• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts tagged anak buah

Genting Highlands, Me, Hubby and Kids

Nov29
2011
5 Comments Written by Sekilas

Wow! Kids okay! macam anak sendiri pulak. heh.

Assalammualaikum. Aku nak hupdet cerita minggu lepas. Hari Sabtu. Bukan kisah awal muharraam ye. Sabtu yang baru start cuti sekolah tu. (malas nak tengok tarikh)

Baru berkesempatan nak hupdet. *maklumlah orang perasan sibuk*

Sebenarnya takde planning khusus untuk ke Genting Highland pada hari Sabtu itu. Kebetulan Hubby cuti, jam 8 pagi ketika sarapan bersama di Meru, ditemani pemandangan pagi yang indah (ah poyo lebih)…Hubby tanya nak ke mana? Tetiba bila sebut Genting dia macam setuju. Kata aku, kalau nak pergi bawalah anak-anak buah aku yang bertiga tu. Depa tak pernah pergi lagi.

So terus calling mak pak dorang minta izin dulu nak culik anak dorang pi genting. Semua setuju! heh…Segera kami sudahkan sarapan. packing balik kampung (err…balik rumah mak sendiri, kira balik kampung la untuk aku kan?)

Dalam jam 11 pagi bertolak dari Pandan Indah menuju ke Genting Highlands. Punya seronok budak2 ni. Terima kasih kat Paksu (my hubby) tau sebab sudi luangkan amsa bawa korang pergi Genting. hikhik…Sayang pun ucap terima kasih jugaklah.

Disebabkan bawa budak pendek…hahaha…banyak game yang tak dapat aku join sekali. Sebab kena jaga budak pendek. Sapa lagi Qaisara la. Asal gem best je tak cukup tinggi. Hurm..terpaksa lepak dengan dia tengok je hubby ngan Diyana n Umairah bergumbira.

Tapi bila time part Sara punya gem, dia sorang je leh main sebab bebudak lain terlebih tinggi. kah3…kasihan….okay enjoy kan aje dengan melihat gambar2 di bawah ni.


Perjalanan Bermula! yihaa…


Me & Hubby.


Dyanah, Umairah, Qaisara. Feeling kat london lah ni.


Nampak macam budak besar je Sara ni. Tapi, rendah! haissh…naik ler flying Jumbo. huhuhu…


With Paksu kesayangan. hikhik. Ramai anak abang?


Hahaha…muka cuak..tu nak gerak duduk bawah. ceh~


Nak naik kapal masuk tengok persembahan dinasour kt dalam tu, dia punya beratur…panjanggggg giler!. Last2 amik gambar je kat luar. heh.


Asik amek gambar korang jek. Gambar kitorang ni takde tau…ni suh umairah amikkan gambar.


Kuda ku lari gagah berani…


Kan aku cakap…tengok Sara ni, macam orang besar. tapi pendek. hikhik.


Sementara paksu duduk je kat tepi tengok kitorang nek kuda tipu. hahaha…


Tak nak letak gambar ni, sayang pulak muka bebudak ni ada. Tapi apsal muka hubby aku cenggitu. buruk siot! hahaha…ok la hasben ai jugak. hehe.


Tak naik pon! takut…wekk!


Ada gak gambar aku ni..sob2…hahahaha.

Yang penting seronok dan menyeronokkan. Thanks to hubby..thanks to all my nieces. hehehe…panjang umur, ada rezeki lagi…kita pergi lagi okay. kali ni tunggu maksu bawa anak maksu sendiri plak…wakakakaka!

sekilas : i miss my old days…

Posted in cinta, Cuti-cuti, family - Tagged genting highland

Alhamdulillah, Sumijelly Selamat Melahirkan Anak

Jul29
2011
3 Comments Written by Sekilas

Sapa plak sumijelly tu? hahaha..kepada kenalan blogger kenal lah siapa gerangan sumijelly tu. beliau ialah kakak aku Norsuhaila. hehehe…

Tadi lebih kurang antara jam 6-7 petang tadi, kakak aku selamat melahirkan anak ke-4 nya, dengan berat 2.9 kg melalui kaedah pembedahan. huhuhu kesiannya akak aku kena bedah.

lelaki ke perempuan? hehehe…dengan ini aku kurniakan pangkat putera mahkota pada dia. hahaha…tak ada rezekilah tu dapat perempuan. kisahnya, semua anak dia hero belaka. InsyaAllah jadi anak-anak yang soleh nanti.

