
sekilas : Screen Saver terbaru untuk imac baru di tahun baru! woha~~

sekilas : Screen Saver terbaru untuk imac baru di tahun baru! woha~~
yeah….Jufiza adalah kawan sekolah aku. dulu sebelum kawen dia duduk kat kuarters Balai Polis Pandan Indah. dekat je ngan rumah aku. Time takde Balai Bomba lagi dekat jalan ikut belakang nak gi rumah dia.
Aku pernah update cerita pasal perkahwinan dia kat sini — Kahwin Jufiza
Now dia sudah menjadi seorang ibu kepada seorang bayi yang comel bernama Muhammad Firman. Hari Ahad lepas, aku dan 2 orang kawan sekolah ada pergi melawat baby dia. sorry jue, time ni sengkek sket. tk dapat beli hadiah baby. Lagipun chemy ada wakilkan kitorang. hihi….aku tak ingat bila dia lahir..tapi akta Jue dia semapt puasa 2 hari jerk..hohoho…gasak ko nak menggantinya jue.
Mempersembahkan anak lelaki Jufiza….
Muhammad Firman bin Muhammad Yunus

Geram kau tengok bibir budak kecik ni…geram je aku rasa. nak pinjam je bibir dia nak cubit2..cium2..hehehe…
Amacam ada gaya tak aku jadi ibu-ibu…? hihi…

Time jue kahwin, kitorg datang sama-sama..time jue dapat anak pun datang sama-sama jugak. Sebelah kiri tu Afiza sebelah kanan Chemy. korang bila nak kawen weh..?
Apa-apa pun tahniah buat kawan aku ni. moga-moga makin murah rezeki dia dengan kehadiran anak pertama ni. Syukur!
sekilas : bila turn aku pulak eh? haha..kawen pun belum lagi.
yeah..mane cik norfa owner sekilass ni menghilang? ade je…dia ada je di sini. cuma kemalasan tahap gaban untuk menghupdet.
ape cerita? oh ye..hari jumaat lepas, aku mak dan ayah gi rumah kak ida di Kuala Lipis. haissh..tak kite datang sana, dorang datang sini. al kisahnye, kak ida buat kenduri qeqah anak dia. so, mak datang sesaje nak sertai kenduri tu la. erti kata lain, datang makan jerk. huhuhu…
tapi paling best tu, petang sabtu, kak ida sekeluarga plak datang Kolumpo. sebab> sebabnya ade reunion dengan kawan-kawan dia. dah penat buat kenduri, gi KL plak. tak reti penat ler kakak aku ni. aku citer kat My Cinta kakak aku balik nak gi reunion tu..leh dia kate..hai same jela tu adik beradik semua suke gi reunion. hahaha…takleh kate ape la kan.
dan paling best skali. anis suffiyah tinggal di rumahku selama 2 minggu. hai seronok la aku dapat tengok perangai dia yang tah ape ape tah tu. bikin geram je dengan dia taw.
sebenarnya banyak benda yang tertinggal lepas-lepas aku lupa nak updet. mari kita senaraikan…
kelahiran anak perempuan En. H minggu lepas(eh yeke? tak ingat lar. 2 minggu lepas kot!). so kami rakan-rakan sekerja telah pun pergi melawat anak beliau yang comel itu. sape kata baby tak comel, aku gigit dia. baby tu anugerah Allah yang paling bersih suci dan comel di dunia ini. huhu…

nama dia Hannah Nur Yusrina tak silap aku. panjang namo eh….panggil ape ni en. H? panggil Nur jela..ala ala nur kasih. hihi…baik-baik…ini anak ketiga untuk kelahiran kali kedua. maknanya kelahiran pertama anak mereka kembar lelaki. so dan terasa lengkap je ada lelaki dan perempuan ye tak? gambar tidak clear sebab? sebab pakai hp ku yang cikai tu.
oke..lepas tu aku lupa nak bagitahu korang cek nuffnang dah sampai. dah selamat di bank in ke dalam akaun maybank aku. dan jugak selamat digunakan untuk membayar duit spec mata ku itu..maknanya dah habis la yer. toksah berangan nak suh aku open table. terutama buat anakperak dan jugak skyone dan jugak kakak aku sendiri sumijelly. muahahha….

jadi seperti yang aku kata sebelum ni Nuffnang memang terbaik! jangan diragu-ragukan yer tak? dorang berjanji dan dorang tepati. yang penting tiada kejayaan tanpa usaha. cewah! dah macam dr. azizan osman plak. hakhak..tiada kaitan eh…
lagi aper cerita ek..itu ajela kot! sebab macam takde gambar terbaru je nak kasi publishkan. cerita takde gambar pun tak syiok jugak kan. hahaha..alasan semua tu. apa-apahal tahniah kepada Sotong Paul kerana menjadi glamer dengan cara yang mudah. aku kompom pasni ramai sutradara nak amek dia berlakon. Tahniah sebenarnya kepada Spain sebab menang disaat akhir. korang mana sebab korang memang menang. haha…bukan sebab sotong paul tu yang lebih baik kita buat goreng sambal jek.
walaupaun pasukan pilihan ku oranje tak menang…tak mengapa. janji masuk final..hehe..mana brazil wehh? hahaha..takpe..aku memang suka berpaling tadah dalam memilih pasukan bola. sebab ape? sebab aku tak minat sangat pun bola.
sekian.terima kasihan.
sekilas : selsema ni, asik nak terbersin jek.
Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.
Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)