• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category movie

What If I’m a Russian Spy

Jul05
2010
12 Comments Written by Sekilas

Giler la kan…polis sedang mencari penjenayah..pastu tetiba aku dikatakan russian spy. memang giler la kan. Bak kata kawan aku “camne eh, tetiba kau bagi soalan terkejut. ” hahaha..takleh nak jawab!! sebab aku pun terkejut kot kena buat entry ni.

huhu…Aku mesti akan buktikan pada orang yang aku bukan Russian Spy. hey..im malay girl okey. if u said that im a Malaysian Spy tu..nampak logik la jugak kan..lalala…hampeh betul!! aku akan buktikan pada orang yang aku ni belajar setakat SPM pastu sambung diploma dan degree untuk course perfileman. ade kena mengena ke dengan spy-spy ni.

Pastu, aku ni bahasa Inggeris pun kantoi tergagap nak cakap, inikan pulak bahasa Rusia. pergh…gile jugak kan aku teror! kalau Italian Spy…mungkin ade related la jugak. sebab time kat UiTM aku belajar bahasa ketiga iaitu Italy. mungkin jugak dorang ingat aku ni pura-pura tak pandai tapi sebenarnya aku genius! oke camne aku nak buktikan aku tak segenius itu..huhuhu…

Aku akan panggil lecturer aku, dan suh dia bagitahu camne aku buat tesis pasal Kala Malam Bulan Mengambang. cerita tu kan pasal detektif. ekeke..betapa teruknya tesis aku itu. kalau aku teror bab-bab spy ni, mesti tesis aku dapat A+++..betul tak Mr. Khong!

Dorang mesti ingat aku duk menyamar guna banyak nama. tetiba mesti macam ade passport ngan gambar aku ke kan..tiker pernebangan la apela..ala, orang kalau dah jahat ni nak setup kite macam-macam benda tak logik kuar. nak gi KLIA pun sesat, camnenya aku nak naik flight ni bagai.

dorang leh soal siasat la family aku, My Cinta, bestfriend aku dan mungkin musuh-musuh aku sendiri. haahaha…sah-sah musuh aku yang buat semua ni kan. aku ade musuh? sape tu?

tapi kalau dorang tak percaya, dan dorang nak serang aku..nak tangkap aku juga. aku akan menyamar menjadi seorang lelaki. buh misai ke..rambut pendek ke? pastu larikan diri..cuba siasat sape yang aniaya aku ni. minta tolong kengkawan baik untuk dapatkan maklumat. kawan yang paling dipercayai…terutama My Cinta. mesti dia nak tolong aku kan. takkan dia pun nak anggap aku Russian Spy. sampai mati pun dia tak caya. wakakaka…

Lepas tu, aku akan minta tolong kengkawan yang kaki pukul atau yang gangster2 ni. sebab time-time ni, orang jahat je boleh tolong kite..sebab dorang jahat. jadi maybe leh provide kan kite ape-ape senjata yang boleh melindungi diri kan. nyawa aku dalam bahaya ni. dorang jugak leh tolong backup aku kalau aku kene pukul kan. fuyoooo…!!

Aku akan minta tolong kawan-kawan aku yang keje polis..macam Fazlie ke untuk protect family dan My Cinta. yela..nak cari aku, dorang mesti akan cari orang-orang yang rapat ngan aku kan. Jadi suh family aku duk jejauh kat ceruk kampung. janji dorang selamat.

kalau ade yang berani nak kacau family aku, aku tak kira..aku bunuh orang tu. alang-alang aku nak kena bunuh kan. demi menegakkan kebenaran..aku tak peduli. sanggup aku mencuri…untuk daapt duit. kalau perlu bersembunyi 10 tahun sekali pun, aku tetap akan cari kebenarannye jua. pergh..begitu dramatik entry ini.

MEstila cerita aku ni happy Ending kan…bila aku dapat tahu sape yang pedajal aku..aku belasah dia cukup-cukup pastu aku akan kumpul semua bukti…pastu barulah aku jumpa pihak berkuasa. cewah!! cerita nak best je kan. yang pasti, aku takkan mengaku kalah! suka hati je nak tuduh aku bukan2…aku pantang tau orang cakap benda yang aku tak buat. leh bawa gaduh ni..

tapi kalau betul2 punye cerita aku ni Russian Spy, misi aku ialah menjaga keamanan Malaysia! aku akan usir semua orang-orang jahat dari Malaysia. sape jahat je kene hukum, pastu tinggal remark “By Russian Spy” . hahaha…boleh nak menambah! padahal Russian Spy, nak jaga Malaysia plak.