Nama tak dapat dipastikan lagi. yang penting sekarang ni korang leh panggil dia Muhammad. hehehe sebab nama dia kompom akan ada Muhammad kat depan.

Tahniah. Itu pun dah tak tahan dah tu nak berblog…hurm..nak updet gambar ke tak eh? nak updet ke tak? issk…nanti la aku tanya kakak aku. hahaha

sekilas : kira kira kira….14 ke anak buah aku? perggh…ramainya!

Posted in family

Bestkan jadi budak-budak, sebab derang bajet cute!

Jun24
2011
3 Comments Written by Sekilas

oklah..derang memang cute!!

sekilas : ni semua anak buah aku!! kecuali gambar first, tu anak kawan aku. heh

Posted in family

Filem : Rapunzel BEST!

Nov26
2010
14 Comments Written by Sekilas

Semalam cuti. Selesai urusan seri paduka baginda di siang hari , aku pulang rumah awal sikit. Lagipun hujan lebat di Kuala Lumpur buat aku rasa malas nak bergerak ke mana-mana. Semalam juga bukan la hari baik bagi aku di siang hari. tapi tak baik mengeluh okey.

Jadi sampai rumah, anak-anak buah aku dah mengingatkan “Maksu, hari ni hari apa?” Hari apa…? bukan hari jadi kau kan. hahaha..ye…hari semalam tu ialah hari Khamis, 25 Nov. so dorang dah remind kat aku star dorang duk rumah mak aku lagi nak suh bawa tengok cerita Rapunzel.

Ni pengaruh Tv kuat sangat tau. aku sendiri tak tahu bila filem ni keluar panggung sebab dah lama tak tengok TV. (oke sangat alasan, macamlah internet takde) tapi dorang boleh tahu bila movie ni keluar. dan beriye-iye mengingatkan aku. memujuk rayu, menggedik-gedik bagai. (maklumla semuanya pompuan) Tengok dulu duit dalam wallet. aiya..sikit saja ma… gaji belum masuk la wahai anak-anak.

Tapi tangan dok ligat tengok showtime dan price kat MBO Galaxy Ampang. kanak-kanak RM5 je. so kira-kira tak banyaklah terbang pun duit aku. okey proceed. Belanja jela mana yang ada ni. Dengan harapan, gaji aku masuk la cepat hendaknya. huhuhu…Maka semalam seronoklah mereka di awal waktu untuk menonton…bila balik semua dah tak seronok. sebab ape? nanti akhir entry aku bagitahu.

kiut nya watak-watak ni. Sesumpah tu pun kiut taw! =D

Sinopsis :

Rapunzel ni seorang puteri yang telah hilang sewaktu kecilnya. Dia ni diculik oleh seorang perempuan tua ni sebab rambut Rapunzel ni ada kuasa sakti (magik), boleh sembuhkan sakit, boleh bagi perempuan tua ni kelihatan muda, boleh bercahaya bila dia menyanyi. Jadi, perempuan tua ni culik nak gunala rambut Rapunzel ni untuk kepentingan dia. Rapunzel ni pula ingat dia ni betullah mak dia. Jadi ‘mak’ dia ni tak bagi Rapunzel keluar dari menara sebab takut orang nak curi rambut dia.  Kisahnya Rapunzel dah 18 tahun, setiap kali harijadi dia dia akan nampak macma tanglung bercahaya terbang di langit. So dia berhajat nak tengok tanglung2 tu dengan sendirinya secara dekat. Bermula ekspedisi dia bila ada sorang mamat ni sesat kat menara tu, yang dikenali sebagai Flynn Rider atau nama sebenarnya Eugene. encem taw! lepas tu Rapunzel dapat melihat dunia luar….dan akhirnya….sila tonton sendiri filem ni. hahaha

Watak-watak dalam filem ni comel2 bangat!! Ada Rapunzel, Eugene, kuda Maxis, sesumpah, watak budak-budak..haii la…kiut miut semuanya.


Kuda ni comel ler..hihihi


Perempuan jahat. Anis tanya aku, “maksu dia jahat ke dia gile?” Aku tak tahu nak jawab ape. hahaha….

storyline dia menarik. Ada unsur sedih, kelakar dan buat kau dibuai fantasi. Soundtrack dia best. English yang digunakan senang nak paham!


haha..babak ni lawak okey! hampeh punya Flynn Rider!

