Archive for the ‘Nuffnang’ Category

Adakah wajah anda ada di sini?

Friday, August 27th, 2010

Cuba lihat dan perhatikan…mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka di bawah ini.

Ada tak?? kalau takde tu, maknanya tak muatlah semua orang nak duk kat dalam list ni kan.

apa-apa pun aku ucap teirma kasih pada korang yang kat atas ni, ada ynag nampak muka, ada yang tak…sebab korang sudi singgah blog daku ini…

yang takde dalam list tu jgn kecik ati, korang pun aku ucap terima kasih..itu mana yang dan je aku capture..kan berubah2 setiap hari…

dan pada yang bukan nuffnanger pun jangan ler duk kecik ati, sebab korang tak leh ada senarai kat atas tu. terima kasih jugak. sebaba aku tahu kroang singgah. apa kata korang daftar kat Nuffnang…haa..kan best! leh jumpa member2 baru dan leh dapat pendapatan sampingan. hehe…

sekilas : sayang korang!

hari ini dah Ramadhan ke-8 kot!

Wednesday, August 18th, 2010

betul tak? dah masuk hari ke-8 kita sebagai umat Islam berpuasa. takkan tak tahu-tahu lagi doa berbuka puasa kot. isshkk…kot ye pun buatlah research sebelum puasa. ini dah masuk hari ke-8 kita berpuasa duk cari lagi doa berbuka puasa camne.

ape 7 hari sebelum tu hang tak puasa ka? atau pun hang duk baca doa makan jer time buka. hoho..takpa…tak salah pun. cuma lenkali hang jangan lupa no buat research awal-awal sket. demi masa depan yang cemerlang gemilang terbilang.

awatnya cik nopa ni duk citer pasal doa buka puasa ni? mau tak kecoh dik nun oitt…tengok keyword link ke blog aku orang duk search pasai ‘doa berbuka puasa’ . tak caya hangpa tengok sendiri la kat bawah ni.

kali ni keyword macam gempak-gempak je ke blog aku. hohoho..tapi sepanjang bulan Ramadhan ni, banyak orang duk cari resepi kek…ade satu je kot resepi tu kat blog aku ni iaitu resepi kek batik. try ar..member aku mdm June tu pernah try kot. sedap wa cakap lu..hihi…*padahal tak perah rasa pun dia buat*

okeylah..take care. selamat berpuasa!

sekilas : kalau cakap lapar boleh tak?

Sesi berbuka puasa Nuffnang 2010

Friday, August 13th, 2010

first sekali, aku nak cakap ni “MAAF” sebab aku memang kurang makan kismis…dan aku selalu lupa nama orang…

*memula aku jadi batu penghalang antara kak red dan suaminya. pastu kak red tarik tangan suami dia suh diri sebelah dia. weee….sabo jela*

terutama Nicholas. hahaha….tiap kali aku nampak muka dia, gerenti aku akan cakap ngan kakak aku “sape nama lelaki botak yang orang selalu lupa nama tu” …kuang..kuang..kuang..! sekarang tersangat lah ingat. ko tengok la nanti kalau aku jumpa dia kat mana-mana event gerenti aku lupa balik. silap-silap aku terpaksa tanya akwan aku mdm june tu. nopa..nopa..


With anakperak!! mai-maimai sape nak no tepon dia!! woooppss!! marah Red Linda kita nanti. hehe..Cinta hatiku pun jgn jeles2 yer. ni pangkat adik-adik ni. ko kena panggil aku kakak taw anakperak. hahaha kejam!

anakperak gelakkan aku bila aku tanya nama orang kuat Nuffnang Rob. dem! kakak aku lagi mengejek…hahaha…aku memang tak kenal orang kot. boleh dibilang dengan jari event Nuffnang yang aku pergi. kalau takat tengok wayang tu, sah-sah aku datang tengok dan blah. takde nak amik tahu dah. join contest laju jerk…nak kenal ngan staff mcm harem aku ni. *tunduk diam + muke kesian*

dulu time akak aku bawa gi buka pose tahun lepas ngan Nuffnang…serius, aku tak bergaul maul okey! tapi aku boleh ingat 3 orang dari  tahun lepas tu..Afra, Kancilbiru dan Miza. kuikuikui…lain-lain selepas 5 bulan baru aku kenal Kak Ina KL. dasat kan?

