• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged angan-angan

Perkara yang tak tercapai

Mar25
2010
2 Comments Written by Sekilas

Sejak mula bekerja…sejak itu aku mula merindui kawan-kawan aku.
kawan-kawan sekolah.
kawan-kawan uitm.
kawan-kawan yang pernah bersama aku susah dan senang.

saat aku rindukan mereka itu, saat itu aku teringat pula pelbagai angan-angan yang aku cipta dulu.
bila sampai saat ini, aku sedar banyak perkara yang tak dapat aku laksanakan.
kiranya banyak cakap..dan akhirnya habuk pun takde.
impian yang hanya tinggal kenangan. pergh..ayat nak sastera sangat aku ni.

ader satu dua perkara..mungkin tiga dan empat atau lima…oke aku tak mahu kira la. banyak sangat kot benda nak buat tapi semua tak jadi…

Wartawan a.k.a Lois Lane & Clark Kent
time kecik-kecik….Waktu mula orang sibuk dok pikirkan apa cita-cita yang nak diberitahu pada cikgu sekolah bila ditanya…aku cuma teringat citer Superman jerk. waktu tu aku tak tahu pun aper kerja dorang. yang aku akan bagitahu…aku nak jadi macam dalam citer Superman tu. entah macam mana aku cari, akhirnya aku tahu watak dalam tu berlakon sebagai wartawan untuk surat khabar.

Aku pun setuju pada diri sendiri aku nak jadi macam dorang. wartawan. sebab dorang ni macam penyiasat pun ada. kerja jadi hero heroin jerk. so aku suka la keje camtu.

tapi bila lihat kerjaya wartawan sebenar sekarang nih…tak macam dalam citer tu pun. citer pasal gossip artis, politik dan sewaktu dengannya.

waktu aku apply masuk Uitm dulu, aku pilih course kewartawanan kat Masscomm, tapi aku gagal. sebab English aku dalam SPM dapat 6. so tak lepas. sabo jela.maka sampai sekarang aku tak tahu ape sebenarnya cita-cita aku…

Kalaulah cikgu aku dulu tengok keadaan aku sekarang…pasti dia akan berkata, “Lupakan jela cita-cita kamu dulu”

Kahwin pada tahun 2008
Aku dan sahabat aku June ada satu keunikkan yang aku tak tahu kat mana. hahaha…kalau time usia 17 tahun dulu kitorang memang kamcing gile…sampaikan orang mesti ingat kitorang ni adik beradik. of course aku jadi adik kan. tengok jela badan si June tu tinggi melampai.

kami ade kegemaran yang lebih kurang serupa. cuma ader certain things yang buat kitorang berdebat sebab tak sama otak. kadang-kadang je la leh buat gado.

Kitorang ader nombor kegemaran masing-masing. dia suka no 5. aku suka no 8. sorang lagi Dayah yang kamceng gak ngan kitorang suka no 4.

alkisahnya, kitorang pernah bincang hal ni kat padang skola menengah Pandan Indah. time tu baru lepas bersukan tak silap aku. Siapa kawen dulu?? aku kata June, lepas tu Dayah kemudian baru aku.

Dan….sebab June suka no 5, dia nak kawen tahun 2005, Aku pulak nak kawen tahun 2008 (23 tahun). dayah..tak pernah cakap plak nak kawen bila.

Akhirnya, hanya june sorang je dapat capai hasrat tu. dia kawen bulan 5 tahun 2005. tahun 2008, aku belum lagi habis study ijazah….Dan sekarang Dayah pun dah kawen Januari 2010.

aku jugak masih bujang… (: insyaAllah…masanya akan tiba jua.

