Hye semua. jangan suspen tak tentu pasal baca tajuk entry aku tu. Semalam, (kira semalam la dah masuk 16/5 ni- update jam 12.36 tengah malam) dari jam 2 petang aku keluar dengan mdm june pergi kenduri kawen.kemudian, sampai rumah dia around jam 4 petang.
Selepas jam 4 petang aku terperangkap kat rumah dia sebab takde kereta nak keluar. husband dia bawa gi kerja. then kami pompuan-pompuan ni -AZU – Mdm June – Balqis – Hanan – Haneen. (semua pompuan la kan) main masak-masak kat rumah. hahaha…
June buat kueh teow sup…sedap weyh…3 kali jugaklah aku tambah. tapi lupa nak amek gambar. memang layan abis la. dan aku pulak telah membuat cupcake yang sangat menarik tertarik dan terliur. mahu lihat…. hehhe
Ini nama dia cupcake umiarissa. huhuhu..sebab resepi ni kakak aku yang bagi. so aku try la buat tunjuk skill sket…haha…sedap weyh…abis dan licin tak tinggal baki la aku cakap. Jadi aktiviti separuh hari duk rumah june makan…makan dan makan.
kete takde. kena tunggu husband dia balik baru leh kuar. tapi penyudahnya, kul 10 malam jugak lah baru dapat pulang. Bateri hp plak empty. agaknya kalau aku balik rumah timbang berat ni..mau naik1 kg. hahaha…
Nanti aku letak resepi cupcake ni eh…sonang jo! cewah..berlagak abis la..padahal tepon kak ida 2-3 kali jugaklah nak kompom kan resepi. huhuhu…
okeyla…jumpa lagi di lain entry..sayang korang!! *oh gembiranye saya*
sekilas : senyum