Okey entry ni di buat khas sebab aku nak dapatkan tiket wayang percuma untuk menonton filem SALT lakonan aktres bibir tebal, angelina jolie. aku suka lakonan dia tau.

selain tiket wayang jugak..aku teringin sangat nak menang Sony bloggie™ camera worth RM899! al maklumlah..takat ni aku tak pernah bernasib baik untuk menang hadiah2 cenggini. memandangkan telefon sony aku tu pun dah nazak sangat dah.takleh simpan memory gambar bebanyak. harap2 nye dapatlah telefon camera ni tanpa keluar duit..huhuhu…

Kalau korang nak menang jugak mungkin leh try luck korang dengan buat entry macam aku ni. senang dan mudah! layari Nuffnang untuk makluman lanjut.

sekilas : adakah peluang untuk diriku ini?

Posted in contest, Nuffnang - Tagged angelina jolie, russian spy, salt, sony

Drama TV3 : Illusi (episod pertama)

Jun22
2010
3 Comments Written by Sekilas

Semalam merupakan episod pertama drama Ilusi yang ditayangkan di TV3 di slot Akasia pada jam 6.30 petang – 7.30 malam. Secara tak sengaja aku tonton drama ni. aku tak tahu pulak itu episod pertama. al maklumlah, aku ni jarang tengok tv. sebab cuti semalam, jadi berkesempatan jugaklah aku tengok tv.

setakat episod pertama ni, aku rasa ia cerita yang menarik. hurm, sampai buntang jugaklah biji mata aku ni nak fokus tengok citer tu smlm. hehe…

episod pertama semalam mengisahkan tentang Lyza yang bertemu dengan Shahril di perpustakaan. detik pertemuan pertama di kolej tu telah mengeratkan hubungan mereka sebagai sahabat. Lyza juga ade sorang lagi kawan nama dia Rizal. so 3 orang ni macam best friend la. dari zaman universiti sampai la dah kerja. Lyza memang sukakan Shahril. Rizal pulak sukakan Lyza. kira cinta bersegi2 la ni. pastu macam Rizal kasi can la kat Shahril, kira berkorban la cintanya untuk sahabat sendiri. huhuhu…Lyza ni ade satu kelebihan dapat mengetahu sesuatu kejadian sebelum ia terjadi. Rizal plak boleh tahu waktu jam walaupun tak tengok jam. kira macam ade kuasa penentang penjahat…ceh, aku tipu je.

lakonan Diana Rafar dan Ashraff nampak bagus. takdelah macam baca skrip sangat kan. aku suke je dorang dalam drama ni.

kalau cerita sinopsis penuh baca seperti di bawah :

Tiada sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan? Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat. Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing.

Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal. Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka.

Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Rizal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza. Kebaikan Rizal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang.

Apakah kuasa telepatinya dan visi-visi Lyza dapat menyelesaikan misteri yang berlaku dalam kehidupannya? Saksikan Ilusi di TV3.

sekilas : apa lagi…balik keje awal…dan tengok Akasia 6.30 petang – 7.30 petang.

Posted in info - Tagged drama tv3, ilusi, slot akasia

Review : Toy Story 3

Jun22
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Selamat bekerja semula Cik Norfa. Ape khabar pembaca sekalian? Semalam aku bercuti sebab pakcik aku meninggal dunia di Seremban. Takziah aku ucapkan buat keluarga Mak Lang. semoga tabah menghadapi pemergiannya. Jadinya, tiada entry yang patut dibuat demi menghormati waktu2 sedih keluarga ayah aku. cewah! boleh plak camtu ek.

sumber : sini

Baiklah, hari ini aku nak review citer Toy Story 3 yang aku tengok hari Ahad lepas dengan anak buah aku Diayana & Sarah.

sinopsis :

