikan kerja tanpa alasan kukuh. Bila sampai ke pejabat (tadika), dia terus dapat surat berhenti. Ini sekali gus menyebabkannya kehilangan sumber pendapatan, termasuk untuk menyara anak mereka.

“Malah, menantu dan cucu Kak Yan turut dihalau dari rumah sewa mereka di Jalan Segambut kononnya atas alasan kes itu yang mendapat liputan meluas media menjejaskan reputasi pemilik rumah itu,” katanya sambil menahan kesedihan.

sumber : beritaharian

Oii..dugaan besar buat sang isteri. orang kata saat-saat macam suami perlukan sokongan isteri. tapi macam mana nak sokong suami, kalau si isteri pun hidup dalam keadaan tak tentu arah dek kerana suami punya hal. harap-harap isteri Benjy terus kekal di sisi suaminya. Biarpun Benjy mungkin melakukan silap besar di sini, tapi tempat isteri tetap di sisi suami.

Dan aku turut kesian dengan mak Benjy, Azean. sekarang dia pulak yang kena tanggung menantu dan cucu. dia dahlah takde sumber pendapatan tetap sangat pun. sejak sakit lagi pulak banyak kos yang nak keluar. keluh kesah macam mana pun, kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. aku memang tak dapat bayangkan kalau ada kat tempat dorang. memang kalau tak kuat boleh jadi gila memikirkan nasib hidup.

Masyarakat pun diharap janganlah nak mencemuh orang je kejenya. sepatutnya bagi semangat dan sokongan. tak kena kat tempat korang memanglah senang je mulut nak mengata kan…tak paham aku lah.

Takpelah wahai ibu Azean. memang ade hikmahnya. Tuhan sedang menguji kita semua. sama-samalah berdoa untuk Azean Irdawaty dan keluarga. Buat Benjy, biarlah dia dibawa ke muka pengadilan. kita takde hak nak kutuk, hina dan sebagainya. Silap kita sendiri pun kita tak tahu…

sekilas : banyakkan muhasabah diri.

Benjy Belajar Teknik Buat Syabu dari Internet

Muat turun teknik buat syabu sejak enam bulan; Polis temui rahsia dalam stor kondo mewah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985, dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu.

Perkara itu terbongkar hasil penemuan ‘pen drive’ mengandungi 11 artikel berjudul ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10 sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pelbagai peralatan termasuk beberapa botol cecair kimia, dipercayai bahan campuran membuat syabu turut ditemui dalam stor berkenaan.

MUHAMMAD SABTU menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah sambil disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang (kanan).

Beliau berkata, suspek sendiri membawa polis ke stor itu pada jam 3 petang, 31 Mac lalu, selepas siasatan lanjut dijalankan ke atasnya.

Pada sidang akhbarnya semalam, Muhammad Sabtu berkata, Benjy, 32, menyewa di tingkat enam kondominium itu, tetapi menyembunyikan semua peralatan dan bahan kimia itu di stor tingkat 10 bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa.

“Ada di antara peralatan itu masih bersisa dan belum dicuci. Hasil siasatan juga mendapati semua artikel itu dari luar negara yang dimuat turun dari internet. Ia turut mengandungi beberapa rakaman visual mengenai cara menghasilkan syabu.

“Ini menunjukkan kemungkinan suspek belajar sendiri cara pembuatan dadah itu… mungkin dalam tempoh enam bulan sebelum ditahan polis hasil maklumat risikan,” katanya.
Muhammad Sabtu berkata, semua bahan bukti yang ditemui sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

[sumber]

giler dasyat la dia ni..belajar dari internet je nak buat dadah. internet memang hebat sekarang nih…apa-apa pun boleh dipelajari dari internet. sedangkan budak sekolah pun nak belajar sains leh tengok internet. ha tu termasuk lah tu hubungan seks..semua leh belajar kat internet.

tapi kes benjy buat pening kepala mak bapak la. kesian aku dengan mak dia. issh…dari sehari ke sehari kes dia ni menjadi hangat plak. kalau betul dia proses dadah tu sendiri, pastu untuk sindeket plak tu..memang sah2 lah boleh bawa hukuman gantung. kalau takat edar atau hisap takpe lagi.

Macam mana dia boleh terfikir nak buat dadah eh??

sekilas : masih tak percaya!