Posts Tagged ‘ Barbican halal ’

Terpanggil untuk buat entry mengenai minuman Barbican yang diperkatakan sebelum ni ‘tidak halal’. Aku pun tak paham ler. Bertahun minuman Barbican ni dah ada kat Malaysia, tiba-tiba bila ia dah popular malah kebanyakkannya dijual oleh peniaga Arab, ada pulak yang kata haram.

Mungkin kerana kadar peratus alkohol sebanyak 0.5% orang dah labelkan minuman ini haram. Susah ler orang nak cari makan macam ni. Kat negara Arab tu ha, bersepah je umat Islam duk minum minuman ni. (bukan aku tengok sendiri la, pengalaman seorang teman yang ke sana dan suaminya memang orang Arab)

Kalau selepas berita ni dikeluarkan masih ada yang ragu-ragu, senang cerita tak perlu lah minum. dan tak perlu nak sebarkan perkara yang tidak betul pada orang lain. Kesian orang yang meniaga ni. Tertutup periuk nasi mereka tahu?

Ni aku petik dari laporan akhbar Kosmo!


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

 sekilas : family aku suka minuman ni. =)