Mengisahkan seorang budak lelaki bernama Andy yang sudah meningkat membesar bersama patung-patung kesayangannya. satu hari Andy nak masuk kolej, dan dia bercadang untuk membawa Woody sahaja ke kolej. manakala patung-patung lain dia letak dalam plastik beg dan nak simpan kat dalam loteng. tapi silap Andy dia men tinggal je plastik beg tu kat lantai sebab nak tolong adik dia berkemas jugak, mak andy nampak plastik beg tu, dia pun pi la buang kat luar.Patung-patung lain ni (kawan2 Woody) ingat Andy dah tak sayang dorang, jadi dorang pun curi2 kuar dari plastik beg tu dan nak pergi Sunnyside tempat penjagaan kanak-kanak. Kat situ mainan-mainan lama yang orang takmo guna didermakan suapya kanak-kanak kat situ leh main. Woody dah suh dorang semua kembali pada Andy, tapi dorang takmo..jadi woody pun blah dari Sunnyside. Waktu nak blah tu, dia tersangkut kat pokok. sorang budak perempuan nama Bonnie jumpa Woody dan dia bawa balik. Kat rumah Bonnie barulah Woody tau, kat Sunnyside tu, ade ketua patung nama dia Lotso yang mempunyai bau strawberry.. tapi Lotso ni jahat. *ada la sebab kenapa dia jahat kan* jadi Lotso ni dah tempatkan kawan-kawan Woody kat tempat yang kejam. kat situ kanak-kanak tak reti guna permainan dengan betul.disebabkan menyedari kawan-kawannye dalam bahaya Woody cuba menyelamatkan mereka. Dari situlah bermulanya peristiwa demi peristiwa yang mencabar. haa..nak tahu sila tengok sendiri. *aku malas nak tulis sinopsis panjang2*

harap2 korang paham la sinopsis tu ek..Movie ni memang best.

semua watak-watak kegemaran korang masih kekal, Tom Hanks sebagai Woody, Tim Allen sebagai Buzz Lightyear, Joan Cusack sebagai Jesse, Don Rickles sebagai Mr. Potato Head, Wallace Shawn sebagai Rex dan John Ratzenberger sebagai Hamm.

Aku suke semua character dalam Toy Story 3..dan character paling aku suke dalam ni ialah Buzz. sebenarnya aku suke Woody, tapi dalam toy story 3 aku suke buzz sebab kali ni character dia macho dan lawak abis. hehehe…


sumber sini

Opening scene dia memang nampak real dan gempak la. mula-mula aku ingat Mr. Potato tu dah jadi jahat. siap dah ade bini lagi jadi jahat. tapi rupenya, itu imaginasi Andy waktu kecik2 main dengan dorang. comel je..hehe.

antara dialog2 yang aku suke :

Woody: Look, I just need to get out of here…
Buttercup:  There is no way out!
[Woody stares at him in horror]
Buttercup: Just kidding. Door’s right over there.

Buzz Lightyear: Hold on, this is no time to be hysterical!
Hamm the Piggy Bank: This is the perfect time to be hysterical.
Rex the Green Dinosaur: Should we be HYSTERICAL?
Slinky Dog: No!
Mr. Potato Head: Yes!
Buzz Lightyear: Maybe! But not right now!
Hamm the Piggy Bank: C’mon. Let’s go see how much we’re going for on eBay.

Toy Story 3 kali ini mempunyai jalan cerita yang menarik. ada elemen lawak, sedih dan gembira. Semua character dalam movie ni memainkan peranan masing-masing. semua ade kelebihan untuk membantu satu sama lain. Kalau ikutkan mesej dalam movie ini sangat jelas. persahabatan, cinta dan juga kepercayaan.Dialog-dialog semua slumber je nak bagi orang gelak.

sumber sini

sangat sesuai ditonton oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. bagi kanak-kanak ini movie yang buat mereka gelak ketawa dengan aksi-aksi dan gelagat mainan ni. tapi kita yang dewasa ni, kita tahu mesej yang nak disampaikan. sesetengah babak buat kita ketawa dan sesetengah babak akan buat kita sedih *siyes, aku sedih kot!* Waktu aku tengok tu pun, takdelah ramai sangat kanak-kanak yang tengok. dipenuhi oleh orang dewasa. sapa kata kartun untuk kanak-kanak jer? hehe..

Aku bagi 5 bintang penuh!! terbaik….

sekilas : mesti tonton.