Nak pakai Nissan Sentra
Ini bukan angan-angan. time aku 17 tahun aku bengang dengan sorang brader ni yang mampu pakai kete ni pada usia 22 tahun. So aku nekad…time umur aku camtu, aku nak beli kete camtu jugak.

hahaha..penyudahnya sampai umur aku 25 tahun, keje pun tak menentu lagik. ape kes nak beli kete…Kancil putih yang comot itu je yang mampu aku naiki ketika ini. silalah berangan lagi Norfa. tapi pasni aku berangan tukar kete lain plak..hihihi…

Itula satu dua perkara atau tiga atau empat perkara….uhuk…banyak le plak. itu pun ade lagi nak disenaraikan. tapi..nanti2 la..aku pikir lagi camne nak tulih k.

korang pun ade angan-angan jugak? sibuk je..kongsi la sama k.

sekilas :  aku berangan kawen kat hotel…so, agak2 tercapai tak nanti?

Posted in me, merapu - Tagged impian, perkahwinan

Mari kita sambung tentang angan-angan aku 7 tahun lalu

Dec24
2009
5 Comments Written by Sekilas

ketika aku berangan-angan ingin mengadakan perkahwinan di hotel. pasangan yang kuidamkan ketika itu ialah Azman Shah. Pernah dengan nama itu? tidak…satu petanda yang baik. Jangan ditanya siapa Azman Shah. beliau ialah lelaki misteri yang muncul dalam hidup aku 7 tahun yang lalu dan kemudian hilang secara tiba-tiba.

Misteri kehilangannya tidak dapat aku jawab sehingga kini. Walaupun puas kujejakinya tapi yakinlah bahawa tiada jodoh antara kita. wakakaka…ayat macam hampeh.

Time tu aku sangat selebet…pakai tudung pun senget-senget, tembam tapi sangat aktif bersukan. Lelaki misteri ini mempunyai seorang adik perempuan sebaya aku bernama Ain , dan seorang adik lelaki bernama Azlin yang berusia 12 tahun pada ketika itu. setelah kukira-kira sekarang adik dia berusia 19 tahun yang mungkin berada di mana-mana IPTA/IPTS atau bekerja dengan mana-mana syarikat.

 

Aku masih terbayang-bayang wajah adik lelakinya yang comel itu mempunyai kulit putih melepak kerana mereka ini anak kepada seorang wanita cina yang masuk Islam. korang boleh bayangkan mata-mata dorang ni sepet-sepet belaka.

kalaulah tiba-tiba aku terjumpa dengan lelaki misteri ini, pasti aku akan bagi dia satu penampar laju dan bertanya “Kenapa u tak jadi kawin dengan i dulu. Mana u pegi?? Result SPM i teruk gile sebab u” (baca seperti pompuan gedik seperti dalam filem Pisau Cukur)– owh..giler sadis mendengar ayat-ayat aku yang seterusnya.

Mengapa tiba-tiba aku bicara tentang angan-angan ini dan menyebut tentang lelaki misteri bernama Azman Shah ini..? kerana sekarang aku sedang mengimpikan sebuah perkahwinan di hadapan rumah aku sendiri dengan memikirkan juga bajet-bajet yang perlu disediakan seperti barang hantaran, catering, khemah, baju pengantin, dan segala dekorasi berkaitan perkahwinan.

Waktu usia aku 17 tahun…gile sengal boleh pikir pasal kawen dan tak pikir pasal bajet..dan sekarang langsung kalau boleh takmo pikir pasal kawen sebab terpaksa pikir pasal bajet. Sebab-sebab itu la menjadikan aku semakin lambat kawen. 

apa kaitannya dengan Azman Shah? itu jela kaitannya, aku pernah berangan kawen dengan dia pada usia 17 tahun…dan sekarang kalau dikira-kira usia dia mungkin dah 29 tahun dan sudah mempunyai 3 orang anak atau mungkin lebih. pernah bergelar duda. dan tak tahu sama ada sudah beristeri semula atau pun tidak.

Misteri ape kebendanya kalau aku boleh tahu pasal dia ek…? tapi memang misteri la..sebab aku tak tahu kenapa dia tak jadi kawen dengan aku..ahaks!!

Sekian terima kasih!

Kalau kamu yang baca ini kekasih ku..hehehe…jangan pikir bukan-bukan ar…!! cintaku hanya untukmu..cewah!

sekilas : sedang pikir apa aku nak merepek lagi…giler busan tahap gaban!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, Kisah-kisah itu, me - Tagged cinta, perkahwinan

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress