Hai semua. Ini mungkin entry terakhir untuk label Persiapan Perkahwinan 2011. Heh.

Jadi buat mereka yang tertanya-tanya pada aku berapa sebenarnya belanja nak kawen ni. Susah nak cakap ler adik kakak oii. Belanja ni ikut kehendak dan keperluan jugak. Kalau rasa-rasa kehendak tu menggila, memang tebal jugak duit yang nak dikeluarkan.

Jujurnya nak kawen memang perlu keluar banyak $$$$…serius wooo…Melainkan kalau korang memang betul2 sempoi mak bapak jenis sempoi, sedara mara jenis sempoi, nikah, bagi hantaran senaskah al-Quran sah, halal…kenduri doa selamat. habis cerita.

Itu bagi yang memang sesempoi habis. Ada jugak yang nikah pun kat pejabat kadi je. haaa….langsung..kenduri pun buat doa selamat kat surau. Best kan? Tapi manusia…kita cerita kehendak manusia ni yang memang tak pernahnya nak cukup nak puas ati dan segala macam kehendak lah (termasuk le aku yang hina dinar ni. Ya Allah, ampunkan lah aku).

Okay, kita takmo nak dengar orang2 kata, ala kawen ni sebenarnya murah, orang pompuan ni yang biasanya nak lebih2. nak itu ini. Haip! kekadang tu, bukan kita nak tapi mak bapak, adik badik, sedara mara. ko larat nak buat tak endah je dengan semua orang. ini kita cerita kalau kita tak larat nak buat donno dengan dorang lah ye.

Ini berdasarkan pengalaman aku, dan aku plak takdelah totally letak harga ikut yang aku belanja. Ini anggaran sahaja. faham? Dan ini untuk kos majlis pihak perempuan ye…sebab belah lelaki aku tak sibuk plak nak tanya.

Baju Nikah : Ini aku tempah. Depends tempat korang nak tempah tu dan apa material korang nak suh derang design. Aku CADANGkan. korang tak payah ler tempah MAHAL-MAHAL. Beli kain yang nampak MAHAL…nampak je ye. kan banyak kain-kain yang jejual kat Kamdar, Globe Gulatiks yang comel2 dengan harga murah tu. Tak apa…beli kain biasa je tapi biar nampak shining. beli kain ni bukan apa, biar le sepasang kaler dengan bakal suami. Kalau boleh biarlah leh pakai lepas kawen nnti di hari raya kan. Kemudian, gi tempah. Kos untuk baju nikah ni, kalau aku punya aritu mahal jugak (sebab dia letak banyak manik) walhal aku tengok orang lain nikah baju nya baju kurung / jubah biasa je tapi still nampak anggun sebab ada hiasan kat tudung tu. senang je. Yang penting beli tudung tu Mahal sikit. hehehe…

Kos anggaran : RM300. (beli kain dan tempah, tudung + Lace)

Pelamin + Baju Sanding + Make up: Ini korang memang kena pandai cari yang promosi dan kalau boleh biar pakej. Sekarang kan banyak pameran pengantin. Walaupun hakikatnya, kalau korang gi memang agak mahal. Tapi cuba jer cari. InsyaAllah jumpa yang murah. Aku pun alhamdulillah dapat jumpa yang murah. Yang buat mahal tu, design baju dan jugak pelamin tu. Kalau korang minta design kemain pelamin diraja memang mahal. nak2 kalau kerusi tinggi tu…ada orang tu offer, tapi aku tak amik sbb mahal. buat rugi je.

Kos anggaran : RM1300 (Pelamin, make up sekali, baju sanding sepasang – aku memang sanding baju satu je tak tukar2)

Photographer : Ini kalau dapat yang murah-murah la. Tengok kualiti. Sebab aku punya videographer murah kemain (promosi) tapi hasil hampeh. Naseb baik yang photographer ni aku spend lebih sikit. Tapi yang buat mahalnya macam biasalah, album dia…ni semua terpulang kepada kehendak masing-masing. Aku kebetulan plak time tu hubby aku nak buat album kristal, tu yang buat mahal sikit.

Kos anggaran : RM2500 (nikah, kenduri rumah perempuan + lelaki, Outdoor lelaki dan perempuan, album kristal, mockup sticky album, free frame gambar besar punya) ini aku share ngn hubby aku dan aku suggestkan skali la korang leh amik kat Kamerakapok Photography. Gambar dia cantik. heh. photographer aku hari tu Encik Aswat. Nice guy!

Door Gift : Hurm..cane nak cakap eh…yang ni aku tak keluar bajet banyak. sebab aku bagi telur dan 100 paper bag pada yang berkenaan sahaja. Memang bajet tak banyak untuk ini. So telur mak sedara sponsor…Aku beli paper bag kat kedai jual cenderahati tu, beli 50 bekas telur yang cantik sikit, kebetulan plak ada mak sedara gak lagi yang sponsor frame gamabr yang kecik tu. alhamdulillah..yang penting korang dapat makan.

Kos anggaran : RM1200 (100 paper bag, 50 bekas telur cantik, 1000 bekas telur biasa, 100 bunga telur- utk bunga pahar)

Baju untuk family (seragam) : ini kenalah keluar sikit duit untuk family tercinta. huhuhu….Tapi Aku sebenarnya bagi sejumlah wang suh kakak ipar aku beli baju beli bunga telur,beli itu ini…agak2nya memang tak cukup. maybe dia guna duit dia sikit kot.

Kos anggaran : RM500 (untuk 4 keluarga termasuk mak ayah dan anak2 buah – suh dorg keluar duit tempah sendiri ye)

Khemah + meja kerusi : ini ekceli abang aku uruskan. Tapi tak dapat murah sangat pun. Nak lagi senang korang amik pakej makanan dengan khemah meja kerusi tu. agak murah la skarang aku tengok.

Kos anggaran : RM2000 (kerusi, meja bulat sikit, meja panjang sikit, scallop khemah, 7 khemah untuk 1000 tetamu – tak tahu ler abang aku amik berapa kerusi tak ingat)

Katering : Ini untuk tetamu 1200 orang, makanan pengantin yang sedap tapi aku dapat makan sikit je. sob’sob’…hehe

Kos anggaran : RM8000 (sebenarnya untuk 1000 tetamu, tapi biasa katering akan bagi lebih 200. tak tahu ler katering kroang camne. ni aku amik satu kepala RM8)

Hantaran : Ini puan terpulang lah kat korang nak bagi hadiah apa. Huhuhu…kalau rasa2 banyak duit beli la mahal..kalau tak..beli la murah. Aku bagi 9 dulang, lelaki balas 7 dulang. 5 dari aku tu barang, 4 lagi makanan. hehehe…

Kos anggaran : RM2000 (Perfume, sejadah, kasut, baju + seluar, set wallet, cup cake, sirih junjung, buah, ala lupa lagi satu apa dia)

Perabot : Pun sama jugak. rasa-rasa nak yang bagus, beli la mahal sikit. Tapi hak ni, aku beli perabot murah, tapi yang mahalnya tilam VONO. hahahaha…tilam biarlah yang sedap sikit, nak tidur nak berehat kan. takkan la korang nak sakit2 badan beli yang murah-murah. LAgi jimat, takyah beli perabot, guna je mak bapak korang punya. heh. Lagipun perabot nanti kalau dah pindah rumah leh beli lain (banyak duit ko kannn..hehehe)

Kos anggaran : RM1500 (perabotnya murah, tilamnya dalam RM600 jugak kot)

Kad Kawen : Ini pun sama. nak design lawa, kad keras wangee ada bedak bla bla bla..kena spend mahal. Ini kitorg jimat buat dua-dua belah satu kad. Time ni amik pakej jugak kat pameran pengantin. ini sangat berbaloi kalau amik pakej kat pameran pengantin. time tu memang gila2 murah punya derang buat. aku ni plak pikir, kalau buat mahal2 pun, nanti penyudah korang buang jugak kan…jadi biarlah seadanya.

Kos anggaran : RM 420 (untuk dua-dua skali rumah lelaki dan perempuan. share la..bahagi dia baru rm210 sorang kan?)

Cadar bilik : Ini tak mahal pun beli. Nak cukup syarat je.

Kos anggaran : RM300

Lain-lain (hiasan hantaran, riben-riben,) Kos anggaran : RM500

Tambahan. Ini sebagai pilihan jela. Haritu sebab nak feeling bilik macam hotel. Aku pun berniat nak beli aircond pasang kat bilik. hehehe…Harganya ialah RM1000 macam tula. tak ingat. tapi time tu memang ada promosi dari Samsung. ini optional je.

Meh aku campurkan semua ye….jap tambah…tambah…tambah…Jumlahnya…

“RM20 110″

(Ni mana yang aku share dengan hubby aku tu, aku bahagi dua la amik amik harga separuh je.)

Jadi memang kurang2 pun kena ada RM20k untuk kawen. Korang bayangkan plak pihak lelaki nak keluar duit banyak mana kalau plus dengan duit hantaran yang kita minta tu. huhuhu..Jadi berpadalah minta duit hantaran dan dalam menjalankan majlis.

Sekian sahaja entry untuk perbelanjaan perkahwinan ini. Semoga memberi manfaat.

3 Responses to “Perbelanjaan Perkahwinan”

Leave a Reply