• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Selamat Menyambut Maal Hijrah (1 Muharram 1433H)

Nov26
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Entry ringkas hari ini.

Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah (1433H) pada semua umat Islam di seluruh dunia yang pandai cakap Melayu. sebab korang je yang faham apa yang aku tulis ni. hehehhe…

Selamat pengantin baru kepada blogger hebat Linda Sabri & Emi (anakperak)…. Semoga penghijrahan kali ini menjadi sejarah terulung dalam penghidupan korang. hehehe…InsyaAllah aku datang kenduri kawen korang. Korang kan pengapit aku time kawen dulu. hehehe….

 

Kepada pengantin baru yang lain juga begitu. aku doakan korang bahagia dan kekal ke akhir hayat.

Azam aku tahun ini adalah untuk menjadi muslimah yang diredhai oleh Allah. Semoga Allah permudahkan urusan aku di dunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah…

sekilas : Saya harap saya dapat berita gembira!

Posted in friends, Perkahwinan - Tagged blogger, Maal Hijrah

Asam

Nov24
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Sayang : B, Nanti tolong belikan asam kat kedai. Nak makan bagi elak rasa muntah.
Hubby : Asam keping ke asam jawa?
Sayang : (ketawa dulu) Asam nak makan la. bukan nak masak. hahahahaha

(Kejadian berlaku ketika aku sakit muntah2. hehehe….)

Hai…lama betul aku tak hupdet blog.
Banyak nak hupdet. Pasal pergi genting dengan anak buah hari sabtu lepas. Gegambar semua ada. Tapi tinggal malas je nak upload kat sini. Tunggu2 la kalau aku rajin nak buat. Korang sendiri pun leh tengok blog aku ni. Dah tak update hari2 macam selalu.

Kerja pun banyak kat ofis. Hujung2 tahun ni masa untuk clearkan kerja. Supaya tak bawa ke tahun depan. Tapi kisahnya, nak hujun tahun ni la banyak cuti sebab sakit.

Ya, balik daripada genting hari tu, aku muntah-muntah. Tak pernah-pernah naik pirate ship sampai pening2. Pastu bila turun genting blueeeekkk semua isi makan keluar.

Keesokkan harinya, muntah lagi tapi kali ni pakej dengan cirit birit sekali. bukan sekali dua gi toilet. berbelas kali rasanya. laju je kuar macam air. pastu muntah pastu cirit pastu muntah…haiissshh poning den.

Sampai tak larat la nak makan. padahal makan bubur jer. tu pun cirit birit gak.

Kebetulan hubby ada kenduri kat Klang. Jadinya aku kena tunggu dia balik baru pergi klinik. Itu pun singgah dulu kenduri Syazwani anak Paksu Ariffin bertunang. makan jela kat situ. tarammm…pi toilet lagi kuar semula.

Pergi jumpa doc, dapatlah MC untuk hari Isnin.

Disebabkan kekadang kuar ikut bawah kuar ikut atas, aku minta injection dari doc, untuk tahan muntah. Tapi hari Isnin tu muntah jugak…huhuhu…kesian betul aku. Itu yang minta hubby beli asam nak makan tu…ada ke patut tanya asam keping ke asam jawa…cait!


Pada yang tak tahu ni asam keping. [sumber]


Ni asam jawa. Memang la ada juga asam jawa yang orang buat minum or makan. Tapi kalau dah tanya dengan asam keping dah sah2 dia ingat yang jenis masak tu kan…kan.. kan… [sumber]

Oklah…sekarang ni Alhamdulillah, dah beransur pulih. harap2 takdela cirit birit lagi. seksa wooo nak pi toilet byk kali…

sekilas : Allah Maha Mengetahui.

Posted in cinta, me - Tagged asam jawa, asam keping

I Hate You, But I Love You!

Nov18
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Waktu zaman bercinta dengan Hubby, duduk jauh2…bergaduh, bertengkar, inilah yang berlaku…

So for all guys out there, apa salahnya cuba faham hati wanita seperti ini (baca : wanita yang keras hatinya, tapi sebenarnya sangat inginkan perhatian)

p/s : Jenjalan kat blog Zara, jumpa gambar kat atas tu. so credit to her and to Sumber gambar

Sekilas : Doakan rumahtangga kami aman bahagia sehingga akhir hayat, walaupun begitu ku sedia untuk menempuh badai yang melanda…insyaAllah.

Posted in cinta - Tagged hati wanita, i hate you, i love you

Keputusan UPSR hari ini – 171111

Nov17
2011
2 Comments Written by Sekilas

Berdebarnya menunggu keputusan UPSR. huhuhu…
Serius. Walaupun bukan aku yang ambik UPSR. Tapi, aku sangaaat berdebar.

This year anak buah aku Aisyah yang amik UPSR. Next Year anak buah aku sorang lagi Diyanah.
Adalah aku berjanji kat budak 2 orang ni. Sapa dapat 5A, maksu bagi laptop maksu kat dia.

So, Mula2 kena tengok result Aisyah dulu la…kalau Aisyah dapat 5A…maka laptop itu milik aisyah.
Kalau tak dapat, tunggu next year plak, turn Diyanah. huhuhu…

Ekceli itu sebagai pembakar semangat. Kalau betul2 berjaya…maka aku la pulak meraung. Dah berjanji tak boleh mungkiri. Errr….B, nanti pinjam laptop B lah yer lepas ni. kuikuikui.

EH, jangan salah faham. aku ikhlas. InsyaAllah…doa ku sentiasa mengiringi anak-anak buah aku. Mana tahu nanti dorang dah besar panjang, dorang pulak doakan anak-anak aku… #ehberanganpulak.

InsyaAllah.

Semoga Aisyah berjaya mendapat keputusan cemerlang hari ini. Kakak aku kata, jangan telefon2 atau SMS kat dia tanya result Aisyah. tunggu samapi dia sendiri call bagitahu. LOL. tah pape tah…

UPDATE : Aisyah dah dapat keputusan, Alhamdulillah… dia dapat 4A 1B, dengan itu perjanjian kami terbatal serta merta. ekekeke….Tahniah!! keputusan tu pun dah kira baguih!

sekilas : Good Luck jugak untuk pelajar UPSR yang lain!

Posted in family, Isu Semasa - Tagged keputusan peperiksaan, keputusan UPSR 2011, UPSR 2011

Kenapa Saya Tak Boleh Kahwin Dua? – Suami

Nov15
2011
7 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum. Selamat Sejahtera.

Melihat tajuk di atas, harap-harapnya, anda semua tidak salah faham. Suami saya tidak / belum lagi nak bertanya kepada saya. Ini satu soalan yang sering bermain dibenak suami untuk ditanya kepada isterinya. – #Mungkin.

(Hari ini menggunakan kata ganti nama ‘saya’)

Saya pasti, setiap lelaki pasti ada keinginan untuk berkahwin lebih dari satu. Ya atau tidak wahai lelaki yang membaca. Kita ketepikan dulu soal tanggungjawab atau soal kemampuan menanggung lebih dari seorang isteri.

Tetapi, keinginan itu pasti ada. Apatah lagi melihat rakan lelaki yang lain berjaya melakukannya. Mereka kelihatan hebat, sehingga ramai la pulak kaum yang sama bertanya “apa rahsianya?”

Apabila suami menyatakan hasratnya kepada isteri, “Sayang, boleh tak abang kahwin satu lagi?”

Mari kita teka reaksi isteri. Marah? Berlagak tenang? Memaki hamun kemudian berperang? Tidak menjawab? Merajuk tak bercakap sebulan?

Saya tidak tahu. Tetapi jika suami bertanya, kebanyakkan isteri tidak menjawab sebaliknya bertanya “Kenapa?”

Tahukah anda jawapan paling cliche yang diberikan oleh suami “Bukankah itu sunnah Nabi? Malah isteri juga mendapat ganjaran jika membenarkan suaminya berkahwin lebih dari satu”

Ok. Seperti biasa, kalau bab kahwin lebih, barulah nak ikut sunnah.

Saya tidak mahu pertaruhkan sunnah Nabi. Tetapi sebab munasabah kenapa isteri anda tidak benarkan anda berkahwin lain.

