• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Akhirnya, aku berjaya memiliki hanger for bag. Thanks Azreen!

Dec21
2011
4 Comments Written by Sekilas

Ada orang tu balik dari bandung. tak bawa buah tangan pun. hikhik.

Tapi dia belikan aku bag hanger. Ekceli, aku dah survey kat internet bag hanger ni. Tapi dari sehari ke sehari aku nak beli tak beli-beli jugak.

So this entry special to Azreen Chan. hehehe…Nak tunjukkan kat korang bag hanger yang dibelikan untuk aku.


Kaler pink tau.
Kalau korang prasan, background dalam plastic tu ada gambar doodle. itu Reen yang lukis sendiri tahu. Beliau sangat pandai melukis doodle.

Dan sebenarnya packaging untuk benda alah ni lain. Sebabkan Reen kata tak lawa..dia keluarkan dan bungkus dalam packaging dia sendiri. itu yang boleh ada nama dan alamat blog dia.

Letak je kat meja….

Pastu…tadaaa…..beg saya sudah ada tempat gantung.. lalalala…

selain dari beg korang boleh je nak gantung benda-benda lain yang boleh digantung. tapi aku memang takde tempat nak gantung beg. jadi hanger ini sangat la berguna untuk aku.

Terima kasih kepada Azreen Chan di atas pemberian ini.

Boleh ler lawat blog beliau di sini.

sekilas : Reen adalah opismet saya yang masih single. sila la tackle kalau berani.

Posted in friends, me, SL - Tagged azreenchan, bag hanger, hanger for bag, present

Ini sangat menyentuh hati saya.

Dec20
2011
3 Comments Written by Sekilas

This morning, di HOTFM ada segmen Dear Fara, yang mana ada seorang wanita bernama Anisa tak silap aku…menulis tentang masalah beliau. Dia kena pilih sama ada lelaki pertama kekasih hati dia, atau lelaki kedua teman baik dia tetapi pilihan keluarganya.

So ada seorang pemanggil yang share pengalaman melalui segmen ni.

Ia sangat menyentuh hati bila mana sesiapa sahaja yang bercerita mengenai kehilangan suami tersayang pada awal usia perkahwinan. Aku ni kalau bab-bab kehilangan memang menyentuh jiwa sket.

Just nak share panggilan tadi dengan korang…

http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/hotfm/amkrew/audio/bestbit/111220_dilema.mp3
sekilas : camne tah nak embed mp3 kat blog. hahaha….

Posted in cinta, masyarakat - Tagged dear fara, dilema cinta, HotFM

Untunglah orang gomen…

Dec20
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Agak-agak bos aku bagi bonus tak tahun ni?

p/s : banyak benda menarik ingin dikongsi. tapi tiada kesempatan.

sekilas : swasta pun kena bersara umur 60 tahun ke? hehehe..kelakar plak bunyinya.

Posted in Isu Semasa - Tagged bonus gaji, bonus tahunan

Terima Kasih Semua

Dec15
2011
6 Comments Written by Sekilas

Ya. Terima kasih adalah satu ungkapan yang terbaik mampu aku ucapkan pada kalian yang memberi ucapan di Facebook, sms, call, twitter…tengkiu so much.

Terima kasih terdahulunya pada Allah kerana aku masih bernafas walaupun dah berusia 26 tahun 1 hari. =)

Terima kasih pada mak ayah yang pada tahun 1985 tu derang telah berusaha keras untuk mendapatkan aku di dalam perut. aku adalah antara sperma2 yang berjaya merebut takhta di dalam perut mak aku. hehehe….terima kasih mak sebab lahirkan saya!Mak kata dia kena tahan wad sebab time tu darah tinggi time ngandungkan aku. hohoho..terima kasih.

Pertama kali dalam hidup aku hari jadi kali ini dapat ku raikan bersama suami tercinta.! ouch..im in love againnnn…waahhh..kelas gitu.

Terima kasih hubby. Belanja makan. pastu melambatkan masa menuju 12 malam untuk sampai rumah dan pura-pura nak tidur. tiba-tiba keluar hadiah dari dalam selimut. gempak kau!Aku ingat dah nak lelap mata dah after hubby wish happy birthday di telinga ku. cewah! romantis gitu.

hadiah apa ek aku dapat tahun ini. Ekceli saat aku terima hadiah tu, hampir bergenang air mata sebab terharu. hikhik. cuma kaver line sket…sampaikan kalau leh takmo layan hadiah baru. nak tatap wajah hubby yang time tu dia pi nyurukkan muka dia bawah selimut. hahaha…sabo jela.

[sumber gambar]

Inilah hadiah yang aku dapat. Samsung Galaxy S II. huhu..aku cuba blutut gambar dari henpon ke pc aku. gagal pula. jadinya aku gugel je gambar ni. hehehe…tapi sebijik camni la aku dapat.

ada ke patut hubby pilih warna putih. Dia kata, nak tengok macam mana aku jaga henpon. LOL. sedih je tau. mentang-mentang bini dia ni cuai kemain. haip! aku pasti akan menjaganya sebaik mungkin.

aku memang tak jangka ada sebarang hadiah dari hubby. aku mungkin ingat dia dah belanja makan sempena besday aku itu adalah hadiah dari dia. tengkiu ye!

Belum habis godek laie henpon ni….tapi so far, aku suka gile! sejak 2 menjak ni kami jadi penggemar samsung. walaupun kepingin pakai iphone…tapi dapat samsung ni lagi bestttt…hehehehe…member aku yg guna iphone sampai terpegaruh lah nak tukar ke samsung.

yeaahh…tukar jgn tak tukar. nanti leh geng!

ok itu sahajalah coretan ku.

hari ni 15 Disember. Hari jadi anak buah aku Muhammad Danial Mohd Zaire. Anak sumijelly. Moga jadi anak yang baik ye. Macam pesananku tadi, hadiah leh tuntut kat mak pak ye. kat paksu maksu takleh. sebab paksu dah perabih banyak kat bini dia ni. hahahaha…

Selamat hari lahir pada orang lain juge. bulan ni ramai nooo orang kawen..eh..tetiba plak..ramai benor tarikh lahir kenalan terdekat. =)

sekilas : i love my family so much!

Posted in cinta, family, me - Tagged samsung galaxy s 2, Selamat hari jadi

Wordless Wednesday : Happy Birthday To Me! (141211)

Dec14
2011
1 Comment Written by Sekilas

source

sekilas : Thanks to Allah!

Posted in me - Tagged happy birthday

Aku Maafkan Kamu

Dec13
2011
2 Comments Written by Sekilas

So far aku suka lelagu dari Malique berbanding dari Joe Flizzow. Tak tau la pasai apa hai.
Walaupun depa nisatu geng dulu ngan Too Phat yang mana zaman sekolah aku duk layan genre lagu dorang dan berkawan dengan budak-budak yang sealiran dorang.

Now, dorang kembali dengan lelagu solo memasing yang kekadang berduet ngan artis-artis lain. Lelagu solo dorang ni banyak ada makna tersirat yang kalau diperhatikan ada benar, baik dan buruknya.

Ini lagu terbaru yang mana Malique berduet dengan Jamal Abdillah dengan tajuk Aku Maafkan Kamu. Memula ada voice perempuan kat depan tu, aku tak sure adakah lagu ini untuk soundtrack memana movie atau drama masa kini?

Selain aku, ada opismet aku yang sploh kali pasang lagu ni dalam sehari…agaknya sploh la kot. huhuhu….

Tajuk: AKU MAAFKAN KAMU
Artis Malique featuring Jamal Abdillah
Lirik: Malique
Lagu : Tripdisz
Dikerluarkan oleh : Malique for Qarma Musiq

Lirik Lagu Malique Aku Maafkan KamuĀ Feat. Jamal Abdillah

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Jamal Abdillah:
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Malique:

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Jamal Abdillah:
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Malique:
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

sekilas : kakak aku duk risau orang masuk blog aku lagi baca entry tu, sampai pi privatekan entry aku tu. cait!

