Posts in category Uncategorized
Resepi : Kek Batik
Aku teringin plak rasanya nak makan kek batik nih…bila kali terakhir akur asa eh? time-time tensen ni, memang dalam kepala otak aku asik nak makan jer. pastu jalan-jalan dalam tenet ni aku teringat kek batik…sedap ni kalau dapat makan time hujan turun dengan syahdunya….cuaca yang gelap. di dalam ofis yan gekon nya sejuk…time perut tengah lapar..pergh….sape yang dah penah buat..leh la tunjukkan hasilnya…selamat mencuba!!

Bahan-bahan ( loyang 7/8″ )
- 1 bungkus (350g) biskut marie
- Setengah buku butter
- 2 biji telur
- 1 cwn serbuk koko
- 1/2 cwn milo
- 1 cwn air
- 3/4 cwn gula
- ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko
Cara-cara
- patah2kan biskut
- dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
- masukkan butter,kacau sampai butter cair
- kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
- masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer…)
- masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.
sumber resepi ku ambil dari sini >>> resepi
sekilas : tensen je makan…!
Malam minggu atau malam Sabtu?
yang mana satu nak sebut. malam sabtu la kan..sebab malamminggu macam ahad kan ka…aku pun dah konius ni..huhuhu…yeah..tadi baru je lepas melepak dengan kawan fakulti dulu..sape lagi kalau bukan Satilah dan Julie.

:: Kami bertiga kamceng oke! ::
dah rancang lama…akhirnya ketemu juga.itupun nasib baik iela datang KL. kot tak jenuh plak aku nak gi Terengganu jumpa kau cik kak….Kalau julie,pejam mata je aku dah leh jumpa dia.hehehe…
balik keje tadi smpai rumah kul 8 mlm. mandi makan, pastu anta Diyana ngan Sarah balik rumah abg aku.sampai rumah dalam kul 10.45 malam. aku sebenarnya keletihan.
malam sebelum itu tidur ku tidak lena,sebab Anis tak sehat..asik bergerak-gerak jer.pastu kejap2 nak air.layan jer…orang tak sihat kan. tapi aku gagahkan jua untuk jumpa kawan-kawan.bila lagi masa itu dapat di cari kan. so jumpa sekitar KLCC la ni.

Entah apa nama hotel iela duduk kat KLCC tuh, dengan terus terang aku cakap aku tak tahu kat mana. Tapi bila tnya Julie…sepantas kilat dia tahu lokasi hotel itu. terasa macam hampeh sangat diri aku. Orang KL tak tahu..sedangkan Julie yang asalnya Johor leh tahu selok belok KL. memang memalukan diri sendiri. tapi nak wat camne..kadang-kadang kalau aku sesat, Julie kot yang aku call…hehehe.
so..korang janganlah terasa, terniat, terpikir nak tanya aku tentang jalan-jalan kat KL ni. 10 hari 10 malam aku nak cari jawapannya. kompom la aku tak tahu. susahkan jadi seorang aku?
Sampai depan KLCC aku cari port parking jap, dan dan aku leh terlena sekejap. letih sangat tuh. padahal bukan kerja angkat-angkat berat. takde tenagatul. da lama tak senaman nih. pemalas betul nopa ni tau.