Posted in me - Tagged animation, Toy Story 3

Laporan hujung minggu : anak-anakku

Jun20
2010
2 Comments Written by Sekilas

yo…salam satu Malaysia. pe habaq orang2 kampung. macam dah bertahun rasanya tak menghupdet blog. jangankan blog, laptop syg ni pun berhabuk agaknya..hehehe..

start dari jumaat yang tidak begitu menyenangkan sebab senggugut, anak-anak dari Kuala lipis datang kembali memeriahkan rumahku syurgaku ini. hurm…start dorang balik tu, memang aku tak merasa la nak menjenguk laman sesawang kesayangan ni. hahaha…

macam-macam karenah, lagi pulak anak-anak dari cheras perdana pun duk sibuk jugak ada kat sini. nak bermain dengan sepupu sepapat dorang la kan. seperti biasa, kakak kesayangan tu dengan aktiviti membuat kek coklat dia tu. hai siap ade tempahan tau dari sini. tu yang balik awal sket buat kek sebanyak yang diorder. semoga cepat kayo!! aminn…sape mau order sila beritahu awal yer..atau leh singgah laman web kakak aku tu http://idazaidi.blogspot.com. sempat promote gitu.

sabtu hari tu, akak aku sibuk membuat kek lagi, dari awal pagi…sampai buat kat rumah angah la..sebab buat kat rumah mak, asik tak jadi jerk. hahaha…pastu kul 12 tgh hari, pi makan kat kenduri kawen kat sri kembangan. sampai rumah kul 4 petang…buat kek lagi..kul 5.30 bergerak menghantar segala jenis tempahan. sape lagi drebar nya kan kalau tak adik dia ni ha…

last skali baru la sampai rumah kawan kakak aku yang buat mini reunion untuk budak2 skolah rendah dia. yang bestnya rumah dia kat kondo, ada kolam renang. anak-anak buah aku ape lagi..kemain suke ria. orang datang bawa badan nak makan2..dorang bawa beg baju macam nak tidur situ.

sape lagi yang jadi safety guard dorang kan kalau tak aku jugak kan. sejam setengah berendam kat kolam tu. aku yang tunggu ni memang bosan habis la. balik rumah bukan nak reti tidur terus, hadap jugak laptop aku ni.

dan hari ahad ni, pagi2 semua anak2 lipis dah balik. tinggal orang cheras perdana tujer. tugas aku lagi, nak bawa dorang pi tengok wayang pulak. hurm..mula2 dorg nak tengok shrek..tapi dah takde kan citer tu kat panggung. lagipun akud ah tengok dah kat genting aritu.so, kitorang layan toy story 3..best2…aku memang suke giler cerita animasi macam ni. sebab tu, aku tak kesah bawa anak2 orang pi tengok wayang. lagipun, my cinta tak minat sangat kalau aku ajak tengok citer2 camtu. baek aku bawa budak2 je kan. hehehe…

aha….nanti aku review movie tu eh..best bangat!! tak sabar nak citer kat korang. tapi akua de kain baju yang perlu diuruskan sebab sibuk je 2-3 hari lepas (padahal dah 2-3 minggu dah ni) . semua budak2 dahbalik rumah mak pak dorang. Esok dah start sekolah, jalan akan kembali sesak sebab dorang akan kuar gi skolah, mak pak pun kuar awal nak anta anak gi skolah…bla bla bla…haissh membebel je nopa ni.

okey la….jumpa di lain coretan. cau cin cau gelas kecik je ye.

sekilas : rindu kat anis suffiyah…

Posted in family, me - Tagged anak buah, anak-anak

My Mind is the Scene of the Crime

Jun18
2010
13 Comments Written by Sekilas

What is in your mind right now? i know you’re the one who want to enter diz contest kan? yela…sebab tu kau nak tahu camne aku tulis kan. hihihi..okey gurau jer.