Posted in Artis, lagu - Tagged Jamal Abdillah, Lirik Aku Maafkan Kamu, Malique, Too Phat

Bertenang Semua

Dec07
2011
7 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.

Saya agak terkejut dengan segala macam feedback yang saya terima. dan saya pasti pihak ‘sana’ juga turut sama terkena tempiasnya mengenai entry ini.

Saya mahu anda semua bertenang. Ada beberapa komen yang gayanya terus mengkritik pihak sana. dan ada juga yang mengkritik saya, dan ada jugak yang menyalahkan pihak groupon.

Sebenarnya ada benarnya kata sesetengah feedback yang saya terima. Mengenai kebodohan saya kerana mempercayai deal yang terlalu murah! yes! Terlalu murah. Dan mungkin juga ia salah pihak groupon kerana membenarkan terlalu banyak pembeli. Bak kata pihak sana’, mereka pun tak expect terlalu ramai pembeli mencecah 200 orang. Mereka cuma anggarkan 20-30 orang sahaja.

Bagi semua orang, kes ini seperti terpedaya, tertipu dan sebagainya. Itu juga yang saya rasakan. Tapi benarlah, “What you paid is what you get”. Saya cuma rasa ia tidak adil itu sahaja. Bagi menuntuk keadilan pula, saya tidaklah sehingga ingin membuat laporan ke tribunal, atau kemana-mana pihak berkaitan. Saya tidak punya niat sehingga ke situ.

Malah saya pun tak berharap pihak di sana memberikan sebarang penjelasan. Walaupun saya tahu mereka sudah pun membaca nukilan saya. Saya tak minta sebarang ganti rugi atau sebagainya. Saya cuma mahu mendedahkan perkara ini agar semua orang berhati-hati dengan deals yang terlalu murah, atau mungkin jangan terpedaya kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan tawaran murah itu.

Kalau anda semua lihat video-video mereka, nescaya anda yakin mereka mampu berikan yang terbaik. Saya tak nafikan hasil kerja mereka pada video-video pelanggan yang lain. Malah saya tidak tahu pun nilai video-video itu? adakah ia bernilai RM1200 untuk 5 minutes montage. i dont even know!

Kerana terpedaya melihat video lain yang cantik dan mengharapkan hasilnya seperti itu, maka saya rasa saya tertipu. itu sahaja…Saya tak mahu jugak kerana perkara ini, mampu menganggu kerjaya mereka di syarikat itu. Mereka manusia yang melakukan kesilapan sama macam saya. Saya akur dengan itu.

Janganlah anda semua terlalu menghentam mereka. Saya membaca status mereka di facebook,

Thanks to all your comment,

We admit the groupon was a big problem for us, we dint want 200, we were only looking for a few, 200 are numbers beyond our wildest expectations that is years of work cramped to a few months, we thought of getting 20 maybe 30, even groupon was sceptical that we would sell any groupons, as the ones before us all had failed, so they started it with minimum number of purchase and maximum number of days to purchase. We wont be having anymore groupon promotions in the future. Its just a stepping stone to penetrate the malaysian market.

We try to give our level best to all our customers, even through all the long days, and many sleepless nights, we truly apologize if we are not to your expectations.

Here we apologize again, we understand that through this we may have ruin our business, but we can only learn from this, we have learn a lot and We only hope to get better.

To Munirah, thanks for all your support :)

Munirah itu mungkin salah seorang client mereka yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Mungkin dia bayar lebih. tak seperti saya hanya RM120 untuk 5 minutes montage. Walaupun begitu, saya tidak kata saya menyebelahi mereka. Cuma saya terima sahaja apa yang berlaku dan mahu orang lain tahu mengenai pengalaman saya. Seperti yang telah saya nyatakan pada entry saya ini. Saya cuma mahu mereka jadikan ini sebagai pengajaran agar tidak mengulanginya lagi. Malah berikanlah perkhidmatan/layanan sebaik mungkin kepada pelanggan walaupun saya cuma membeli sebatang pensil di kedai kamu. Anda faham maksud saya bukan?