Arrghh! tak tahu nak citer camne..tapi memang best la.

sampaikan aku teringin nak ada rambut macam Rapunzel tu. tapi bahayanya nanti jadi rebutan la plak kan. maklumlah rambut ada kuasa sakti. Dah la rambut panjang berjela…siap bolah bergayut-gayut. boleh berselimut dengan rambut sendiri. comel gilak!


Tengok-tengok rambut dia bercahaya! teheee…

Aku bagi 5 bintang!! best…kalau ajak my cinta tengok, haram dia nak join. sebab dia tak suka tengok kartun. tapi NARUTO suka plak dia. hahaha…

p/s : kenapa dorang seronok di awal pergi menonton..sebab semua tengah segak-segak mata..tapi bila balik, dah muram durja sebab amta dah ngantok. siap tidur dalam panggung. cis! rugi je bawa orang tidur…

sekilas : pergilah tengok. tak rugi!

Posted in family, me, movie - Tagged Aktiviti, Rapunzel

Monday bluessss

Sep27
2010
5 Comments Written by Sekilas

haha…Selamat bekerja semua! pada yang dha bercuti panjangggg sangat tu. silalah bekerja dengan berdedikasi. pada yang baru lepas habis pantang sebab bersalin baby tu pun, sila la bersemangat dan ceria-ceriakan hidup anda dengan kerja yang menimbun kat office. *merujuk pada kawan aku yang dah nak abis pantang. ekeke…padan muke ko byk keje*

Korang pe khabar. cewah! macam dah lama kita tak jumpa kan. padahal baru sehari tak hupdet blog ni. belum berhabuk. tapi agak rugi la..visitors pun kurang. makanya nanti earning untuk BE aku pun tak mencanaklah seperti yang diharapkan.

Cuti 2 hari lalu hari-hari ku memang penuh dengan aktiviti bersama keluarga mahupun aktiviti di depan komputer. ape..ko ingat depan komputer kerja aku duk main game dan bersosial je ke. kisahnya menghadap komputer sebab perlu selesaikan kerja-kerja office aku. hamboi!! rajin kemain lagi si nopa ni. apa ke hal nya? sebab bos suruh siapkan cepat. makanya aku pun angkut harta ofis dengan segala monitor dan mujur la mac mini yang bos belikan untuk kegunaan staf dia ni sangat comel. kalau tidak memang aku tercongok jugak kat opis tu duk menyudahkan kerja.

Sabtu yang lepas, my sis dari Kuala Lipis balik rumah aku. dari start hari raya baru la hari tu dia balik. maklumlah anaknya periksa UPSR. so kena beri tumpuan lebih kepada anak sulungnya itu berbanding hari raya di Kuala Lumpur. hehe…

Jadi kalau dia dah balik, rumah kecik tu leh jadi semakin sempit. anak-anaknya yang seramai 6 orang…berserta keriuhan anak-anak buah tambahan. hahha..sepupu sepapat dia la. memang riuh rendah. tu baru hari raya meriah, sebab ramai budak-budak. tapi perangai sorang-sorang toksah cakapla…macam-macam hal. yang cenggeng, mengada2, kuat menyakat, bergaduh. pening woii…

Dan paling best, kakak aku ni kalau balik rumah mak je..tak sah la tak bawa penyakit. terutama anak-anak dia ni. kali ni masing-masing sakit mata. Anis, Aisyah dan arissa. tapi arissa dah sehat. dialah puncanya! huhu..aku sampai tak dapat nak tidur dengan anis suffiyah sebab risau kang berjangkit plak sakit mata tu. kakak aku tu pun nak balik Lipis dah terkena jugak sakit mata tu. kasihan..seksa woo sakit mata. gua penah kena kot dulu.

budak sakit mata..tengok. malam2 kat rmh orang pun pakai spec itam.

gambar? memang tak la kalau tanya aku. aku mana ada kamera. kamera kakak aku ngan abang aku je. tapi tak transfer lagi. tunggu la dorang tag gambar kat fesbuk buk buk…tu.

Sabtu lepas ada open house kat rumah sepupu aku kat belakang rumah. rumah Kak Ila. Dulu pacik macik aku duk situ, skrg anak-anak dorg duk situ.

Ini char kueh teow datang khas dari Penang. adik kak ila…dia meniaga kat sana. tapi di open house ni, dia datang tolong masakkan char kueh teow tuk tetamu. macam kat kedai plak rasa…char kueh teow satu bang! hehehe

sampai je kak ida., kami gerak lepas Maghrib ke Seremban pulak. beraya rumah makcik kat situ. pakcik aku baru meninggal dunia sebelum puasa dulu. ada skali aku cuti sebab tu. so kakak aku beriya sangat nak pergi nengok mak lang aku tu yang tinggal berdua je ngan anak lelaki yg sorang tu. yang pompuan semua dah kawen. sorang pi belajar.