now, bila kena ngadap muka blogger sorang-sorang, tersangatlah malu.lagi-lagi semua kenal akak aku..kang dorang ingat aku menumpang glamer pulak. hoho.. Persoalannya….kakak aku glamer ker?? =P walaupun begitu…aku tetap gagahkan diri buat-buat tak malu. cis, camne student seni persembahan leh memalu-malu plak ni. kan dulu lecturer dah ajar, kena berani berdepan dengan orang.

kenapa aku tak berbual mesra santai dengan beberapa staff Nuffnang yang lain. SEGAN siut!! aku ni blogger picisan. hahaha…tapi aku sudah mengenali mereka…Ryna si cantik manis, Firdaus (macam akim plak rambut dia.jgn marah ye), jess…ala..jestina kot nama dia. hoho..tapi dia sangat chumel….err…ade lagi kan. tapi aku tatap tak kenal. tunggu len kali mesti aku akan tampil lebih berani.


Jard…kita harus sentiasa bersedia. Jika tidak, gambar tak cantik nanti. =P


With Afzan!! dia comel kan.

buat blogger-blogger lain…yang aku ingat tanpa perlu merujuk mana-mana sumber ialah..Aimi dan adiknya Ihsan. Afzan, Rohani, Jard, Rizal, Faizal, (aku mesti tertukar nama dorang) bro Jai, ……….ada lagi tak aku tinggal?mestila..mcm tak cukup 15 jerk. anakperak, akak aku, ……….haha…..bongok nopa ni. sape lagi weh?? aku betul-betul lupa dowh!

kalau ade yang tertinggal..sila maklumkan!

aku suke dengan semua orang yang hadir…dan tak sangka leh jumpa dengan mak merah dan husband. both of them memang sporting dan sangat romantika ditampoi. pes time jugak jumpa dorang. jadi ape? jadi sukeeee!! tapi takdelah excited sangat…sebab malu nak tunjuk. tapi kak red memang peramah. patutlah ramai kenalan kan?

makanan di situ terbaik. dessert dia sampai sekarang terasa meleleh je air liur nak lagi. hahaha…naseb Nuffnang sudi nak belanja. kalau tak memang tak merasa la kot nak makan memahal camtu. satu kepala RM55.90 kot! giler ar…


Bukti makanannya sedap ialah semua orang terus senyap bila menjamu selera. haha…!!

thanks Nuffnang. and kepada semua staff Nuffnang yang lain, serta bloggers yang hadir. sorryla, aku tak kecoh cam kakak aku. hehe…aku ni pemalu orangnya! *sila lempang aku sekarang* maaf sekali lagi, kalau aku tak mesra dengan korang. tapi aku suke amik gambar korang. hehe….

takleh lelama sangat di situ. kena faham kakak aku nak balik Bangi jauh tu. kang nak anta aku lagi. drive sensorang ngan Zul fadhli lagi. so…kite balik dulu yer…

Sekilas : hurm….

bagi aku lagi 3 jam gerenti beku.

Thursday, August 12th, 2010

selamat petang semua!

hari ini ….

- mengantuk.

- duduk dalam bilik meeting rasanya lebih dasyat dari duk dalam peti sejuk rumah aku.

- aku sempat melelapkan mata selama 2 saat.

- telefon sejuk.

