Itulah dia tangga gaji terbaru untuk amah Indonesia yang mana kerajaan Indonesia telah menetapkan satu kerja khusus RM700.
JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah ke Malaysia yang akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.
Jika seorang pembantu rumah itu diambil menjadi tukang masak, ia hanya menjalankan tugas memasak dan tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak menjalankan tugas lain seperti mengasuh bayi.
Inilah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di sini, semalam. Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman berkata, JTF semalam mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.Petikan : Metro
Kalau tugasnya memasak..maka memasak jela. kalau tugasnya asuh bayi, maka asuh bayi jela. hurm…gitu pulak?
Jadinya, ibu-ibu sekalian….tak payah lah amik amah / bibik ni nak kerja ngan korang. Jadilah seorang ibu yang cemerlang gemilang dan terbilang. Besar ganjaran pahalanya.
Daripada duk bagi RM700 buta-buta je kat orang gaji untuk buat satu kerja, aku rasa sangat tak relevan. Hakiaktnya kerani yang gajinya RM700 tu pun macam multitasking kerjanya kat opis.
ITu RM700 tu tak masuk lagi dorang punya permit kerja la, pasport la visa la, upah agensi la…banyak lagi kos. Dan kepada bapa-bapa serta para suami ni, ringan-ringankanlah tulang tu untuk membantu kerja rumah isteri. Kalau rasa mampu nak bayar amah tu sampai RM700 sebulan, apa kata encik suami sekalian, suh isteri duduk rumah uruskan rumahtangga. lagi afdal. duit yang nak bagi kat amah tu baik bagi kat isteri buat belanja. lagi puas hati.
Isteri sendiri yang masak, asuh budak kemas rumah. takdelah isu mandrem ke, isu dera ke, kecurian ke? ye tak?
Kalau andai kata la orang nak amik bibik tu nak suh asuh budak dan kemas rumah…haa..tak ke RM1400 dah jadi gajinya. Itu semua kerja suri rumah je tu. Tapi takde pulak isteri-isteri dapat bayaran setinggi itu kan? sebab apa, sebab tugas seorang isteri katanya….sebab menanti ganjaran pahala kelak. Itu yang di pejam mata, di pekak telinga. betul tak puan-puan sekalian? tak apa lah..yang penting ikhlas dan ingat janji Allah pada isteri-isteri yang solehah. insyaAllah..
KEsimpulannya di sini, tak payah lah amik bibik. Seorang isteri yang berkerjaya yang mampu uruskan rumah tangga, memang hebat. Para suami yang memiliki isteri sebegini beruntunglah…maka jangan sia-siakan pengorbanan isteri, dan bantu membantulah sesama sendiri.
Nabi kita dulu pun saling membantu isterinya dalam membuat kerja rumah. Tak mahukah kita mengikut amalan Nabi tu? Malah, pernah satu ketika anaknya Fatimah meminta seorang pembantu rumah kepada Nabi. Tapi adakah NAbi kita menunaikan permintaan puterinya itu?
Tidak…ingat lagi kisah ini? kalau tak ingat, boleh baca di sini.
Sama-sama kita fikirkan mengenai ini….melainkan kalau isteri anda sakit, memang tak berupaya bekerja, dan sebagainya, dibolehkanlah mengambil pembantu rumah. tapi fikir-fikirkanlah dengan jumlah wang yang perlu dibayar…sama pulak harganya dengan bayaran bulanan sebuah rumah. huhuhu…kalau banyak duit tak apa lah…. #untunglah awak banyak duit.
sekilas : Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.














