• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts in category peristiwa

Lambat Tak Nak Ucap Selamat Hari Raya AidilAdha?

Nov09
2011
2 Comments Written by Sekilas

aku rasa dah sangat lambat.
lupa pulak buat auto post hari tu. huhu.

Takpela, lambat pun aku ucap jugak selamat hari raya aidiladha.

I busy you tahu tak. ekekeke.
Busy dengan kerja, dengan hubby. busy body lagik. waaah…kelas kau mariaa…

Aku buat summary jela pasal raya haji aritu eh.

Tahun ni, aku sambut di Meru Klang. Rumah sebelah Hubby ler.
Walaupun begitu, hari Sabtu sehari sebelum raya tu, aku sempat jugak balik Pandan, masakkan rendang untuk bonda dan ayahnda tercinta.

Sian kat derang. tahun ni raya haji berdua jerk.

Maksud aku, di pagi raya la. Tapi malam Ahad tu, aku balik semula pandan. ala, rumah dekat jekan.

kalau abg n akak aku tu lain la. kampung mertua jauh-jauh. so, takpelah tak dapat balik pun. sebagai anak bongsu, aku juga tidak mahu menghampakan kedua orang tua ku.

Pestime raya aji sambut sebagai isteri dan menantu. Turung padang weh korban kali ni.

Sebabnya, family hubby korban seko lembu. so ada bahagian-bahagiannya. Maka haruslah turun rewang. melapah ler, membungkus ler, memasak ler..tapi keje aku ialah….menimbang.

hahaha…timbang berat daging untuk diberi sama rata kepada orang. Lebih kurang la timbangnya. nak dapat ngam-ngam memang ada yang dapat daging potong kecik2 ler plak kan.

Seronok bercampur gaul ngan sedara-sedara ni. Time ni la dapat kenal ahli keluarga baru..hehehe…yang mana maciknya, paciknya kan…

Perhatian, aku ni baru 2 bulan kawen. belum jumpa betul2 lagi seluruh ahli keluarga hubby tu. nama pun ingat2 lupa. banyak kali tanya hubby, ini siapa..itu siapa. gile ko..aku ni ingatan jangka pendek. kalau jumpa hari2 insyaallah aku ingat.

Mudah-mudahan ibadah korban kita diterima Allah.

ada amek gambar time korban tu. tapi guna henpon hubby. al maklumlah henpon baru kalau tak digunakan apa lah maknanya..ekekeke…now, hubby lak takde. tkleh transfer gambar. jadinya, takdelah gambar yer…

Sekilas : Sayu pulak kenangkan mak ayah tinggal berdua. harus aku selalu tetap bertanya khabar dan berada berdekatan dengan mereka.

Posted in family, me - Tagged hubby, ibadah korban

Alamak, Kunci Kereta Tertinggal Dalam Kereta!

Oct29
2011
6 Comments Written by Sekilas

pheww~!
Assalammualaikum.
Selamat Sejahtera.

Ya, tajuk di atas benar2 terjadi pada aku. Last week i went to KLCC. (speaking la sangat). Aku pergi dengan akak aku dan anak2 dia. Ada hal kat Maxis centre. cewahh…

Lepas jalan-jalan kat area KLCC tu, kitorang pun nak balik. Cari-cari kunci dalam beg takde. Aku mula syak, aku tertinggal kunci kat tempat start enjin tu, memandangkan aku kunci tu secara manual, dengan menekan kunci pintu tu dan tutup. Hebat!

Oh ye…lupa plak nak bagi tahu. aku bawa kereta kancil. Jadinya, kancil aku tu, kalau kunci guna kunci tu dia payah sangat nak pusing. itu yang aku dah terbiasa kunci secara manual (arrrghhh…korang paham tak maksud aku???)


Tu dia kuncinya. Terletak baik je kat situ. Nasib baik takde orang rompak kereta aku ni! CUAI!!!! (marah diri sendiri)

\
Ni maksud aku, aku buka pintu, tekan benda alah ni, Then terus tutup pintu…Paham? huhuhu sedangkan kunci ada lagi kat dalam…kereta skarang je ada bunyi2 kalau kunci tak cabut, kereta lama ni, mana ada bunyi bunyian…

Dengan muka tak bersalah, aku pi tekan intercom kat basement KLCC tu minta tolong pegawal dorang.

Sekali datang pengawal eh, sampai 3-4 orang naik motor. nak syak aku curi kereta la tu…huhuhu…

Dia pun cuba la amik batang besi duk jolok-jolok…tak boleh jugak. Ingat boleh la jadi hero. hehehe…

Tiba-tiba hero sebenar datang. Ada brader bangsa cina bersama family dia lalu. Sambil-sambil brader tu dukung anak, bertanya “Mahu tolong ka?” aku terus angguk kepala dan kata “haa..boleh”

Besi bertukar tangan dari pengawal kepada brader cina tu. Kurang dari 20 saat, brader tu dah berjaya membuka pintu kereta aku. perggghhhh~!!