Time ni kat rumah Mak Lang. aku sedang menikmati bihun goreng…hehehe

lepas  tu adala 2 rumah lagi beraya kat area seremban tu. maklum le sedara mak bapak ramai kat situ. agaknya kalau mak ayah takde dah, kitorang ingat jalan ke tidak ke situ nanti. huhu…

dalam kul 12 lebih jugak baru abis beraya. mata semua dah ngantuk. lagi budak2 ni dengan sakit mata lagi…demam lagi. kesian je aku tengok. mujur ada LEKAS. hahaa….sampai rumah pukul 1.30 pagi. memang penat.

Dan ahad mula la aktiviti beraya sakan bersama kakak aku lagi. tapi pagi tu aku buat kerja apa-apa yang patut dulu. tidur memang mengantuk la. sebab malam tu sambung buat kerja lagi. haha..tu je ada masa. siang dah pi beraya kan. dari kul 11 pagi makan je keje aku kat rumah orang.

Pi rumah Atam, makan nasi ayam, pi rumah June , Makan Dominos Pizza, pi rumah Angah, makan bihun sup lada hitam. hambek!! baru 3 buah rumah je dapat berjalan. kakak aku nak balik kuala lipis dah…tapi perut memang kenyang. Alhamdulillah pada rezeki yang diberikan..

oh ye lupa plak…sebelum gi rumah atam..ada satu rumah kitorang gi beraya. rumah akak aku la..sumijelly! rumah dia je tak makan apa2..hahaha…dia hidang kerepek ngan air sejuk. dashyat kan kan kan..hehehe..ekceli di apun nak keluar gi rumah atam gak. hahaha…sape suh dtg time orang nak keluar kan.

okey la…nanti kalau aku dapat gambar aku update terus eh…

monday blueess?? oh tidak. hari ini daku bersemangat bekerja. walaupun mengantuk. ada jugak aku tertidur lepas sembahyang Zuhur nanti. take care semua..

sekilas : nak makan ke tak..kang lagi bertambah ngantok!

Posted in family, me - Tagged hari raya, sakit mata

Aku geram betul dengan Zulfadhli ni tau!

Aug02
2010
2 Comments Written by Sekilas

ape…ingat kepala botak, suka tersengih. ensem la! comel la nak buat muka macam tu.

ingat anak bongsu, leh buat apa-apa jela. ikut sukati dia jela. !

hey Zulfadhli!

ko tahu tak..sebab kau la henpon aku takde bunyi tau.

korang jangan percaya dengan budak nama Zulfadhli ni. depan kita nampak je baik.  gelak ketawa, senyum meleret. tapi sebenarnya……

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


budak kecik ni ganas tau tak!!!

bila tak bagi henpon aku, dia menangis-nangis. selalu-selalu baik je. tapi kali ni sukati dia je duk campak-campak barang. dengan henpon aku skali dia campak. natijahnya….henpon aku dah takde kuar bunyi-bunyian dah….

nasib baiklah budak kecik ni comel. kalau tak kenangkan memang la aku jadi hulk hogan mengamuk kat situ. al kisahnya, hari minggu aritu, lepas gi kenduri kendara, aku mak dan ayah singgah rumah kakak aku. lama dah tak jumpa cucu (mak la kata). dalam sedap duk main ngan zulfadhli, dia leh campak henpon aku. cis bedebah betul. sabar je la budak oit. nasib la henpon tu memang stok nak baling-baling fungsi dia. huhuhu….

layans jela….


comel la tu kan…tu dia tengah sebut “hoooo”


Iskandar dalam cubaan mencekik maksunye…hihihi…nasib baik Danial tak cekik maksu sekali.

sekilas : daku pasrah dengan henponku. so korang kalau call aku tak angkat tu usaha lagi ek. sebab aku akan cuba pay attention kat henpon aku.

Posted in family, me - Tagged Kenduri

Laporan hujung minggu : anak-anakku

Jun20
2010
2 Comments Written by Sekilas

yo…salam satu Malaysia. pe habaq orang2 kampung. macam dah bertahun rasanya tak menghupdet blog. jangankan blog, laptop syg ni pun berhabuk agaknya..hehehe..

start dari jumaat yang tidak begitu menyenangkan sebab senggugut, anak-anak dari Kuala lipis datang kembali memeriahkan rumahku syurgaku ini. hurm…start dorang balik tu, memang aku tak merasa la nak menjenguk laman sesawang kesayangan ni. hahaha…

macam-macam karenah, lagi pulak anak-anak dari cheras perdana pun duk sibuk jugak ada kat sini. nak bermain dengan sepupu sepapat dorang la kan. seperti biasa, kakak kesayangan tu dengan aktiviti membuat kek coklat dia tu. hai siap ade tempahan tau dari sini. tu yang balik awal sket buat kek sebanyak yang diorder. semoga cepat kayo!! aminn…sape mau order sila beritahu awal yer..atau leh singgah laman web kakak aku tu http://idazaidi.blogspot.com. sempat promote gitu.

sabtu hari tu, akak aku sibuk membuat kek lagi, dari awal pagi…sampai buat kat rumah angah la..sebab buat kat rumah mak, asik tak jadi jerk. hahaha…pastu kul 12 tgh hari, pi makan kat kenduri kawen kat sri kembangan. sampai rumah kul 4 petang…buat kek lagi..kul 5.30 bergerak menghantar segala jenis tempahan. sape lagi drebar nya kan kalau tak adik dia ni ha…

last skali baru la sampai rumah kawan kakak aku yang buat mini reunion untuk budak2 skolah rendah dia. yang bestnya rumah dia kat kondo, ada kolam renang. anak-anak buah aku ape lagi..kemain suke ria. orang datang bawa badan nak makan2..dorang bawa beg baju macam nak tidur situ.

sape lagi yang jadi safety guard dorang kan kalau tak aku jugak kan. sejam setengah berendam kat kolam tu. aku yang tunggu ni memang bosan habis la. balik rumah bukan nak reti tidur terus, hadap jugak laptop aku ni.

dan hari ahad ni, pagi2 semua anak2 lipis dah balik. tinggal orang cheras perdana tujer. tugas aku lagi, nak bawa dorang pi tengok wayang pulak. hurm..mula2 dorg nak tengok shrek..tapi dah takde kan citer tu kat panggung. lagipun akud ah tengok dah kat genting aritu.so, kitorang layan toy story 3..best2…aku memang suke giler cerita animasi macam ni. sebab tu, aku tak kesah bawa anak2 orang pi tengok wayang. lagipun, my cinta tak minat sangat kalau aku ajak tengok citer2 camtu. baek aku bawa budak2 je kan. hehehe…

aha….nanti aku review movie tu eh..best bangat!! tak sabar nak citer kat korang. tapi akua de kain baju yang perlu diuruskan sebab sibuk je 2-3 hari lepas (padahal dah 2-3 minggu dah ni) . semua budak2 dahbalik rumah mak pak dorang. Esok dah start sekolah, jalan akan kembali sesak sebab dorang akan kuar gi skolah, mak pak pun kuar awal nak anta anak gi skolah…bla bla bla…haissh membebel je nopa ni.

okey la….jumpa di lain coretan. cau cin cau gelas kecik je ye.

sekilas : rindu kat anis suffiyah…

Posted in family, me, movie - Tagged anak-anak

Happy Birthday!

Jun09
2010
1 Comment Written by Sekilas

Aku sebenarnya tak tahu nak updet ape kat blog…tapi memandangkan ade gambar-gamabr yang boleh di buat cerita, jadi mari kite bercerita.

Hari tu time aku pergi rumah akak aku kat Kuala Lipis, aku request kat dia suh buat kek hari jadi untuk anak buah aku Diyanah. maka, seharianlah sudahnya kerja akak aku pada hari Sabtu tu asik menguli tepung jek..huhuhu..sebab dia bukan sahaja buat kek, tapi buat pizza, buat roti sosej dan lain-lain. tu yang duk ngadap tepung jerk.

Buat punye buat…akhirnya siaplah sudah kek hari jadi buatan kakak aku sendiri. dia kata untuk buat kek besar dia tak belajar lagi kat cekgu. ini main buat jer ni..ikut dan jerk…

Menjadi jugaklah kek ni kan..cantik tak…aku pun tolong jugak buat. tolong sapukan krim atas kek tu, tapi comot lah, pastu aku suh akak aku sambung. letak coklat cip tu…kek ni perisa oren. sodap weyh…kalau akak aku dah betul2 belajar buat kek macam ni, nanti boleh lah korang tempah yer.

selain dari kek besar, akak aku buat cupcake juga, kek span dan macam2 lagila dia dah belajar. ade rezeki nanti dia nak buka kedai. InsyaAllah…aku doakan berjaya lah hendaknya.

