Giler la kan…polis sedang mencari penjenayah..pastu tetiba aku dikatakan russian spy. memang giler la kan. Bak kata kawan aku “camne eh, tetiba kau bagi soalan terkejut. ” hahaha..takleh nak jawab!! sebab aku pun terkejut kot kena buat entry ni.
huhu…Aku mesti akan buktikan pada orang yang aku bukan Russian Spy. hey..im malay girl okey. if u said that im a Malaysian Spy tu..nampak logik la jugak kan..lalala…hampeh betul!! aku akan buktikan pada orang yang aku ni belajar setakat SPM pastu sambung diploma dan degree untuk course perfileman. ade kena mengena ke dengan spy-spy ni.
Pastu, aku ni bahasa Inggeris pun kantoi tergagap nak cakap, inikan pulak bahasa Rusia. pergh…gile jugak kan aku teror! kalau Italian Spy…mungkin ade related la jugak. sebab time kat UiTM aku belajar bahasa ketiga iaitu Italy. mungkin jugak dorang ingat aku ni pura-pura tak pandai tapi sebenarnya aku genius! oke camne aku nak buktikan aku tak segenius itu..huhuhu…
Aku akan panggil lecturer aku, dan suh dia bagitahu camne aku buat tesis pasal Kala Malam Bulan Mengambang. cerita tu kan pasal detektif. ekeke..betapa teruknya tesis aku itu. kalau aku teror bab-bab spy ni, mesti tesis aku dapat A+++..betul tak Mr. Khong!
Dorang mesti ingat aku duk menyamar guna banyak nama. tetiba mesti macam ade passport ngan gambar aku ke kan..tiker pernebangan la apela..ala, orang kalau dah jahat ni nak setup kite macam-macam benda tak logik kuar. nak gi KLIA pun sesat, camnenya aku nak naik flight ni bagai.
dorang leh soal siasat la family aku, My Cinta, bestfriend aku dan mungkin musuh-musuh aku sendiri. haahaha…sah-sah musuh aku yang buat semua ni kan. aku ade musuh? sape tu?
tapi kalau dorang tak percaya, dan dorang nak serang aku..nak tangkap aku juga. aku akan menyamar menjadi seorang lelaki. buh misai ke..rambut pendek ke? pastu larikan diri..cuba siasat sape yang aniaya aku ni. minta tolong kengkawan baik untuk dapatkan maklumat. kawan yang paling dipercayai…terutama My Cinta. mesti dia nak tolong aku kan. takkan dia pun nak anggap aku Russian Spy. sampai mati pun dia tak caya. wakakaka…
Lepas tu, aku akan minta tolong kengkawan yang kaki pukul atau yang gangster2 ni. sebab time-time ni, orang jahat je boleh tolong kite..sebab dorang jahat. jadi maybe leh provide kan kite ape-ape senjata yang boleh melindungi diri kan. nyawa aku dalam bahaya ni. dorang jugak leh tolong backup aku kalau aku kene pukul kan. fuyoooo…!!
Aku akan minta tolong kawan-kawan aku yang keje polis..macam Fazlie ke untuk protect family dan My Cinta. yela..nak cari aku, dorang mesti akan cari orang-orang yang rapat ngan aku kan. Jadi suh family aku duk jejauh kat ceruk kampung. janji dorang selamat.
kalau ade yang berani nak kacau family aku, aku tak kira..aku bunuh orang tu. alang-alang aku nak kena bunuh kan. demi menegakkan kebenaran..aku tak peduli. sanggup aku mencuri…untuk daapt duit. kalau perlu bersembunyi 10 tahun sekali pun, aku tetap akan cari kebenarannye jua. pergh..begitu dramatik entry ini.
MEstila cerita aku ni happy Ending kan…bila aku dapat tahu sape yang pedajal aku..aku belasah dia cukup-cukup pastu aku akan kumpul semua bukti…pastu barulah aku jumpa pihak berkuasa. cewah!! cerita nak best je kan. yang pasti, aku takkan mengaku kalah! suka hati je nak tuduh aku bukan2…aku pantang tau orang cakap benda yang aku tak buat. leh bawa gaduh ni..
tapi kalau betul2 punye cerita aku ni Russian Spy, misi aku ialah menjaga keamanan Malaysia! aku akan usir semua orang-orang jahat dari Malaysia. sape jahat je kene hukum, pastu tinggal remark “By Russian Spy” . hahaha…boleh nak menambah! padahal Russian Spy, nak jaga Malaysia plak.
Okey entry ni di buat khas sebab aku nak dapatkan tiket wayang percuma untuk menonton filem SALT lakonan aktres bibir tebal, angelina jolie. aku suka lakonan dia tau.

selain tiket wayang jugak..aku teringin sangat nak menang Sony bloggie™ camera worth RM899! al maklumlah..takat ni aku tak pernah bernasib baik untuk menang hadiah2 cenggini. memandangkan telefon sony aku tu pun dah nazak sangat dah.takleh simpan memory gambar bebanyak. harap2 nye dapatlah telefon camera ni tanpa keluar duit..huhuhu…


Kalau korang nak menang jugak mungkin leh try luck korang dengan buat entry macam aku ni. senang dan mudah! layari Nuffnang untuk makluman lanjut.
sekilas : adakah peluang untuk diriku ini?
















