Ini mungkin perasaan aku.
Atau mungkin juga korang pernah merasainya seperti aku.
Ya. Aku disahkan hamil. Ia satu berita gembira buat aku dan hubby.
Tapi kadang-kadang aku tak rasa macam aku hamil. *kadang-kadang*
Hubby ada jugak sesekali ingatkan.. “awak tu mengandung” So ada makan kena pantang. Orang keliling pun duk pesan-pesan. jangan makan itu, minum ini. blablabla…
Serius, kadang-kadang boleh lupa diri sendiri hamil. Simptom muntah, pening kepala, dan yang sewaktu dengannya memang aku alami.
Mungkin ada kalanya ia mengingatkan aku kembali, “anda sedang hamil” . Tapi, kadang-kadang aku rasa simptom macam tu tak hamil pun boleh rasa. ye dak?
Ada dua sebab yang buat aku yakin yang aku sedang hamil.
1. Period tak datang. Heh. baru pertama kali rasanya dah lamaaaa giler aku tak pergi kedai dan beli tuala wanita. hohoho. Dan aku dapat tunaikan solat dengan jayanya. Dan kemudiannya, aku tak alami sakit senggugut setiap bulan seperti sebelum ni. Ya ini hanya akan berlaku 9 bulan sahaja. Maka bersiap sedialah lepas tu untuk kembali seperti sedia kala.
2. Perut buncit. Setakat ni, aku panggil perut aku ni buncit. Buncit yang luar biasa.
Ingat senang ke nak buncit luar biasa. ORang lain semua duk berhempas pulas, bersungguh-sungguh. aku diberi peluang itu. MAka bila melihat perubahan perut sendiri. Okay, kompom ada sesuatu di dalam perut aku. Kadang-kadang duk usha-usha perut sendiri. Kecik lagi (baru 16 minggu saat aku menulis entry ini). Biar betul ada baby dalam perut. MasyaAllah. Besarkan kuasa Dia.
Sebenarnya macam-macam perasaan yang melanda aku. Gembira dan teruja adalah perkara yang paling utama. Tapi adakalanya takut, sedih….haissh.
Adakah memang perasaan orang mengandung macam tu. Atau aku yang terlalu memikirkan sangat tentang kandungan aku. Bukan fikir apa. eh entahlah. nak cerita pun tak reti.
Aku berharap dengan kehadiran orang baru nanti akan lebih bermakna. sekarang pun hidup aku dah bermakna. maksud aku, mudah2an, lebih murah rezeki. lebih bahagia. segalanya lah lebih.
Doa-doakan aku dan si kecil ini selamat sehingga akhirnya =)
sekilas : speechless.


