Oke..aku nak ucapkan happy birthday untuk Nur Diyanah Zahirah. dah lama dah pun besday dia, tapi baru nak update…semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup. Amin.

Sebelah kiri tu Diyanah, sebelah kanan tu adik dia Qaisarah.

p/s : gambar gelap, malas nak edit.

sekilas : nanti nak suh akak aku wat besday kek aku plak..hehe. okey bayar la..hahaha

Posted in family - Tagged happy birthday, Selamat hari jadi

alahai Anis.

May30
2010
2 Comments Written by Sekilas

Cengeng! nyampah aku taw…ni tengah kenen kat aku nak guna laptop main game. baru 3 tahun tau dah pandai main game kat komputer.

Sabar jela dak kecik ni. kalau nak nanges muke alahai…lomah jantung den. memang muke kesian abes la. terpaksa jugak aku bagi dia guna laptop aku ni dulu..nanti-nanti labaru dapat blogwalking. ni nak bersiar-siar di alam maya pun tak dapat…geramnyeeee…cubit pipi kang. lagi lama aku depan laptop ni, lagi kuat dia nanges….waaaa!

sekilas : japgi nak pi kenduri kawen. jom!

Posted in family - Tagged Anis Suffiyah

Layan aje la

Nov28
2009
2 Comments Written by Sekilas

ini lah dia bahana cuti sekolah pabila ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kampung. err…pandan indah pun kategori akmpung kau jugakla kan.

Al kisahnya, my sis (Kak Ida) telah meminta aku menunaikan hasrat hati anak lelaki tunggalnye Ajwad untuk menonton wayang. WAlaupun bekalan ‘duit’ telah di beri tetapi korang bayangkanlah nak tengok 3D dan makan McD. Ceh! mana cukup RM20 …

MAka pagi tadi, aku dengan semangantnya merealisasikan impian anak buah aku tu utk menonton 3D. Aku pi tengok kat cineleisure..macam jauh je kan dari P.Indah. eh, sukati aku la..nak bawa jauh2. Lagipun leh guna kad rich tu..tempat len tak best la..pagi-pagi pun bukan ader kete. aku sampai kedai pun tak buka lagi. Aku tengok Filem A christmas Carol…tettt!! citer ni aku penah tengok time cuti sekolah ‘aku’ dulu…huhuhu…tapi yang ni versi kartun. aku boleh agak je apa yang jadi lepas tu. sebijik la storyline dia. Kering idea ke ape pengarah ni. AKu ingat citer lawak-lawak la..tapi biasa jer. Sebab kau nak tengok sangatkan Ajwad…ha..aku layankan ajer.

Lepas tengok watang…pi makan kat McD plak. tanye-tanye nak makan ape…tak tahu-apa-apa la…hamik jela McChicken yer…Itu je yang mampu setelah duit ku habis kek 3D tuh. RM18 sorang ko…bawah 12 tahun pun takde diskaun ker? nasib baik ader pop corn free sebab guna rich card tu..sempenan besday My CInta. hahaha..sebab kad tu atas nama dia. seb baik gak orang tu tak mintak ic..terus reedem jerk..huhu.


tengok la budak ni..pelahap makan McD..suh makan nasi takmo…!

Lepas makan McD, kitorang jenjalan kat the street tu..ade pokok krismas besar..tapi akut ak teruja ngan pokok tu..aku teruja ngan sentuhan “Edward Scissorhand” kat situ..hehehe. teringat tadi ada iklan utk citer baru arahan TIm Burton “Alice in wonderland” citer tu nampak lebih menarik dari ini. lalala…

so..ape lagi..bergambar la kat situ…ngeeee….sila tatap gambar-gambar di bawah sampai korang muntah…

okey…dah muntah lom?? aku ader satu lagi gambar spesel…
couple of the year!! muahahahaha…

ko tengok budak ni dah sama tinggi ngan aku…ceh!! tu jela sebenarnya aku nak bagitahu….Ajwad ni baru darjah 5 taw…korang jgn slh fhm lak.

okeyla…mak ade bawa sup daging dari surau tu..mau makan jap!! nyum3..jumpa lagik…

sekilas : Isnin ini mau tengok teater..mau ikot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in family, me, movie - Tagged 3D, Christmas Carol, Cineleisure, tim Burton

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress