Archive for the ‘resepi’ Category

Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)

Tuesday, August 17th, 2010

haa…jangan nak duk pelik-pelik dengan nama resepi ni. My Cinta pun duk tanya aku..pejadahnya Koktel jimat Ekon ni. diakhir entry daku ceritakan yer. tapi skarang ni daku nak cerita pasal resepi yang daku buat 2 hari lepas. hamek ko…2 hari lepas baru nak hupdet ni ha. busy ke hape nopa ni. kuikuikui…

kali ni semua bantai ada gambar. siap-bahan-bahan ada gambar. mau tidak sikit je bahan die. hohoho…

Bahan-bahannya :

Sumijelly satu paket kecik. Kalau besar banyak nanti woit.

Yogurt. apa-apa perisa, tapi aku prefer strawberry. =)

Susu Cair. Ikut korang la nak brand ape. aku pilih murah jerk!

Tropical Fruit Cocktail.

Di Melayukan dengan ringkas, Koktel buah-buahan. diulang, ikut korang nak brand ape.

Cara-caranya :

Buka tin koktel, masuk dalam satu bekas. (jug atau mangkuk)

Kemudian, masukkan sumijelly. aku potong sumijelly tu jadi dua. sebab tu nampak banyak. nak bagi banyak potong tiga. wakaka..

pastu aku masuk susu cair. Satu tin kasi abis.

last masuk Yogurt. yang ni pun aku balun kasi abis.

TAPI, aku CADANGKAN, Yogurt tu korang buh separuh jerk. sebab efeknya, kalau kroang tak abis makan pada hari tersebut dan nak simpan sampai esok, nanti ia akan menyedut segala cecair…err…koktel tu jadi pekat la. so mcm tak best. jadi buh separuh jerk. so dia takdela pekat nanti. paham tak?

Dah siap………..

Pastu sila simpan dalam peti sejuk. maknanya kalau nak buat buka puasa, sila buat awal supaya korang leh simpan dalam peti sejuk okey. pada yang tak puasa, korang boleh la makan time tu terus tapi tak sedap la sebab tak sejuk. =P

okey, cerita pasal nama resepi ini. Aku amik dari kakak ipar aku. dia pun tak cakap apa nama koktel ni. aku pun takde title nak bagi. jadinya aku bagila Koktel jimat Ekon. kenapa? sebab semua barang-barang ni aku beli kat econsave. hahahaha….jimat ekon aper…

selamat mencuba!

sekilas : My Cinta cakap “ape daaa” hahaha

Resepi : Kek Coklat (kukus)

Monday, June 7th, 2010

Disebabkan banyak kali Madam June duk suh aku salin resepi bagi kat dia, maka kali ni aku publish kat blog. so in case dia hilangkan lagi resepi aku bagi tu…sila lah rujuk kat blog aku ni ye cik kak. lotih la hai nak taip mesej sent kat ko. aku nak cakap suh ko salin ko malas kan. aku lagi malas nak bagi ko banyak2 kali. ni ha aku dah letak kat blog, so sila lah salin sendiri. muahaha…

Bahan-bahan :

4 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung (aku guna tepung gandum jek)
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil soda berkarbornat (sodium carbonate)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
coklat masakan
chocolate rice / colour rice
Majerin

Cara-caranya :

1. Sila masukkan telur dan gula. pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit, pastu masuk serbuk koko, baking powder, soda berkarbonat dan susu.
3. Sila pukul lagi adunan korang. pastu masukkan minyak dan pukul lagi.
4. last sekali baru masukkan 1 cawan air panas.

Kemudian, masukkan adunan ke dalam bekas cupcake (yang tahan panas) separuh sahaja dari bekas tu. Sebab nanti kalau dia kembang terjojol kuar dari bekas tak cantik dah. Dah selesai isi dalam bekas cup tu, masukkan ke dalam kukus..pastikan korang dah panaskan air kukus tu dulu…bila agak-agak dah kembang nampak cantik je dia naik..bolehla korang keluarkan. dan cungkil lah kek tu keluar dari bekas cup tu.

note : seelok-eloknye kukus selama 15 minit dan api sederhana.