- perut lapar.

hoho….bagi aku lagi 3 jam je duduk dalam bilik meeting tu. gerenti aku keras kat situ. maklumlah meeting kat bahagian IT. kan biasanya kat bahagian IT suhunya sejuk. banyak komputer dan tempat segala server la konon. tapi takkan dalam bilik meeting pun bantai sejuk kan.

silapnya, aku dah bawa jaket aku, tapi boleh tinggal dalam kereta. hari ni pula tak bawa kereta. kisahnya kann….

malam ni ada jemputan dari Nuffnang untuk berbuka puasa bersama 14 bloggers yang lain di The Apartment, KLCC. hoyeee….seorang dari 14 tu adalah kakak aku sendiri. wakaakkaa…sorrylah kalau dapat kat adik beradik ni. tapi nak wat camne, kitorang kan pantas. hohoho….naseb baik akak aku dapat, kot tak, aku pun tak pegi. sebab kali ni kan satu jemputan untuk seorang je. tahun lepas leh bawa geng!

sapa-sapa yang pergi malam ni, jumpa korang kat sana k. mungkinkah kemeriahan kali ini seperti tahun lepas? *walaupun tempatnya sama…tapi kalau bab makan aku tetap join* hahaha..

sekilas : jumpa aku tegurla, aku ni pemalu orangnya. =P

upload 2 weeks ago, now got 46,862 views!!

Tuesday, August 3rd, 2010

wow! impressive!…

tapi aku tertanya-tanya jugak, siapa mak Mohd Khairuddin ni yang sebenarnya?dan Siapa Mohd Khairuddin yang mak dia duk cakap-cakap kan tu?

sebab apa aku dah duk question benda ni…sebab Mak Mohd Khairuddin ni masuk dalam iklan Nuffnang….!! apa hubungan mak Khairuddin ni dengan Nuffnang?? apakah?

aku terjumpa dalam blog Aidi-Safuan! cakap kosong takde bukti tak guna jugak kan…

that’s why aku tertanya-tanya. siapakah makcik yang dah semakin popular ni. first video yang dia upload dulu tu dah cecah 46,862 penonton! bapak banyak..hanya dalam masa 2 minggu. no dah masuk video yang ketiga. aku ingat mungkin dalam blog lain iklan ni ade jugak.

tapi kenapa sampai kena ade iklan. ape yang nak dipromotenya. speech mak dia tu ke? atau promote mak dia suh berlakon ker? somebody please give me the answer. aku rasa nak hantuk je kepala kat dinding sebab populariti mak Mohd Khairuddin ni. hohoho…*jeles tak masal kan.*

korang leh lawat youtube mak Mohd Khairuddin ni kat sini. tengok tak pasal aku dah promote pulak makcik ni. makcik, nanti promote blog saya sekali eh. ;)

sekilas : aku punye blog ni makan berbulan-bulan agaknya nak cecah view camtu. huhuhu…

Why Vampires Suck?

Tuesday, August 3rd, 2010

Shit! tajuk movie ni pun dah buat aku rasa macam hampeh!

Why Vampires Suck? itu satu soalan mencarut bagi aku. hahaha. tapi takpe, bagi menjawab persoalan ini, aku tidak akan menggunakan kata-kata lucah mahupun 18 SG. jadi adik-adik bawah 12 tahun pun boleh baca ya. sebab akak memang sopan orangnya. hohoho…sila muntah sekarang!

pertama, Sebab dorang bajet dorang cun dan ensem. haha..cuba tengok citer Twilight tu. gile berlagak semua vampire ni. Edward dikecualikan. wakakaka! pilih bulu ni nopa ni. ala..sebenarnya Edward pun sama. control ensem. bapak dia pun macam tu jugak. mentang-mentang la dorang ni tak tua-tua, eksen nak mampos!so karakter vampire ni macam siut jer kalau depan orang. konon tak bercampur dengan orang lain la. blah la….

Kedua, muka pucat! memang patut la orang pun tak nak  kawan ngan lu. efek make up tak nak melampau kan. bibir merah bak delima. hahaha…tak kose la hai nak tengok muka pucat terlampau ni.

ketiga, giginya taring! oh i tak brape gemar la orang ada gigi taring ni. ciri-ciri orang jahat jer rasa. hoho…vampires kan jahat kan kan kan.

keempat , vampire tak tido! woit…tak tido pi jadi jaga la. banyak bank-bank dan kedai emas sekarang memerlukan security guard yang tak tidur malam. ..kalau tak tidur malam, tidur la siang kan..ini tak tidur langsung! kalau jadi suami aku payah le camni. sebab aku tak dapat membelai rambut suami ketika dia tidur. hahaha! over plak.

kelima, kawan dengan kelawar. busuk tau kelawar tu. ape kelas kawan ngan kelawar. satu spesis ngan Batman la tu.baik lu pi kawan ngan Batman skali..

keenam, darah! haiya..orang sekarang lagi mau derma darah pada orang sakit. lu sedap-sedap hati je nak sedut darah orang. apahal? cubala biasakan diri tu makan  benda lain. tak elok tau makan darah ni. benak hati. eh..memandai je aku kan. kotor la lu makan darah!

Vampires memang Sucks…tapi Edward tak…hahahaha! aku tak suka Vampires tapi aku suka Edward jerk. boleh? aku takmo karakter vampires dalam diri edward..tapi aku nak romantika Edward tu..hakhak!

ala Nuffnang..terima jela entri aku ni sebagai pemenang!  :) malas nak kipas-kipas ni. sejuk…

Jom tengok trailer Filem Vampires Suck. Sapa yang memang benci tengok Twilight boleh tengok movie ni. tapi aku tak benci, aku nak tengok jugak. hahaha.

sekilas : Trailer filem ni buat aku pecah perut kot nak gelak!

Nuffnang : Apakah beza View + Unique Visitor

Friday, July 30th, 2010

Aku pasti, mesti ada di antara kita yang masih tak faham tentang perbezaan visitors yang tertera dalam analitik yang disediakan di laman web Nuffnang.

Mungkin aku boleh jelaskan secara slow dan bergaya untuk korang Nuffnangers yang kacak dan jelita.sebelum itu sila lihat analitik aku yang tak sehebat En. Eyriqazz , Puan Sumijelly, mahupun otai-otai yang lain. *saje je sebut dua orang ni, sebab dorang tengah berlatih nak pilih model dan jadi model.* hahaha….

okey sila lihat tanpa meperlekehkan visitor kat blog aku ye. aku sedar blog aku tidak popular, tapi apa yang penting, kepuasan aku sendiri dalam berblogging. bukan sekadar nak capai hit yang tinggi, tapi memang hobi aku. baiklah,  ini sekadar penerangan supaya korang paham, aku pun paham.

ini adalah statistik untuk hari ini 30 Julai 2010 setakat jam 10 pagi. mari aku terangkan dulu maksud-maksud yang ada dalam box tu.

Hour : Merupakan permulaan jam statistik kita, iaitu 12 tengah malam (0:00)

Views : berapa kali orang masuk blog kita.macam hit la.

Uniques : berapa orang yang masuk blog kita menggunakan IP address yang baru. ini dikatakan unique visitors.

tak paham lagik?

okey mari kita katakan pada jam …

12 malam : Mansor, Jamal, Rokiah masuk blog kita. (maknanya ada 3 View dan 3 Uniques )

1 pagi : Azhar, Najib, dan Suraya masuk blog kita ( ada 3 views dan 3 uniques + dengan kat atas tu = 6 views dan 6 uniques)

2 pagi : Mansor dan Najib datang balik blog kita (so…ada 2 views tapi uniques tak dikira sebab dorang dah datang tadikan. jadi 6 views + 2 views = 8 views dan 6 uniques)

3 pagi : Suraya , harun dan latifah datang pulak. (so….suraya dah datang tadi, tak kira uniques kira views je. maknanya ada 3 views dan 2 uniques. jadi, 8 views + 3 Views dan  6 uniques + 2 uniques = 11 views dan 8 Uniques)

pastu jam-jam seterusnya pun jadi macam itu…korang faham tak? kalau aku salah dalam menerangkan tentang unique visitors dalam Nuffnang ni, mungkin korang boleh betulkan. aku kan budak baru belajar. =)

sekilas : sebab tu views aku kekadang banyak, sebab mesti kakak aku je masuk blog aku. hahahaha.

Nuffnang : kenapa dengan bintang saya?

Thursday, July 29th, 2010

Aku tak tahu camne rating bintang yang kat dalam site kita tu diambil kira. sepatutnya kita ade 3 section kan iaitu Leaderboard, Skycraper, dan Large Rectangle. tapi entah mengapa, aku hanya ada 2 section je rating bintang tu.

adakah kerana kedudukan Large Rectangle aku itu dikira salah untuk diletakkan iklan. hohoho.. eniwan can help me tak? i really-really bingung la. lama dah aku tunggu ada satu bintang pun okela. ini takde bintang langsung. apakah yang terjadi wahai en. Nuffnang?

sekilas : BE aku sudah kurang. :(

Tips dan cara membuat syabu

Thursday, July 29th, 2010

Jangan main-main, kat blog aku ada tips dan cara-cara nak buat syabu…haa…sebab sekarang ni, aku rasa ramai orang yang nak jadi kaya cepat, nak mati cepat, nak kena hukum cepat-cepat. sebab tu ramai yang duk cari-cari tips dan cara nak buat syabu ni.

ape…?? korang tak caya?  korang ni suka tau tak percaya cakap aku. aku cakap betul la ni. kalau tak kenapa ada orang yang sibuk-sibuk search pasal cara nak buat syabu. ada bukti la..cakap kosong tak main la…hoho..

haa…tak percaya lagi. itu keyword nak ke blog aku yer. sila percaya. kalau keyword ni tipu, maknanya sistem site stats dari Nuffnang la tipu. tapi…aku percaya, Nuffnang tidak akan menipu kite. hihi…i percaya Nuffnang dan i like Nuffnang oke. sila kira ada berapa Nuffnang yang aku dah taip. hoho…mongok nopa ni.

ade ke patut pi search cara-cara nak buat syabu? aiyoo..aku fikir kalau ade polis dah tangkap dah itu orang. sah-sah kalau kita nak jual syabu tu pun tak boleh, nak amik syabu masuk dalam badan pun tak boleh..kejadahnya orang nak upload., cara-cara membuat syabu? giler ke ape?

tapi yang pentingnya dulu kes Benjy dulu dia ada cara-cara membuat syabu yang disimpan dalam pendrive. dia dah download dari internet. nama artikel tu ialah ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ so sebenarnya memang ada. tapi bukan dari website Malaysia la. maybe dari luar negara. korang leh baca entri ini untuk ingat balik kes benjy dan pendrive dia tu. huhu..so pasni search keyowrd itu plak eh…korang mesti dapat apa korang nak. tapi bukan dari blog ini..hoho..

sekilas : blog aku paling glamer, kek coklat. hihi

Movie : SALT~~ best wooo!!

Tuesday, July 27th, 2010

hahaha….mendung berarak mengiringi kabus di waktu pagi dan akhirnya hujannnnnnnnnnnnnnn….yeah! boleh tidur… hohoho…tido la sangat nopa oii. kat tempat kerja kot.

okey2…ape ni cerita pasal SALT ni. bukan ke kuar panggung 29 Julai 2010. haa..tu maknanya ape. aku dapat invitation dari Nuffnang tengok premier la apa lagi. thanks to Nuffnang kerana sudi bagi tiket free dan dapat tengok awal dari orang lain. so jangan jeles eh. walaupun entri aku tak terpilih, tapi ada sorang awek yang terpilih. aku tak tahu apa nama blog dia, tapi namanya Nadrah. betul tak? aku sempat tengok email dia jela. itu pun staff Nuffnang bagitahu. hoho…

aku datang kemain awal, tapi akhirnya beratur dah panjang dah. maunya tidak, sebab pikir terlalu awal dalam 630 kitorang sampai. takdelah jauh sangat dari bukit jalil nak ke Mid Valley tu. ingat kena tempuh jem lagi. tapi rupanya sekejap je dah sampai. haha..aku pergi dengan bestie, Mdm June. husband dia hantar kat ofis aku, then kitorang gerak ke Mid Valley menaiki kancil turbo ku. wakakaka..

konon bajet datang awal, kitorang pergi makan la dulu.. makan dan makan..nak tahu ape kitorang makan.