Kadang-kadang ada satu plan dalam kepala otak kita ni yang kita tak mahu ader orang lain yang tahu, yang boleh nampak, yang boleh teka dan kalau boleh kita tak mahu orang lain mencurinye…

It is what we call idea. idea tu kita yang fikir, kita yang duk giler nak cari, tapi kalau orang lain dah tahu. mampuih.. rosak plan kita tau.

kadang-kadang ia bukan kerana idea semata-mata. di sebalik idea itu, ada benda berharga yang kita nak simpan untuk diri kita sahaja. and when the day is come…you will know the truth. *maap tulisan ni macam campur2 lak ngan english.* ade aku kesah? kau tetap nak baca sampai habis kan.?

ader satu perkara yang bermain dalam kepala otak aku ni yang aku tak mahu orang lain tahu. iaitu perancangan masa depan aku. of course…lagi2 kalau ia melibatkan duit…haa..orang mata duitan ni semua dia nak cekau rahsia. lagi2 kalau tak leh tengok orang lain senang. Dan disebalik perancangan tersebut ada benda berharga yang aku simpan. yang aku nak buktikan pada orang lain. Yang mana, kalau ia berhasil…aku nak orang tahu, aku bukan sekadar aku..tetapi…tetttt!!! nama pun benda berharga dan rahsia kan. takkan aku nak cerita detail plak pasal ape kan. sendiri mau ingat. jangan kita nak bersaing dengna orang lain, kita sanggup nak curi idea orang. tak baik tau. Dan jangan ape? menipu! itu pun tak baik. *aku ni nak mentionkan pasal ade sesetengah orang tu, kalau kita buat A, dia pun nak buat A…kalau kita buat B, dia pun sibuk2 nak buat B* tolong la..jadi diri sendiri boleh tak?

entry ni ditulis sebab aku nak menang tiket untuk menonton filem Inception lakonan Leonardo Dicaprio. lama tak tgk dia berlakon tau.

poster

sekilas : harap-harap dapat kan. leh bawa My Cinta.

Posted in contest, Nuffnang - Tagged Inception, rahsia

Update pantas : kesibukan

Jun04
2010
6 Comments Written by Sekilas

yeah…pagi ini Cik Norfa ada banyak sangat kerja. Kerja yang tertangguh semalam lantara terpaksa pulang awal kerana kena pi Shah Alam dulu pastu baru dapat pi Damansara tengok Killers!!!! yeah…i kill you..for the first time aku tengok My Cinta gelak ketawa tengok cerita mat salleh ni..kalau tak aku sorang je gelak! cet! (hero dia memang hensem..cair hati aku.ekeke…)

Petang ni ada meeting kat MATRADE dengan bos kul  3 lepas solat Jumaat. Kemudian tengah hari nanti time lunch akan pecut balik ke rumah *hari ini bawa kereta* sebab kena pi kedai bakery untuk membeli keperluan membuat kek yang dipesan oleh kakak tercinta dari Kuala Lipis.

Balik je keje nanti terus packing dan akan berangkat menuju ke Kuala Lipis.

Jadi kalau aku tak update blog korang jangan jeles dengan aku eh *apehal korang nak jeles plak kan?* sebenarnya kalau aku tak update blog, janganlah jemu datang blog aku lagi. sila lah baca entry2 yang lepas. aku tahu banyak lagi entry lelepas korang tak baca. macam-macam ade tau dalam blog aku ni…nak entry marah2..entry jiwang2…entry cintan cintun..entry pasal family dan segalanya ada di sini.. geledah je macam mana aku pernah geledah blog Skyone dan anakperak …miahaha…

p/s : sorry to Aus, sebab semalam aku habis bateri…just nak bagitahu kau, aku sempat amek tiket dan terus masuk tanpa berlengah lagi. kau macam mana?? dapat masuk tak? sebab balik2 je aku on hp dapat mesej kau “Norfa, aku tak sempat la” ape yang kau tak sempat pun aku tak tahu..hehe…btw, thanks Aus..

sekilas : okey selamat semua..bekerja!

Posted in friends, me - Tagged Damansara, kerja, Killers movie, Shah Alam

Sibuk ke Cik Norfa?

Jun03
2010
3 Comments Written by Sekilas

hehe…poyo siut! sibuk ke Cik Norfa tu? mengada-ngada nak sibuk2. macam banyak sangat kerja dia.

oke, Norfa tu tak sibuk. tapi sebab dia buat kerja terhegeh-hegeh makanya dia lambat siapkan kerja. So, takde la kesempatan nak update blog pagi tadi. nak masuk twitterland pun tak..nak masuk Facebook pun tak.

Tapi nak masuk Nuffnang memang sempat sangat sebab itu tak boleh nak miss. miahaha..sila jangan nak jeles tak tentu pasal. Nuffnang tu bestfriend kepada semua blogger yang sertainya. nak jadi bestfriend kenalah selalu jenguk2 kan. huahua..ayat kipas habis. :P

Keyword ari ni ialah…ustazah terlampau..cet! ngoi ar dorang ni…search la benda lain. kan dah rasa bersalah diri aku ni..huhuhu

Sebab hari ni buat kerje meng’edit guna photoshop. aku kan lembab sikit bab-bab edit photoshop ni. sebab tu perlu tekun dan telus menghadapnya. Sampaikan akak aku sumijelly tu dok call aku 2-3 kali suh masuk FB la..suh masuk peraduan ni la..itu la..ini la..tapi aku malas nak buka. sebab kalau dah buka aku leka. penyudah kojo tak siap.

Sesekali je tadi ber’ym dengan sahabat-sahabat. itu kira selingan di waktu bekerja la kan. dan ini baru berkesempatan nak update. fokus itu penting. kerja diutamakan dulu. kalau rasa-rasa susah buat aku, memang tak buat benda lain dah. hehehe…

So apa khabar semua pembaca? dah petang-petang camni baru nak tanya kan. harap-harap korang sehat dan bertenaga biarpun dah petang kan. Malam ni akan ade screening movie Killer. Korang pergi tak?

cian akak aku tak pat pergi. hehe..takde sape nak jaga hero dia. jadi dia berikannya tiket tu pada aku. oh terima kasih kakak yang baek hati. akan ku pergi menghiburkan hati dengan sahabat baikku Madam June. haha…

dan kepada anakperak, ko kan kayo sebab cek Nuffnang on the way kan..jadi ko leh beli tiket wayang citer tu eh. aku ni takpela dapat tiket free kan..hehehe. sila jangan dengki dengan aku. ko pun hari sabtu ni ade date kan?? kan? sila mengaku!

okeylah..sehingga bertemu di malam ini jika anda menonton filem yang sama dengan aku. sumijelly kata, Aus pun poie gak..jumpa ko di sana ek Aus. kalau leh nak mintak tlg ko amekkan tiket..hehe..aku balik kerja tak tahu lagi kul brape. tapi takpelah..daku pasrah je apa yang terjadi nanti.

sekilas : sakit pewot ar…

Posted in me, Nuffnang - Tagged kerja, killer

Sehari bersama bestfriend + Cinta + Pendengar setia

May31
2010
8 Comments Written by Sekilas

Yeah..hari tu kan aku kuar ngan orang tersayang ke Midvalley. kami bershopping barang-barang keperluan dia dan si dia juga telah belanjakan sesuatu pada aku. haha..hari ni sudah merasmikannye. takyah amek gambar ar…hehehe…i ni kan pemalu orang nye..wekk!!

So ni aku nak lampirkan gambar 2 keping (sahaja) untuk tatapan korang. kuang3..korang takyah tengok pun takpe kot..sebab bukan boyfriend korang kan..boyfriend aku..haha..ngoi aku ni! tapi, dah aku tepek kat sini, korang tengok jela..

Aritu pas shopping mopping…kitorang singgah chicken rice shop..nyum3…dia tersangat lapar begitu juga aku. tapi bila dah makan sikit rasa kekenyangan. nasi ayam dia memang buat orang kasi kenyang cepat arr..huhu

sebelum tengok wayang yang start jam 1230 malam itu..kami bergambar..sebenarnya dari jam 10 malam tu nak tunggu 1230 malam tu..korang bayangkanlah ape je yang leh dibuat di midvalley…bosan weyh..last-last port paling best lepak kat parking kereta. kebetulan ader kerusi panjang situ duduk dan berbual mengenai masa depan. haha boleh la kan daripada buat bukan-bukan.

Saja takde sangat story arini…monday blues…monday meeting..monday project and everythings is all about monday yang melemaukan pekerja. setelah 3 hari bercuti saat-saat malas mula menyelubungi diri. kuikuikui…kalau kawen jadi surirumah je kan bagus…tunggu laki balik, bagi dia makan, layan apa yang patut..hahha..boleh macam tu?

so selamat bertugas semua…mulakan hari-hari anda dengan senyuman semanis gula…peace..sayang korang!

sekilas : ade banyak benda nak updet. tengok berkesempatan @ tidak.