Topping
masukkan majerin dan masuk kan ke dalam mangkuk tahan panas. panaskan mangkuk di dalam periuk yang di isi air yang sedang mendidih. kemudian, masukkan coklat masakan yang telah dipotong-potong. tunggu sehingga coklat tersebut cair. Tujuan letak majerin tu sebab nanti nampak coklat tu berkilat la. aku guna kaedah double boiling untuk cairkan coklat masakan tu.kalau korang selalu buat mesti paham kan..hehehe…

Lepas siap coklat masakan korang, bolehlah buh atas kek yang telah dikukus tadi….aku suka part ni sebab coklat yang tengah cair tu memang menyelerakan aku. Lepas je buh atas kek tu, korang leh tabur colour rice atas dia. aku buh color rice sebab nampak cantik sket. nak buh chocolate rice pun boleh jer.

hasilnya :

sekilas : sedap tau. rugi tak cuba. kakak aku bagi resepi ni.

Resepi : Sup Pasta

Friday, April 30th, 2010

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 300 g pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 1 keping dada ayam, didadu*
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam*
  • 1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
  • 10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
  • 1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
  • 2 liter air
  • 2 kiub ayam “MAGGI”
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN TUMIS:-
  • 1 inci kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
  • 1 batang leek, dihiris halus
  • 4 ulas bawang merah, dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia, diketuk
  • BAHAN HIAS:-
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun sup/bawang
  • Hirisan cili padi (jika suka)

Cara-cara

  1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng utk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
  2. Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.
  3. PENYEDIAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dgn isi2nya sekali dan hias dgn bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi..
  4. Step_by_step_387

    Penggunaan pasta tu terpulang pada kemahuan masing2, apa jenis pasta pun ok. Untuk kali nie mat cuba pasta bentuk kerang yg comel2 (dalam gambar tu pasta yg belum direbus….)

Sumber dari : MATGEBU

Resepi : Ayam goreng berempah

Wednesday, April 21st, 2010

resepi di ambil dari : lukisandunia

Bahan 1 (dikisar)

1 inci Halia

1 inci Kunyit hidup

3 batang serai

5 ulas bawang putih

Bahan 2

Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)

½ sudu jintan manis

½ sudu jintan putih

1 sudu ketumbar

1 biji telur

daun kari

garam

Cara-cara memasak

  1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
  2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
  3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas

p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..

Resepi : Kek Coklat Moist

Sunday, April 18th, 2010

1 ketul butter
2 cawan gula
2 cawan tepung                      }
1 sudu teh baking powder        }    Campur dan gaul sekali
1/2 sudu teh soda bikarbonat    }
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan gula   }
1 cawan koko     }   Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.
1 cawan air         }  Tutup api, biarkan.

Pukul butter dan gula hingga kembang, then masuk telur dan esen pukul sebati. Lepas tu masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan koko yg dimasak tadi.  Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati.  Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak.  Tuang adunan dlm loyang dan bakar selama 1 jam.

CHOCOLATE GANACHE TOPPING
Sumber: Misleha (Resipi.Net)

75 gramm whipping cream
100 gram coklat

Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair.

sumber : Jomlayan

Resepi : Kek Batik

Tuesday, March 30th, 2010

Aku teringin plak rasanya nak makan kek batik nih…bila kali terakhir akur asa eh? time-time tensen ni, memang dalam kepala otak aku asik nak makan jer. pastu jalan-jalan dalam tenet ni aku teringat kek batik…sedap ni kalau dapat makan time hujan turun dengan syahdunya….cuaca yang gelap. di dalam ofis yan gekon nya sejuk…time perut tengah lapar..pergh….sape yang dah penah buat..leh la tunjukkan hasilnya…selamat mencuba!!