:: Baru pes time lepak cnie.Berukla tu kan ::
bila budak2 ni dah sampai gerak ke Restoran NZ. nyatanya aku dah kekenyangan makan masakan ibu kat rumah. jadi aku cume order teh o ais jer..Julie order Fries..so aku layan itu la sikit2.
pertemuan ringkas dan sekejap itu dipenuhi dengan cerita-cerita terkini dan sensasi. gosip-gosip tak banyak sangat lah. lebih kepada perkembangan terbaru diri masing-masing dalam menempuh kerjaya dan mencari kerjaya. bercerita tentang kemajuan rakan-rakan dan merasa bangga terhadap sesetengah sahabat.
tiada sangat kisah pasal BF tersyg sebab masing2 faham je situasi satu sama lain. hehehe…Citer pasal orang gile ada la. lepak dan bercerita…jam1.40 pagi..gerak ketengah jalan nak amik gambar KLCC kononnya….sampai jam 2 pagi kami pun berlalu pergi. lagipun dah berjanji dengan My Cinta pulang jam 2…so, perlu akur pada masa yang sering cemburu saat indah tercipta. itu saja updet pepagi buta ni. oitt…nopa..gi tido la!!!
berakhir kisah di malam Sabtu. Sekian.
Pic KLCC & Nz : google sudah.
sekilas : gambar-gambar sebenar semua pada iela. sebab dia tuan kamera. huhuhu.
Kenapa dengan twitter ku?
aku menjadi pelik…bukan kerana twitter ku tidak berfungsi. tapi kerana ia tidak muncul di blog ku ini.
sebelum ni aku guna widget yang lain. tapi setelah ku tengok blog-blog yang lain gunakan widget ni, so aku nak try la. masalahnye dari hari pertama aku cuba, sampai la hari ni. takde apa-apa update pun yang muncul. kosong jerk.

korang rasa kenapa eh? ada tak sesiapa yang boleh bantu selesaikan masalah problem aku ni. tak besh ar cam ni kan. kekadang aku updet gak twitter aku…ade widget tapi cam takde pekdah je pulak.
please….bantulah aku yang lemah dan lembab ni…sekian.
sekilas : kalau pandai tu pandai la sangat kan..huhuhu
HOyeeee…
Norfa dah balik keje dan sampai rumah pada jam 7.00 Malam….horeeeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
norfa dah balik kejeeeee….
sekian terima kasih.
cuba korang tolong aku
tolong lah…
tak susah pun..tolong pilih mana satu banner yang sesuai untuk blog aku.
ekceli…aku saje je test design benda alah ni. takde keje kat opis. takdela kreatif… korang tolong lah aku pilih. kalau semua tak cantik….cakap je tak cantik. nanti leh buat lain..ngeee…..

BANNER 1

BANNER 2

BANNER 3
Sekilas : Menghitung hari untuk berhenti kerja.
Im sorry
sebab lama dah tak updet blog. seminggu jugak la. banyak benda yang dibuat lately. so…will updet later…just wait ye semua reader…
sekilas : in a good mood!
Hadiah dah sampai…yeah!
~~~
Walaupun hanya hadiah saguhati yang bernilai RM20. tetapi aku ingin mengucapkan juta-juta terima kasih kat pemilik butik eDast kerana sudi poskan hadiah itu ke rumah ku.ingat tak aku sibuk promote kat korang dalam blog aku please vote for me……aku dapat tempat ke-4…dengan hadiah saguhati.

apa-apa pun terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi undi aku time tu. agaknya tak cukup kempen lagi ni. tu yang tak ramai yang nak undi. apa-apa pun aku masuk contest ni untuk berkenal-kenalan dengan blogger lain. mana tahu ader apa-apa event terjumpa leh lah kita tegur menegur. bak kata eDast nak merapatkan silaturrahim.



yang warna hitam tu dia bagi anak tudung / scarf
saja takmo buka kasi korang tengok. aku ni jarang sangat pakai tudung shawl camni….selalu pakai tudung bese jerk. so, maybe eDast punya tudung ni menjadi permulaan buat daku kan…nantikan episod baru dalam hidupku. muahahaha…macam hampeh je.
sekilas : aku ni dah tembam, pakai tudung camtu lagi tembam la gamaknye.
Selamat Datang!
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blogku yang baru ini. Masih lagi dalam pembikinan. cewah! macam nak buat filem plak. Aku mohon jasa baik pembaca sekalian untuk meninggalkan komen dan jejak di sini agar kita dapat berkenalan antara satu sama lain. Mungkin juga bertukar pendapat dan memberikan tunjuk ajar buat aku yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging ni..huhuu…baru ni. Budak baru belajar lagi.
So, sekiranya ada apa-apa yang tak betul…tak k+ena dengan blog ni. tersalah cakap terkasar kata dalam penulisan aku…mintak maap la banyak-banyak yer. sebab kebanyakkan tulisan aku ni berdasarkan emosi semasa, hahaha…
anyway..thanks!




