Ye! Aku akan berkahwin tahun ini. Jadi marilah kita listkan apa yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin seperti aku. Saja je buat page ni supaya aku dapat tengok apa yang tertinggal dan belum disudahkan atau pun apa yang buat aku gelak sorang-sorang di kemudian hari. hehehe…itulah gunanya blog!
Orang kata kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal menjelang hari berbahagia. Maka akn banyak lah berlaku selisih faham antara pasangan kerana memasing ada kehendak hati sendiri. Yang kita nak biru, yang dia nak pink! yang kita nak mahal, yang dia nak murah. hahaha…biasalah, darah manis kata orang! kata orang la kan….
Tanpa segan silu, InsyaAllah majlisnya akan berlangsung pada bulan sembilan ini. Bilakah tarikhnya? tunggu…..eceh! nak surprise la sangat!
Baiklah menjelang bulan sembilan ada beberapa bulan yang perlu ditempuh oleh aku dan dia. Maka mari lihat dulu persiapan sebelum bulan 9 itu. Memandangkan ketika page ini dibuat, sudah masuk bulan April. Jadinya, ada 5 bulan sebelum September menjelang.
Ini adalah gambaran kasar aliran perkahwinan untuk masyarakat Melayu. aku dapat daripada wanazwani.

Ayuh…kita lihat persiapan daku yang telah ku bahagikan kepada 10 fasa. kah3..memandai je aku bagi fasa-fasa kan.
Fasa 1 : 5 Bulan sebelum
Fasa 2 : 4 bulan sebelum
Fasa 3 : 3 bulan sebelum
Fasa 4 : 2 bulan sebelum
fasa 5 : 1 bulan sebelum
Fasa 6 : 2 minggu sebelum
Fasa 7 : 1 minggu sebelum
Fasa 8 : 1 hari sebelum
Fasa 9 : Hari kejadian
Fasa 10 : Hari Selepas Kejadian
Kalau ada kesempatan aku untuk update mengenai persiapan, InsyaAllah akan siaplah entry-entrynya nanti. Kalau nengok takde link tu, maknanya apa? maknanya aku malas…keh3.
Baiklah…Semoga impian ini terlaksana dan doakanlah aku gembira bahagia sehingga ke hujung nya bersama my cinta!
sekilas : Aku berharap segalanya berjalan lancar. Amin.





xbergerak2 pon..hi3
oh updet ujung2 bulan…jadi smeua aktiviti satu bulan pasal kawen je updet. itu pun kalau ada aktiviti. keh3.
lambat nye nk ke 5 bulan sebelum.hihi