*aku tak ingat apa nama kedai ni. tapi kat midvalley la*

Lepas makan barula dapat tengok movie SALT. dapat seat K9 & K10. nampak macam jauh, tapi okeyla sebab panggung dia besar kan. so takdela rasa dekat sangat dengan screen. huhuhu…

mari kita mulakan cerita ini dengan sinopsis ringkas ciptaan aku.

Sinopsis :

Evelyn Salt adalah seorang wanita cantik! pewiitt! jadi dia dah kawen dengan orang Jerman, namanya Mike, seorang peminat labah-labah.. Salt ni pernah dituduh sebagai perisik kat Korea dulu. Jadi cerita ini dimulakan dia ingin menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Salt seorang agen CIA. tiba-tiba ade orang datang konon nak bagi info kat CIA ni.  Salt kira nak soal siasat la. tapi tak pasal-pasal Salt ni pula dituduh sebagai perisik Rusia yang nak bunuh presiden Rusia. Jadi Salt melarikan diri dalam usaha membersihkan namanya sebagai tertuduh. disamping itu juga dia begitu risaukan suami dia yang tercinta. sayang tau dia kat suami. Jadi agent Peabody ngan Winter ni (rakan setugas dia) dok buru Salt ni la. sebab bila Salt lari, lagila dorang syak kan…tapi sebagai penonton kita mesti nak backing Salt ni sebab dia cun. hahaha…

Oke…lebih kurang gitu la sinopsis dia. haha…sekian terima kasih!

sebenarnya aku tak mahu cerita panjang movie ni pasal ape. nanti tak surprise. sebab aku pun surprise dengan plot cerita ni. hoho…mari kita cerita apa yang menarik dan tidak menarik dalam movie ini.

sumber : sini

menarik :

- lakonan Angelina sebagai Evelyn Salt memang best. aku rasa nak curi je bibir dia yang menggoda tu. opss! im not lesbo okey. saya ada My Cinta! yehaa…
- Semangat sayangkan suami itu begitu menebal di dalam diri Salt. kerana hobi Mike adalah mengkaji tentang labah-labah. jadi, korang akan nampak Salt selamatkan labah-labah milik Mike untuk dibawa lari bersama.
- Aksi lompat melompat dia memang bahaya. dari atas jambatan pi terjun atas lori kontena, terjun atas lori tangki, pastu rembat motor orang. pergh! slumber jerk.
- pengarah berjaya twistkan cerita ni dengan cemerlang sekali sehinggakan aku memang tertipu.
- Salt jadi lelaki memang menjadi. hoho…
- tiada adegan seks. bagus ape. barula fokus tengok action movie.

sumber : sini

Tidak menarik :
- ada beberapa babak yang nampak sangat camera trick.
- aksi Angelina Jolie tak berapa ‘kick’
- Salt tu dah sepatutnya injured dah. patah kaki ke..patah tangan ker. dah berapa kali dah dia duk jatuh-terjun-jatuh terjun. sihat walafiat je. paling tidak pun, muka jela cedera. apa barang! hoho..tak logik.
- Mike mati. kesian kat Salt. *emosi*
- ending dah best, tapi tergantung…maknanya akan ada Salt 2…waaaa…kenapakah? presiden Amerika kan ade jadi saksi, dia leh bagitahu sape sebenarnya yang jahat! ..takpe tunggu jela salt 2. hoho..

baik itu saje review tak best dari aku. dan ia bukan lah review ilmiah yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar filem. aku pun dah lupa camne nak wat review ilmiah. hoho…

sekian terima kasihan.

sekilas : tapi aku tetap kata cerita ni best!