Posts Tagged ‘ bendera merah ’

Salam sejahtera.

Hari ini aku bangun jam 10 pagi. biasalah hari cuti. lebih-lebih lagi sembahyang pun aku ‘cuti’ maka lebih liat untuk aku bangun pagi.

Lepas bangun tidur…terus mandi dan berkemas di ruang tamu apa yang patut. tapi selepas sahaja kau selesai berkemas, perut ku di serang satu penyakit yang glamer di kalangan wanita iaitu senggugut. huhuhu….biasalah ketika bendera merah di hari pertama aku pasti akan mengalami keadaan ini.

jadinya, aku masuk bilik balik dan terguling-guling macam tenggiling…mak aih, sakitnya perutku. masuk tandas boleh dikira sebanyak 4 kali sepanjang tempoh 1 jam pertama. kemudian, aku ……….

tidur…….

bestkan menjadi aku yang sakit perut macam tu. aku bangun pukul 2 petang. dan alhamdulillah, aku dah rasa lega. time ni barulah aku ‘sarapan pagi’ roti canai yang mak aku beli pagi tadi. baru nak makan sebabnya aku tak dapat buat apa-apa ketika sakit perut.

Tengok tv selama setengah jam. kemudian, mak plak take over tv. ceh! ayah pulak menghadap pc. ceh lagi! aku terus masuk bilik main game kat handset. huhu..sejak ketiadaan laptop aku, hidup ini serba kekurangan.

lepas Asar, ader majlis hari jadi jiran aku. hurm..Farah, anak yang mak aku jaga tu la. 9 tahun kot umur dia. huhu..aku datang makan jerk. tak bawa hadiah pun. memeriahkan majlis jerk. tunggulah nanti lain tahun aku bawa hadiah ‘berguna’ sket untuk dia. insyaAllah…

dan sekarang….sakit perutku datang lagi. tak habis lagi rupanya penangan snggugut ni. tapi aku masih mampu berblogging di depan pc *ayah sedang sibuk belek hp baru, sebab tu aku ader chance main komputer ni*

itu sahaja laporan yang lebih banyak cerita pasal sakit perut aku..hahaha…sekian terima kasih.

ikhlas,

cik norfa.

sekilas : selalu aku sapu minyak panas, ntah amna minyak tu tah~