Sangat berjaya!

Takdelah aku nak expose sangat camne cara orang tu buka kereta aku, kang kroang rompak plak kereta aku…huhuhu

nak cerita kat korang ni…sebenarnya sangat mudah untuk “Penjahat” merompak kereta kancil camni. Ko tengok je kereta aku tu buruk ala2 uzur dan takde ekon. hahaha…tapi berjaya jugak bawa aku ke KLCC. Walaupun anak buah aku berpeluh2 duk dalam tu bila jalan sesak kan… =P

Moral of the story, jangan tinggal kunci kereta dalam kereta, barang berharga dan sebagainya yang menarik perhatian perompak. paham!! paham tak Nopa? huissh marah betul aku dengan nopa ni. ekekke…

sekilas : hubby cakap, dia pun pandai ler nak buka kereta kancil tu…huh! eksen.

Posted in me - Tagged cara membuka kereta kancil, KLCC, Maxis centre, rompak kereta

My Last Raya As A ‘Single’ ~ Woha!

Sep04
2011
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Hai.
Apa khabar? Selamat Hari Raya. Hari ni dah masuk 6 Syawal kan? Korang dah puasa 6 ke? aku belum lagi. hehehe…

Hopefully hari raya korang gembira. Pada mereka yang kehilangan insan tersayang, aku ucapkan takziah. pada mereka yang mendapat kehadiran cahayamata baru, tahniah aku ucapkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Aku takde apa pun nak hupdet….just nak bersihkan habuk kat blog ni. Lagipun kalau kira dari hari esok….ada 6 hari lagi menuju #MajlisKahwinNopa. Dan raya kali ni adalah yang terakhir sebagai anak dara…hehe…pasni raya ngan suami plak. woha~!!

hehehe…..takut tak? hahaha apa da….nak kahwin mana boleh takut. kuikuikui…takat ni aku takde rasa sgt debaran tu. kata kawan2, ko tunggu la 2 hari sebelum majlis. ha..kelam kabut kau. huhuhu…harap2 aku tak kelam kabut. kena tenang ni….

Dalam dupdapdupdap, mak aku nampak begitu bersungguh2 membuat persiapan. dia lah orang yang paling sibuk, walaupun dah cakap ngan mak takyah buat apa2…tapi, mak kan….mana boleh duduk diam. aku? hurm…mak siap bebel2…macam tak kawen jek..ekekeke…

Oklah, aku harap korang yang dijemput tu datanglah ye kenduri kawen aku…merangkap open house ler di hari raya ni. hehehe…pakej!

Aku mewakili keluarga Mahdi B. Ab Hamid & Rahimah Idris, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca sekilass.com dan seluruh umat Islam di dunia.

*Minggu depan kena ambik balik gambar ni, tambah sorang ahli kelaurga baru. hehehe*

sekilas : Eh,a ku dah test pakai iani tau…saje nak tgk merah ke tak? hehehe

 

Posted in family, me - Tagged Aidilfitri, Hari Raya Aidilfitri, inai, perkahwinan, selamat hari raya

Salam Aidilfitri Buat Semua Pembaca Sekilas ~ 1432H

Aug30
2011
3 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum. Selamat sejahtera.
Alhamdulillah, selesai sudah kita menjalani ibadah puasa. Ikutkan banyak je entry-entry di bulan puasa yang aku tertinggal nak buat. Gegambar pun sikit punya banyak snap, tapi tak publish2. huhuhu…

Hari ini 1 syawal, aku pasti ramai umat Islam pasti gembira..malah mungkin ada yang bersedih kerana Ramadhan telah meninggalkan kita. Adakah kita akan menemui Ramadhan lagi di tahun hadapan? Hanya Allah yang tahu…

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca sekilass yang tak jemu menjenguk blog picisan ni. huhu…terima kasih banyak-banyak.

Aku mohon maaf seandainya sepanjang pembabitan aku dalam arena blogging ni ada yang menyinggung hati dan perasaan sesiapa secara sedar mahupun tidak. mungkin ia tidak disengajakan.

Seperti yang sedia maklum juga, raya kali ini penuh bermakna buat aku. hehehehe… 12 Syawal 1432H bakal tiba untuk aku diijabkabulkan bersama pasanganku nanti. Doakan segalanya berjalan lancar ye. Dan semoga kami tergolong dalam hamba-hamba Allah yang diredhai. InsyaAllah.

