apa-apa pun mau ucap sorry kat korang sebab aku dah lama tak hupdet blog. start dari hari Jumaat hari tu ilang mood nak berblogging sebab sampai rumah lambat, pastu sibuk dengan aktiviti kekeluargaan. cewah! jadinya, blogku sepi dari entri terbaru.
makanya, hari ini mau cerita gosip-gosip artis, ataupun kisah benar artis yang berlaku. pendek cerita, ini bukan propa ye. hoho…
First, dah kecoh dah Indonesia dan Malaysia pasal video klip Ariel dan Luna…dikecohkan pulak aksi bercium KD dan Raul yang tak berapa nak macho sangat tuh. aku pun tak paham la dengan KD ni. dah sekarang orang buat facebook anti-KD pulak dah. apekehal dia dengan bodohnya bercium depan orang tu. bila dah tersebar macam tu tak malu ke? anak-anak tengok…bekas suami apetah lagi, mesti mengucap panjang.
.jpg)
*maaf blog saya bukan blog prono* sumber : sini
lepas tu, pasal Yasin (senario)..aku senang nak sebut nama Senario tu sebab ade dua yasin kan. yasin salsabila tu..hohoho…ini pun tak tahu ape ceritanya pulak. aritu saiful apek…ini dia pulak. yang best tu, yasin ni dah bape kali dah agaknya kena tangkap dek kerana dadah ni. apo kojo ko jang? tak sayang diri dan keluarga ker. takleh la nak insap dari perbuatan lagho tu.

sumber : sini
Lepas tu cerita pasal ahli lembaga FINAS ni. ha…ini bukanlah kategori gosip artis. tapi sebab Kisahnya pasal penggiat seni yang rata-ratanya artis nak selit sikit skali. Kecoh jugak ni, sampai buat memorandom (aku tahu ni salah eja).

sumber : sini
katanya, mana boleh melantik dikalangan artis dan penggiat filem ni untuk menjadi ahli lembaga FINAS. kononnya Ahmad Idham bakal dilantik menjadi KP FINAS. wah…sape mahu tolak kan. tapi,kesahnya Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) pula tak puas hati. sebab selain Ahamd Idham, David Teo juga telah dilantik menjadi ahli lembaga FINAS. dua-dua orang kuat filem, jadi kalau ikut akta FINAS ia sangat bertentangan. sebab kalau jadi ahli lembaga FINAS, tak boleh aktif dalam industri perfileman. kalau tak nampak sangatlah menggunakan jawatan tersebut untuk kepentingan sendiri. apa-apa pun mereka boleh jer terus menjadi ahli lembaga, tapi perlu meninggalkan aktiviti seni mereka. haa..pilih la..jangan gaduh-gaduh ye. lagipun kita tunggula keputusannya betul ke Ahmad Idham dilantik jadi KP? jangan mendengar khabar angin sangat yer..
so setakat itu sahaja cerita artis kita…huhuhu…
sekilas : kalau orang bercerita tentang kita perkara baik, takpe. jangan cerita perkara tak baik..huhu.