Lihatlah calon isteri anda yang baru itu (saya sedang bicara dengan lelaki). Cantiknya. Bergetah badannya. Gebu. Waaah….rambut kemain menjurai jatuh ke bahu. Siap berwarna lagi.

Oh slim shady lagi badannya. Pendek kata, seperti mula-mula anda berkenalan dengan isteri anda yang pertama.Muda belia. Silap-silap masih anak dara.

Inilah masalahnya. Ya! Isteri anda tidak benarkan anda berkahwin lain kerana ini. Calonnya kemain lagi. Tapi isteri dirumah, disuruh duduk rumah, jaga anak-anak, jaga pakai suami, pakai tudung litup, jangan nampak aurat. Walhal, calon isteri baru, solid molid, tangan halus, kalau boleh calon yang baru itu tempat untuk bersuka ria sahaja. Tapi, mahu dihalalkan caranya kerana itu mahu kahwin satu lagi.

Jika isteri tak bagi, mulalah memberontak, katakan isterilah penyebab suami berlaku curang, membuat dosa dan maksiat.

Mana perginya sunnah Nabi yang diperkatakan tadi? Sunnah Nabi bukan semata-mata kerana nafsu. Jika alasan dan sebabnya tidak mengguris hati wanita tidak mengapa. Tapi alasannya tidak mahu berbuat dosa.

Jika tidak mahu berbuat dosa, dekatkan diri pada Pencipta. Banyakkan masa bersama keluarga. Jangan tinggal suruhanNya, jangan lakukan laranganNya.

Wahai lelaki dan para suami. sekalipun isteri kamu benarkan perkara itu, percayalah jauh di sudut hati, pasti terguris perasaannya. tapi demi redha Allah, diredhakan juga tindakan suami.

Saya pernah bertemu dengan seorang ustaz yang mempunyai 2 isteri. isterinya Dua2 bertudung litup. dua2 memang ciri isteri solehah. Tapi bila isteri pertama bicara soal madunya…Tercalit sedikit rasa tidak puas hatinya.

Ya. Suaminya memang seorang yang warak. mendidik isteri-isteri dan anak-anak ke jalan Allah. tapi bila bicara soal keadilan…pasti ada yang berat sebelah.

Isteri kedua mendapat kelebihan. mendapat rumah sendiri yang lebih besar. Malah banyak menghabiskan waktu bersama isteri kedua. Saya tidak katakan mereka sekarang masih muda. Umur mereka menjangkau 50an. bayangkan usia sudah semakin tua, tapi isteri pertama masih terasa hati.

Ini lah yang dirisau dan dikhuatiri oleh para isteri. Bolehkah suami berlaku adil? mampukah suami berikan kebahagiaan yang sama rata pada pasangan2nya itu?

Jika anda punya niat berkahwin lain kerana Kasihankan kehidupan si calon isteri tu yang hidup melarat, atau suaminya yang mati berjihad, atau mungkin ibu tunggal yg perlu menyara ramai anak, keluarga yang susah, anak yatim dsb…boleh juga isteri tu merasa kelegaan.

Tapi jika kerana wanita itu cantik, masih muda, anak dara, dan yang sewaktu dengannya….mahukah isteri benarkan anda kahwin lain? fikir-fikirkanlah.

Jika itu soalannya yang ingin ditanya pada isteri, atau lebih tepat jika soalan itu dari suami saya. Jawapan saya adalah “Tidak” melainkan dengan izin Allah. Sila baca : Izin Allah di mana bakal isteri baru anda itu seperti yang dinyatakan tadi.

Bak kata seorang teman saya, Lelaki yang nak kahwin lagi satu ni satu je sebabnya, nak ‘bersama’ perempuan lain yang lebih ‘jelita’

p/s : jangan semua suami terasa. ini hanyalah sekadar pandangan dari saya.

sekilas : saya tak dapat bayangkan kalau betul suami saya ada niat seperti itu, sekarang jugak saya dah menangis jika itu bakal terjadi.

Posted in Isu Semasa, Perkahwinan - Tagged hidup bermadu, poligami, suami kahwin lain

Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup

Nov10
2011
3 Comments Written by Sekilas

*Aku copy paste je ni. Tak tahu pemilik asalnya siapa, tapi aku amik dari Muhammad Hafiz

Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun…(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh…masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita…)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa….