Posted in cinta, me - Tagged Chicken Rice Shop, dating, Mid Valley, My Cinta

Akhirnya tercapai juga hasrat ku

May29
2010
9 Comments Written by Sekilas

buat insan-insan yang bernama Sumijelly, Kak Ayu, Anak Perak, SkyOne ..(eh pezal, bila ko nak beli domain sendiri ar?) beb, aku nak bagi tau…aku dah tengok Prince of Persia..wakakaka…batak kan nak citer kat korang. yela frust wooo..korang dpt pi tengok tiket free dari Nuffnang. jeles tahap gaban kot!

so, mycinta dok belanja aku tengok wayang..dan dengan baik hatinya mycinta telah belanja aku membeli sebuahbeg tangan kaler pink. hahaha…aku duk terpikir adakah aku sesuai memiliki kaler-kaler pink ni. bukan lah alergik..tapi pink aje buat aku teringat ahli sihir…adoiyai! sibuk la dia tuh.

tapi takpe..demi kekasih tercinta yang berkenan sgt ngan handbag tu, dia nak belanjakan..ape lagi..gua sambar jela…rega leh tahan, alhamdulillah ade less takdelah jadi mahal sangat ye tak?

okeyla..sebab tadi tengok midnite kul 1230..kuar wayang pun dah 2.30 pagi. naseb baik la hari cuti…takdolah den merapu raban malas nak bangun pagi esok.so..nanti aku updet lagi yek..mau tido.gudnite semua…eh gud morning dah ni..hehehe.

sekilas : thanks to my cinta! luv u…ngee~~

Posted in cinta, Nuffnang - Tagged cinta, prince of persia

Entry baru yang tidak menarik

May25
2010
5 Comments Written by Sekilas

yeah…ini adalah entry baru yang tidak menarik. kenapa? haa…itulah yang kita tak tahu.

ia akan jadi tidak menarik kerana tiada isi. atau mungkin kerana ia memang tak menarik di mata orang lain yang membacanya.

tapi tak kisahlah ia menarik atau pun tidak..janji ia merupakan entry baru daripada aku kan?

Keputusan contest dah umum..bercuti pun sudah. poket sudah kosong. duit gaji je tak dapat2 lagi..al maklumlah, gaji ku di ujung bulan baru diterima.  ader orang ajak aku gi karok pun aku kena double kompom dorang yang belanja..sebab aku memang takde sen..hihihi…

orang mesti duk pelik, apesal aku tak gi bercuti pada hari wesak sambung sabtu ahad…yela ini aku cuti semalam macam rugi je kan…tapi nak wat camne..semalam jerlah hari-hari yang ada untuk menggunakan benda-benda FREE dan murah! hahaha…

mesti korang tak paham kan? takpe..memandangkan entryini pun tidak menarik, memang korang tak kan paham ape aku tulis ni.

oh yer…Nuffnang ada buat contest lagi tu tengok Toy Story 3…so, korang yang kaki wayang, apa lagi sila buat entry tu. aku? oh..aku mempunyai masalah malas updet blog skrang, apetah lagi nak wat karangan pasal Toy story tuh. so..kalau kroang wat korang dapat…takde geng nak gi..korang leh harapkan aku yek…kalau aku buat, nak ajak My Cinta kompom dia takmo..sebab dia tak layan cerita kartun camni..hehehe..

Buat sahabat sejati forever and ever.. Situ Juliza Dzali..Selamat hari konvokesyen…Sorry tak dapat pergi majlis konvo ko arini. aku kerja la..lagi pun kau sidang pagi. kalau petang mesti aku leh cabut pi sana. :P apa-apa pun tahniah! akhirnya kau konvo jugak…

ini gambar bestfriend aku di cilok dari FB Attila Razmie.

Dari kiri Julie, Attila, Linda, aku

tahniah buat rakan-rakan yang lain..aku tuju kat julie special sket, sebab dia bestfriend aku. so yg lain jangan kecik ati yer..korang pun aku ucap tahniah jugak..selamat maju jaya!

sekilas : selamat bekerja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in contest, friends, Nuffnang - Tagged bestfriend, konvokesyen, Nuffnang, UITM
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress