Sep
Apa ek yang berlaku?
Oh yer, kalau diikutkan aku ni dah try test pakai inai hari Ahad dah. kunun nak tengok inai serbuk tu merah ke tidak. last-last keorenan jerk. Jadinya Sehari sebelum Majlis, Yakni hari Jumaat (9 Sept), pagi tu aku dah keluar dengan My Cinta pergi pakai inai kat kedai. ekceli nak tengok camne sebenarnya kakak kedai tu pakaikan inai. Kenala bayar rm10 untuk sepuluh jari.

Ni la rupanya inai dijari aku lepas akak tu pakaikan. dia kata tunggu sejam baru basuh, aku tak tunggu. setengah jam dah basuh. hahaha takut hitam sangat. =P
Last-last beli kat akak tu satu kotak inai picit2 tu untuk pakai majlis sebelah lelaki. dah tahu camne nak pakai kan, nanti pakai sendiri la. lagipun time tu pakai kat jari je. kat kaki tak pakai lagi. so bajet kat rumah pakai sendiri la.
HAri Jumaat tu, mak dah sibuk-sibuk dah pi masak-masak ngan jiran tetangga untuk lauk malam. kebetulan pulak akak aku Sumijelly tu buat cukur jambul anaknya. jadi meriah sikitlah rumah aku malam tu dengan marhaban. akak aku memang ada catering, tapi mak aku nak masak jugak.
ADa juga sedara mara datang malam tu. terima kasih banyak-banyak.
Aku kan keluar pepagi, balik je dah petang lepas asar macam tu. Tahu-tahu banyak yang dah setel. Family aku sangat gigih buat itu ini. terharu nih. hehe..
Malam tu jugak, kak azam aku setelkan hantaran dibantu oleh kawan aku. Terima kasih sekali lagi. Malam tu memang aku berdebar jugak. takut tak sempat siap apa-apa. Aku pun lupa plak nak call Videographer aku nak confirmkan balik. semua lupa kau! hehehe…
sekilas : Phew~! malam tidur kul 2 pagi tahu? hehehe





Leave a Reply