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah…asmaulhusna…

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.
~LB~

sekilas : mudah-mudahan amalam kita diterima dan doa kita dimakbulkan. InsyaAllah.

Posted in Kisah-kisah itu - Tagged doa murah rezeki, petua murahkan rezeki

Lambat Tak Nak Ucap Selamat Hari Raya AidilAdha?

Nov09
2011
2 Comments Written by Sekilas

aku rasa dah sangat lambat.
lupa pulak buat auto post hari tu. huhu.

Takpela, lambat pun aku ucap jugak selamat hari raya aidiladha.

I busy you tahu tak. ekekeke.
Busy dengan kerja, dengan hubby. busy body lagik. waaah…kelas kau mariaa…

Aku buat summary jela pasal raya haji aritu eh.

Tahun ni, aku sambut di Meru Klang. Rumah sebelah Hubby ler.
Walaupun begitu, hari Sabtu sehari sebelum raya tu, aku sempat jugak balik Pandan, masakkan rendang untuk bonda dan ayahnda tercinta.

Sian kat derang. tahun ni raya haji berdua jerk.

Maksud aku, di pagi raya la. Tapi malam Ahad tu, aku balik semula pandan. ala, rumah dekat jekan.

kalau abg n akak aku tu lain la. kampung mertua jauh-jauh. so, takpelah tak dapat balik pun. sebagai anak bongsu, aku juga tidak mahu menghampakan kedua orang tua ku.

Pestime raya aji sambut sebagai isteri dan menantu. Turung padang weh korban kali ni.

Sebabnya, family hubby korban seko lembu. so ada bahagian-bahagiannya. Maka haruslah turun rewang. melapah ler, membungkus ler, memasak ler..tapi keje aku ialah….menimbang.

hahaha…timbang berat daging untuk diberi sama rata kepada orang. Lebih kurang la timbangnya. nak dapat ngam-ngam memang ada yang dapat daging potong kecik2 ler plak kan.

Seronok bercampur gaul ngan sedara-sedara ni. Time ni la dapat kenal ahli keluarga baru..hehehe…yang mana maciknya, paciknya kan…

Perhatian, aku ni baru 2 bulan kawen. belum jumpa betul2 lagi seluruh ahli keluarga hubby tu. nama pun ingat2 lupa. banyak kali tanya hubby, ini siapa..itu siapa. gile ko..aku ni ingatan jangka pendek. kalau jumpa hari2 insyaallah aku ingat.

Mudah-mudahan ibadah korban kita diterima Allah.

ada amek gambar time korban tu. tapi guna henpon hubby. al maklumlah henpon baru kalau tak digunakan apa lah maknanya..ekekeke…now, hubby lak takde. tkleh transfer gambar. jadinya, takdelah gambar yer…

Sekilas : Sayu pulak kenangkan mak ayah tinggal berdua. harus aku selalu tetap bertanya khabar dan berada berdekatan dengan mereka.

Posted in family, me, peristiwa - Tagged hubby, ibadah korban

Selamat Hari Lahir, Sayang!

Nov03
2011
7 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Hari ni 3 Nov. Hari jadi Hubby.

Hehehe…
Hadiah dah bagi seminggu awal pada dia. AKu yang tak sabar sebenarnya nak tunggu 3 Nov. Sampai hubby kata, kenapa bagi awal, tak surprise la.

Tapi pedulik hapa aku. bagi jugak. Nak tahu hadiah apa? jeng jeng jeng…ekekeke…


Time aku bagi ni, dia tengah duk baring atas katil. Jadi korang abaikan lah keadaan dia yang masih berselimut. wakakkaa…


Tu muka happy dah nampak kotak kat dalam tu. hehehe…. Lepas tu dia tanya lagi, “betul ke ni? jangan bagi harapan palsu”

Hahaha…sampai macam tu sekali. Lepas tu dia tanya lagi , “Kotak je ke? ada isi tak ni?”

Punyalah dia tak percaya….Aku suruh buka…then…


“Haaaa…” speechless….sorry gambar gegar, sebab aku ketawa time amik gambar dia ni. Terkejut tengok betul2 ada isi. =)


“Eh, betul ke ni?” ……

Dah pegang betul la sayang oit…takkan tipu pulak…

Selamat Hari Lahir. Mesti suka kan dapat hadiah tu. Kesian tau kat dia, hp dah tahap nyawa2 ikan dah. tak diganti2 nya…Kebetulan ada promosi dari Maxis, aku sambar satu untuk suami tercinta. Inilah hadiah pertama yang kuberikan padanya semenjak bergelar suami ister sebulan yang lalu. (hahaha macam dah bertahun je kawen)

Semoga hubby diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, gembira dan bahagia dunia & akhirat. Doaku sentiasa mengiringimu…amin.

sekilas : Love him so much!

Posted in Uncategorized

Hujan Rahmat Dari Tuhan

Nov02
2011
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Selamat sejahtera semua. Amacam sehat? kalau tanya aku, aku tengah sakit gigi ni. gigi bongsu tumbuh tak habis lagi..aritu dah benti kejap sakitnya. Ni proses nak sambung tumbuh lagi la agaknya. sakit balik pulak.

Ada ke patut hubby kata sebab aku amkan eskrim! isskk…jeles la tu. hehehe…

Semalam kelmari dan hari-hari sebelum ni rasanya cuaca asik mendung hujan je kan. Minggu ni kan aku duk Meru. Jadi tiap kali aku balik tu mesti hujan..tak hujan pun baru lepas hujan…Pastu jalan lepas tol batu 3 tu, kemain la melimpah airnya. belum lagi dikira jalan kat area lepas Klang sentral tu. pun sama jugak mencurah airnya ke jalan raya. jalan dua lorong jadi selorong sebab semua takmo redah air tu.

gile ko? nak redah jugak menempah kereta masuk ke workshop! tak nak aku…

Tapi macam-macam mana pun lah kan…ada lah hikmahnya Allah turunkan hujan tu. nak beri kita rasa sejuk..tak panas sangat. nak bagi tumbuh-tumbuhan hidup segar bugar…kan..hujan itu rahmat juga dari Allah. Syukurlah.

Sebabkan hujan semalam kecian hubby balik nek motor pertengahan jalan basah lencun. hehehe…tu la takmo tunggu adinda dia ni balik jemput kat opis. tapi kalau tunggu aku lambat pulak dia nak balik. sebab minggu ni dia tak banyak buat ot sangat. tu yang balik awal tu.

Disebabkan dia balik awal, dialah kena basuh baju, dan siap masak lagi. hehehe..hujan-hujan kan lapor! mahu tak bergerak sendiri masak. Aku sampai2 rumah, dia tengah menumis. wahh..sedap tau hubby masak!


Cer teka lauk apa ni? hehehe…

Satu lauk je..makan 2 orang.! simplekan…aku ni kalau tanya dia nak makan apa, masak apa..semua cadangan aku dia takmo. reject. tak tahu ler tekak dia ni nak makan apa…huhuhu…

oklah. Hujan-hujan pun best tido…sejukkkkk!! okbai!

sekilas : agak-agak berapa lama tempoh tumbuh gigi bongsu ni yer. sakit tau!

Posted in cinta, me - Tagged hujan, makan-makan

Balik Kampung =)

Oct30
2011
2 Comments Written by Sekilas

dah 2 minggu bertapa di Pandan Indah. Minggu ni aku dan hubby ke Meru pula.

Yee..beginilah kehidupan nomad. hahaha…rumah sendiri belum ada lagi. jadinya kejap duk rumah pandan indah, kejap duk meru.

hari ini Ahad, Hubby pergi kerja, aku juga memutuskan untuk pergi kerja. So breakfast kami pagi ini ialah nasi lemak. Hasil masakan ibu mertua aku…

berserta sambal sotong..kegemaran hubby! nyum3…Terima kasih ibu! cewah…

Aku bangun pagi tadi pun terlajak subuh. Geram betei…bunyi alarm dimatikan. *aku la yang matikan. Hubby pulak, buat tak tahu jerrkkk join sekaki sambung tido. ceh!

hujung minggu kami di office. sekian, terima kasih.

sekilas : moga usaha kami diberkatiNya. amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, family, me - Tagged balik kampung, meru, nasi lemak
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress