Setakat ini ada beberapa persiapan yang telah daku laksanakan bersama my cinta. Antaranya ialah :
Menempah baju nikah : gila awal kau pi hantar kat tailor. Al-maklumlah, bulan sembilan tu orang nak raya. tak ke gila anta lambat2..kang ramai plak yang nak anta baju raya, sudahnya takde orang nak jahit baju nikah aku. tak kesian kau kat aku? Mak pun duk bising benarnya, “awal betul kau anta baju” Biar awal jangan lambat dan menyesal di kemudian hari. tapi ekceli risau gak kang tetiba aku gemuk, mahu kena setting balik baju. Tapi insyaAllah, bulan puasa mampu mendiet dan memberikan kesihatan baik kepada aku. —>> Baju nikah tempah di butik Nor di Pertama Kompleks.
Menempah (sewa) baju kahwin dan andaman di kedua-dua belah pihak : Separuh daripada deposit telah dibayar. Kata nak book tarikh cecepat kan. kang ramai plak yang kawen sama tarikh ngan aku, ternganga aku nak cari butik memurah.(bajet nak murah jek) —>> Baju & andaman di tempah di Gincu Merah Wedding & Craft dan satu lagi tempat di Klang. apa nama nya eh? lupa dah. nanti aku update pas aku tanya my Cinta.
Photographer : ini daku dah amik sekali dengan butik kawin tu. Pakej bersama My Cinta. boleh la la la la. Pakej berpatutan. hihi. —>> ni skali ngan Gincu Lily tu. aku lupa namanya. nanti update.
Videographer : ha…ni sebenarnya tak masuk dalam bajet. kunun kalau ade rezeki baru duk panggil videographer. Tapi hari tu Groupon duk offer baucer dari Simplisiti.studio dengan harga rm120 untuk satu event, segera aku beli baucer tu dan dengan segeranya book tarikh! Nasib baik aku antara yang terawal, dan tarikh aku masih kosong. kot tak rugi je beli baucer tu. tapi ramai gak yang memarah kat derang. sian derang, agaknya tak tersangka ramai beli baucer tu. murah sangat kot! —>> ni book kat Simplisiti.studio bertempat di Shah Alam.
Hantaran : barang hantaran aku beri pada dia ada 9 dulang. dia balas 7 dulang. So far kami dah beli sorang satu dulang untuk perfume. Mahal jugak harga perfume ni. Time beli tu ada promosi kat Jusco, dapat baucer free. kitorang dapat rm60 vaucer tu. Nanti leh guna untuk beli benda lain. Tapi perfume aku lagi mahal dari dia. jahat tak aku? siap leh pilih-pilih plak untuk diri sendiri. hahaha…TQ hubby!
Baiklah itu sahaja setakat ini telah aku buat 5 bulan sebelum majlis. Terima kasih sudi membaca! =)
sekilas : Feel free to leave your comment





6 bln means bln 10 ntila yer? tahniah yer…
haha…tak tahu camne sbenarnya nak kira. termasuk bulan 4 ni kira 6 bulan la…majlis bln 9. =) thnks.
Ohhh..igtkan lg 6 bln tu start dr bln depan. katne majlis nanti?
Syok je baca blog kamu ni,)heheh teruskan berkarya.
apa yg syoknya? nk jugak tahu..mana tahu leh memperbaiki lagi penulisan blog..cewah..t.kasih..teruskan membaca =)
kalau ada lagi topik lain yg menarik leh ar curahkan melalui penulisan awk…,)