Ramai yang meminta saya untuk menguploadkan video tersebut, tapi suami saya tidak izinkan. Mungkin bagaikan tidak adil bila kamu semua judge tanpa melihat hasil sebenarnya bukan?Saya tahu itu. Tapi cukuplah sekadar apa yang anda lihat. Saya tak mahu ia terus menjadi cerita orang. Lagipun, saya juga tak tahu begitu cepat berita seperti ini tersebar.

Kawan-kawan yang tak tahu kewujudan blog saya pun tiba-tiba beritahu saya hal ini. =) terima kasih dengan keperihatinan anda semua.

Saya berharap kita boleh lalui hidup seperti biasa dan melihat ini sebagai satu pengajaran tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa lagi. (hati berdarah sudah kering, cuma lukanya belum sembuh, kelak pasti akan pulih)

sekilas : Mungkin ada di antara kamu semua tahu, macam mana saya nak uploadkan video tersebut tanpa boleh seorang pun yang mengambil semula link itu dan mengambil video itu?

Posted in Isu Semasa, me - Tagged simplisiti studio, videographer

Ofis Semakin Meriah

Dec06
2011
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.

Takde cerita sangat. saja update pasal persekitaran dan berkongsi cerita. Rasanya lama tak cerita pasal tempat kerja saya. (selesa pula guna perkataan saya sebagai ganti diri).

Waktu mula-mula kerja di Secretlab.Media, saya sendiri tak pasti berapakah jumlah pekerja di sini. Tapi dari sehari ke sehari saya rasa staff pun semakin bertambah.

Sekarang di ofis sudah ada, Barney, Tata, Sudin, Ehsan, Waaah….semua lelaki tahu. Takpe nanti akan ada Suraya! yahooo…ada jugak geng wanita.

Ofis saya tak ramai perempuan. Ada Kak Ina, Reen, Kak Intan, hurrrm…termasuk saya. Yela ofis pun tak besar sangat. jadi kalau ramai perempuan agaknya bising jugak ofis ni. hehehe…

Ini gambar waktu majlis kawen saya baru-baru ini. Ini hanyalah sebahagian daripada mereka yang hadir. Terima kasih =)

Tak ada apa-apa makna pun entry ni. Saya cuma mahu perkenalkan rakan sekerja saya yang super duper best walaupun ada kala sangat menyakitkan hati untuk melayan karenah mereka yang nakal itu. hahahaha…. (kalau anda bijak, dalam gambar ni ada 3 orang adik beradik…hehehe okbai!)

Saya sayang company saya bekerja sekarang, entah apa perasaannya kalau saya perlu pergi dari sini… (perlu ke?) hehehe…

Dan untuk itu saya juga ingin perkenalkan sekali lagi Mr. Gonjak dari KayuApi Sdn. Bhd.

Ayuh ramai-ramai download KayuApi apps (Saya dah download)

Dan ikuti The Making of Mr Gonjak Collectible Figure.

sekilas : tak tahu sangat apa motif buat entry ni. saja nak kasi entry baru kot. hehehe…

Posted in info, me, SL - Tagged kayuapi, Mr. Gonjak

Korang Dah bayar PTPTN?

Nov30
2011
6 Comments Written by Sekilas

Aku tertarik dengan entry yang dikeluarkan oleh Hazrey. Sila klik sini.

Walaupun begitu rasa agak segan-segan sebab secara terus-terangnya aku masih belum membuat APA-APA bayaran kepada PTPTN since aku start kerja Mac 2010. Yes. Sudah setahun aku bekerja.

Surat amaran pertama pun sudah aku terima dari PTPTN.

Mungkin aku antara beratus atau beribu pelajar yang seolah-olah lupa diri takmo bayar duit pinjaman tu. Dan aku juga antara beratus atau beribu pelajar yang menyesal membuat pinjaman itu. Sebabnya, sekarang baru tahu risikonya.

Habis belajar, belum tentu dapat pekerjaan. Kalau dapat pekerjaan pun belum tentu gajinya setaraf dengan kelulusan. Kalau dapat pun kerja, takde kena mengena langsung dengan pengajian / kelulusan. Maka kembalilah graduan-graduan ini seperi budak baru lepas SPM kerja dengan gaji setaraf itu.

Dalam kehidupan yang serba moden dan canggih ini, dapat pulak hidup dengan gaji seperti itu dalam usia yang sudah semakin lanjut. (aku tak bicara tentang manusia-manusia yang suka bersosial) sebabnya mereka-mereka ini yang mungkin seusia aku, terpaksa kurangkan aktiviti sosial, sebab gaji setaraf SPM tu tak mampu buat mereka untuk bergembira.

Mak Bapak pun bukan mudah kita nak jelaskan, gaji kita tak banyak mana. Tapi mereka dengan bangga cakap : DULU GAJI MAK SIKIT BOLEH TANGGUNG KORANG ADIK BERADIK. Phew~! Siapalah aku nak menyangkalnya?

Dulu mak tak pakai kereta, bil elektrik taariff nya tak tinggi. Dulu naik basa berapa sen sangat kena bayar. kalau minyak kereta pun semuanya bawa 1.50 agaknya harganya.

Ya dulu dan sekarang berbeza mak. Malah dulu mak tak buat pinjaman PTPTN. huhuhu…

Nak di samakan dengan keadaan sekarang.

Kata hubby, kalau rasa tak berkemampuan lagi nak bayar duit pinjaman tu. Jangan mula membayar. Sebab bila kita dah mula bayar, kita akan terikat dengan komitmen pembayaran itu. Dan bila kita terabai satu bulan daripada buat bayaran, PTPTN akan mula menghantar surat yang bukan-bukan tuntut bayaran yang setiap bulan kita dah buat.

Ia akan menjadi masalah yang lebih besar. Sebabnya dia tahu kita dah start bayar…tetiba tak bayar, jadi dia kacau kita. “budak ni ada duit ni, aritu bayar tetiba tak bayar pulak” hahaha..itu dialog imaginasi aku.

Ya aku tahu. Hutang tetap hutang. Dan ia perlu dilangsaikan sebelum mata kita tertutup menghadap Illahi. Tapi dengan kewangan yang tak berapa nak merdeka ni, belum lagi aku mampu capai tahap buat bayaran tiap bulan. Bil letrik rumah pun tertangguh kekadang. huhu…

PTPTN memang ada buat tawaran UJRAH hari tu. untuk potongan kadar peratus setiap tahun dari 3% kepada 1%. Aku dah siapkan borang semua bagai. Tetiba aku prasan, abang ipar aku tanda tangan kat kerta tu pakai pen basah. Korang tahu tak PTPTN ni banyak songeh. ??

Aku ingat lagi time isi borang untuk apply…banyak betul peraturan nak isi borang tu. Samalah jugak untuk borang UJRAH ni. Dah lah masa aku nak jumpa abang ipar aku tu terhad. setem hasil aku dah beli 2 = RM20 . Tetiba aku prasan, ada 4 borang. bermakna aku kena ada 4 setem hasil. apakah?

kemudian, kena hantar dan dapatkan pengesahan pegawai PTPTN. maknanya aku kena hantar by hand? Bilakah masanya untuk aku curi masa kerja aku ke sana. dan penyudahnya, 3 bulan tempoh yang diberikan berlalu begitu sahaja. Akhirnya, peratus kos pentadbiran loan aku kekal 3%.

Kecuaian aku. dan juga pihak PTPTN yang agak menyusahkan aku dengan peraturannya. haissh…tak susahkan korang takpela.

Kata hubby, sepupu dia, dah bayar setiap bulan. Bila dia miss beberapa bulan bayar. Namanya di blacklist kan dari ke luar negara. sedangkan ramai lagi orang yang tak pernah buat bayaran masih bebas. Pelik bukan? entah macam mana PTPTN memantau senarai pelajar yang buat bayaran pun aku tak tahu. Aku lah antara yang belum pernah buat bayaran.

Memang orang kata bayar je kurang-kurang RM50 sebulan. hahaha…tak luak mana la loan aku tu kalau RM50 sebulan. Aku cuma berdoa agar aku diberi waktu yang panjang oleh Tuhan untuk aku langsaikan hutang2 ni.

Nota : Loan aku sudah cecah RM34,231.34 . Mudah-mudahan dapatlah aku selesaikan.

sekilas : Kadang-kadang aku salahkan diri

Posted in Isu Semasa - Tagged PTPTN

Genting Highlands, Me, Hubby and Kids

Nov29
2011
5 Comments Written by Sekilas

Wow! Kids okay! macam anak sendiri pulak. heh.

Assalammualaikum. Aku nak hupdet cerita minggu lepas. Hari Sabtu. Bukan kisah awal muharraam ye. Sabtu yang baru start cuti sekolah tu. (malas nak tengok tarikh)

Baru berkesempatan nak hupdet. *maklumlah orang perasan sibuk*

Sebenarnya takde planning khusus untuk ke Genting Highland pada hari Sabtu itu. Kebetulan Hubby cuti, jam 8 pagi ketika sarapan bersama di Meru, ditemani pemandangan pagi yang indah (ah poyo lebih)…Hubby tanya nak ke mana? Tetiba bila sebut Genting dia macam setuju. Kata aku, kalau nak pergi bawalah anak-anak buah aku yang bertiga tu. Depa tak pernah pergi lagi.

So terus calling mak pak dorang minta izin dulu nak culik anak dorang pi genting. Semua setuju! heh…Segera kami sudahkan sarapan. packing balik kampung (err…balik rumah mak sendiri, kira balik kampung la untuk aku kan?)

Dalam jam 11 pagi bertolak dari Pandan Indah menuju ke Genting Highlands. Punya seronok budak2 ni. Terima kasih kat Paksu (my hubby) tau sebab sudi luangkan amsa bawa korang pergi Genting. hikhik…Sayang pun ucap terima kasih jugaklah.

Disebabkan bawa budak pendek…hahaha…banyak game yang tak dapat aku join sekali. Sebab kena jaga budak pendek. Sapa lagi Qaisara la. Asal gem best je tak cukup tinggi. Hurm..terpaksa lepak dengan dia tengok je hubby ngan Diyana n Umairah bergumbira.

Tapi bila time part Sara punya gem, dia sorang je leh main sebab bebudak lain terlebih tinggi. kah3…kasihan….okay enjoy kan aje dengan melihat gambar2 di bawah ni.


Perjalanan Bermula! yihaa…


Me & Hubby.


Dyanah, Umairah, Qaisara. Feeling kat london lah ni.


Nampak macam budak besar je Sara ni. Tapi, rendah! haissh…naik ler flying Jumbo. huhuhu…


With Paksu kesayangan. hikhik. Ramai anak abang?


Hahaha…muka cuak..tu nak gerak duduk bawah. ceh~


Nak naik kapal masuk tengok persembahan dinasour kt dalam tu, dia punya beratur…panjanggggg giler!. Last2 amik gambar je kat luar. heh.


Asik amek gambar korang jek. Gambar kitorang ni takde tau…ni suh umairah amikkan gambar.


Kuda ku lari gagah berani…


Kan aku cakap…tengok Sara ni, macam orang besar. tapi pendek. hikhik.


Sementara paksu duduk je kat tepi tengok kitorang nek kuda tipu. hahaha…


Tak nak letak gambar ni, sayang pulak muka bebudak ni ada. Tapi apsal muka hubby aku cenggitu. buruk siot! hahaha…ok la hasben ai jugak. hehe.


Tak naik pon! takut…wekk!


Ada gak gambar aku ni..sob2…hahahaha.

Yang penting seronok dan menyeronokkan. Thanks to hubby..thanks to all my nieces. hehehe…panjang umur, ada rezeki lagi…kita pergi lagi okay. kali ni tunggu maksu bawa anak maksu sendiri plak…wakakakaka!

sekilas : i miss my old days…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, Cuti-cuti, family - Tagged anak buah, genting highland
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress