HAi semua, mungkin terlambat sikit (ekceli banyak) nak updet pasal persiapan kahwin. sebab hakikatnya aku dah kahwin pun sekarang ni. tapi tak apa, aku akan tulis juga bagi korang tahu apa yang berlaku sebelum majlis berlangsung.

Ekceli seminggu sebelum ni, aku macam rilek je…iyer wa cakap lu..hehehe..

Majlis aku Sabtu kan. Isnin..rileks…Selasa, Rilekss…Rabu…rileks…cewah!
Tapi bila dah masuk Khamis…..haaaa mula laaa menggelabah ayam.

Hari Khamis baru terasa kelam kabut nye. Sebab time tu, khemah datang, pelamin datang, nak pegi berurut lagi..eh, kelas ko jah, pegi berurut.

Tapi before tu, ada la mak tam aku datang dia yang sponsor telur. jadi dia hantar telur kat rumah. 1200 biji…Ada jugak sedara mara jiran datang jenguk2 persiapan.

Hari sebelum Khamis tu, aku pun dah sesiap pasang langsir kat bilik untuk backdrop katil kan. Pastu beli la bunga seskiti kunun nak hias kepala katil tu, tapi bunga tak cukup plak. dah al tak cukup, pastu tak reti hias plak. penyudahnya, member aku yang datang hias. hehehe..thanks kawan.


Ini belum dihias betul2, saje aku menge’test’ hehehe…

Okay2…

Khemah datang memacakkan dirinya pada hari Khamis (8 Sept). Abg aku cakap petang dorang datang. sekali kul 9 pagi dah sampai kau. Jenuh ler plak aku nak pi rumah ke rumah untuk inform suh alihkan kereta. muka tebal tak tebal jugaklah sebab 9 pagi ada yang dah pegi kerja dan mungkin ada yang masih berdengkur.

semua kereta dah alih, ada satu je belum..tapi kereta tu akhirnya mengalihkan dirinya..(macam bergerak sendiri plak kete tu) Yang pasang khemah tu bangla-bangla, yang mandurnya oran gMelayu kita la…Time tu jgk kejadian tak diingini berlaku, henpon mak aku letak kat atas meja luar rumah hilang. memang dah tak syak sapa lagi dah, mesti bangla tu amik. tapi takde lah pi serang dia terus. cuma mak aku ni perangai baran sikit. sapa kenal mak aku tahu la kan…kita ni boleh syak jela. bukti saksi semua takde. takpelah, tak ada rezeki la tu. nak buat macam mana kan. moral of the story, jgn letak barang sepah2 time kenduri kendara. simpan elok2.

Lepas khemah dah pasang tu, Kak Sham datang. Tolong alih-alihkan kerusi meja semua ke luar. bersihkan rumah. pasang karpet. Pastu Kak Azam plak mai, pi teman dia beli bunga-bunga untuk hantaran. haa jangan memain, hantaran tak buat lagi time ni.

Pastu, lepas Maghrib, aku pergi berurut pulak kat sorang makcik ni, a.k.a mak kepada kawan aku. beliau memang kerjanya mengurut orang. scrub bagai kau. kasi kulit licin la kununnya…hehehe…

Balik mengurut tu around 9 lebih. Aku tengok Kak Lily and her husband tengah busy siapkan pelamin aku. Gambar persiapan pelamin tak ambik la. tapi tahu-tahu jer dah siap. hehehe…

Nila ghupenya pelamin lepas je akak tu siapkan… simple and nice! aku tak banyak komplen pun, sebab pelamin ni untuk bergamabr jer, cukup syarat. =)

Itu lah antara perkara yang berlaku seminggu sebelum majlis….Next entry, sehari sebelum majlis oke! =)

sekilas : Terima kasih sangat-sangat kat semua orang yang turun membantu.

Leave a Reply