Bahan-bahan ( loyang 7/8″ )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer…)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

sumber resepi ku ambil dari sini >>> resepi

sekilas : tensen je makan…!

Ikan Haruan Kukus

Wednesday, March 17th, 2010

Memandangkan ramai kakak-kakak yang sedang mengandung dan bakal mendapat cahayamata…dan ada juga yang sedang berpantang. Di sini ingin ku berikan satu resepi yang telah ku cilok daripada resepi4u. saje menggoogle kan diri ku ke alam maya ini…

sila tatap ye kakak-kakak sekalian..kerana menurut penulis laman resepi4u, resepi ini sesuai untuk wanita yang dalam pantang…hehehe…kalau nak diet-diet pun leh jugak masak resepi ini. selamat mencuba ye!

Resepi Ikan Haruan Kukus
-sesuai untuk wanita dalam pantang

Bahan-bahan:

500 gm ikan haruan
5gm kulat hitam (dihiris halus)
10 gm bawang putih (dihiris halus)
20gm halia (dihiris halus)
15 ml serbuk ada hitam
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar (dihiris)

Cara Penyediaan:

1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kulat hitam yarigtelah dihiris halus.
3. Masukkan pula sedikit air ke dalam kuali. Kemudian panaskan.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

terasa setiap hariku adalah hari Ahad

Wednesday, February 3rd, 2010

muahahaha…giler ar tiap-tiap hari adalah hari Ahad. senang citer, aku cuti tiap-tiap hari la.

ala, takyah nak pelik-pelik. kalau korang mengikuti perkembangan aku (macam la sangat kan) aku kan dah tak keje. so tiap-tiap hari aku rasa macam di hujung minggu je. bangun lambat, pastu siap memasak kat rumah, basuh baju, kemas rumah. pastu petang je berjalan…balik lewat. cari keje tak dapat-dapat lagi…nak buek camno? ngabihkan boreh kek ghumah yola.

menu masakan hari ini ialah….Ikan Selar masak pindang /singgang. yang aku tahu pindang la. tapi ade gak orang panggil singgang. aku ingat lagi ini adalah masakan pertama yang aku belajar time kat sekolah. Waktu gi camping pengakap kot tak silap aku. Cikgu dah pesan suh bawa bahan-bahannye. time tu aku tak tahu la nak masak ape. bila dah masak…aku terus bangga dan kecoh yang aku dah pandai masak. hahahaha….

ala…time tingakatan 2 sekarangni orangdah teror masakmacam-macam dah. aku baru nak belajar masak pindang. ceh! masakan tu pun senang. sebab tu la time kat pengakap tu kitorang masak itu. rebus-rebus jerk. takyah buh minyak bagai.

oh..saje nak berikan resepi simple itu di sini. kot-kotlah korang nak try. tapi aku tak snap ye gambar aku masak tadi. sebab time memasak tadi aku dok gayut ngan iela kat tepon. langsung lupa…iela punye pasal la ni.

Bahan-bahan (yang aku masak tadi la)

- Ikan selar : aku guna 2 ekor je. bukan ramai pun orang kat rmh nk makan.

- Bawang besar sebijik.

- Bawang putih berbiji-biji – 3 ulas.

- Kunyit hidup – separuh ibu jari kau pun oke kot

- halia – lebih kurang cam kunyit tu la..(ekceli aku pakai boh jer, takde nak ukur-ukur)

- Garam

- Asam keping : tak dapat ditentukan. tadi aku letak satu tak sedap. aku letak 2 baru sedap. hahaha…ikut kroang la.

- Air secukupnya.

Cara memasak…

Korang masuk je semua bahan-bahan tu dalam air yang mendidih…pastu last sekali baru la masuk ikan…muahahaha…

sonang yo den masak! kalau ader yang tak kena dengan cara memasak aku tu, sorry la. lain orang lain caranya. janji sodap kat anak tekak aku ni  sudah. korang nak ikut cara aku leh, takmo ikut pun boleh. saje nak kongsi-kongsi.

Selamat mencuba ye resepi pemalas aku pada hari ini. jumpa lagik…cau cin cau kurang manis satu!!

sekilas : bila masak sikit abis, bila masak banyak membazir.

Kuih Pau by Mat Gebu

Wednesday, December 2nd, 2009

waa…apesal entri aku ni ade resepi plak ek….

ini semua kak umie punye pasal. Dia minta aku updet blog dan letakkan resepi-resepi yang dia nak. so nanti dia buka je blog aku nak cari resepi. motip?? ini bukan blog resepi kak…tapi, sikit-sikit boleh la masuk. saje-saje je kongsi info. leh gak nanti aku buat kan. Ahaks, rajin ke ko nak masak Norfa oii…

here’s the recipe of Pau yang gebu oleh Mat Gebu. sila-sila la jenguk resepi dia nanti eh..

 Bahan-bahan ( 10 biji )

UNTUK DOH:-

  • 240 g tepung “Hong Kong”, guna tepung pau pun ok
  • 1 camca teh “Double Acting” Baking Powder + 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

UNTUK INTI:-

  • 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 tin ikan tuna, hancurkan
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
  • 1 tangkai daun kari, dihiris halus
  • 1 tangkai daun sup, dihiris halus
  • Garam, gula dan air secukupnya

Cara-cara

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.
  2. UNTUK INTI:- Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yg tlh didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.
  3. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
  4. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
  5. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  6. Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

dah siap! tanpa segan dan silu aku telah copy kesemua resepi ini…mintak maap  ye abg Mat Gebu..patik pinjam resepi kamu..tapi dah bagi credit taw..ngeee….tapi malas nak tepek gambar..korang buat dulu pastu bagi kat aku gambar nye eh..hehehe..

okey, kak umie..dah leh masak kuih pau. pastu jangan lupa bawa gi opis. okey!!

sekilas : suka gak masak. tapi PEMALAS.

Daging masak Lada Hitam (black pepper)

Monday, November 30th, 2009

Wah..aku sudah masuk keje la…rasa mengantuknya di kala ini. Camne sambutan raya korang? banyak binatang yang jadi korban? ader yang terlepas lari tak? dalam berita aku tengok banyak je lembu-lembu dan kambing-kambing yang tidak sanggup disembelih. Walau bagaimana pun usaha mereka melarikan diri, akhirnya selamat jugak dibuat kroban ye tak.

Okey..sempena dengan raya korban ni. pasti melambak-lambak daging kat dalam peti ais korang tuh. so, dengan ini aku ingin melampirkan satu resepi yang berasaskan daging. Ha..naiklah darah tinggi macik pacik kat luar tu dok pelahap daging je ari-ari.

Seperti tajuk di atas, maka aku ingin memberitahu apakah bahan dan caranya membuat daging black pepper ni. err..aku tak pernah cuba pun resepi ni. resepi ni pun aku amek daripada, are_Ryouri. Nampak simple je cara nak buat. so maybe korang leh cuba, dan bagitahu aku, sedap tak?  huhuhu…

Bahan-bahan ( 4 – 5 org makan )

* 500gm daging batang pinang
* 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar – lebihkan jika ingin lebih pedas
* 1 biji lada benggala hijau
* 1 biji lada merah
* 3 sb kicap manis
* 2 sb sos tiram
* 1 cawan air
* 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
* 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
* minyak utk menggoreng

cara-cara

1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 – 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin – dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

 So, apa lagi cubala resepi ini..meh aku tepek sket gambar yang are_Ryouri ni dah buat.

sekilas : sakit gusi dan gigi sebab gigit daging banyak sangat. ps: buat post ni pun sebab nak suh k.umi singgah blog aku. ceh! tunggu yer resepi seterusnya.