Last but not least,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. =)

sekilas : Takbir raya sememangnya menyentuh hati nurani ku.

Posted in me - Tagged Hari Raya Aidilfitri, suasana hari raya

Trivia Al-Quran : Sempena Nuzul Al-Quran (1432H)

Aug17
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Assalammualaikum. Selamat berpuasa semua umat Islam. Selamat sejahtera bagi yang bukan Muslim.

Alhamdulillah, hari ni 17 Ramadhan 1432H, hari Nuzul al-Quran yang mana tiap-tiap kalinya kita akan memberitahu kelebihan, peristiwa dan sebagainya mengenai al-Quran dan pembacaannya.

Sekejap je dah 17 Ramadhan ye. esok 18, pahtu 19…20, 21..eh nak mengira plak. Sempena Nuzul Al-Quran ni aku teringat MHI kat tv3 pagi tadi, si Fitri ke sapa nama dia tu cerita pasal trivia al- Quran. Lalu aku pun cuba mengugel dan terdapat banyak sekali trivia yang ada.

Maka, aku pun pilih 10 sahaja daripada banyakkkk tu. hehe.

1. Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan “ath-Thayibah” (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Siti Maryam.

2. Berapakah jumlah surah Al-Qur’an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-’Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

3. Apakah malam terbaik yang disebut di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

4.Di manakah surah pertama Al-Qur’an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

5. Apakah hiasan Al-Qur’an?
Jawab: Suara yang indah.

6. Apakah musim semi Al-Qur’an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

7. Apakah minuman terbaik yang disebutkan dalam Al-Qur’an?
Jawab: Air susu.

8. Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur’an?
Jawab: Sa’id bin Jubair.

9. Nama surah manakah yang berarti “kaum wanita”?
Jawab: Surah an-Nisa’.

10. Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur’an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

sumber : sini

sekilas : Selamat MEnyambut Nuzul Al-Quran. Orang keje KL, selamat bekerja. Aku la tu. hehe.

 

 

 

Posted in info - Tagged Nuzul al-Quran, Trivia al-Quran

Selamat Menyambut Ramadhan 1432H – 2011

Jul31
2011
3 Comments Written by Sekilas


Dengan ini aku dengan rendah diri tulus ikhlas ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.

Semoga amalan kita dapat dipertingkatkan, dapat kita mengumpul pahala sebanyak mungkin di bulan ini. Jangan lupa malam ni, sesiap dengan niat berpuasa. Karang terlupa niat, tak sah pulak puasa kita.

Aku juga mohon maaf atas salah silapku pada semua kenalan. Dengan ini terimalah serangkap pantun dari aku ..cewahh..nak pantun bagai.

…………………

…………………

Oklah..aku blur tak tahu nak bagi pantun apa. hihihi…

sekilas : Harap-harap dapatlah puasa penuh ye tak?

HarimauMalaya Vs Singa Aummmmmmm!

Jul28
2011
3 Comments Written by Sekilas

Wah semangat tahu. tengok orang lain bersemangat aku pun nak join sekali. Walaupun hakikatnya aku tak gi stadium pun tengok bola. Biarpun office aku ni sejengkal je ngan stdium tu…sob’sob’.

Hehehe…kemain. padahal tiket takde. hahaha… My Cinta semangat tu pergi ngan kengkawan dia. nak ikut tak di baginya. sampai ati tinggalkan tunang tersayang. sob’sob’ gedik sungguh hai nak nanges tak dapat tengok bola.

Aku harap Malaysia dapat tewaskan Singapura pada perlawanan hari ini. berapa target? 5-0? hehehe…over la plak. eh, mana tahu? yakin boleh.

kat timeline Twitter pun macam2 avatar dah aku tengok.

Tak kisahlah..janji semangat Harimau Malaya~~ Auummmmmmmm!!

sekilas : Dear cinta hati, jangan seronok sangat ye. 143.

Posted in Isu Semasa - Tagged bola sepak, Malaysia vs Singapura, perlawanan bola

Wordless Wednesday – Sale Sale Sale!

Jul27
2011
7 Comments Written by Sekilas

sekilas : Hurm, tahun ni macam mana la sesaknya ye?

Posted in masyarakat - Tagged shopping raya

Picnic with Secretlab family @ Ulu Yam

Apr19
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

:: Korang dah ada anak ke belum? ::

Are you in blues kawan-kawan? hehe..rileks…buat kerja sambil tengok astro ceria. kompom senyum sampai ke telinga. Tak pun layan je Maharajalawak kat Youtube. hoho…gelak la ko seorang-sorang.

Pe habaq orang kampun? ni cek nak bagitahu, last weekend Secretlab and family (cam hari keluarga ler senang) pergi picnic kat Ulu Yam. Jadual sebenarnya bertolak jam 9 pagi. tapi apalah faedahnya kalau nak bertolak seawal pagi pun kalau hujan turun mencurah-curah kan.

Aku pergi satu kereta dengan kakak aku dan anak-anak nya. Bila semua staff dah berkumpul kat office dan nak bergerak, aku gerak dari rumah terus ke Ulu Yam. Puan R kata, okey jumpa di Balai Polis Ulu Yam. Apalagi…dengan kuasa GPS kakak aku. search aje…hikhik. jumpa la terus Balai Polis tu Kalau takde GPS tu…memang tak sampai2 ler kitorang.

While waiting dorang sampai Balai Polis baca paper dulu. “Lawan kera gigit muka bayi”

Dah tunggu punya tunggu kami pun sampai ke destinasi di Ulu Kalong, Batang Kali. Ni kat area Ulu Yam Bharu. Lepas Balai Polis ada satu simpang ke kanan, so masuk ke simpang tu. kang nampak le signboard Selamat Datang. tak tahu le kalau time kroang pergi signboard tu dah hilang. hehe..


Ini adalah cas bayaran yang dikenakan kat tepat kitorang nak mandi ni. Sebab kat situ ada khemah, ada macam chalet, ada tempat BBQ dan lain-lain.

Baru sampai! yeah…

Yang ni pun kira sebahagian daripada mereka yang Yeahhh! hehe…

Akak aku kerjanya duduk jaga anak jaga barang jaga perut. hahaha…

Mereka yang bertungkus lumus menjayakan majlis bbq ini.

Borak-borak jugak kan…tu tah ape ar En. H tengah duk sembang ngan semua pendengar setia tu.

Derang tolong bab makan. hehe…bkn tlg makan je..tlg sediakan makanan.

kanak-kanak.

kanak-kanak yang bajet kiut.

err…ini tandas. haha…

Ini kami semua….(kakak aku yang tolong ambil gambar ni) sape suh ikut kan dah kena amik gambar. hahaha.

Seronok. tapi rasa sekejap sangat. sebab hujan yang turun membataskan perjalanan kami seawal yang mungkin. Semoga Secretlab murah rezeki dan semua staff can work more harder including me yang memang slowwww….sbb bila rezeki mencurah-curah bos pulak murah hati…kompom dapat saguhati. kan kan kan…? tapi kata orang, bekerja lah dengan ikhlas maka akan datanglah kejayaan kepada kita. InsyaAllah. Terima kasih encik bos dan semua orang.

harap-harap ada aktiviti seperti ini lagi. sebab pasni saya bawa partner. lalalala…… =P

credti picture to Sam Azhar dan my sis Sumijelly. thanks!

p/s: Uji personaliti anda sekarang!

sekilas : kanak-kanak lebih seronok tahu.

Posted in me - Tagged Aktiviti, BBQ, picnic

Di hari pertunanganku #2

Feb01
2011
10 Comments Written by Sekilas

Hai…Selamat Hari Wilayah kepada semua penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (eh, memang kolumpo je kan cuti?)

Semoga sehat-sehat selalu. Pelbagai kisah duka dapat kita dengari dari bumi Mesir dan juga kebanjiran di beberapa negeri dalam Negara. Aku doakan semua rakyat Malaysia di Mesir selamat begitu juga di negeri-negeri yang dilanda banjir.

Baiklah hari ini mahu upload beberapa gambar yang baru di sekitar majlis pertunangan daku yang lepas. boleh rujuk entry sebelum ini. hehehe…

Seawal jam 11 pagi daku telah di solek oleh Cik Murni (bkn ank dara ye, anak dia yang bongsu umur 25 tahun) hihi…tapi memang aku panggil Cik Murni. mcm makcik Murni la.

Ni dah siap pakai tudung lar. nak tunjuk gambar tengah bersolek, jurugambar ku terlupa plak terus ambil gambar nampak aurat. hihihi..so takleh publish ler yek. ekeke….

Bersama 2 orang kakak yang sibuk menjayakan majlis. Yang sebelah kiri itu Kak Ida dan sebelah kanan itu ramai blogger dah kenal kan…hikhik Sumijelly. Dia sibuk jugak…sibuk muntah2. hahaha…

Gambar-gambar masih lagi disekitar dalam bilik. Aku sarung cincin kat bawah. Ada mini pelamin yang dihias. Gambar kat bawah tu nanti aku kasi upload okay…..ada gambar2 yang kat FB dah upload…tapi aku campur2. sana ada sini takde. sini ada sana takde. hahaha….

sekilas : any comment?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in family, me - Tagged engagement
« Older Entries

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress